Irfan _ Newboys News
60.7K subscribers
4.14K photos
2.13K videos
46 links
Segala Berita Mengenai Palestin, Pertahanan, Hal Ehwal Isu Semasa Dalam dan Luar Negara
Download Telegram
Irfan _ Newboys News
MAKIN STRESS PRESIDEN PUTIN RUSIA MAKIN TAK ADA DUIT NAK LAWAN UKRAINE 2026 Rusia dilaporkan kini bermasalah dari segi kewangan untuk meneruskan perang mereka di Ukraine Ini selepas kejatuhan harga minyak dunia akibat Tarif Import Trump ketika ini dan kenaikkaan…
Tentera Korea Utara dan China yang dihantar membantu pun tak cukup untuk bantu Rusia ketika ini

Taktik Ukraine yang kini semakin padu dengan 4 bunuh Tentera Rusia berbalas 1 sahaja Tentera Ukraine terbunuh menyebabkan situasi makin tertekan untuk Presiden Putin

Penganalisis menjangka Rusia akan berjimat cermat dan memotong belanjawan bukan ketenteraan dan mengambil lebih banyak simpanan

Keadaan jadi bertambah buruk apabila Rusia masih tidak dapat akses kepada 340 Bilion USD simpanannya yang dibekukan di luar negara
Nampaknya Kementerian Perdagangan Pelaburan dan Industri MITI berjaya catat kejayaan baru apabila barangan Malaysia kini bebas tarif import di Iceland, Linchstentein, Norway dan Switzerland

Apabila Menteri Perdagangan Pelaburan dan Industri, Dato Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz mengumumkan Malaysia berjaya mencapai kata sepakat dalam Perjanjian MEEPA dengan 4 buah negara berkenaan

MEEPA meliputi perdagangan barangan & perkhidmatan, pelaburan, harta intelek, persaingan, perolehan kerajaan, kerjasama, & pembangunan lestari.
Irfan _ Newboys News
Nampaknya Kementerian Perdagangan Pelaburan dan Industri MITI berjaya catat kejayaan baru apabila barangan Malaysia kini bebas tarif import di Iceland, Linchstentein, Norway dan Switzerland Apabila Menteri Perdagangan Pelaburan dan Industri, Dato Seri Tengku…
Nampaknya kalau Tentera Malaysia nak beli Sistem Pertahanan Udara NASAMS Norway. Murahlah lepas ni atau harga tak naik sangat

Syahdu TUDM kalau dapat NASAMS Norway untuk Program Sistem Pertahanan Udara Jarak Sederhana MERAD

Nak tambah NSM lagi pun sedap TLDM pasni
Ok dah bukak dah hari ini

Kapsul Masa Wawasan 2020 di Menara KL oleh Tun Dr Mahathir Mohamad

Dalam itu ada IC, Not Kertas RM 2, poster Menara KL, Keratan akhbar lama, gambar pemimpin dan cakera padat
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Rakyat Gaza termasuk kanak kanak kini melarikan diri menuju ke tempat yang mereka rasa selamat selepas Israel kini menguasai satu per lima Gaza
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Seorang isteri merintih di hadapan suaminya yang gugur bersama 4 beradiknya dalam serangan udara Israel di Deir Al Balah, Tengah Gaza

Beliau merintih agar suaminya membawa dirinya bersama ke Alam Barzakh
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Serangan udara Israel menggegarkan kawasan Ibu Pejabat Majlis Perbandaran Deir Al Balah di Tengah Gaza
Bangunan Jabatan Kecemasan Hospital Baptist Al Ahli dimusnahkan IDF hari ini

Mereka mendakwa ada anggota Pasukan Pertahanan Palestin di sana padahal bangunan itu sudah kosong

Tiada yang terbunuh dalam kejadian ini

Ini hospital ke 36 diserang Israel di Gaza
Tumpuan dunia hari ini terutama Ekonomi dan Perdagangan adalah ke arah Malaysia

Apabila bermula hari ini pertemuan rasmi antara PM Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden China, Xi Jinping. Mesti ada sbb kenapa Presiden China pilih Malaysia, Kemboja dan Vietnam di saat perang perdagangan dengan US makin rancak

Xi Jinping siap datang sini lagi selama 3 hari sehingga 17 April 2025

Kita nak tgk bagaimana kemahiran diplomasi Malaysia beraksi di tempoh kritikal seperti ini
TERKINI

Harga Emas naik ke 3,235 USD satu auns. Harga tertinggi dalam sejarah
Selain rakyat Malaysia menyokong Petronas

Rakyat Malaysia juga perlu menyokong BH Petrol

Sebab BH Petrol memberi dividen kepada anggota anggota tentera kita melalui Lembaga Tabung Angkatan Tentera

Anda sokong BH Petrol anda sokong Tentera Malaysia
PDRM berada dalam kesiapsiagaan tertinggi ketika ini untuk kawalan keselamatan susulan bermulanya lawatan rasmi 3 hari Presiden China, Xi Jinping ke Malaysia

Kawasan di mana Presiden China itu akan berkunjung akan dikawal ketat dan sebaiknya
China dah mula tangguhkan eksport beberapa Mineral Nadir Bumi(Rare Earth Element) yang sangat penting untuk pembuatan kereta, semikonduktor dan industri aeroangkasa

Pishang
China menyeru US untuk membatalkan sepenuhnya tarif import ketika ini
TERKINI

AL FATIHAH

Perdana Menteri Malaysia Kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi meninggal dunia sebentar tadi
Irfan _ Newboys News
TERKINI AL FATIHAH Perdana Menteri Malaysia Kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi meninggal dunia sebentar tadi
Beliau mungkin agak tenggelam dalam lipatan sejarah

Namun jasa jasa beliau ada yang memberi impak signifikan kepada negara



Program Angkasawan Negara membawa penyelidikan Malaysia ke satu tahap baru

Program Pertanian adalah Perniagaan menjadi asas kepada permulaan kekuatan Keselamatan Makanan Negara.

Revolusi SPRM dari BPR sebelum ini

Menteri yang boleh kata tiada kontroversi

Konsep Islam Hadhari yang popular membentuk modal insan negara

Terima kasih Bapa Pembangunan Modal Insan
Satu lagi jasa besar Pak Lah adalah ketika beliau memerintah

Berlaku kenaikan gaji kakitangan kerajaan secara agak besar

Dan memberi pendapatan signifikan kepada kakitangan kerajaan
Pejabat Media Kerajaan Gaza mengumumkan jumlah kematian kini sebenarnya sudah sampai 61,700 orang

Baki 11,700 orang itu adalah mereka yang terperangkap di bawah runtuhan dan belum diselamatkan
Nampaknya jenama jenama mewah US dan Eropah akan mula terkesan besar dengan China

Ini selepas pengeluar barangan mereka di kilang kilang di China mula mendedahkan bahawa jenama jenama ini hanya pakejkan semula barangan barangan ini dan letakkan jenama mereka supaya nampak mewah dan mahal

Ada kilang kilang di China mula menjual barangan barangan ini dengan harga lebih murah secara dalam talian

Dilaporkan ada rakyat Malaysia dah mula beli beg beg yang asalnya contohnya untuk Hermes dan Louie Vutton dengan harga lebih murah selepas kilang kilang di China menjualnya