INFO SEMASA OFFICIAL
790K subscribers
192K photos
43.3K videos
27 files
24.9K links
Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.
Download Telegram
99 peratus pengguna domestik tidak terkesan pelarasan tarif elektrik baharu

PUTRAJAYA – Hampir semua pengguna domestik dan pengguna bukan domestik elektrik voltan rendah di Semenanjung tidak akan terjejas dengan pelarasan tarif elektrik bagi tempoh bermula Julai ini hingga Disember depan.

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, ini bermakna sekitar 99 peratus penguna domestik di Semenanjung dengan penggunaan elektrik bulanan 1,500 kilowatt per jam (kWj) dan ke bawah tidak akan mengalami kenaikan tarif elektrik.

Beliau berkata, pengguna bukan domestik kategori tarif voltan rendah (tarif B dan D), tarif pertanian spesifik (tarif H, H1 dan H2) pula tidak akan mengalami kenaikan tarif elektrik di mana surcaj Pelepasan Kos Tidak Seimbang (ICPT) pada kadar 3.7 sen/kWj dikekalkan.

“Dalam erti kata yang lain, Perniagaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) termasuk restoran, kedai runcit, bakeri, bengkel-bengkel kecil, petani, penternak, pekebun dan lain-lain perniagaan seumpamanya juga tidak akan mengalami sebarang kenaikan tarif elektrik.

“Bagi kategori baharu pengguna bukan domestik iaitu operator air dan pembetungan di negeri-negeri pula, mereka akan menikmati penurunan kadar surcaj daripada 20 sen/kWj kepada 3.7 sen/kWj.

“Ini bermakna operator-operator air di bawah Kerajaan Negeri akan menikmati surcaj yang lebih rendah untuk tempoh Julai hingga Disember 2023,” katanya pada sidang akhbar pengumuman pelarasan tarif elektrik di Semenanjung di sini, hari ini.

Katanya, keputusan ini adalah selaras usaha kerajaan bagi meningkatkan kapasiti dan keupayaan operator air untuk menyediakan air terawat dan bersih kepada pengguna.

Nik Nazmi berkata, pengguna bukan domestik iaitu pengguna-pengguna bervoltan sederhana (MV) dan tinggi (HV) daripada kalangan industri pula akan menikmati penurunan kadar surcaj daripada 20 sen/kWj kepada 17 sen/kWj.

Menurutnya, ini juga bermakna, pengguna bukan domestik MV dan HV ini akan menikmati penurunan bil elektrik di antara 28 peratus hingga 35 peratus sebulan.

“Selain itu, kerajaan juga menetapkan pengguna-pengguna domestik dengan penggunaan elektrik tinggi melebihi 1,500 kWj atau bersamaan bil elektrik minimum RM708 sebulan pula akan dikenakan surcaj pada kadar 10 sen/kWj.

“Dianggarkan seramai 83,000 pengguna iaitu 1 peratus pengguna domestik akan mengalami kenaikan bil elektrik bulanan minimum sebanyak RM187 (25 peratus).

“Walaupun berlaku kenaikan bagi pengguna domestik kategori ini, kerajaan masih menanggung subsidi sebanyak RM58 juta khas untuk kategori ini memandangkan surcaj ICPT tidak dilepaskan sepenuhnya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Oleh MOHD. HUSNI MOHD. NOOR
23 Jun 2023, 5:56 pm

#Kosmo
#infosemasa
@infosemasaofficial
100 Tahun Yang Lampau.

Dalam foto yang dirakam sekitar awal 1900 ini, kelihatan sebuah rumah dan kedai Melayu di Kuala Lumpur atau nama lamanya Sungai Lumpur atau Pengkalan Lumpur. Kelihatan seseorang duduk berehat di anjung kedai, mungkin selepas kenyang menikmati sebungkus nasi lemak sambal tumis ikan bilis dan sayur kangkung (original recipe), sebiji kuih keria dan kopi pekat.

Fz
PROMOSI PAY DAY SALE
FREE SHIPPING CASH BACK
PELBAGAI JENIS BAG DAN WALLET BERMULA SERENDAH RM15 😱

Beli di 👉 https://shp.ee/hnbndut

APA YANG BEST TENTANG PRODUK KAMI:
 
➡️Bag tahan lasak dan terkini
➡️Ruang yang Besar
➡️Kualiti Terbaik
➡️Selesa
➡️Banyak sangat pilihan dan lain²
Pusat Kawalan Operasi Daerah Kuala Lumpur telah menerima satu kes trauma, orang terjatuh daripada bukit di Gua Damai, Batu Caves pada 23 Jun 2023 jam 9.06 malam.

Sepasukan EMS telah dikejarkan kelokasi dan didapati mangsa telah terjatuh daripada pokok dengan ketinggian lebihkurang 13 meter.

Saksi ditempat kejadian tidak dapat mengesahkan sama ada mangsa terjatuh daripada bukit ke atas pokok dan kemudian terjatuh kebawah. Saksi telah mendengar orang menjerit minta pertolongan daripada atas pokok, sebelum sempat memberi bantuan mangsa telah jatuh kebawah.

Mangsa didapati luka dikepala dan mengalami kepatahan pada tulang rusuk kanan.

Mangsa dihantar ke Hospital Selayang dan diberikan rawatan lanjutan di Zon Merah.

- APM Kuala Lumpur

#infosemasa
@infosemasaofficial