SUV terbabas di kaki lima kedai ubat
SYAMILAH ZULKIFLISYAMILAH ZULKIFLI
28 April 2025 03:57pm
KUALA PILAH – Sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Hyundai Santa Fe terbabas di kaki lima sebuah kedai ubat di Pekan Kuala Pilah di Jalan Yam Tuan Raden, di sini selepas kemalangan dengan Toyota Vios pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintenden Muhamad Mustafah Hussin berkata, siasatan awal mendapati kejadian jam 9.15 pagi itu berlaku apabila pemandu Vios yang sedang bergerak terus tidak sempat mengelak SUV yang keluar dari simpang.
"Akibatnya, SUV itu hilang kawalan lalu melanggar sebuah motosikal dan sebuah lagi kereta yang sedang parkir di hadapan bangunan kedai.
"Kenderaan itu kemudiannya terbabas memasuki kaki lima sebuah kedai ubat di tepi jalan," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Bagaimanapun, kedua-dua pemandu terlibat tidak mengalami sebarang kecederaan.
Ujarnya, kes disiasat di bawah Peraturan 3(2)(b) Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (LN 166/59) dan siasatan lanjut sedang dijalankan.
Artikel : Sinar Harian
#infosemasa
@infosemasaofficial

PELBAGAI Branded handbag HARGA MAMPU MILIK boleh bayar secara ansuran ‼️
Kami supply branded handbag KUALITI ONE TO ONE! High End Customization 95% sebijik original‼️ BUKAN KUALITI PASAR MALAM‼️
Design sama mcm original‼️ Jangan bazir ribuan ringgit kalau hanya boleh dapat harga lebih JIMAT! 😱
JOIN channel telegram utk design TERBARU👇🏻
https://t.me/+Slhz9m4XMUXJb8_9
atau boleh direct ws 👇🏻
https://wa.link/xbchvv

Lelaki maut kereta bertembung lori
SHAHRIZAL AHMAD ZAINISHAHRIZAL AHMAD ZAINI
28 April 2025 03:48pm
KULAI - Seorang lelaki maut selepas kereta yang dipandunya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Senai-Seelong di sini, awal pagi Isnin.
Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee berkata, pihaknya menerima laporan mengenai nahas tersebut pada jam 6.10 pagi yang membabitkan sebuah kereta jenis Perodua Kancil dan lori jenis Isuzu.
“Siasatan awal pihak polis mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila lori jenis Isuzu dipandu lelaki warga tempatan berusia 54 tahun sedang membelok masuk ke Simpang Kempas.
“Bagaimanapun, lori tersebut kemudiannya bertembung dengan sebuah kereta yang datang dari arah bertentangan," katanya.
Seng Lee berkata, akibat pertembungan itu, pemandu kereta, seorang lelaki berusia 42 tahun, mengalami kecederaan parah di bahagian badan dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan.
Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes kemalangan ini boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Mohamad Firdaus Mustaffa di talian 011-26081008, bagi membantu siasatan," katanya.
Artikel Sinar Harian