INFO SEMASA OFFICIAL
791K subscribers
191K photos
43.2K videos
27 files
24.8K links
Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.
Download Telegram
Kejadian Melawan arus khabarnya di SKVE highway.

#infosemasa
@infosemasaofficial
Kemalangan dan kebakaran di padang pak amat, pasir puteh kelantan..info setakat itu sahaja.

#infosemasa
@infosemasaofficial
ANJING JATUH PERIGI LAMA
29.04.2025 I SELASA
0700 AM
Kampung Haji Abbas, Baling
Pasukan: A Balai Bomba dan Penyelamat Baling

(Seekor anjing jatuh perigi lama dan diselamatkan menggunakan penjerut dan tali. Dilepaskan semula dan tiada kecederaan pada haiwan tersebut)

Pesanan Khidmat Nasihat:
Pastikan lubang berisiko ditutup atau di kambus untuk elak kejadian tidak diingini. Hari ini mungkin nyawa seekor haiwan. Akan datang kita tidak tahu siapa mangsa. Hubungi talian 999 untuk sebarang kecemasan memerlukan. Kami sedia membantu anda.

BANGKIT! BALING! BANGKIT
#sediamenyelamat
#cepatdanmesra
#bombatonggakpenyelamatannegara

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kedah

#infosemasa
@infosemasaofficial
KEMALANGAN JALAN RAYA
29/04/2025
JAM: 7.57AM

KEMALANGAN MELIBAT
KERETA SAMA MOTOR

LOKASI: DEKAT KFC BALING

RESPON: AMBULANCE Apm Daerah Baling
MEMBER INFO KEMALANGAN
PDRM

Info.
#volunteerteam
#infokemalangandibaling
#bantuselagimampu
#ppksBalingKupang

Sumber info kemalangan di baling

#infosemasa
@infosemasaofficial
KEMALANGAN JALAN RAYA
29/04/2025
JAM: 12.35PM

KEMALANGAN MELIBAT
CEREN SAMA MOTOR

LOKASI: TANJUNG MERBAU KUPANG

RESPON: AMBULANCE KK TAWAR
ANGGOTA PBS KUALA PEGANG
Ppks Baling Kupang
MEMBER INFO KEMALANGAN
PDRM

Info.
#volunteerteam
#infokemalangandibaling
#bantuselagimampu
#ppksBalingKupang
#infosemasa
@infosemasaofficial
GELANDANGAN RINDU, MAHU BERTEMU KELUARGA

BATU PAHAT – Seorang lelaki bergelandangan yang menjalankan aktiviti mengumpul barang kitar semula rindu untuk bertemu dengan keluarganya selepas lebih dua tahun terputus hubungan. Rahmad Nordin, 54, yang mengumpul barangan kitar semula untuk kelangsungan hidup berharap dapat bertemu keluarganya semula.

Menerusi semakan identiti dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) , tiada maklumat berkaitan diri penama ditemui namun dipercayai beliau adalah warga tempatan berdasarkan kesan suntikan BCG di tubuh badannya. Malah lelaki itu juga didapati tidak mengalami gangguan mental seperti yang dilaporkan oleh Pakar Psikitrik.

Berdasarkan maklumat diberikannya, dia mempunyai seorang abang kandung iaitu Ibrahim Nordin yang tinggal di daerah Kota Tinggi. Lelaki itu menyatakan adik-beradik lain berada di luar negara. Beliau berkata, lelaki berkenaan berkongsi hasratnya untuk bertemu ahli keluarga yang difahamkan berasal dari Parit Raja, di sini.

Orang ramai yang memiliki maklumat berkaitan waris lelaki itu tampil ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Batu Pahat atau menghubungi Unit Penguatkuasaan, En. Naszeery Helmy bin Abd Samad menerusi talian 07-4341377.

Kredit ➡️ JKM BATU PAHAT

#infosemasa
@infosemasaofficial
KEDAH 29/04/2025.

Kemalangan melibatkan dua buah motosikal dekat Bukit Pak Kuning, Kuala Ketil sekitar jam 9 pagi tadi.

Mangsa cedera dalam kejadian tersebut.

Sumber ➡️ INFO KEMALANGAN DI BALING

#infosemasa
@infosemasaofficial
Cabul dalam masjid: Lelaki OKU akan dirujuk ke Hospital Bahagia

Ampang: Lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) masalah pembelajaran yang tular mencabul kanak-kanak di dalam masjid di Batang Kali, Hulu Selangor, akan dirujuk ke Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak untuk penilaian kesihatan mental.

Perkara itu dimohon pihak pembelaan di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, supaya lelaki itu, Muhamad Adam Haiqal Abdullah, 19, menjalani kesihatan mental mengikut Seksyen 342(1) Kanun Prosedur Jenayah.

Peguam, Lingswaran Singh yang mewakili tertuduh memaklumkan permohonan itu dibuat berikutan anak guamnya tidak berupaya untuk membela diri.

"Sepanjang interaksi dengan tertuduh, makluman daripada ibunya, dan disokong dengan penilaian psikologi daripada sebuah universiti awam bertarikh 15 Julai 2022, tertuduh menunjukkan tingkah laku atau mengeluarkan kenyataan yang menimbulkan keraguan munasabah bahawa berkemungkinan besar mengalami masalah kewarasan dan tidak berupaya untuk membela diri.

"Permohonan di bawah Seksyen 342(1) supaya anak guam dirujuk ke hospital kerajaan untuk mendapatkan penilaian psikiatri," katanya.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya, Nadiah Malek Fauzie berkata, semua dokumen berkaitan kes sudah diserahkan kepada pihak pembelaan kecuali laporan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan laporan perubatan mangsa daripada Hospital Selayang.

Mendengar hujah kedua-dua pihak, Hakim Norshila Kamaruddin menetapkan 22 Julai untuk sebutan semula kes bagi laporan pemeriksaan kesihatan mental tertuduh, laporan perubatan mangsa dan forensik kamera litar tertutup (CCTV).

Ketika ditemui di luar mahkamah, Lingswaran berkata, permohonan itu dibuat kerana pihaknya mahu mendapatkan penilaian sama ada tertuduh layak dibicarakan atau sebaliknya.

"Dia memang ada kad OKU, tapi jika mengikut bidang perubatan, seseorang yang mungkin dianggap tidak waras masih berkemungkinan layak menghadapi perbicaraan mengikut aspek perundangan," katanya.

Susulan itu, beliau berkata, keputusan hanya akan ditentukan oleh mahkamah selepas mendapat penilaian daripada pihak psikiatri.

Katanya, selepas itu barulah representasi boleh dibuat, sama ada untuk memohon pengguguran kes atau menukar seksyen pertuduhan.

Mengikut pertuduhan, penganggur itu didakwa melakukan amang seksual fizikal ke atas seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun lapan bulan di Masjid Sungai Masin, Kampung Sungai Masin, Batang Kali pada 6.20 pagi, 21 Februari lalu.

Oleh itu, dia didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang boleh dihukum di bawah seksyen 14 akta sama, yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan sebat.

Sebelum ini, tertuduh menukar pengakuan tidak bersalah ketika prosiding kali kedua pada 27 Mac lalu pada sebutan semula kes di mahkamah sama yang mana pada pendakwaan pertama lelaki itu mengaku bersalah.

Bagaimanapun pemuda itu kekal ditahan di Pusat Koreksional Puncak Alam memandangkan ahli keluarganya tidak mampu membayar wang jaminan.

Sebelum ini, Harian Metro melaporkan polis menerima laporan pada 8.19 pagi berhubung kejadian itu yang turut tular dalam media sosial, sebelum suspek ditahan pada hari sama di sekitar Batang Kali.

Kejadian dilaporkan berlaku ketika mangsa menunaikan solat di saf belakang ruang solat wanita di masjid terbabit.

Dalam kejadian itu, tular rakaman CCTV memaparkan seorang lelaki menyelinap masuk ke ruang solat wanita sebelum memeluk seorang kanak-kanak yang sedang sujud dari arah belakang ketika jemaah lain sedang menunaikan solat subuh.

Semakan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mendapati lelaki itu memiliki kad OKU masalah pembelajaran sejak kecil.

Disiarkan pada: April 29, 2025 @ 12:22pm
Suraya Roslan
surayaroslan@mediaprima.com.my

Artikel ➡️ Harian Metro

#infosemasa
@infosemasaofficial
Remaja 15 tahun bergelut elak diculik di Shah Alam

Oleh MOHD YUNUS YAKKUB

29 April 2025, 5:06 pm

SHAH ALAM – Seorang remaja lelaki cedera dalam pergelutan ketika cuba melepaskan diri daripada diculik dua lelaki dalam kejadian di Seksyen 13, di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.15 petang itu, mangsa yang merupakan pelajar berusia 15 tahun luka di pipi kanan dan kedua-dua belah lengan.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, siasatan mendapati semasa kejadian mangsa yang sedang berjoging seorang diri telah didatangi sebuah kereta dipercayai jenis Proton Saga atau Iswara.

Katanya, kereta itu dinaiki dua lelaki yang terus menahan mangsa.

“Salah seorang suspek kemudiannya turun dari kereta tersebut lalu mengacukan pisau dan mengarahkan mangsa masuk ke dalam kenderaan itu.

“Bagaimanapun, mangsa enggan dan bergelut dengan suspek sebelum berjaya melarikan diri ke pondok pengawal kondominium berdekatan untuk mendapatkan bantuan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Jelas beliau, mangsa yang cedera di pipi dan kedua-dua bahagian lengan kemudian telah dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Tambahnya, usaha mengesan suspek terlibat sedang giat dilakukan dan kes disiasat mengikut Seksyen 363/511 dan Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

“Justeru, mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohamad Sabri Abd. Rani ditalian 017-2892628,” katanya.

Terdahulu, tular gambar dan kenyataan daripada keluarga mangsa berhubung kejadian culik di media sosial.

Artikel : Kosmo Online
#infosemasa
@infosemasaofficial
Imam muda maut dalam nahas

29 April 2025 06:36pm

KOTA KINABALU - [DIKEMAS KINI] Seorang lelaki yang juga imam di sebuah masjid universiti di sini maut selepas terbabit dalam kemalangan di Jalan Tun Fuad Stephen berhampiran Mahkamah Syariah, pada Selasa.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu Dalam kejadian jam 11.30 pagi itu, Muhammad Nur Hilmi Hermanto, 25, disahkan meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda berkata, kemalangan melibatkan sebuah kereta dipandu lelaki berusia 30-an dengan motosikal yang ditunggang mangsa.

Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati kereta tersebut datang dari arah Jalan Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan hendak menuju ke Sekolah Kebangsaan (SK) Likas.

"Sebaik tiba di lokasi, secara tiba-tiba motosikal yang juga datang dari arah sama telah hilang kawalan dan melanggar bahagian belakang tepi sebelah kanan kereta tersebut.

"Akibat kejadian itu, penunggang motosikal telah disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan akibat kecederaan parah di bahagian kepala manakala pemandu pula tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Katanya lagi, siasatan lanjut masih diteruskan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Kasim dalam pada itu turut menasihatkan pengguna jalan raya supaya sentiasa memandu dalam keadaan berhati-hati ketika berada di jalan raya.

"Sentiasa patuh kepada peraturan lalu lintas dan pastikan pemanduan dalam jarak yang selamat di antara kenderaan," katanya.

Artikel : Sinar Harian
#infosemasa
@infosemasaofficial
Remaja lari rumah, gagal dikesan sejak semalam

Oleh MUHAMMAD ZIKRI

29 April 2025, 4:55 pm

PONTIAN – Orang ramai diminta membantu mencari seorang remaja berbangsa Cina berusia 18 tahun yang telah menghilangkan diri dari rumahnya di Taman Benut Jaya, Benut sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mohammad Shofee Tayib berkata, remaja tersebut yang dikenali Tan Boon Chin keluar dari rumahnya pada pukul 8.30 pagi semalam.

Katanya, keluarga mangsa telah membuat laporan polis di Balai Polis Benut pada hari semalam setelah menyedari Boon Chin tiada di rumah.

“Ciri-ciri remaja hilang itu seperti dalam laporan polis yang dibuat iaitu berketinggian 168 sentimeter (cm), berambut pendek dan berwarna hitam, berbadan kurus, serta berkulit cerah,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Sekiranya orang ramai yang ternampak orang hilang, boleh menghubungi Sarjan Mejar Norazli Salleh, Ketua Balai Polis Benut melalui nombor 019-7475485 atau talian hotline 07-6869999 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Artikel : Kosmo Online
#infosemasa
@infosemasaofficial
Lelaki maut nahas babit 4 kenderaan

29 April 2025, 6:01pm

Oleh: Safwan Sawi

TAWAU: Seorang lelaki maut dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Jalan Kunak–Tawau, di sini, hari ini.

Mangsa berusia 31 tahun yang memandu kereta jenis Perodua Aruz disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kemalangan membabitkan empat kenderaan pada jam 12.54 tengah hari.

“Sebaik tiba di lokasi, kemalangan membabitkan empat kenderaan iaitu lori lima tan, Mitsubishi Triton, Toyota Hilux dan Perodua Aruz.

“Pemandu Perodua Aruz disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala mangsa lain tidak mengalami sebarang kecederaan,” menurut kenyataan itu di sini, hari ini.

Menurut PGO, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi ditamatkan pada jam 2.42 petang.

Artikel : Buletin Tv3
#infosemasa
@infosemasaofficial
Mayat lelaki ditemukan dalam parit di Tawau

April 29, 2025, Selasa - 3:47pm

TAWAU: Mayat seorang lelaki ditemukan di dalam parit di Jalan Kampung Titingan, di sini, tengah hari, tadi.

Penemuan mayat berkenaan disahkan Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin dalam kenyataan media, hari ini.

Jasmin berkata, pihak polis menerima panggilan telefon daripada orang awam melaporkan penemuan mayat kira-kira jam 12 tengah hari.

“Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau pergi ke lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan awal.

“Setakat ini maklumat diri mayat lelaki berkenaan belum dapat dipastikan dan siasatan masih dijalankan,” katanya.

Menurutnya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Besar Tawau untuk proses bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

“Setakat ini belum ada waris yang tampil untuk membuat pengecaman dan polis tidak menerima sebarang laporan mengenai kehilangan ahli keluarga,” katanya.

oleh
Hamzah Sanudin

Artikel : Utusan Borneo
#infosemasa
@infosemasaofficial
RESPONSE KEMALANGAN OLEH PH617 MELIBATKAN 1 M/SIKAL DI HADAPAN 7 ELEVEN ALOR LADANG BESERAH KUANTAN PAHANG*

Tarikh : 29.04.2025
Masa : 1820 HRS
Lokasi : DI HADAPAN 7 ELEVEN ALOR LADANG BESERAH KUANTAN PAHANG

▪️ Kemalangan melibatkan 1 lelaki melayu menaiki 1 m/sikal terbabas sendiri.

▪️Mangsa dibawa ke HTAA menaiki ambulans ST. John Kuantan bagi mendapatkan rawatan lanjut.

#ipdbeserah
#infosemasa
@infosemasaofficial
Kemalangan depan stesen MRT kepong, seorang dilaporkan cedera.

29/04/2025

#infosemasa
@infosemasaofficial
Lelaki mengamuk bawa parang ditahan polis

29 April 2025, 8:39pm

SANDAKAN: Seorang lelaki yang mengamuk sambil mengancam keselamatan awam dengan membawa sebilah parang panjang di sebuah premis di Bandar Indah, semalam, telah ditahan polis.

Suspek berusia 27 tahun itu ditahan oleh sepasukan anggota dari Unit Kereta Peronda (MPV) dan Unit Rondaan Bermotosikal (URB), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan, kira-kira jam 11 pagi.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Ahsmom Bajah berkata, pihaknya menerima maklumat daripada Pusat Kawalan Daerah (DCC) Sandakan mengenai kejadian seorang lelaki disyaki mengamuk sambil membawa senjata tajam.

“Hasil tindakan segera di lokasi kejadian, anggota polis berjaya menahan suspek. Polis turut merampas sebilah parang panjang berukuran 70 sentimeter,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 serta Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Artikel : Buletin Tv3
#infosemasa
@infosemasaofficial
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Polis ambil keterangan pemandu treler pandu melulu, masuk laluan bertentangan

Shah Alam: Polis sudah mengambil keterangan pemandu treler yang dipercayai memandu secara melulu dan masuk ke laluan bertentangan di jambatan Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) sehingga tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Mohd Akmalrizal Radzi berkata, siasatan mendapati kejadian berlaku pada jam 2 petang, 23 April lalu.

"Polis mengesan video berdurasi 33 saat yang memaparkan pemandu treler jenis Volvo warna hijau yang memandu secara melulu dan membahayakan di Jambatan Pulau Indah, Lebuhraya SKVE.

"Dalam kejadian itu, pemandu treler itu dari arah Westport Klang menghala ke Kajang bertindak memotong sebuah treler lain di hadapannya.

"Siasatan mendapati, jambatan itu mempunyai garisan berkembar dan menyebabkan kenderaan dari arah bertentangan terpaksa berhenti di bahu jalan untuk mengelakkan kemalangan.

"Dalam kejadian ini, tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan. Pemandu treler itu sudah tampil memberi keterangan di Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Akmalrizal berkata, pemandu treler itu, seorang lelaki tempatan berumur 30-an dan bekerja di syarikat pengangkutan swasta di Pelabuhan Klang.

"Siasatan mendapati pemandu itu mempunyai lesen memandu dan hasil ujian saringan air kencing adalah negatif dari sebarang jenis dadah.

"Kes diklasifikasi mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 (memandu secara melulu dan membahayakan).

"Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu boleh menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau pegawai penyiasat kes Inspektor Nor Baiti Mustafa (014-5006072 atau 03-31872222)," katanya.

Disiarkan pada: April 29, 2025 @ 11:59am
Ruwaida Md Zain
am@hmetro.com.my

Artikel ➡️ Harian Metro

#infosemasa
@infosemasaofficial
*Ayam gunting ‘hilang’ isi, hanya tinggal tepung*

PETALING JAYA – Seorang lelaki meluahkan rasa kecewa apabila ditipu selepas membeli ayam gunting yang disangkakan mempunyai isi ayam, namun rupa-rupanya hanya berisi tepung goreng semata-mata.

Menurut perkongsian di TikTok oleh @Nikamir, dia berkongsi klip video yang menunjukkan bahagian dalam ayam gunting yang dibelinya hanya mempunyai sedikit sahaja isi ayam, selebihnya dipenuhi lapisan tepung tebal.

“Kena scam awal-awal pagi, yang besar itu roti pastu dia salut tepung kat luar,” kata pemilik akaun itu di ruangan komen.

Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-ratanya terhibur dengan insiden tersebut.

“Berapa ringgit tu saya kerja kantin pun RM2 seketul besar,” kata @Piyachak.

“Cerita dia sekarang macam mana tepung itu lagi besar dari isi ayam,” kata @Sayalahjie.

“Tepung goreng tu sahaja sebenarnya, ayam tu ‘bonus’ sebab penjual dia baik hati ada ayam sedikit,” kata @Atsyahhh.

Artikel : Kosmo Online
#infosemasa
@infosemasaofficial
Azlee nafi Saiful Apek ditahan

Kuala Lumpur : "Tiada (tidak ditahan). Itu tidak betul."

Itu penjelasan anggota kumpulan Senario, Azlee berhubung dakwaan konon sahabatnya, Saiful Apek atau nama sebenarnya, Muhammad Saiful Azam Mohamed Yusoff, 56, ditahan pihak berkuasa, hari ini.

"Tiadalah. Elok saja. Tidaklah dia kena tahan kerana setahu saya dia elok saja tiada apa. Tidak betul rasanya dakwaan itu," katanya.

Bagaimanapun, Azlee berkata, dia tidak tahu keberadaan Saiful berikutan mereka tiada 'job' hari ini.

"Kami tiada show bersama hari ini. Mungkin dia ada promosi filem terbaharunya, 6 Jilake. Saya pun belum hubungi dia lagi hari ini," katanya.

Mac lalu, industri hiburan kecoh apabila salah seorang anggota Senario dipercayai Yassin Yahya, ditahan di Lapangan Terbang Jeddah oleh pihak berkuasa Arab Saudi.

Difahamkan, pelawak berkenaan menunaikan umrah bersama rakan-rakannya, namun, ditahan selepas disyaki membawa bahan terlarang.

Pelawak berkenaan dipercayai sedang ditahan selama enam bulan di pusat pemulihan di sana, selepas mahkamah menjatuhkan hukuman semasa tempoh perbicaraannya pada November tahun lalu.

Disiarkan pada: April 29, 2025 @ 11:22pm
Fatin Farhana Ariffin
fatin.farhana@bh.com.my

Artikel ➡️ Harian Metro

#infosemasa
@infosemasaofficial