INFO SEMASA OFFICIAL
794K subscribers
190K photos
43K videos
27 files
24.7K links
Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.
Download Telegram
‘Bella’, 7 lelaki belasah pemuda dah kena kutip

Oleh MOHD SHARKAWI LONDING
22 April 2025, 2:02 pm

JOHOR BAHRU – Tujuh lelaki dan seorang wanita yang dikenali sebagai ‘Bella’ ditahan bagi membantu siasatan berhubung video tular yang memaparkan seorang pemuda dibelasah beramai-ramai baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd. Sohaimi Ishak berkata, kesemua suspek berusia 19 hingga 26 tahun diberkas semalam selepas laporan dibuat oleh mangsa kelmarin.

Katanya, suspek direman selama enam hari bermula sehingga 26 April bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 342, Seksyen 385 dan Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

“Polis menerima laporan daripada mangsa berusia 21 tahun menyatakan kejadian berlaku pada pukul 9.30 malam, Jumaat lalu (18 April) di kawasan Perumahan Pangsapuri Plentong Baru Masai, Johor.

“Siasatan mendapati mangsa pergi ke pangsapuri berkenaan selepas dijemput seorang kenalan wanita menerusi media sosial.

“Sebaik sampai, mangsa dikurung, dipukul dan dicederakan lapan lelaki tempatan di lokasi berkenaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Sohaimi berkata, ekoran kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan luka pada bibir, telinga kiri serta bengkak badan.

Susulan itu, polis menahan kesemua suspek pada pukul 2.30 pagi semalam.

Semakan mendapati lima daripada suspek yang ditahan memiliki rekod kes jenayah dan penyalahgunaan dadah.

Ujian saringan air kencing juga mendapati empat daripada mereka positif dadah jenis methamphetamine. – KOSMO! ONLINE

#Kosmo
#infosemasa
@infosemasaofficial
SIARAN MEDIA POLIS DAERAH SERI ALAM

POLIS DAN MASYARAKAT BERPISAH TIADA

Tarikh: 22 APRIL 2025

TULAR RAKAMAN VIDEO KEJADIAN SEORANG REMAJA DIKURUNG DAN DIPUKUL OLEH SEKUMPULAN LELAKI DI MEDIA SOSIAL FACEBOOK

PADA 21/04/2025 JAM L/KURANG 2230 HRS PIHAK POLIS TELAH MENGESAN (1) VIDEO TULAR YANG TELAH DIMUATNAIK MELALUI MEDIA SOSIAL FACEBOOK AKAUN "KOMUNITI BANDAR SERI ALAM" BERDURASI 2 MINIT 7 SAAT BERKAIT RAKAMAN VIDEO SEKUMPULAN INDIVIDU BERTINDAK MEMUKUL SEORANG LELAKI DI DALAM SEBUAH RUMAH SEPERTI DI PAUTAN https://www.facebook.com/share/p/1BwDnRcbTP/?mibextid=wwXIfr URL:

PIHAK POLIS MENGESAHKAN TELAH MENERIMA LAPORAN DARIPADA MANGSA SATU LELAKI WARGA TEMPATAN LINGKUNGAN UMUR 21 TAHUN YANG MELAPORKAN BAHAWA KEJADIAN BERLAKU PADA 18/04/2025 JAM LEBIH KURANG 9.30 MALAM BERTEMPAT DI KAWASAN PERUMAHAN PANGSAPURI PLENTONG BARU MASAI, JOHOR.

HASIL SIASATAN DAPATI MANGSA TELAH PERGI KE RUMAH PANGSAPURI TERSEBUT ATAS JEMPUTAN (1) PEREMPUAN KENALAN MELALUI APLIKASI MEDIA SOSIAL. SETELAH MANGSA SAMPAI KE DALAM RUMAH TELAH DIKURUNG DAN DIPUKUL SERTA DICEDERAKAN OLEH (8) LELAKI WARGA TEMPATAN. AKIBAT KEJADIAN TERSEBUT MANGSA TELAH MENGALAMI KECEDERAAN LUKA DI BAHAGIAN BIBIR, LUKA DI TELINGA KIRI DAN SAKIT BENGKAK BADAN.

BERTINDAK ATAS MAKLUMAT, PADA 21/04/2025 JAM LEBIH KURANG 0230HRS SEPASUKAN POLIS DARI BAHAGIAN SIASATAN JENAYAH IPD SERI ALAM TELAH MENAHAN (7) LELAKI WARGA TEMPATAN DAN (1) PEREMPUAN WARGA TEMPATAN BERUMUR LINGKUNGAN 19 HINGGA 26 TAHUN DIMANA (5) ORANG DARIPADA SASPEK MEMPUNYAI REKOD LAMPAU PELBAGAI KESALAHAN BERKAIT JENAYAH DAN DADAH. HASIL UJIAN SARINGAN AWAL AIR KENCING KESEMUA TANGKAPAN MENDAPATI (4) SASPEK POSITIF DADAH JENIS METHAMPHETAΜΙΝΕ.

KESEMUA TANGKAPAN DITAHAN REMAN DI BAWAH SEKSYEN 117 KPJ SELAMA (6) HARI MULAI 21 APRIL 2025 HINGGA 26 APRIL 2025.

KES DISIASAT DI BAWAH PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG BERIKUT:-

i. SEKSYEN 342 KANUN KESEKSAAN JIKA DISABIT KESALAHAN BOLEH DIHUKUM PENJARA SELAMA TEMPOH YANG BOLEH SAMPAI SATU TAHUN ATAU DENGAN DENDA ATAU KEDUA-DUANYA.

li. SEKSYEN 385 KANUN KESEKSAAN JIKA DISABIT KESALAHAN BOLEH DIHUKUM PENJARA SELAMA TEMPOH YANG BOLEH SAMPAI TUJUH TAHUN ATAU DENGAN DENDA ATAU DENGAN SEBAT ATAU DENGAN MANA-MANA DUA DARIPADA HUKUMAN ITU.

SEKSYEN 324 KANUN KESEKSAAN JIKA DISABIT KESALAHAN BOLEH DIHUKUM PENJARA SELAMA TEMPOH YANG BOLEH SAMPAI SEPULUH TAHUN ATAU DENGAN DENDA ATAU DENGAN SEBAT ATAU DENGAN MANA-MANA DUA DARIPADA HUKUMAN ITU.

PIHAK POLIS MENASIHATKAN ORANG RAMAI AGAR TIDAK MEMBUAT SPEKULASI ATAU MENYEBARKAN MAKLUMAT YANG TIDAK SAHIH MENGENAI KES INI. KERJASAMA MASYARAKAT AMAT DIHARGAI UNTUK MEMBOLEHKAN SIASATAN DIJALANKAN DENGAN TELITI DAN ADIL.

SEBARANG MAKLUMAT BOLEH DISALURKAN KEPADA PEGAWAI PENYIASAT INSPEKTOR DEVANDRAN A/L GANESAN DI TALIAN 014-6676431 ATAU HUBUNGI KE HOTLINE IPD SERI ALAM 07-3864222.

SEKIAN TERIMA KASIH

(MOHD SOHAIMI BIN ISHAK) ACP KETUA POLIS DAERAH SERI ALAM

#infosemasa
@infosemasaofficial
🥹Dashcam Rahmah,yang xde dashcam Wajib amik ni fullHD senang claim insurans or bukti jikalau apa2 berlaku siap camera blakang,time otw ke kg wajib ada ni,belikan utk kereta mak ayah juga

https://s.shopee.com.my/60ESufwK0e
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
NETFLIX PROFILE PRIVATE PERSONAL 📩

1 MONTH : RM25
3 MONTH : RM50

USE YOUR OWN PROFILE
CAN PIN PROFILE
NO LIMIT SCREEN
FULL WARRANTY
CAN ACCESS HOUSEHOLD SENDIRI
1 PROFILE 1 DEVICE

berminat 👇🏻
www.wasap.my/601137585140/netflixprofileprivate

feedback 😊 :
https://t.me/+lgL-lIZl6fg3NGVl
‘Bella’, 7 lelaki belasah pemuda dah kena kutip

JOHOR BAHRU – Tujuh lelaki dan seorang wanita yang dikenali sebagai ‘Bella’ ditahan bagi membantu siasatan berhubung video tular yang memaparkan seorang pemuda dibelasah beramai-ramai baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd. Sohaimi Ishak berkata, kesemua suspek berusia 19 hingga 26 tahun diberkas semalam selepas laporan dibuat oleh mangsa kelmarin.

Katanya, suspek direman selama enam hari bermula sehingga 26 April bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 342, Seksyen 385 dan Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

“Polis menerima laporan daripada mangsa berusia 21 tahun menyatakan kejadian berlaku pada pukul 9.30 malam, Jumaat lalu (18 April) di kawasan Perumahan Pangsapuri Plentong Baru Masai, Johor.

“Siasatan mendapati mangsa pergi ke pangsapuri berkenaan selepas dijemput seorang kenalan wanita menerusi media sosial.

“Sebaik sampai, mangsa dikurung, dipukul dan dicederakan lapan lelaki tempatan di lokasi berkenaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Sohaimi berkata, ekoran kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan luka pada bibir, telinga kiri serta bengkak badan.

Susulan itu, polis menahan kesemua suspek pada pukul 2.30 pagi semalam.

Semakan mendapati lima daripada suspek yang ditahan memiliki rekod kes jenayah dan penyalahgunaan dadah.

Ujian saringan air kencing juga mendapati empat daripada mereka positif dadah jenis methamphetamine. – KOSMO! ONLINE

Oleh MOHD SHARKAWI LONDING
22 April 2025, 2:02 pm

Artikel ➡️ Kosmo

#infosemasa
@infosemasaofficial
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Takkan trade saja tak dapat rebate? Sampai bila nak kaya kalau tak dapat rebate….

https://Rebateusd35.wasap.my
*2 Wanita Bergelut Di Rumah Terbuka, Bekas Isteri Suami Tonyoh Bip Anak Ke Sambal*

Sejak semalam menerusi media sosial, video kekecohan yang berlaku di sebuah majlis rumah terbuka telah tular dan mencetuskan persoalan ramai.

Menerusi rakaman itu, 2 orang wanita dilihat sedang bergelut dengan serius sehingga terpaksa dileraikan oleh tetamu lain yang turut berada di sana.

Klip kejadian itu turut dimuat naik semula oleh penyanyi rap, Caprice ke Instagram miliknya.

Salah seorang perempuan dalam video berkenaan iaitu Mira Sazali akhirnya mendedahkan perkara sebenar yang berlaku kepada mereka berdua.

Rupa-rupanya, mereka sekeluarga sudah cukup lama diganggu oleh si polan yang juga merupakan bekas isteri kepada suaminya sendiri.

Ketika sedang menjamu selera di majlis itu, wanita terbabit tiba-tiba mengambil kain bib anak Mira dan menggaulnya ke dalam sambal Ayam Penyet.

Tindakan melampau itu cuku membangkitkan kemarahan Mira sebagai seorang ibu, apalagi anaknya masih terlalu kecil untuk diperlakukan sebegitu rupa.

Nota kaki : Bip merupakan kain yang dipakaikan pada leher bayi bagi elakkan baju terkena air liur, susu atau makanan tumpah.

Bagi mengelakkan ketegangan menjadi lebih teruk, suami Mira segera menarik keluar bekas isterinya dari lokasi kejadian.

Namun begitu, wanita tersebut bertindak semakin agresif hingga menyebabkan baju Mira terkoyak, selain turut mengalami beberapa kecederaan ringan akibat insiden itu.

Jelas Mira, gangguan dari segi lisan (verbal harassment) turut dilakukan oleh individu yang sama. Selain dilemparkan kata-kata kesat, wajah Mira dan anaknya pernah disunting kepada imej tidak baik.

Malahan, Allahyarhamah ibu Mira turut diheret sama ke dalam permasalahan gila talak bekas isteri suaminya.

Sumber kisahdunia
#infosemasa
@infosemasaofficial
Kemalangan elite highway dekat r&r dengkil menghala selatan..trafik sesak ketika ini

#infosemasa
@infosemasaofficial
16:27hrs Awas! Kemalangan di susur masuk Kawasan Rehat Dengkil arah Selatan dari Putrajaya ke Bandar Gamuda Cove. Susur masuk ditutup sementara. Trafik perlahan. Pandu berhati-hati. Harap maklum.