INFO SEMASA OFFICIAL
790K subscribers
192K photos
43.3K videos
27 files
24.9K links
Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.
Download Telegram
5 BUAH RUMAH SETINGGAN HANGUS TERBAKAR

MIRI, 23.5.2023: BBP Lopeng, JBPM Negeri Sarawak menerima panggilan kecemasan kebakaran rumah melalui talian terus ke balai pada jam 11:30 malam yang berlaku di Jalan Pujut 18, Pujut Corner, Miri, Sarawak.

Pasukan Bomba daripada BBP Lopeng serta bantuan daripada BBP Miri Sentral dengan kekuatan anggota seramai 19 anggota bersama 2 jentera FRT, 2 EMRS dan 1 WATER TANKER telah digerakkan ke lokasi kejadian sebaik panggilan diterima.

Menurut Komander Operasi, PBK I (KUP) Zainal bin Ali, kebakaran melibatkan lima buah rumah setinggan jenis tidak kekal hangus terbakar 100 peratus. Rumah pertama berkeluasan 8x10 kaki persegi, rumah kedua berkeluasan 30x12 kaki persegi, manakala rumah ketiga dan keempat berkeluasan 50x40 kaki persegi dan rumah kelima berkeluasan 20x10 kaki persegi.

Pasukan Bomba bertindak menjalankan operasi memadamkan kebakaran menggunakan teknik offensive dan defensive menggunakan sumber air dari pam jentera dan pili bomba berhampiran.

Kebakaran tidak melibatkan sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa. Punca kebakaran masih dalam siasatan. Setelah memastikan keadaan dilokasi benar selamat, operasi ditamatkan pada jam 2:50 pagi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak
Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia

#infosemasa
@infosemasaofficial
LELAKI WARGA EMAS MAUT SELEPAS TERJATUH GAUNG SEDALAM 20 METER

GENTING HIGHLANDS, 23.5.2023: JBPM Negeri Pahang menerima panggilan kecemasan berhubung mangsa jatuh gaung pada jam 2.53 petang yang berlaku di KM 1, Jalan naik ke Genting Highlands, Pahang.

8 orang anggota Bomba daripada BBP Genting Highlands termasuk Ketua Balai telah bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan bersama 2 buah jentera.

PKPgB Mohd Saufi bin Zakaria selaku Ketua Balai, BBP Genting Highlands melaporkan, seorang lelaki warga emas berusia 60an telah tergelincir dan terjatuh ke dalam gaung sedalam 20 meter. Ketika kejadian, mangsa dipercayai sedang menjalankan kerja di lereng bukit.

Pasukan Bomba bertindak menjalankan kerja-kerja penyelamatan untuk membawa naik mangsa dengan menggunakan tali dan stretcher dengan bantuan bersama Pasukan Fire Unit Genting.

Bomba & Penyelamat Negeri Pahang
Balai Bomba Dan Penyelamat Genting Highlands
Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia

#infosemasa
@infosemasaofficial
SEORANG CEDERA, VAN MELANGGAR BELAKANG TRELER.

GOPENG, 24.5.2023: Pusat Gerakan Operasi (PGO) JBPM Negeri Perak menerima panggilan kecemasan kemalangan jalan raya pada jam 12:29 tengah malam yang berlaku di Kilometer 307.3 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS), arah Selatan.

Pasukan Bomba daripada BBP Gopeng telah digerakkan ke lokasi kejadian sebaik panggilan diterima.

Menurut Komander Operasi, PBK II (KUP) Shahpri bin Sharman, kemalangan melibatkan sebuah Van yang melanggar bahagian belakang sebuah Lori Treler. Seorang mangsa, iaitu pemandu Van terserpit di tempat duduk pemandu, manakala pemandu Lori tidak mengalami sebarang kecederaan.

Pasukan Bomba bertindak mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan peralatan khas "Rescue Tools". Mangsa kemudian diserahkan kepada Ambulan KKM untuk tindakan selanjutnya. Operasi tamat sepenuhnya pada jam 1:16 pagi.

@Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Perak
Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia

#infosemasa
@infosemasaofficial
KEMALANGAN 2 BUAH KENDERAAN DI KM 40, JALAN SELANGAU

SELANGAU, 23.5.2023: BBP Selangau, JBPM Negeri Sarawak terima panggilan melalui talian terus ke balai pada jam 11.57 pagi yang melaporkan berlakunya kemalangan jalan raya di KM 40, Jalan Selangau, Sibu, Sarawak.

9 orang anggota Bomba daripada balai tersebut telah bergegas ke lokasi kejadian bersama jentera FRT dan Toyota Hilux sebaik panggilan di terima.

Menurut PBT II Mohd Shukri bin Abrahim selaku Ketua Balai BBP Selangau, kemalangan tersebut melibatkan 2 buah kenderaan yang telah bertembung iaitu Perodua Bezza dan Toyota Hilux. Kejadian berlaku ketika Perodua Bezza dalam perjalanan menuju ke Selangau, manakala Toyota Hilux dari arah Selangau.

Anggota Bomba bertindak menjalankan kerja-kerja penyelamatan kesemua mangsa yang terlibat dengan kemalangan untuk di bawa ke tempat yang selamat. Terdapat 5 orang mangsa dalam Perodua Bezza serta 3 orang mangsa dalam Toyota Hilux.

Kesemua mangsa hanya mengalami kecederaan ringan dan telah diberi rawatan awal oleh pihak KKM sebelum di hantar ke Klinik Selangau .

Agensi lain yang turut berada di lokasi adalah pihak PDRM serta KKM. Setelah selesai, operasi ditamatkan pada jam 12:50 tengah hari.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak
Balai Bomba Selangau
Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia

#infosemasa
@infosemasaofficial
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
𝐉𝐔𝐀𝐋 π“πŽππ”π :-
* Customer topup dengan kita, kita dapat komisyen 🀣
* Customer topup dengan orang lain, kita tak dapat apa² 😭
.
𝐉𝐔𝐀𝐋 π’πˆπŒπŠπ€πƒ :-
* Customer topup dengan kita, kita dapat komisyen 🀣
* Customer topup dengan 7Eleven, kita dapat komisyen 🀣
* Customer topup dengan Speed Mart, kita dapat komisyen 🀣
* Customer topup dengan Petronas, kita dapat komisyen 🀣
* Customer topup dimana² saja, kita dapat komisyen 🀣
.
Jom 𝐉𝐔𝐀𝐋 π’πˆπŒπŠπ€πƒ 😍πŸ₯°
Pertanyaan klik https://t.me/gnznetworkbot?start=1681877200620
Mahkamah: Tukang rumah mengaku rogol kekasih bawah umur

KUALA TERENGGANU – Seorang remaja lelaki berusia 19 tahun mengaku bersalah memperkosa teman wanitanya yang masih di bawah umur di kawasan semak pada dua tahun lalu di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Tertuduh, Muhammad Syafiq Arman Mohd. Shuhaimi yang merupakan tukang rumah membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Nooriah Osman.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa merogol mangsa yang berusia 14 tahun tujuh bulan sewaktu kejadian di sebuah kawasan semak di daerah ini dan perbuatan itu didakwa dilakukan Muhammad Syafiq Arman pada pukul 9.30 malam, pertengahan bulan April 2021.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Hakim Nooriah membenarkan tertuduh dibebaskan dengan wang jaminan RM5,000 dan seorang penjamin serta menetapkan 25 Jun depan sebagai tarikh jatuh hukum bagi menunggu laporan sosial Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). – KOSMO! ONLINE

Oleh TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF
24 Mei 2023, 2:59 pm

#Kosmo
#infosemasa
@infosemasaofficial
Lelaki tikam, toreh, bakar kekasih hamil

SABAK BERNAM – Seorang lelaki diibaratkan dirasuk syaitan apabila bertindak kejam membunuh dan membakar teman wanitanya sebanyak dua kali di sebuah kebun kelapa sawit di Kampung Sungai Limau, Sungai Besar di sini.

Tindakan tidak berperikemanusian itu dilakukan suspek berusia 20 tahun selama dua hari bermula kelmarin selepas berlaku perselisihan faham berkaitan menyembunyikan kehamilan luar nikah mangsa yang berusia 21 tahun.

Selain memukul dan menoreh perut kekasihnya yang merupakan pelayan restoran itu, suspek juga dipercayai turut sempat membeli minyak petrol di stesen minyak untuk membakar mangsa .

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd. Alias berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan daripada orang awam mengenai penemuan mayat mangsa, kira-kira pukul 8.15 pagi semalam.

Katanya, siasatan mendapati wanita yang hamil empat bulan itu dibawa suspek menaiki sebuah kereta sebelum dibunuh dan dibakar di kebun tersebut, kira-kira pukul 10 malam kelmarin.

β€œNamun, suspek kembali ke sekitar lokasi sama untuk sekali lagi membakar mangsa semalam dengan menaiki motosikal dan membawa tong berisi petrol.

β€œLelaki yang mahu melupuskan mayat itu kemudian dipercayai membuang semua bahan bukti termasuk barangan mangsa di sekitar Jalan Lama Kuala Selangor,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam di sini, hari ini.

Pasangan kekasih itu dipercayai menjalin hubungan sejak setahun lalu sebelum berlaku perbalahan akibat kehamilan tersebut.

Jelas Agus Salim, siasatan lanjut membawa kepada penahanan suspek dalam tempoh lima jam selepas penemuan mayat itu iaitu kira-kira pukul 1.45 petang hari sama di sebuah rumah sekitar Sungai Besar dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Tambah beliau, mayat mangsa yang terbakar 60 peratus ini masih berada di Hospital Sungai Buloh bagi proses bedah siasatan. – KOSMO! ONLINE

Oleh ISKANDAR SHAH MOHAMED
24 Mei 2023, 2:47 pm

#Kosmo
#infosemasa
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
cryptocurrentcy bukan sekadar coin seperti yang kita ketahui. tapi banyak rahsia yang boleh kita belajar untuk menghasilkan wang dengan adanya sistem POOL ARBITRAGE ETF COPYTRADE FUTURE
ada risiko ke dalam crypto ni? Tetap ada... Cuma kita mampu mengurangkan risikonya.
Tak ada pengalaman? inilah masa untuk mendalami peluang dan belajar didalam dunia crypto. Jom subcribed telegram saya
kita tap tap buat DUIT no floating no loss

telegram: https://t.me/paduwang
whatsapp: http://wasap.my/601151604849/info
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
JAM LED ANIME LIMITED EDITION!

Khas untuk peminat anime! Jam tangan LED paling cun terox limited edition boleh dapatkan hari ini!

Hanya RM55 sahaja termasuk penghantaran.

βœ… One Piece
βœ… Naruto
βœ… Tokyo Ghoul
βœ… Fairy Tail
βœ… Detective Conan

Cara baca dan setting boleh lihat di sini πŸ‘‡πŸ»
https://vt.tiktok.com/ZSLeteouQ/

Beli di sini πŸ‘‰πŸ» https://shop.tiktok.com/view/product/1729568925278112593?region=MY&local=en

WhatsApp πŸ‘‰πŸ» https://wa.me/60134665655
Nampak dah ranum buah ni..
Tp sebelom nak petik
Elok pesan kat kwn2 lain dulu..
Nak buat tahlil berapa hari..

#infosemasa
#infosemasaofficial
Pelanggan cemas kereta terbalik depan kedai makan

Kuala Terengganu: Pemuda dikejarkan ke hospital selepas Perodua Myvi dipandunya terbabas sebelum terbalik di hadapan sebuah kedai dekat Kampung Wakaf Beruas, Jalan Kuala Terengganu - Kuala Berang, di sini, malam tadi.

Kejadian 11.20 malam itu mencemaskan beberapa pelanggan dan pekerja yang berada di dalam kedai berkenaan.

Pekerja, Muhammad Hafizol Naim Dilas, 26, berkata, ketika kejadian, dia mencuci pinggan mangkuk sebelum terdengar bunyi dentuman kuat di hadapan kedai.

"Terkejut bunyi dentuman itu saya kemudian menoleh ke luar jalan sebelum mendapati sebuah kereta terbalik berhampiran kedai.

"Saya kemudian terus berlari keluar dan menyelamatkan pemandu dengan menariknya keluar dari tempat duduk pemandu dan membawanya masuk berehat di dalam kedai.

"Pemandu hanya mengalami kecederaan ringan sahaja tetapi saya menghubungi ambulans kerana dia mendakwa sakit dada," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Hafizol berkata, kereta terbabit dikatakan terbabas dan melanggar beberapa kereta pelanggan yang diletakkan di hadapan kedai sebelum terbalik.

Katanya, dia percaya, sekiranya tiada kenderaan di hadapan kedai, berkemungkinan besar ia terbabas sehingga ke dalam kedai.

Sementara itu, bapa remaja terbabit, Mohd Shihabuddin Deraman, 54, ketika ditemui di lokasi kejadian berkata, anaknya, Muhammad Firdaus, 26, dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Gelugor, di sini, selepas bermain futsal.

Katanya, dia menerima berita kemalangan anaknya itu selepas dihubungi seseorang sebelum bergegas ke lokasi kejadian

"Mungkin dia mengantuk. Syukur kerana dia hanya mengalami kecederaan ringan sahaja dan dibawa ke hospital selepas mengadu sakit dada. Harap dia tidak mengalami kecederaan dalaman," katanya.

Disiarkan pada: Mei 24, 2023 @ 8:00am
Zaid Salim
am@hmetro.com.my

#HarianMetro
#infosemasa
@infosemasaofficial