INFO X (Xclusive, Xciting dan Terkini)
7.7K subscribers
12.5K photos
489 videos
2 files
5.24K links
Segmen berita Kupikupifm hanya di INFO X setiap hari. Ikuti INFO X dengan berita-berita politik, isu-isu semasa, sukan, berita dunia, berita yang lebih berani, benar dan banyak lagi berita di Sabah yang akan kami bawakan esklusif kepada kamurang semua!
Download Telegram
Polis menahan seorang lelaki warga emas selepas mengugut untuk mencederakan dan membunuh seorang pesara menerusi aplikasi WhatsApp, semalam.

Suspek berusia 65 tahun ditahan sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau, di sebuah rumah di kawasan Taman Semarak, di sini, kira-kira jam 3.30 petang.

Berita lanjut...https://sabah.kupikupifm.my/lelaki-warga-emas-ditahan-selepas-hantar-ugutan-bunuh-di-whatsapp/
Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menggesa usaha bersepadu dilaksanakan bagi mengurangkan penagih dadah dan pengguna bahan terlarang itu di Sabah.

Katanya, bagi tujuan itu, tumpuan perlu diberikan terhadap usaha untuk membendung permintaan dan penawaran dadah yang berlaku di negeri ini.

Berita lanjut...
https://sabah.kupikupifm.my/hajiji-gesa-usaha-bersepadu-bendung-permintaan-penawaran-dadah-di-sabah/
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes ini supaya berhubung dengan pegawai penyiasat kes Inspektor Iskandar Kiprawi di talian 089-881255.

Berita lanjut...https://sabah.kupikupifm.my/polis-buru-2-lelaki-samun-bersenjata-tajam-di-lahad-datu/
Seorang lelaki maut, manakala seorang lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua kereta di Batu 18, Keningau - Sook, di sini, pagi tadi.

Mangsa berusia 44 tahun yang memandu Proton Saga BLM disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala pemandu Proton Saga lelaki berusia 22 tahun hanya cedera ringan.

Berita lanjut...https://sabah.kupikupifm.my/seorang-maut-seorang-cedera-dalam-kemalangan-di-sook/
PKR Sabah menyambung semula rundingan kerusi PRN17 parti komponen Pakatan Harapan (PH) selepas selesai pemilihan peringkat cabang, kelmarin.

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sabah, Datuk Mustapha Sakmud, berkata perkara itu menjadi keutamaan bagi memuktamadkan agihan kerusi dalam PH.

Berita lanjut...https://sabah.kupikupifm.my/prn17-sambung-rundingan-kerusi-ph-selepas-selesai-pemilihan-pkr-sabah/
Pasukan Polis Marin (PPM) berjaya merampas 9,000 liter minyak petrol bersubsidi yang dipercayai cuba diselewengkan dalam serbuan di sebuah premis di Jalan POIC, Lahad Datu, semalam.

Berita lanjut...https://sabah.kupikupifm.my/ppm-gagalkan-cubaan-seleweng-9000-liter-petrol/
Pencarian dijalankan secara intensif dengan pembahagian kepada empat sektor pencarian meliputi kawasan darat dan sungai.

Berita lanjut...https://sabah.kupikupifm.my/pencarian-kanak-kanak-autistik-diteruskan/
Seorang lelaki yang dilaporkan hilang selepas keluar ke kebunnya di Kampung Gansurai, Kota Belud, dua hari lalu, ditemui selamat, pagi tadi.

Luise Endriuge Seminding, 26, ditemui oleh penduduk bersama pasukan mencari dan menyelamat (SAR) kira-kira 2.5 kilometer dari Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK), pada jam 10.13 pagi.

Berita lanjut...https://sabah.kupikupifm.my/lelaki-hilang-dua-hari-ditemui-selamat/
Ketua Cabang PKR Kota Marudu yang baharu, Zaidi Jatil menyatakan komitmennya untuk memperkukuh parti, khususnya di Kota Marudu sejurus memenangi jawatan itu ketika pemilihan PKR pada Ahad.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Sabah itu menewaskan penyandang yang juga Setiausaha PKR Sabah, Sazalye Donol Abdullah dan dua lagi calon lain dalam pertandingan empat penjuru.

Berita lanjut...https://sabah.kupikupifm.my/zaidi-mahu-kukuhkan-pkr-kota-marudu-selepas-menang-ketua-cabang-2/