INFO SEMASA OFFICIAL
789K subscribers
194K photos
43.7K videos
27 files
25.2K links
Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.
Download Telegram
2 tahanan Guantanamo dikenakan larangan perjalanan selama 5 tahun - KPN

Kuala Lumpur: Dua suspek pengganas warga Malaysia yang dihantar pulang selepas hampir dua dekad ditahan di Teluk Guantanamo, Cuba, dikenakan larangan perjalanan selama lima tahun.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, larangan itu dikenakan ke atas Nazir Lep dan Farik Amin, yang mengaku bersalah pada tahun lalu atas peranan mereka dalam insiden pengeboman Bali yang membunuh lebih 200 orang pada 2002.

Katanya, tindakan itu adalah sebahagian daripada persetujuan dengan kerajaan supaya mereka kekal dalam negara selama lima tahun, termasuk tidak boleh melaksanakan umrah dan haji.

Tiada sekatan untuk perjalanan dalam negara, namun mereka dinasihatkan untuk memberitahu polis yang memantau mereka berkenaan lokasi mereka untuk tujuan keselamatan," katanya kepada portal TwentyTwo13.

Nazir dan Farik masing-masing dijatuhkan hukuman penjara lima tahun oleh mahkamah tentera Amerika Syarikat pada Januari 2023 selepas mengaku bersalah terhadap lima pertuduhan berkaitan pembabitan mereka ketika serangan di Bali.

Sebagai sebahagian daripada perjanjian pengakuan bersalah, mereka bersetuju untuk memberi keterangan terhadap suspek utama, Encep Nurjaman atau lebih dikenali sebagai Hambali sebelum dibenarkan pulang ke Malaysia pada Disember lalu.

Portal itu juga melaporkan penghantaran pulang mereka dilakukan secara senyap, dengan peguam mereka hanya dimaklumkan di saat akhir.

Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dalam kenyataan memaklumkan kerajaan sudah merangka program pemulihan yang komprehensif untuk kedua-dua individu terbabit, merangkumi perkhidmatan sokongan sosial, bantuan kebajikan serta saringan kesihatan.

Bagi menyokong proses itu, satu mekanisme pemantauan turut diwujudkan melalui lawatan berkala oleh polis.

Langkah itu bertujuan membantu mereka membina semula kehidupan serta mencegah pembabitan semula dalam sebarang kegiatan berkaitan keganasan.

Dalam pada itu, mengenai persoalan mengapa dua individu berkenaan tidak dipenjara di negara ini, sumber berkata ia disebabkan mereka tidak melakukan sebarang kesalahan di Malaysia.

"Mereka tidak dianggap sebagai banduan di sini. Mereka orang bebas dan apa yang kita boleh lakukan hanyalah memantau pergerakan mereka," kata sumber itu.

Sementara itu, Razaruddin berkata kedua-dua lelaki itu sedang memberi tumpuan pada usaha membina semula kehidupan dengan keluarga terdekat.

"Nazir menanam cili dan menternak ayam dan kambing sebagai sebahagian daripada projek yang dimulakan ahli keluarganya," katanya.

Sementara Farik pula menjaga ibu bapanya yang sudah tua, masing-masing berusia 83 tahun dan 89 tahun.

Nazir, Farik dan Hambali ditahan di Thailand pada 2003 dan kemudiannya dibawa ke lokasi tahanan rahsia yang dikendalikan Agensi Perisikan Pusat (CIA) sebelum dipindahkan ke pusat tahanan Teluk Guantanamo pada 2006.

Laporan Senat Amerika Syarikat pada 2014 mendedahkan bahawa ketiga-tiga mereka diseksa ketika dalam tahanan rahsia.

Nazir dan Farik sebelum ini sering dikaitkan dengan Hambali sehinggalah kes mereka dipisahkan pada 2023, sekali gus membuka laluan kepada perjanjian pengakuan bersalah.

Pemindahan mereka menjadikan jumlah tahanan yang masih berada di Guantanamo Bay berkurang kepada 27 orang, menurut Pentagon.

Disiarkan pada: May 8, 2025 @ 3:09pm

Kredit ➡️ Harian Metro

#infosemasa
@infosemasaofficial
𝙋𝙄𝙉𝙅𝘼𝙈𝘼𝙉 𝙆𝙒𝙎𝙋(𝙀𝙋𝙁 𝙇𝙊𝘼𝙉) 𝙆𝙖𝙢𝙞 𝙗𝙪𝙠𝙖𝙣 𝙙𝙖𝙧𝙞 𝙋𝙀𝙅𝘼𝘽𝘼𝙏 𝙆𝙒𝙎𝙋.
Nak try apply pinjaman menggunakan Penyata KWSP jom PM Ayu.
Hanya 1 Jam loan anda boleh diluluskan sebanyak RM5000-RM30, 000.
𝙈𝘼𝙎𝙄𝙃 𝘽𝙀𝙆𝙀𝙍𝙅𝘼 𝙖𝙩𝙖𝙪 𝙏𝙄𝘿𝘼𝙆 𝘽𝙀𝙆𝙀𝙍𝙅𝘼 𝙗𝙤𝙡𝙚𝙝 𝙖𝙥𝙥𝙡𝙮.
Semak kelayakan secara percuma dan hanya dengan penyata KWSP terkini sahaja.
Nak loan jom PM Ayu 016-6099363 @ wasap.my/60166099363/SkimPinjamanKWSP