Akhbar berbahasa Cina mohon maaf isu kesilapan ilustrasi Jalur Gemilang
AKHBAR berbahasa Cina, Sin Chew Daily memohon maaf atas kesilapan memaparkan ilustrasi Jalur Gemilang yang tidak lengkap tanpa bulan sabit pada muka hadapan akhbar itu pada hari Selasa.
Agensi media berkenaan menjelaskan bulan sabit tidak kelihatan dalam ilustrasi tersebut disebabkan kesilapan teknikal yang tidak disengajakan.
“Kami merasa amat kesal dan kecewa dengan kekhilafan tersebut. Bagi pihak kesemua kakitangan Sin Chew Daily, kami menyusun 10 jari memohon jutaan maaf kepada semua rakyat Malaysia.
“Pindaan segera telah dilakukan terhadap ilustrasi versi digital, ilustrasi yang telah dipinda dan disempurnakan akan diterbitkan semula pada esok dalam versi cetak akhbar kami,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Terdahulu, tular di media sosial mengenai ilustrasi Jalur Gemilang tanpa bulan sabit diletakkan bersebelahan bendera China hingga mencetuskan ketidakpuasan hati dalam kalangan rakyat tempatan.

Kesilapan Jalur Gemilang tanpa bulan sabit tak boleh diterima - Agong
KESILAPAN sebuah akhbar berbahasa Cina tempatan yang memaparkan gambar Jalur Gemilang tanpa bulan sabit boleh mencetuskan sensitiviti rakyat dan tidak boleh diterima.
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah bendera adalah lambang kedaulatan serta identiti sesebuah negara.
Sultan Ibrahim bertitah pihak pengurusan dan jabatan pengarang akhbar berkenaan seharusnya lebih peka dan menyemak sesuatu bahan siaran terlebih dahulu sebelum dicetak untuk siaran.
“Bendera bukan sekadar kain bercorak yang berwarna-warni, tetapi mewakili perjuangan, sejarah, erti kemerdekaan serta semangat rakyat jelata.
“Kita sebagai rakyat mengibarkan bendera dengan rasa megah dan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat berbilang bangsa,” titah Seri Paduka yang disiarkan dalam Facebook rasmi Sultan Ibrahim, hari ini.
Terdahulu, tular di media sosial mengenai ilustrasi Jalur Gemilang tanpa bulan sabit diletakkan bersebelahan bendera China hingga mencetuskan ketidakpuasan hati dalam kalangan rakyat tempatan.
Akhbar berbahasa Cina itu iaitu Sin Chew Daily kemudiannya memohon maaf atas kesilapan memaparkan ilustrasi Jalur Gemilang yang tidak lengkap tanpa bulan sabit pada muka hadapan akhbar itu pada hari Selasa.

Sin Chew Daily disiasat, serah surat tunjuk sebab isu Jalur Gemilang tanpa bulan sabit
KEMENTERIAN Dalam Negeri (KDN) mengesahkan bahawa Sin Chew Daily telah diberikan surat tunjuk sebab selepas dipanggil bagi siasatan berhubung isu penyiaran Jalur Gemilang tidak lengkap hari ini.
KDN dalam kenyataan hari ini memaklumkan siasatan ke atas Sin Chew Daily dilaksanakan serta merta di bawah Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) 1963 serta Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.
Kementerian itu menegaskan ia tidak akan sesekali berkompromi dan tindakan tegas akan dikenakan kepada mana-mana pihak yang didapati cuai dalam menerbitkan bahan yang boleh menggugat keselamatan dan ketenteraman awam.
Menurut KDN, perbuatan menyiarkan Jalur Gemilang tanpa simbol bulan sabit, yang merupakan lambang kepada kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan, adalah suatu kecuaian serius dan tidak sewajarnya dilakukan.
"Selain itu, perbuatan ini juga bukan sahaja mencerminkan kelalaian profesionalisme, malah boleh mencetuskan ketidakharmonian dalam kalangan masyarakat majmuk negara ini," menurut kenyataan itu.
KDN turut memaklumkan sebarang tindakan penguatkuasaan yang tegas terhadap akhbar itu akan dipertimbang sewajarnya selepas siasatan dilengkapkan.
Semalam, Sin Chew Daily menerbitkan ilustrasi Jalur Gemilang tanpa bulan sabit pada muka hadapannya sempena liputan lawatan negara Presiden China Xi Jinping ke Malaysia.
Insiden itu mendapat kiritikan pelbagai pihak termasuk Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim yang bertitah pihak pengurusan dan jabatan pengarang akhbar berkenaan seharusnya lebih peka serta menyemak sesuatu bahan siaran terlebih dahulu sebelum dicetak untuk siaran.
-- BERNAMA

Curi empat biji rim sukan, 2 lelaki ditahan polis
DUA lelaki ditahan semalam selepas mencuri empat biji rim sukan di perkarangan sebuah kediaman dekat Alam Budiman, Shah Alam, pukul 4.02 petang kelmarin.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, laporan diterima daripada seorang lelaki Melayu berusia 46 tahun pada pukul 11.57 pagi semalam.
"Dalam kejadian itu, suspek telah bertindak masuk ke perkarangan rumah dan mencuri empat biji rim sukan.
"Mangsa telah membuat semakan rakaman kamera litar tertutup setelah menyedari kehilangan rim miliknya," katanya dalam satu kenyataan malam ini.
Tambahnya, mangsa mengalami kerugian sebanyak RM2,000.
Bertindak atas maklumat, pada pukul 10 malam semalam, dua lelaki India berusia 19 dan 21 tahun ditahan bersama rampasan empat biji rim sukan termasuk sebuah kereta jenis Proton Wira yang digunakan semasa kejadian.
"Semakan mendapati suspek tidak berkerja dan masing-masing mempunyai enam dan lapan rekod lampau berkaitan dadah dan jenayah.
"Tangkapan telah dibenarkan reman oleh Makamah Shah Alam selama tiga hari bermula Rabu hingga Jumaat oleh Majistret Ameera Mastura Kamis," ujarnya.
Kes disiasat dibawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan.
Orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut boleh menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat Jenayah Sarjan Rustam Eliah ditalian 0196148034.

This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
🎥 PDRM/ Orang awam
Video tular kekecohan di restoran, penguat kuasa MBI lapor polis
POLIS sedang menyiasat kejadian kekecohan yang berlaku ketika anggota penguat kuasa Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) sedang menjalankan penguatkuasaan di sebuah restoran di Menglembu hari ini, seperti yang tular menerusi media sosial.
Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata pihaknya menerima satu laporan daripada seorang anggota penguat kuasa MBI iaitu lelaki berusia 40 tahun pada 6.43 petang tadi berkaitan kejadian terbabit.
“Siasatan awal mendapati semasa pengadu bersama pasukan penguat kuasa sedang menjalankan tugas sitaan kerusi dan meja berdasarkan aduan daripada Jabatan Kesihatan MBI, telah berlaku provokasi oleh seorang daripada pekerja restoran berkenaan.
“Suspek bertindak mengeluarkan kata-kata kesat serta cuba menghalang anggota penguat kuasa daripada menjalankan tugas rasmi. Pengadu turut memaklumkan bahawa seorang daripada anggota penguat kuasa telah ditumbuk oleh individu terbabit,” katanya dalam kenyataan malam ini.
Beliau berkata pihaknya sedang merakam keterangan daripada saksi bagi membantu siasatan yang dijalankan mengikut Seksyen 353/186 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955.
Abang Zainal meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian tampil memberikan keterangan kepada pegawai penyiasat, Inspektor Sheikh Fateeha Iman menerusi talian 010-290 8095 atau hadir ke balai polis berhampiran.
Terdahulu tular satu video berdurasi 5 minit 57 saat yang dimuat naik oleh seorang pemilik akaun Facebook memaparkan sekumpulan penguat kuasa menyerbu sebuah premis dipercayai sebuah restoran.
Video itu turut memaparkan seorang wanita pengsan dan berlaku pertelingkahan antara penguat kuasa dan beberapa individu di lokasi terbabit.

Kesilapan paparan Jalur Gemilang: Sin Chew Daily akan ambil tindakan disiplin terhadap petugas
PETUGAS yang bertanggungjawab atas kesilapan membabitkan paparan gambar Jalur Gemilang tanpa bulan sabit di muka hadapan akhbar Sin Chiew Daily semalam akan berdepan dengan tindakan disiplin.
Sin Chew Daily dalam kenyataan, memaklumkan pihaknya sudah menjalankan siasatan dalaman secara terperinci berkaitan insiden itu.
"Jabatan Pengarang Sin Chew Daily sudah menambah baik prosedur semakan khususnya dalam aspek penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI). Kami berjanji untuk lebih berwaspada dan peka dalam menangani isu yang boleh menjejaskan maruah negara dan hubungan antara kaum," menurut kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu, pengurusan Sin Chew Daily dengan sepenuh hati menerima titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkaitan kesilapan Jalur Gemilang yang dipaparkan di muka hadapan akhbar itu.
Sultan Ibrahim hari ini bertitah, kesilapan memaparkan gambar Jalur Gemilang tanpa bulan sabit seperti disiarkan di muka hadapan sebuah akhbar berbahasa Cina tempatan (Sin Chew Daily) boleh mencetuskan sensitiviti rakyat dan tidak boleh diterima.
Menerusi catatan di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini, Seri Paduka Baginda bertitah pihak pengurusan dan jabatan pengarang akhbar berkenaan seharusnya lebih peka dan menyemak sesuatu bahan siaran terlebih dahulu sebelum dicetak.
Terdahulu, Sin Chew Daily tampil memohon maaf atas kesilapan memaparkan ilustrasi Jalur Gemilang itu.
Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini mengesahkan Sin Chew Daily telah diberikan surat tunjuk sebab selepas dipanggil bagi siasatan berhubung isu penyiaran Jalur Gemilang tidak lengkap hari ini.
KDN dalam kenyataan memaklumkan siasatan dilaksanakan serta-merta di bawah Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) 1963 serta Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

Isu Gambar Jalur Gemilang: Ketua Editor, Pereka Grafik Sin Chew Daily Dipanggil Beri Keterangan
Ketua Editor dan Timbalan Ketua Penyunting akhbar Sin Chew Daily akan dipanggil untuk dirakam keterangan hari ini bagi membantu siasatan berhubung isu penyiaran ilustrasi Jalur Gemilang tidak lengkap di muka hadapan akhbar itu.
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata dua individu itu akan dirakam keterangan di Pejabat Unit Siasatan Jenayah Terkelas Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman 1 tengah hari ini.
Beliau berkata Ketua Editor itu dikatakan berperanan meluluskan penyiaran ilustrasi tersebut, manakala Timbalan Ketua Penyunting itu pula adalah pereka grafik gambar berkenaan.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 3(1)(c) Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) 1963 dan Seksyen 4(1)(b) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Razarudin berkata setakat ini pihaknya menerima 13 laporan berhubung isu tersebut di seluruh negara.
Selasa lepas akhbar berbahasa Cina itu menyiarkan ilustrasi Jalur Gemilang di muka hadapannya sempena liputan lawatan negara Presiden China Xi Jinping ke Malaysia, namun gambar bendera itu dilihat tidak lengkap.
Insiden itu mendapat kiritikan pelbagai pihak termasuk Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim yang bertitah pihak pengurusan dan jabatan pengarang akhbar berkenaan seharusnya lebih peka serta menyemak sesuatu bahan siaran terlebih dahulu sebelum dicetak untuk siaran.
Berikutan itu akhbar berkenaan tampil memohon maaf atas kesilapan dan menjelaskan bahawa ia adalah kesilapan teknikal yang tidak disengajakan.

Lelaki Maut Jatuh Perigi Di Kampar
Seorang lelaki maut selepas dipercayai tergelincir ke dalam perigi ketika mengambil air di Kampung Nyior, Kampar hari ini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian yang menimpa lelaki berumur 57 tahun itu pada 7.52 pagi.
“Lelaki itu didapati terjatuh ke perigi sedalam tiga meter dan bomba menggunakan tali bagi mengambil mangsa," katanya menerusi kenyataan.
Sabarodzi berkata lelaki itu disahkan telah meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM) dan diserahkan kepada polis untuk tindakan susulan.