INFO SEMASA OFFICIAL
790K subscribers
192K photos
43.3K videos
27 files
24.9K links
Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.
Download Telegram
NETFLIX PROFILE PRIVATE PERSONAL 📩

1 MONTH : RM25
3 MONTH : RM50

USE YOUR OWN PROFILE
CAN PIN PROFILE
NO LIMIT SCREEN
FULL WARRANTY
CAN ACCESS HOUSEHOLD SENDIRI
1 PROFILE 1 DEVICE

berminat 👇🏻
www.wasap.my/601137585140/netflixprofileprivate

feedback channel 🎶 :
https://t.me/+bS3vmoQH_OtlNGRl
Isu penjaja belon: Muhammad Za'imuddin berisiko lumpuh - Doktor

Kuala Lumpur: Muhammad Za'imuddin Azlan berisiko lumpuh kekal selepas saraf tulang belakang toraks T12 cedera teruk akibat dihempap dan dicederakan dalam insiden kekecohan dengan penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) di sini, pada 28 Mac lalu.

Pegawai perubatan swasta, Dr Mohd Hafidz Rizal Amran yang mengiringi Muhammad Za'imuddin berkata, lelaki itu boleh lumpuh secara kekal dan ketika ini perlu rehat dan tidak melakukan kerja berat dalam tempoh tiga hingga enam bulan.

"Hasil laporan perubatan ini menunjukkan 'T12 kemek' atau compressed, banyak komplikasi dan yang paling kita risau sekali, dia mula rasa kebas dan pesakit tidak dapat mengawal kencing.

"Dan komplikasi yang kita tak nak berlaku adalah risiko lumpuh. Kita berdoa dalam tempoh tiga hingga enam bulan, dia kembali pulih," katanya dalam sidang media selepas Abang Belon selesai membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, di sini, hari ini.

Dalam sidang media itu, Muhammad Za'imuddin, 29, ditemani ibunya, Hasnah Mat Isa, dan peguam, Muhammad Rafique Rashid Ali.

Menurutnya, sepatutnya pada 18 April ini, Muhammad Za'imuddin perlu menjalani pembedahan hernia di skrotum yang sudah membesar.

"Bagaimanapun, akibat kejadian ini, pembedahan itu terpaksa ditangguhkan dan kini fokus rawatan adalah tulang belakang T12 yang tidak boleh bergerak terlalu banyak.

"Jika ditanya skala kesakitan daripada satu hingga 10, Muhammad Za'imuddin boleh katakan skala pada lapan hingga sembilan, memang sakit kerana ia membabitkan saraf di kiri dan kanan," katanya.

Dr Mohd Hafidz berkata, dalam nota discaj Muhammad Za'imuddin juga dikepilkan salinan sijil cuti sakit selama 48 hari.

"Dalam tempoh itu, dia tidak boleh bergerak dan semestinya tidak boleh menjual belon lagi," katanya.

Sementara itu, Hasnah Mat Isa, 54, ibu kepada Muhammad Za'imuddin, terkilan dengan kejadian yang berlaku terhadap anak kedua daripada tiga beradik itu.

"Anak saya hanya mencari rezeki yang halal, tidak patut dia diperlakukan kejam sebegini. Kami akan teruskan ambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan dan DBKL," katanya.

Ditanya bagaimana dia mengetahui kejadian itu, dia melihat video yang tular di media sosial dan terkejut diberitahu itu anak lelakinya.

"Saya terus menghubungi suami dan diberitahu itu memang anak kami. Saya sedih kerana sepatutnya anak perlu menjalani pembedahan hernia dan mencari wang untuk membiayai kos rawatan itu," katanya.

Disiarkan pada: April 6, 2025 @ 2:41pm
Suraya Roslan
surayaroslan@mediaprima.com.my

Kredit ➡️ Harian Metro

#infosemasa
@infosemasaofficial
*SITREP KEBAKARAN KILANG*

Jenis Insiden: Kebakaran Kilang
Tarikh/Masa Panggilan: 05/04/2025 (1341)
Alamat: 2704-A Jalan Kg Baru Sg Buloh
Masa Jentera Sampai: 1358
Jarak Ke Tempat Kejadian: 6.1km
Masa Operasi Terkawal: 1451
Masa Operasi Tamat:
Mangsa: 1
Balai Terlibat: Bbp Sg Buloh
Balai Bantuan : Bbp Bukit Jelutong, Bbp Damansara, Bbp Selayang, Klang Utara
Keanggotaan: Pbk I-1,Pbk Ii-3, Pbk Ii (Kup)-4, Pb-23
Komander Operasi: PgB Qalam Bin Abdul Halim
Komander Operasi Kanan: PgKB I Ahmad Zaidi Bin Safuan

Catatan: Komander Operasi lapor kebakaran melibatkan 3 buah kilang berkeluasan 300x600kp sedang marak terbakar. Terdapat 1 mangsa tercedera di lokasi. Keadaan mangsa belum dapat di kenalpasti. Kerja-kerja pemandaman sedang dijalankan.

05.04.2025 JAM 1600
Komander Operasi lapor kebakaran melibatkan 3 buah kilang anggaran keluasan setiap satu kilang 90X160kp. Terdapat seorang mangsa lelaki warganegara Bangladesh melecur tahap 2 telah diserahkan kepada pihak KKM dan dihantar ke Hospital Sungai Buloh. Terdapat sebuah kereta Toyota Hilux (nombor pendaftaran tidak dapat dikenalpasti) terbakar 100% dan Sebuah kereta Proton terbakar 10%. Kebakaran telah berjaya dikawal pada jam 1451. Kerja-kerja pemadaman masih dijalankan.

05.04.2025 JAM 1700
Komander Operasi lapor pemadaman dibahagikan kepada 2 sektor utama iaitu :
- Sektor 1 (BBP Sungai Buloh dan BBP Damansara) membuat pemadaman pada kilang besi dan gudang besi & kayu mengunakan air dari water tanker, 2 aliran hose dari pam jentera, 4 breaching dan 6 nozzle.
- Sektor 2 (BBP Kota anggerik dan BBP Selayang) membuat pemadaman pada kilang Kain & Kilang Kitar Semula mengunakan air dari water tanker, 2 aliran hose dari pam jentera, 4 breaching dan 6 nozzle.

*Peratus pemadaman 😗
1. Kilang Kain & Kilang Kitar Semula - 80% (Terbakar)
2. Kilang Besi - 70% (Terbakar)
3. Gudang Besi & Kayu - 90% (Terbakar)
*Jumlah Peratus Pemadaman 😗 40% (telah berjaya dipadam) Berbaki *60% (masih dalam proses pemadaman)*

*LAPORAN TERKINI 05.04.2025 JAM 2140*
Komander Operasi lapor kerja-kerja overhaul sedang dilakukan. Kedudukan api berada dibawah timbulan zink/runtuhan bumbung bangunan yang berada di bahagian tengah kilang menyebabkan api sukar dipadam. Kerja-kerja pemadaman masih lagi diteruskan.

*Jumlah Peratus Pemadaman 😗 85% (telah berjaya dipadam) Berbaki *15% (masih dalam proses pemadaman)*

Jumlah Anggota: 33
Jentera: Frt-4, Water Tanker-2, Emrs-2

*Pegawai Kanan Dilokasi 😗
PgKB I Ahmad Mukhlis Bin Mukhtar
PgKB I Ahmad Zaidi Bin Safuan
PgKB II Ts. Nur Hafizah Binti Mohammad Lukman
PgB Qalam Bin Abdul Halim
PKPgB Zaidi Bin Ahtan
PPgB Abdul Rahman bin Che Pa

Kredit ➡️ BBP SUNGAI BULOH

#infosemasa
@infosemasaofficial
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Rakaman kamera papan pemuka kemalangan melibatkan 2 buah motosikal di Kutan Tengah, Wakaf Bharu, Kelantan.

Sumber ➡️ Media sosial

#infosemasa
@infosemasaofficial