🇮 🇸 🇱 🇦 🇲 🇫 🇴 🇷 🇺 🆃︎🅰︎🆉︎🅺︎🅸︎🆁︎🅰︎🅷︎, 🆀︎🆄︎🅾︎🆃︎🅴︎🅳🆂︎ & 🆅︎🅸︎🅳︎🅴︎🅾︎🆂︎🌈
900 subscribers
21.2K photos
19.2K videos
575 files
3.03K links
Moga kita sama2 saling Dapat berbagi ilmu dan senentiasa mengalir walaupun setelah ketiadaan kita nanti. Allah Ya Mujib.
Download Telegram
Allahuma Sol’li wassallim Aala Saiyidina Muhammad

‎(اَسْتَغْفِرُاللهَ الْعَظِيْمَ) : Astaghfirullahalazim


160. Wahai sekalian umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Rasul Allah (Muhammad s.a.w) dengan membawa kebenaran dari Tuhan kamu, maka berimanlah kamu (kerana yang demikian itu) amatlah baiknya bagi kamu

Dan jika kamu kufur ingkar (maka kekufuran kamu itu tidak mendatangkan kerugian apa-apa kepada Allah), kerana sesungguhnya bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan di bumi; dan Allah sentiasa Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

An Nisa 4: ayat 170

Shodaqallahul adzim
*maknanya* ‘Maha Benar Allah dengan segala firman-Nya

#perkongsianMaya
#IslamForU
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

*"Jika ingin berubah menjadi lebih baik, bismillah dan berubahlah. Tak perlu tergesa-gesa, karena semua ada prosesnya. Sedikit demi sedikit pun tak apa, yang terpenting istiqomah."*

Diucapkan salam Asar 4 rakaat.. semoga amal ibadah kita mendapat kebaikan Dan bernilai disisiNYA.. Aamiin🤲

@mawar
#IslamForU
2
☀️TAZKIRAH ASAR ☀️

Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:

اِنْ تَجْتَنِبُوْا كَبٰٓئِرَ مَا تُنْهَوْنَ عَنْهُ نُكَفِّرْ عَنْكُمْ سَيِّاٰتِكُمْ وَنُدْخِلْـكُمْ مُّدْخَلًا كَرِيْمًا


"Jika kamu menjauhkan dosa-dosa besar yang dilarang kamu melakukannya, Kami akan ampunkan kesalahan-kesalahan (dosa kecil) kamu, dan kami akan masukkan kamu ke tempat yang mulia (syurga)."

(QS. An-Nisa' 4: Ayat 31)

#perkongsianMaya
#IslamForU
𝗛𝗔𝗧𝗜 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗟𝗔𝗟𝗔𝗜 𝗦𝗨𝗞𝗔𝗥 𝗕𝗘𝗥𝗨𝗕𝗔𝗛
Hati yang lalai daripada mengingati Allah ibarat tanah yang kering kontang, sukar menerima benih kebaikan walaupun sering disirami nasihat. Apabila seseorang terlalu tenggelam dalam dunia, leka dengan hiburan, dan sibuk mengejar keinginan nafsu, hatinya akan menjadi keras sedikit demi sedikit. Nasihat yang baik tidak lagi menyentuh jiwa, teguran dianggap beban, bahkan dosa pula dirasakan biasa.

Kelalaian bukan berlaku secara tiba-tiba, tetapi bermula dengan perkara kecil yang sering dipandang remeh. Meninggalkan zikir, melengah-lengahkan solat, malas membaca al-Quran, serta terlalu cinta kepada dunia menjadi sebab hati semakin jauh daripada cahaya hidayah. Apabila hati sudah lama lalai, untuk berubah menjadi lebih sukar kerana jiwa sudah terbiasa dengan kegelapan dosa.

Namun, seluas mana pun kelalaian seseorang, pintu taubat Allah tetap terbuka. Hati yang keras masih mampu dilembutkan dengan istighfar, doa, dan mujahadah melawan hawa nafsu. Kadangkala Allah hadirkan ujian, kesedihan, atau kehilangan supaya manusia kembali sedar dan mengingati-Nya. Dari situlah bermulanya perubahan.

Oleh itu, jangan biarkan hati terlalu lama lalai. Basahilah lidah dengan zikir, dekatilah majlis ilmu, dan sentiasalah bermuhasabah diri. Kerana hati yang sentiasa mengingati Allah akan mudah menerima hidayah, manakala hati yang lalai akan terus tenggelam dalam kealpaan tanpa sedar.
— 𝑱𝒆𝒋𝒂𝒌 𝑺𝒖𝒇𝒊 —

#perkongsianMaya
#IslamForU
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Bismillah

MENJAGA PERSAUDARAAN SESAMA ORANG BERIMAN

Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:

اِنَّمَا الْمُؤْمِنُوْنَ اِخْوَةٌ فَاَ صْلِحُوْا بَيْنَ اَخَوَيْكُمْ وَا تَّقُوا اللّٰهَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُوْنَ
"Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara, karena itu damaikanlah antara kedua saudaramu (yang berselisih)

dan bertakwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat."
(QS. Al-Hujurat 49: Ayat 10)

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, ia berkata, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “

Janganlah kalian saling mendengki, janganlah saling tanajusy (menyakiti dalam jual beli), janganlah saling benci, janganlah saling membelakangi (mendiamkan),

dan janganlah menjual di atas jualan saudaranya. Jadilah hamba Allah yang bersaudara. Seorang muslim adalah saudara untuk muslim lainnya.

# Syiar Tholabul Ilmi Sunnah(65)
#perkongsianMaya
#IslamForU
👍1👏1
LIHAT KE BAWAH DALAM URUSAN DUNIA

🚗Memandu kereta dan kita melihat pada orang yang menunggang motosikal. Bersyukurlah.

🛵Menunggang motosikal dan kita melihat orang mengayuh basikal. Bersyukurlah.

🚴‍♂️Mengayuh basikal dan kita melihat orang berjalan kaki. Bersyukurlah

🚶Berjalan kaki dan kita melihat orang yang kudung kakinya. Bersyukurlah.

🧑‍🦽Berkaki kudung dan kita melihat orang terlantar sakit di atas katil. Bersyukurlah.

🛏️Terlantar sakit dan kita melihat jenazah diusung ke tanah perkuburan. Bersyukurlah.

🏷️Hanya Setelah Menjadi Mayat, Maka Syukur Pun Terhenti.
#perkongsianMaya
#IslamForU
👏1😢1
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Renungan Sepintas Lalu...

Jangan pernah tinggalkan sholat, apapun keadaanmu.

Hidup ini singkat, tubuh bisa lelah, hati bisa goyah, tetapi kewajiban kepada Allah SWT hanya gugur saat nyawa terlepas.

Engkau bekerja untuk hidup, tetapi engkau hidup untuk beribadah. jika pekerjaan membuatmu jauh dari sholat, berarti engkau kehilangan arah.

Rezeki dicari, tapi berkahnya datang dari Allah. Tidak ada keuntungan sebesar apapun yang dapat menggantikan satu sujud yang engkau tinggalkan.

Untuk apa mengejar dunia jika sholatmu tertinggal? Dunia tetap berjalan tanpamu, tetapi hatimu takkan tenang tanpa sujudmu. Jagalah hubunganmu dengan Allah, karena itulah pertolongan sejati.
آمِيْن يَا رَبَّ العَالَمِيْنَ 

#perkongsianMaya
#IslamForU
🔥1
Selalu kan lepas makan rasa mengantuk? Macam tak boleh bincang lagi. Ha, itu tandanya blood sugar mendadak naik atau sugar spike.
.
👇👇👇
Tahu tak, ada satu bahan kat dapur yang kita selalu guna untuk wangikan nasi, rupanya ada "kuasa rahsia" untuk control gula ni?
.
Namanya daun pandan!
.
Kajian sains kata dalam daun pandan ni ada magik dia sendiri:
.
Daun pandan sekat enzim jahat. Dalam usus kita ada enzim nama dia  alpha-glucosidase.
.
Tugas enzim ni adalah tukarkan karbohidrat (macam nasi, mi, roti) jadi gula ringkas.
.
Apa daun pandan buat ialah perlahankan serapan gula.
.
Ekstrak daun pandan ni akan "block" kerja enzim tadi.
.
Bila kena sekat, proses penukaran dan penyerapan gula dalam badan jadi slow.
.
Gula tak sempat nak "melompat" naik tinggi lepas kita makan!
.
Hebat kan? Aturan alam ni memang luar biasa.
.
Jadi, lepas ni kalau masak nasi, boleh buat teh daun pandan suam tanpa gula. Minum.
.
Wangi pun wangi, sihat pun sihat!
.
Cuba amal tengok macam mana. Pastu maintain bertenaga, tak ada lagi babak tersengguk-sengguk depan laptop.
.
#Dato’DrRizal #TipsSihat #DaunPandan #GulaDarah
#IslamForU
1👍1
☘️Khasiat Air Rebusan Daun Pandan Boleh
Membantu:

✔️Menenangkan tubuh
✔️Mengurangkan lenguh & stres
✔️Membantu pencernaan
✔️Menjadikan badan lebih segar secara
semula jadi

🌿Cara membuat:
Rebus 3-5 helai daun pandan bersama 2
gelas air.
Tunggu 10-15 minit, kemudian minum ketika
Suam.

@Dyxyviral
#IslamForU
👍2
Izuma Qoutes

"*DUNIA ADALAH PERNIAGAAN**

Dunia adalah perniagaan, pasarnya ialah menyendiri, modalnya adalah taqwa, dan labanya adalah surga.

Sang Guru

#izumaquotes
#IslamForU
☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆
Dalam perjalanan seorang murid, permulaan itu selalunya ringan. Guru tidak terus meletakkan beban yang berat. Diberi wirid yang pendek, mudah diulang, supaya hati mula kenal jalan. Lidah dilatih, jiwa dibiasakan, dan waktu mula disusun.

Sedikit demi sedikit, wirid itu bertambah. Dari yang pendek kepada yang lebih panjang. Dari zikir biasa kepada hizib yang mempunyai susunan tertentu. Murid kadang melihatnya sebagai pertambahan amalan, tetapi hakikatnya itu adalah pembinaan kekuatan dalaman.

Seperti orang yang melatih badan, bukan terus mengangkat beban yang berat. Tetapi dilatih otot sedikit demi sedikit sehingga mampu memikul sesuatu yang besar tanpa terasa berat.

Begitu juga dalam jalan ini.

Wirid dan hizib bukan tujuan akhir. Ia adalah jalan membina kemampuan hati. Ia menguatkan jiwa, menenangkan lintasan, mematahkan gangguan, dan membuka ruang dalam diri. Bila hati sudah mula hidup, barulah ia mampu berhadapan dengan sesuatu yang lebih besar.

Di situlah Al-Quran.

Ramai yang tidak sedar, membaca Al-Quran bukan sekadar membaca. Ia memerlukan kekuatan. Kekuatan untuk hadir, untuk faham, untuk istiqamah, dan untuk terus bersama tanpa jemu. Tanpa latihan sebelumnya, hati cepat letih, akal cepat lari.

Sebab itu guru tidak terus meletakkan Al-Quran sebagai amalan utama pada permulaan. Bukan kerana Al-Quran itu di belakang, tetapi kerana murid itu belum bersedia untuk benar-benar bersama Al-Quran.

Apabila wirid dan hizib sudah menjadi sebahagian dari hidup, hati menjadi lebih stabil. Di situ, Al-Quran tidak lagi terasa berat. Bahkan ia menjadi tempat kembali.

Ada jalan yang sampai pada tahap, amalan tertinggi bukan lagi banyaknya wirid, tetapi berapa banyak hubungan dengan Al-Quran. Ada yang dijadikan disiplin, khatam seminggu sekali. Bukan untuk mengejar bilangan, tetapi untuk memastikan hubungan itu tidak terputus.

Di sini murid mula faham.

Segala wirid yang diamalkan sebelum ini sebenarnya memimpin dirinya ke satu pintu. Pintu itu adalah Al-Quran. Dan bila sudah sampai di pintu itu, barulah dia sedar selama ini dia hanya sedang dipersiapkan.

#perkongsianMaya
#IslamForU
👍1
السلام عليكم ورحمةالله وبركاته

JANGAN ENGKAU BERANI SYIRIK KEPADA ALLAH...

Firman Allah SWT :

كَبُرَتۡ كَلِمَةࣰ تَخۡرُجُ مِنۡ أَفۡوَ ٰ⁠هِهِمۡۚ إِن یَقُولُونَ إِلَّا كَذِبࣰا

Terjemahan :

"Besar sungguh perkataan syirik yang keluar dari mulut mereka; mereka hanya mengatakan perkara yang dusta."

{ Surah Al-Kafh : 5 }

#perkongsianilmu
#IslamForU
*⁣بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَن الرَّحِيْـــــــمِ*

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

ﷺاَللَّهُمَّ صَلَّی عَلَی سَيًدِنَآمُحَمَّدٍ وَعَلَی اَلِ سَيِّدِنَآمُحَمَّدٍ ﷺ

Pegangan Agama, Penentu Arah Kehidupan...

Selagi mana kita berpegang teguh kepada agama Allaah, insyaa-Allaah kita tidak akan sesat dalam perjalanan hidup ini.

Namun apabila ilmu agama diabaikan, hati akan mudah ditenggelami oleh lautan duniawi sehingga lalai dan jauh daripada mengingati Allaah SWT.

Apabila Allaah SWT bersama kita, hakikatnya kita memiliki segalanya.

Namun tanpa pertolongan dan hidayah-Nya, kita sebenarnya kehilangan segala²nya walaupun dunia berada di genggaman.

Ilmu agama dipelajari bukan untuk bermegah atau meninggikan diri, tetapi untuk diamalkan agar menjadi bekalan yang menyelamatkan kita di akhirat kelak.

Jangan kita menunggu waktu lapang untuk mempelajari ilmu agama, tetapi lapangkanlah waktu dalam hidup kita khusus untuk menuntut ilmu agama.

Semoga Allaah SWT memelihara hati kita daripada sifat lalai, takbur dan cinta dunia yang melampau, serta mengurniakan kepada kita istiqamah dalam menuntut dan mengamalkan ilmu.

Semoga bermanfaat.
Barakallahu Fiikum...

#perkongsianilmu
#IslamForU
*اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ*

ﷺاَللَّهُمَّ صَلَّی عَلَی سَيًدِنَآمُحَمَّدٍ وَعَلَی اَلِ سَيِّدِنَآمُحَمَّدٍ ﷺ

Tidak Semua Sama
Dalam Ibadah...

Imam ibnu Abdil Barr rohimahullah berkata ;

“Seorang ahli ibadah yang bernama Abdullah Al Umariy pernah menulis surat kepada Imam Malik, menganjurkan beliau agar fokus ibadah.

Maka Imam Malik menjawab :

"Sesungguhnya Allah membagi bagikan amal sebagaimana membagi bagikan rezeki.

Ada orang yang dibukakan pintu sholat, yang lain dibuka untuknya pintu puasa, ada yang dibukakan pintu sedekah.

Dan menyebarkan ilmu adalah diantara amalan yang paling utama, Aku ridho dengan pemberian Allah ini kepadaku.

Aku merasa yang aku lakukan ini tidak lebih rendah dari apa yang engkau lakukan..

Aku berharap kita berdua di atas kebaikan.."

[siyar a’lam nubala 8/115]

Demikian, kemampuan manusia untuk beramal berbeda beda. Walaupun kita berusaha untuk beramal semaksimal mungkin.

Wallahuak'lam.
Barakallahu Fiikum...

#perkongsianilmu
#IslamForU
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

ﺳَﻠَٰﻢٌ ﻗَﻮْﻟًﺎ ﻣِّﻦ ﺭَّبٍّ ﺭَّﺣِﻴﻢَ
---------------------
Buat yang dikasihi.
Selamat Pagi
Zikir Selasa

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

ﺳَﻠَٰﻢٌ ﻗَﻮْﻟًﺎ ﻣِّﻦ ﺭَّبٍّ ﺭَّﺣِﻴﻢَ
----------------------

Allahumma Salli 'Ala Muhammad
Wa 'Ala Ali Muhammad.
Yaa ALLAH, berilah selawat kepada Muhammad(S.A.W) dan keluarganya Muhammad(S.A.W).

Wirid Zikir Hari Selasa.
( Wirid ini, hendaklah dibaca sekurang²nya 1,000 kali pada setiap Hari Selasa ).

       Berselawat bererti kita menggunakan sebahagian hak² RASULULLAH S.A.W ke atas diri kita. Di samping itu ianya dianggap sebagai mensyukuri nikmat ALLAH S.W.T yang mengurniakan dan mengutuskan RASULULLAH S.A.W kepada kita.

#halalforshare
#IslamForU
🤍 🖤 🤍 🖤 🤍 🖤 🤍 🖤
1