INFO X (Xclusive, Xciting dan Terkini)
7.74K subscribers
12.4K photos
485 videos
2 files
5.18K links
Segmen berita Kupikupifm hanya di INFO X setiap hari. Ikuti INFO X dengan berita-berita politik, isu-isu semasa, sukan, berita dunia, berita yang lebih berani, benar dan banyak lagi berita di Sabah yang akan kami bawakan esklusif kepada kamurang semua!
Download Telegram
Kerajaan negeri menyifatkan fi lesen bilik hotel yang dikenakan di bandar raya ini tidak membebankan pengusaha hotel berikutan nilainya lebih kecil berbanding bayaran dikenakan kepada peniaga kecil di pasar.

Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri, Datuk Abidin Madingkir, berkata hotel kelas dua dan tiga masing-masing dikenakan fi lesen RM2.65 dan RM1.30 sebilik sehari, berbanding RM3 satu lot sehari kepada penjaja pasar dan pasar malam.

Berita lanjut...
https://sabah.kupikupifm.my/sidang-dun-fi-lesen-bilik-hotel-lebih-rendah-berbanding-lot-pasar-abidin-madingkir/
Tindakan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin mengumumkan kerjasama BN-PH bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) disifatkan sebagai satu strategi politik.

Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, berkata pengumuman Bung Moktar itu bukan jenaka selepas pelbagai pihak, termasuk dari UMNO sendiri mengatakan tiada keputusan rasmi mengenai perkara itu.

Berita lanjut...
https://sabah.kupikupifm.my/prn17-tindakan-bung-moktar-umum-kerjasama-bn-ph-satu-strategi-politik-suhaimi/
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) merekodkan sebanyak 87 kes tangkapan membabitkan penahanan 321 individu atas pelbagai kesalahan menerusi Op Khas Pagar Laut 1/2025 dengan nilai keseluruhan rampasan adalah berjumlah 4.809 juta.

Berita lanjut...
https://sabah.kupikupifm.my/op-khas-pagar-laut-catat-rampasan-rm4-8-juta-sepanjang-sebulan-operasi/
Laksamana Pertama Maritim, Mohd Khairulanuar Abd Majid @ Razali dilantik sebagai Pengarah Maritim Sabah dan Labuan berkuatkuasa hari ini menggantikan Laksamana Pertama Maritim, Datuk Che Engku Suhaimi Che Engku Daik.

Berita lanjut...https://sabah.kupikupifm.my/khairulanuar-pengarah-maritim-sabah-yang-baharu/
Lima rumah musnah dalam kebakaran di penempatan atas sir di Kampung Balimbang Berjasa, Pulau Bum-Bum, Semporna, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu, dua bot turut musnah sepenuhnya dan sebuah lagi terbakar 10 peratus.

Berita lanjut...
https://sabah.kupikupifm.my/5-rumah-atas-air-terbakar-di-pulau-bum-bum/
Polis menjalankan siasatan berhubung klip video tular membabitkan sekumpulan individu mengejar sebuah kereta disyaki terbabit cubaan curi kabel di Jalan Tuaran Bypass, Kota Kinabalu.

Berita lanjut...
https://sabah.kupikupifm.my/polis-siasat-klip-video-tular-kejar-pencuri-kabel/
Tiada sebarang lesen melombong, khususnya emas dikeluarkan kerajaan negeri dalam isu perlombongan mineral.

Menjelaskan perkara itu, Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, berkata, setakat ini hanya lesen mencari gali atau 'prospecting licence' (PL) yang ada dikeluarkan.

Berita lanjut...https://sabah.kupikupifm.my/sidang-dun-belum-ada-lesen-melombong-hanya-lesen-cari-gali-ketua-menteri/
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sindumin, Datuk Dr Yusof Yacob, berkata ketika ini pelaksanaan pembangunan bercelaru disebabkan koordinasi antara jabatan dan agensi kerajaan yang lambat meluluskan rancangan yang dibuat.

Berita lanjut...
https://sabah.kupikupifm.my/sidang-dun-wujudkan-agensi-pembangunan-wilayah-majukan-daerah-dr-yusof/
Pengasas dan pengarah bersama OOGA X Fui K Soong berkata, ia merupakan satu langkah besar Kupikupifm dalam menjalin hubungan budaya.

Berita lanjut...
https://sabah.kupikupifm.my/kupikupifm-jalin-kerjasama-dengan-radio-berpangkalan-di-moscow/
Seorang lelaki warga asing dipercayai pengedaran dadah ditahan dalam serbuan di Kampung Kurnia Jaya, Batu 4, Tawau bersama sejumlah dadah jenis syabu, semalam.

Lelaki berusia 40-an itu ditahan jam 7.30 pagi oleh sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau, selepas dipercayai terbabit kegiatan mengedar dadah.

Berita lanjut...https://sabah.kupikupifm.my/pengedar-dadah-warga-asing-ditahan/
Penyelenggaraan kawasan hadapan rumah di taman perumahan menjadi tanggungjawab syarikat konsesi, manakala parit belakang rumah dilaksanakan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Dr Joachim Gunsalam, berkata beliau sendiri hairan kenapa berlaku perbezaan pihak yang bertanggungjawab menyelenggara kawasan perumahan di Sabah.

Berita lanjut...
https://sabah.kupikupifm.my/sidang-dun-menteri-hairan-pihak-selenggara-kawasan-depan-dan-belakang-rumah-berbeza/
Kerajaan negeri akan melihat kes demi kes berhubung kesukaran dihadapi mangsa banjir di Sabah dalam usaha menjaga kebajikan dan memastikan mangsa yang tidak berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) menerima bantuan sewajarnya.

Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan, berkata kerajaan tidak akan membiarkan mana-mana mangsa berdepan kesukaran disebabkan bencana itu, termasuk yang tidak berpindah ke PPS.

Berita lanjut...https://sabah.kupikupifm.my/sidang-dun-keperluan-mangsa-banjir-tidak-berpindah-ke-pps-dilihat-kes-demi-kes/
Kebakaran membabitkan sebuah rumah kediaman jenis separuh kekal di Kampung Darau Laut, Manggatal, Kota Kinabalu, tengah hari ini.

Operasi pemadaman masih giat lakukan oleh pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas dan Kota Kinabalu sebaik menerima panggilan jam 12.06 tengah hari. - Info X