5 anggota polis jadi dalang utama sindiket curi kabel
MOHAMAD HISYAMUDDIN AYUBMOHAMAD
27 Mei 2025 02:57pm
SEPANG – Lima anggota polis yang dipercayai menjadi dalang utama dalam membekalkan maklumat bagi melancarkan kegiatan mencuri kabel oleh satu sindiket aktif di Kuala Lumpur dan Selangor telah ditahan bersama 11 individu lain.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, kelima-lima anggota yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di Kuala Lumpur dan Selangor itu direman sehingga Selasa, selepas ditahan menerusi tangkapan susulan pada 22 Mei antara jam 7 hingga 9 malam di Cheras dan Kajang, dekat sini.
Beliau berkata, dua daripada anggota polis yang terlibat berpangkat Sarjan, manakala tiga lagi berpangkat Koperal.
“Selain lima penjawat awam ini, sindiket tersebut turut mendapat ‘kerjasama’ daripada orang dalam, iaitu masing-masing seorang pegawai teknikal dan seorang pengawal keselamatan daripada sebuah syarikat yang dilantik oleh Telekom Malaysia (TM).
“Kumpulan sindiket ini mendapat tunjuk ajar daripada dua kakitangan berkenaan bagi memotong kabel dan mengelakkan siren amaran daripada berbunyi,” katanya dalam sidang akhbar pada Selasa.
Beliau menjelaskan bahawa sindiket tersebut, yang dipercayai bergiat aktif sejak setahun lalu, dikendalikan oleh dua perancang utama.
Menurutnya, kedua-dua individu itu masing-masing mempunyai 36 dan 29 rekod kes jenayah termasuk kes berkaitan dadah.
Hasil siasatan awal mendapati, sindiket berkenaan telah melakukan 23 transaksi penjualan kabel curi di beberapa kedai barang lusuh sekitar Semenyih.
“Kita percaya sindiket ini telah terlibat dalam lebih daripada 23 kes kecurian.
“Anggaran hasil jualan kabel curi yang diperoleh sindiket ini mencecah RM682,183,” ujarnya.
Hussein turut mendedahkan bahawa kes kecurian membabitkan kabel milik Telekom Malaysia (TM) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Kuala Lumpur dan Selangor menyumbang satu pertiga daripada jumlah keseluruhan kes di seluruh negara.
Menurut beliau, statistik kecurian kabel di kedua-dua negeri tersebut mencatatkan 208 kes bagi tempoh Januari hingga April tahun ini.
Artikel : Sinar Harian
#infosemasa.
@infosemasaofficial

Bomba selamatkan wanita terperangkap dalam kebakaran
AHMAD ISMADI ISMAILAHMAD
27 Mei 2025 04:23pm
KLANG – Seorang wanita berjaya diselamatkan oleh anggota bomba selepas terperangkap dalam kebakaran di sebuah unit flat di Taman Bayu Perdana, di sini pada Selasa.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan insiden itu pada jam 2.27 petang.
“Seramai 13 anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pelabuhan Klang dan BBP Sri Andalas bergegas ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira enam kilometer,” katanya.
Ahmad Mukhlis berkata, sebaik tiba di lokasi kira-kira jam 2.33 petang, pihaknya mendapati kebakaran melibatkan sebuah unit flat di tingkat tiga yang terbakar sebanyak 20 peratus.
“Seorang wanita berusia 27 tahun yang terperangkap di dalam rumah telah berjaya diselamatkan oleh anggota bomba.
“Mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan. Kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 2.40 petang dan kerja-kerja ‘overhaul’ sedang dijalankan,” ujarnya.

Polis Kelantan giat kenal pasti suspek insiden pergaduhan tular
28 Mei 2025 11:19pm
KOTA BHARU - Polis Kelantan kini giat mengenal pasti semua suspek dalam insiden pergaduhan di Jalan Kebun Sultan di sini, Jumaat lepas.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu ACP Mohd Rosdi Daud berkata kes itu dikesan selepas video pergaduhan sekumpulan lelaki dimuat naik di laman sosial Facebook pada kira-kira 1.40 tengah hari pada Rabu.
"Satu laporan polis telah dibuat berkait kejadian tersebut dan siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada 23 Mei lepas pada 4.27 pagi di kawasan Jalan Kebun Sultan, Kota Bharu.
"Video berdurasi satu minit 25 saat itu memaparkan sekumpulan lelaki turun dari dua buah motokar dan telah memukul beberapa orang yang berada di tempat kejadian," menurutnya dalam kenyataan pada Rabu.
Beliau berkata masih menyiasat punca kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan.
Orang ramai dinasihat agar tidak membuat sebarang spekulasi dan mereka yang menyaksikan kejadian itu diminta tampil membantu siasatan. - Bernama

Pemandu maut, lori rempuh treler di lebuh raya WCE
NORMAWATI ADNANNORMAWATI ADNAN
29 Mei 2025 08:07am
TAIPING - Seorang pemandu lori maut selepas kenderaan yang dipandunya merempuh bahagian belakang sebuah lori treler di Kilometer 243, Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) berhampiran Trong, awal pagi Khamis.
Dalam kejadian yang dilaporkan berlaku sekitar jam 2.50 pagi itu, mangsa berusia 37 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi akibat tersepit.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, kelindan lori berkenaan bagaimanapun terselamat dan tidak mengalami kecederaan serius.
Menurutnya, sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Trong dengan kekuatan lima anggota telah digerakkan ke lokasi kejadian bagi mengeluarkan mangsa.
“Operasi menyelamat dijalankan menggunakan peralatan hidraulik bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit.
“Ketua operasi melaksanakan penilaian situasi serta mengaplikasikan konsep SAVER dalam pengurusan insiden,” katanya dalam kenyataan di sini pada Khamis.
Beliau berkata, mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
“Operasi tamat sepenuhnya pada jam 4.22 pagi,” ujarnya.
Difahamkan, pemandu treler yang terbabit dalam nahas tersebut telah meninggalkan lokasi sejurus kemalangan berlaku.

Kemaskini :
7:02hrs Status terkini, lorong kanan & kiri terhalang. Hanya lorong kecemasan boleh dilalui. Trafik perlahan. Pandu berhati - hati. @llmtrafik
6:23hrs Awas! Maklumat awal kemalangan Km 300.0 arah Utara dari Tapah ke Gopeng. Trafik perlahan. Pandu berhati-hati. Harap maklum. @llmtrafik