INFO SEMASA OFFICIAL
794K subscribers
190K photos
43K videos
27 files
24.7K links
Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.
Download Telegram
China kejar impian hantar manusia ke bulan menjelang 2030

Beijing: China dijangka melancarkan misi angkasa terbaharu minggu ini, sebagai langkah konsisten menuju matlamat jangka panjang Beijing untuk menghantar angkasawan ke bulan.

Misi Shenzhou-20 bakal berlepas dari Pusat Pelancaran Satelit Jiuquan di barat laut China, membawa tiga angkasawan ke stesen angkasa Tiangong yang dibina sendiri oleh negara itu, untuk tempoh tinggal yang dijangka selama enam bulan.

Pasukan itu akan menjalankan pelbagai eksperimen demi menyokong matlamat program angkasa China yang bercita-cita tinggi - menghantar manusia ke bulan menjelang 2030 dan seterusnya membina pangkalan di permukaan bulan.

China Manned Space Agency (CMSA) memaklumkan minggu lalu bahawa kapal angkasa Shenzhou dan roket pengangkut Long March-2F sudah dipindahkan ke tapak pelancaran di pangkalan padang pasir terpencil itu, dan akan dilancarkan pada waktu yang sesuai dalam masa terdekat.

Foto-foto yang disiarkan oleh agensi berita rasmi Xinhua menunjukkan roket berwarna putih berdiri megah di atas pelantar biru yang dihiasi bendera negara, menghala ke langit, diapit sepanduk merah-emas yang meraikan kejayaan program angkasa China.

"Pada masa ini, kemudahan dan peralatan di tapak pelancaran berada dalam keadaan baik. Pemeriksaan fungsi dan ujian bersama akan dijalankan seperti dirancang," kata CMSA.

Pihak berkuasa masih belum mendedahkan identiti angkasawan bagi misi Shenzhou-20 mahupun tugas khusus yang akan mereka jalankan.

Namun menurut penyiar rasmi CCTV pada Ahad, Zhou Wenxing dari pusat latihan angkasawan negara berkata pasukan itu berada dalam keadaan sihat, cekap dan serasi dalam operasi.

Misi terdahulu, Shenzhou-19, dilancarkan pada Oktober tahun lalu dan dijangka berakhir pada 29 April ini.

Ia diketuai oleh Cai Xuzhe, bekas juruterbang tentera udara berusia 48 tahun yang pernah menyertai misi Shenzhou-14 pada 2022.

Turut serta ialah Wang Haoze, 35, jurutera penerbangan angkasa wanita tunggal dalam sejarah China, dan wanita ketiga negara itu menyertai misi kru angkasa.

Song Lingdong, 34, melengkapkan trio angkasawan misi tersebut.

Sepanjang berada di orbit, pasukan Shenzhou-19 menjalankan ujian terhadap bahan binaan yang diperbuat daripada komponen menyerupai tanah bulan, bagi melihat kesan sinaran, graviti dan suhu ekstrem terhadapnya.

Di bawah kepimpinan Presiden Xi Jinping, China terus melangkah maju dalam merealisasikan apa yang digelar sebagai 'impian angkasa' negara itu.

Program angkasa China adalah yang ketiga berjaya menghantar manusia ke orbit dan sudah menghantar rover robotik ke Marikh dan bulan.

Permata utama dalam pencapaian ini ialah Tiangong, stesen angkasa yang dikendalikan oleh pasukan tiga angkasawan secara bergilir setiap enam bulan.

Beijing optimis untuk menghantar angkasawan ke bulan sebelum 2030.

Dalam beberapa dekad terakhir, China melabur berbilion dolar untuk membangunkan program angkasa yang setanding dengan AS dan Eropah.

Antara pencapaian utama: Chang'e-4, probe pertama mendarat di bahagian jauh bulan pada 2019, dan misi robotik ke Marikh pada 2021.

Stesen angkasa Tiangong - dengan modul teras Tianhe yang dilancarkan pada 2021 - dirancang untuk digunakan sekurang-kurangnya 10 tahun.

Disiarkan pada: April 22, 2025 @ 5:59pm

Artikel ➡️ Harian Metro

#infosemasa
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
*Follower ciput, content padu tapi orang masih tak percaya? 😩*

Zaman sekarang, perception is everything — nak trusted, kena nampak trusted! 🔥

_📢 PENTING! Website lama supplierfollower.socpanel.com sudah tidak digunakan._

Sekarang kami guna domain baru yang lebih trusted dan profesional:
👉 https://freefollower.net/

💥 Nak mula *FREE* ? TikTok Follower *PERCUMA*
Telegram Subscriber *PERCUMA*
Telegram Reaction *PERCUMA*
Tanpa password, tanpa tunggu lama — terus naik! 🚀

Try dulu, puas hati baru repeat.
Yang lambat, selalu tengok je orang lain naik dulu… 🤷‍♂️

*⚠️ Penting:*
_Proses tukar domain mungkin ambil masa 1–4 hari bekerja. _

Jika link lama tak boleh dibuka, sila guna terus domain baru: 👉 https://freefollower.net

#FreeFollower #TikTokBooster #TelegramMarketing #AutoNaik #SupplierFollower
Penduduk 4 Buah Kampung Di Padawan Terputus Hubungan, Jambatan Sungai Sauh, Kampung Sadir

PADAWAN, 22 April 2025 – Satu insiden membabitkan jambatan roboh bersama sebuah lori yang membawa muatan batu telah berlaku di Jambatan Sungai Sauh, Kampung Sadir pada jam 2.15 petang tadi.

Jambatan yang terletak di laluan utama ini merupakan satu-satunya penghubung penting bagi penduduk Kampung Simuti, Kampung Sibuang, Kampung Sibakar dan Kampung Sadir. Kejadian tersebut menyebabkan laluan utama itu kini terputus sepenuhnya dan menjejaskan pergerakan harian penduduk kampung yang bergantung sepenuhnya kepada jambatan berkenaan untuk ke sekolah, tempat kerja dan urusan harian.

Menurut Ketua Kampung Sadir, Bobyham William, kejadian berlaku apabila sebuah lori yang sarat dengan muatan batu melintasi jambatan tersebut sebelum struktur jambatan gagal menampung beban dan runtuh ke dalam sungai.

Setakat ini, tiada kecederaan dilaporkan.

Kredit ➡️ BORNEO

#infosemasa
@infosemasaofficial
NETFLIX PREMIUM ACCOUNT MURAH ❤‍🔥

SHARING : 1 PROFILE 2 USER 🔽
1 month - rm 10
2 month - rm 18
3 month - rm 25
5 month - rm 50

full warranty
UltraHD 4K
login 1 device only
support all device

feedback @netflixmurahabby
feedback @netflixmurahabby

purchase netflix dengan harga murah sekarang! 🫶🏻
https://wa.me/60182242808?text=NAKBELINETFLIX
20:39hrs Status terkini, Kerja pengalihan masih dijalankan. Lorong kanan telah dibuka dilokasi kemalangan manakala laluan kontra telah diaktifkan. Laluan 'Smartlane' boleh dilalui arah Selatan dari KM 47.5 - Km 44.5. Trafik sesak 7Km & sesak 8Km menghampiri Plaza tol Sedenak. Harap maklum.@llmtrafik

#infosemasa
@infosemasaofficial
Personal Loan By Kyraaa 💸

Kyra Open Pinjaman Kecil - Kecilan Sahaja & Mudah Approved Jangan Lepaskan Peluang Ni 💸
_________

Siapa Yang Layak ?
• Bekerja Fulltimer
• ⁠18 tahun keatas
• ⁠Kfc / Mcd / Fnb
• ⁠Kilang
• ⁠Dan lain lain
Semua Layak Kecuali
Suri rumah
Berniaga
Cash

Kami tidak terima ‼️

Yang Dapat Bantuan , Seperti :
- Jkm / Baitumal
- ⁠Pencen
- ⁠Socso
- ⁠OKU
Pun Layak Apply Dengan Kyra ‼️ Hanya Perlukan 3 Bulan Statement & Ic Depan Belakang Sahaja

Hutang Company lain ? Kami bole tolong settlekan .
Banyak feedback Customers Yang Dah Approved Loan Dengan Kyra

Banyak Feedback Positive Boleh Tengok Dekat Tiktok : https://www.tiktok.com/@kyraaasyakira?_t=8qdawqLcBmR&_r=1

Berminat Nak apply ? Tekan link bawah :
https://wa.link/hrnf7e
https://wa.link/hrnf7e

Document Yang Mudah & Harini Lulus Terus Dapat Cash Lepas Sign Aggrement 💸

Kyra Cover Area :
- Melaka
- ⁠Johor
- ⁠Kl
- ⁠Muar
- ⁠N9
- ⁠Pahang
- ⁠Perak
- ⁠Penang
Gempar di Indonesia, apabila penduduk menjumpai air ajaib yang dianggap penawar untuk menyembuhkan pelbagai penyakit. Ramai membawa bekas seperti tong air dan baldi untuk mengambil air tersebut.

Setelah disiasat, rupanya air itu sebenarnya air paip bocor selepas batang paip didapati pecah.😭😭😭😭😭😭😭😭😭

#infosemasa
@infosemasaofficial
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
🚨 TERKINI | GAZA DISERANG

Detik serangan pengganas Israel menyasarkan sekitar Menara Al-Quds di Bandar Gaza awal hari ini.

Sumber: Quds News Network
#infosemasa
🚨 TERKINI | GAZA DISERANG

Serangan udara pengganas Israel menyasarkan garaj Majlis Perbandaran Jabalia di utara Gaza, yang mengandungi jentolak dan jentera.

Sumber: Quds News Network
#infosemasa