ISMA SHAH ALAM
421 subscribers
558 photos
38 videos
2 files
469 links
Perkongsian ilmu dan aktiviti Isma Shah Alam
Download Telegram
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

JUMAAT BARAKAH

Dan belanjakanlah sebahagian daripada rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang daripada kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka ia akan merayu dengan katanya: “Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi daripada orang-orang yang soleh..." (Al-Munafiqun:10)

Kita ada 2 pilihan:
1. Ambil peluang infaq hari ini selagi Allah masih kurniakan harta sebagai pinjaman dan kelapangan rezeki buat kita.
2. Tahan harta yang kita ada sehingga suatu masa yang lebih sesuai.

Tiada sesiapa yang tahu sampai bila Allah masih akan rezekikan diri dengan harta, kesihatan, umur, atau anak-anak. Ianya nikmat yang boleh ditarik sekelip mata. Amat rugilah jika kita tidak berusaha mengeluarkan infaq sekarang, sehingga kita termasuk dalam golongan mereka yang menyesal seperti yang diceritakan di dalam al-Quran.

💻https://ismashahalam.org.my/kempen/
📱Maybank ISMA Shah Alam 562218106348

#InfaqPembukaRezeki
#ISMAShahAlam
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

JUMAAT BARAKAH

“Sesungguhnya orang-orang yang bersedekah baik lelaki mahupun perempuan dan meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, nescaya akan dilipat-gandakan (ganjarannya) kepada mereka; dan bagi mereka pahala yang banyak.” (Al Hadid: 18)


Mari bersama menyumbang kpd kelangsungan aktiviti-aktiviti dakwah kemasyarakatan. Semoga manfaat dari usaha menyantuni masyarakat Shah Alam hari ini berpanjangan dalam menyuburkan dakwah di bumi Shah Alam ini.

💻
https://ismashahalam.org.my/kempen/
📲 Maybank ISMA Shah Alam  562218106348



#InfaqPembukaRezeki
#ISMAShahAlam
JUMAAT BARAKAH

هٰٓاَنْتُمْ هٰٓؤُلَاۤءِ تُدْعَوْنَ لِتُنْفِقُوْا فِيْ سَبِيْلِ اللّٰهِۚ فَمِنْكُمْ مَّنْ يَّبْخَلُ ۚوَمَنْ يَّبْخَلْ فَاِنَّمَا يَبْخَلُ عَنْ نَّفْسِهٖ ۗوَاللّٰهُ الْغَنِيُّ وَاَنْتُمُ الْفُقَرَاۤءُ ۗ وَاِنْ تَتَوَلَّوْا يَسْتَبْدِلْ قَوْمًا غَيْرَكُمْۙ ثُمَّ لَا يَكُوْنُوْٓا اَمْثَالَكُمْ ࣖ 
Surah Muhammad:38

Ingatlah, kamu adalah orang-orang yang diajak untuk menginfakkan (hartamu) di jalan Allah. Lalu di antara kamu ada orang yang kikir, dan barangsiapa kikir maka sesungguhnya dia kikir terhadap dirinya sendiri. Dan Allah lah Yang Mahakaya dan kamulah yang berkehendak (kepada-Nya)...

Beri peluang kepada diri kita untuk memberi sedekah walau sedikit mana pun hari ini. Kerana ia tanda kita bersyukur akan nikmat Allah dan pinjaman Nya atas harta di dunia.

💻https://ismashahalam.org.my/kempen/
📱Maybank ISMA Shah Alam 562218106348

#InfaqPembukaRezeki
#ISMAShahAlam
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
جمعة بركة

"سسوڠڬوهڽ صدقه ايت داڤت مڠهاڤوسكن دوسا سڤرتي مان اير ممادمكن اڤي" (الترمذي)


حقيقتڽ، سابن هاري كهيدوڤن كيت دڤنوهي دڠن ڤلباڬاي ڤركارا يڠ منداتڠكن دوسا دان كبوروكن، امت روڬي جك كيت تيدق بروسها ملاكوكن عمل انفاق سچارا استقامه، يڠ بوكن سهاج ممڤو منوتوڤ دوسا ماله ملواسكن جالن رزقي، ان شاءالله.

💻https://ismashahalam.org.my/kempen/
📱Maybank ISMA Shah Alam 562218106348

#InfaqPembukaRezeki
#ISMAShahAlam
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
جمعة بركة

Tiada satu Subuh yang datang melainkan diutuskan dua malaikat dan salah satu malaikat tersebut berdoa: Wahai Tuhanku, berilah pemberi sedekah gantian (yang lebih baik).” (HR al-Bukhari)

Apa sahaja harta yang kita kuasai pda hari ini hanyalah pinjaman dari Allah yang di amanahkan kepada kita. Tiada apa kebaikan jika kita menggenggam tangan kita dari memberi sedekah kerana pemberian sedekah dijanjikan gantian yang lebih baik. Pastinya kita tidak mahu melepaskan peluang ini ketika kita masih ada masa dan kesempatan.

💻https://ismashahalam.org.my/kempen/
📱Maybank ISMA Shah Alam 562218106348

#InfaqPembukaRezeki
#ISMAShahAlam
JUMAAT BARAKAH 

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓا۟ أَنفِقُوا۟ مِمَّا رَزَقْنَـٰكُم مِّن قَبْلِ أَن يَأْتِىَ يَوْمٌۭ لَّا بَيْعٌۭ فِيهِ وَلَا خُلَّةٌۭ وَلَا شَفَـٰعَةٌۭ ۗ وَٱلْكَـٰفِرُونَ هُمُ ٱلظَّـٰلِمُونَ
"Wahai orang-orang yang beriman! Infaqkanlah sebahagian daripada rezeki yang telah Kami berikan kepadamu, sebelum tiba hari ketika tiada jual beli, dan tidak ada lagi persahabatan dan tidak pula syafaat." (Al-Baqarah: 254)
 

Rezeki yang Allah kurniakan pada kita hanyalah pinjaman yang perlu dimanfaatkan untuk mengharap redhaNya. Seharusnya kita rebut peluang berinfaq pada bila-bila masa sebelum peluang itu tertutup buat kita.

Suburkan amalan infaq untuk dakwah bersama ISMA Shah Alam:
💻https://ismashahalam.org.my
📱Maybank ISMA Shah Alam 562218106348

#InfaqPembukaRezeki
#ISMAShahAlam
JUMAAT BARAKAH

Perlawanan separuh akhir Piala Dunia di antara pasukan Morocco dan Perancis tempoh hari memberi harapan dan inspirasi kepada generasi muda dan seluruh dunia Islam. Ia juga memberi isyarat bahawa ummah ini mendambakan kemenangan, kehebatan, dan keinginan untuk menjadi yang terbaik. Janganlah kita mengakhiri keinginan ini dengan piala dunia tetapi mari bawa semangat itu kepada kehidupan peribadi dan dunia kecil di sekeliling kita hari ini.

Seperti firman Allah di dalam surah Ali Imran, 110:
كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِٱلْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ ٱلْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِٱللَّهِ ۗ وَلَوْ ءَامَنَ أَهْلُ ٱلْكِتَٰبِ لَكَانَ خَيْرًا لَّهُم ۚ مِّنْهُمُ ٱلْمُؤْمِنُونَ وَأَكْثَرُهُمُ ٱلْفَٰسِقُونَ

“Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah.....”

Setiap kejayaan seharusnya menjadi pemangkin kepada pencapaian yang lebih hebat, dalam perjalanan dan usaha kita untuk menjadi ummah yang terbaik. Sama-sama kita fikirkan peranan setiap daripada kita untuk memperkasakan ummah dan mengatasi cabaran bersama.
 

Ayuh suburkan da'wah bersama ISMA Shah Alam.
💻https://ismashahalam.org.my/kempen/
📱Maybank ISMA Shah Alam 562218106348


#InfaqPembukaRezeki
#ISMAShahAlam
Pagi Jumaat banyakkan zikir,
Biar sehari menjadi berkat,
Didiklah hati jauhi kikir,
Biar sedekah didoakan malaikat.

Senyum puteri baru didandan,
Didandan dayang tepi beranda,
Sedekah tak perlu tunggu Ramadan,
Esok lusa tak tentu ada.

Dayung disimpan atas pangkin,
Air naik dayunglah sampan,
Sedekah tak akan menjadikan miskin,
Yakinlah Allah beri kecukupan.

Yang pergi berkirim pesan,
Yang tinggal berkirim bekal,
Sama menolong sesama insan,
Bantu yang kurang manfaatnya kekal.

Bergadai emas tebus suasa,
Berpindah kampung tanda berkorban,
Sedekah amalan penghapus dosa,
Jangan dianggap sebagai beban.
 

Ayuh suburkan da'wah masyarakat bersama ISMA Shah Alam.
💻https://ismashahalam.org.my/kempen/
📱Maybank ISMA Shah Alam 562218106348


#InfaqPembukaRezeki
#ISMAShahAlam
JUMAAH BARAKAH

Tahukah anda, wujudnya satu projek komuniti di Shah Alam yg menyediakan kelas tuisyen remaja, kelas mengaji, kelas silat dan kelab bola sepak yang memberi fokus kepada warga Shah Alam yang kurang berkemampuan?
 
Projek Komuniti Anggerik (PEKA) ini sedang merangka lebih banyak produk yang boleh dimanfaatkan oleh penduduk sasar B40 Shah Alam ketika ini!

Siapa tahu, dengan sedikit infaq yang kita keluarkan pada hari ini untuk bantu komuniti Shah Alam yang memerlukan, ia membuka jalan kepada mereka ini menyumbang semula kepada dakwah di Malaysia ini dan sekali gus menghasilkan warga bandar yang berkualiti bukan sahaja dari sudut sahsiah malah kefahaman Deen mereka.


Ayuh suburkan da'wah masyarakat bersama ISMA Shah Alam.
💻https://ismashahalam.org.my/kempen/
📱Maybank ISMA Shah Alam 562218106348


🔥Follow Wadah Medsos Komuniti Shah Alam:
🫶 Facebook : https://www.facebook.com/profile.php?id=100086484061726
🫶 Instagram: https://www.instagram.com/projekpeka/
🫶 Tiktok: https://www.tiktok.com/@gent_peka?_t=8Yf0IOCDqM5&_r=1
🫶 Silat Hang Tuah
https://vt.tiktok.com/ZS8k3YP57

#InfaqPembukaRezeki
#ISMAShahAlam
JUMAAH BARAKAH

Sedar tak sedar, kita telah berada di bulan Rejab. Persediaan bagi menghadapi bulan Ramadan yang bakal tiba dua bulan lagi perlu dilakukan daripada sekarang supaya momentum ibadah dapat ditingkatkan sepanjang Ramadan.

Antara amalan yang boleh diusahakan adalah melazimi tahajjud, puasa Isnin dan Khamis, dan juga berinfaq.
 
Rancang wadah infaq/sedekah kita sekarang supaya persiapan menuju Ramadan kita tersusun. Beruntunglah mereka yang menyusun langkah dari sekarang.

اَللّهُمَّ بَلِّغْنَا رَمَضَان

Ayuh suburkan da'wah masyarakat bersama ISMA Shah Alam.
💻https://ismashahalam.org.my/kempen/
📱Maybank ISMA Shah Alam 562218106348


🔥Follow Wadah Medsos Komuniti Shah Alam:
🫶 Facebook : https://www.facebook.com/profile.php?id=100086484061726
🫶 Instagram: https://www.instagram.com/projekpeka/
🫶 Tiktok: https://www.tiktok.com/@gent_peka?_t=8Yf0IOCDqM5&_r=1
🫶 Silat Hang Tuah
https://vt.tiktok.com/ZS8k3YP57

#InfaqPembukaRezeki
#ISMAShahAlam