ISMA SHAH ALAM
421 subscribers
558 photos
38 videos
2 files
469 links
Perkongsian ilmu dan aktiviti Isma Shah Alam
Download Telegram
SYUKUR ATAS NIKMAT VS SABAR ATAS CUBAAN

Jika dibandingkan antara syukur atas segala nikmat dan sabar atas segala ujian dan musibah, pasti ramai akan mengakui sabar atas musibah itu amat susah sekali...

Perit dan sakit menanggung kegoncangan ujian contohnya kematian orang tersayang, kekurangan harta, kelaparan dan banyak lagi itu benar-benar menguji emosi dan jasad seorang hamba.

Namun tahukah kita bahawa sebenarnya melalui jalan musibah dan ujian tersebut mendekatkan hamba kepasa Allah s.w.t. Ketika itu lah seorang yang beriman terasa kerdil dan tak punya apa-apa. Hanya kembali kepada Allah s.w.t dan redha atas apa yang ditimpakan. Pilihannya hanyalah sabar, mahu tak mahu kena bersabar juga...

Cara praktikal untuk bersabar ialah :
1. Dengan melakukan solat. Perhatikan dan maknai setiap bacaan-bacaan dalam solat. Penuh pengharapan, permintaan dan pergantungan kepada Allah s.w.t.

"Wahai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan kepada Allah dengan sabar dan solat, sesungguhnya Allah berserta orang yang sabar."
(Al- Baqarah : 153)

2. Ingat dan sebutkan : Innalillahiwainna ilaihi rajiun..."dari Allah aku datang dan kepada Allah akan dikembalikan".

"Dan sesungguhnya akan kami berikan sedikit cubaan kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Berikan berita gembira kepada orang yang sabar. Iaitu orang yang apabila di timpa musibah, mereka mengucapkan : Innalillahi wainna ilaihirajiun.."
(Al-Baqarah : 155-156)

Hakikatnya orang beriman itu pasti diuji, maka pilihan yang ada adalah BERSABAR.....

Bagaimana pula dengan syukur atas nikmat?

Bagaimana cara untuk bersyukur ye?
Mudah sahaja ucapkanlah Alhamdulillah...

Tidak semudah itu bukan....

Syukur itu akan hadir bila kita tazakkur, berfikir, mengingat akan nikmat dan ingat kepada pemberi nikmat.

Susah sekali manusia hargai nikmat percuma yang Allah bagi. Nikmat itu akan benar-benar disyukuri setelah Allah menghilangkannya. Ternyata setelah Allah datangkan musibah itu baru manusia akan mula bersyukur dan bersabar.

Maka dalam keselesaan dan kenikmatan yang melimpah ruah potensi untuk tidak bersyukur itu tinggi. Jadi bagaimanakaah cara untuk bersyukur?

1. Banyakkan mengingati akan nikmat dan menghayati, tadabbur nikmat dengan melihat kejadian alam semesta lalu ucapkanlah Alhamdulillah..
2. Mencintai sang pemberi nikmat sepenuh hati. Maka lakukanlah segala yang diperintahkan Allah s.w.t dengan penuh cinta.
3. Menggunakan nikmat /berkhidmat melalui nikmat yang diberikan Allah ke jalan Allah untuk manfaat orang lain.

Susah bukan syukur ini? Apa yang dimiliki perlu disumbangkan semula kepada orang lain semata-mata kerana Allah.

Bukan selesa dan gunakan nikmat tersebut untuk puaskan nafsu dan keinginan sendiri.
Al quran sendiri banyak ayat mengatakan amat sedikit sekali mereka yang bersyukur.

" Sesungguhnya Kami telah menempatkan kamu sekalian di atas muka bumi dan kami adakan bagi kamu di atas muka bumi itu sumber kehidupan. Amat sedikitlah kamu bersyukur"
(Al- A'raf : 7)

Dan banyak lagi ayat-ayat yang lain..

Mudah-mudahkan kitalah mereka yang sedikit itu. Menjadi seorang mukmin yang sebenarnya...

"Daripada Shuhaib RA berkata, Rasulullah SAW bersabda : β€œAmat menakjubkan urusan seorang Mukmin kerana setiap urusannya adalah baik dan itu tidak akan berlaku kepada seorang pun kecuali kepada seorang Mukmin (yang sempurna keimanannya). Jika dia mendapat sesuatu yang mengembirakan dia bersyukur, maka itu adalah kebaikan baginya. Jika dia ditimpa kesusahan dia bersabar, maka itu adalah kebaikan baginya.”

(Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 2999)

Aini Said
Ketua Wanita Shah Alam

#WanitaISMAShahalam
#syukurisegalanikmat
#seindahsabar
🌸REHAL WANITA EDISI SYAABAN & RAMADAN 🌸

Apa kata tahun ini kita mulakan awal tadarus al-quran. Kita boleh susun awal perancangan Ibadah masa Ramadan nanti.


❀️ Anda mencari kumpulan Tadarus Al-Quran dan target khatam pada Ramadan kali ini?
❀️ Anda mencari teman untuk mengaji bersama sebagai motivasi?
❀️ Anda inginkan perkongsian kisah- kisah dari Al-Quran?

Jom mengaji bersama Rehal Wanita Isma Shah Alam❗️


Rehal Wanita Edisi Syaaban & Ramadan πŸ“

πŸ§•πŸ» Sesi Tilawah & Tadarus al-quran dalam kumpulan kecil 5-8 orang secara atas talian.
πŸ§•πŸ» Perkongsian tadabbur ayat pilihan sebagai ibrah.
πŸ§•πŸ» Majlis khatam serentak 1 Malaysia pada akhir Ramadan.
πŸ§•πŸ» Sesi bermula 1 Syaaban - 27 Ramadan 1443H bersamaan 4 Mac - 29 April 2022

Berminat? Hubungi kami segera untuk mendaftar:
▢️ Pn Syatirah
:
wasap.my/60193693675

Jom daftar segera!
https://forms.gle/8UKhHV6thBnxhKSg8

.
.
#wanitaismashahalam
#perjuanganbermuladarirumah
#rehalsyaabanramadan
#quranhour🌎
#SrikandiIFFAH
🌸REHAL WANITA EDISI SYAABAN & RAMADAN 🌸

Apa kata tahun ini kita mulakan awal tadarus Al-Quran. Kita boleh susun awal perancangan ibadah masa Ramadan nanti.


❀️ Anda mencari kumpulan Tadarus Al-Quran dan target khatam pada Ramadan kali ini?
❀️ Anda mencari teman untuk mengaji bersama sebagai motivasi?
❀️ Anda inginkan perkongsian kisah- kisah dari Al-Quran?

Jom mengaji bersama Rehal Wanita Isma Shah Alam❗️


Rehal Wanita Edisi Syaaban & Ramadan πŸ“

πŸ§•πŸ» Sesi Tilawah & Tadarus Al-Quran dalam kumpulan kecil 5-8 orang secara atas talian.
πŸ§•πŸ» Perkongsian tadabbur ayat pilihan sebagai ibrah.
πŸ§•πŸ» Majlis khatam serentak 1 Malaysia pada akhir Ramadan.
πŸ§•πŸ» Sesi bermula 1 Syaaban - 27 Ramadan 1443H bersamaan 4 Mac - 29 April 2022

Berminat? Hubungi kami segera untuk mendaftar:
▢️ Pn Syatirah
:
wasap.my/60193693675

Jom daftar segera!
https://forms.gle/8UKhHV6thBnxhKSg8

.
.
#wanitaismashahalam
#perjuanganbermuladarirumah
#rehalsyaabanramadan
#quranhour🌎
#SrikandiIFFAH
REHAL RAMADAN WANITA ISMA SHAH ALAM 2022

Alhamdulillah seramai 10 orang Pembimbing yang akan membimbing dan menyemak bacaan para peserta sepanjang sesi tilawah dan tadarus Rehal Ramadan.

Semoga usaha kita untuk menjadi pencinta Al-Quran akan mendapat keberkatan dari Allah dan diberikan ganjaran yang berlipat kali ganda.🌸

#RehalRamadan2022
#WanitaIsmaShahAlam
#IFFAHShahAlam
#perjuanganbermuladarirumah
🌸REHAL WANITA EDISI REJAB, SYAABAN & RAMADAN 1445H🌸

πŸ€” Rasa terkejar2 bertadarus masa bulan Ramadan?

πŸ§• Anda mencari teman sama-sama khatam Al-Quran, Ramadan kali ni?

πŸŒ™ Nak lebih dekat dengan Al-Quran dan memahami apa yang dibaca?

YESSS!
Jom kita mengaji bersama Rehal Wanita Isma Shah Alam 😍

Dapat mulakan tadarus Al-Quran lebih awal, dapat juga susun perancangan ibadah dalam bulan Ramadan nanti. πŸ₯°

Aktiviti Menarik Rehal Wanita Edisi Rejab, Syaaban & Ramadan 😍

Cara Perlaksanaan:
πŸ§•πŸ» Sesi Tilawah & Tadarus Al-Quran dalam kumpulan kecil 5-8 orang secara atas talian atau bersemuka mengikut perbincangan kumpulan.

πŸ§•πŸ» Peserta boleh mencari geng ngaji sekurangnya 3 orang dari kalangan ahli keluarga atau kenalan kerja untuk bersama satu kumpulan. Pembimbing akan disediakan.

πŸ§•πŸ» Majlis khatam serentak 1 Malaysia pada minggu akhir Ramadan.
πŸ§•πŸ» Sesi bermula 1 Rejab 1445H bersamaan 13 Januari 2024.

Jom Daftar Segera❗️

https://bit.ly/rehaldanusrahwanita

#wanitaismashahalam
#perjuanganbermuladarirumah
#rehalrejabsyaabanramadan