Nelayan dilaporkan hilang ditemui mati di Pulau Kukup
PONTIAN – Polis menemui mayat seorang lelaki yang dikatakan hilang di Jeti Kukup, Air Masin, Serkat pada petang semalam ditemui terapung oleh orang awam pada pagi ini di 4.4. Batu Nautika dari Pulau Kukup di sini.
Ketua Polis Daerah Pontian, Superintenda Mohammad Shofee Tayib berkata, hasil pengecaman yang dibuat oleh adik mangsa, Mohammad Fahmi Khalid menyatakan mayat tersebut ialah abangnya, Mohammad Khairudin Khalid, 36.
Katanya, pengecaman tersebut berdasarkan kepada baju yang dipakai oleh mangsa dan pemeriksaan di dalam beg silang yang bergantung pada mayat mangsa terdapat kad pengenalan milik mangsa.
Menurut beliau, ketika mayat mangsa ditemui, tiada sebarang penemuan bot di lokasi penemuan.
“Pihak forensik dari Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Johor telah dihubungi bagi menjalankan siasatan ke atas mayat tersebut dan akan dihantar ke Hospital Pontian bagi tujuan bedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan media disini, hari ini.
Akhbar sebelum ini melaporkan seorang lelaki yang keluar menangkap ikan dari awal pagi semalam di perairan Kukup Laut, dekat sini, dipercayai hilang kerana tidak pulang ke rumah sepertimana kebiasaannya.
Tambah Mohammad Shofee, sebelum ini adik mangsa memberitahu ketika berada di rumah telah didatangi oleh dua lelaki yang membawa motosikal kepunyaan mangsa.
“Adik mangsa telah bertanya mengenai abangnya, tetapi mereka tidak tahu di mana abangnya berada, manakala panggilan telefon juga gagal dihubungi,” jelas beliau lagi. – KOSMO! ONLINE
Oleh MUHAMMAD ZIKRI
19 April 2023, 4:43 pm
#Kosmo
#infosemasa
@infosemassofficial

Lelaki ceroboh balai, gigit jari polis hingga putus
KUALA LUMPUR – Bukan sahaja mengugut ingin menyimbah asid, seorang lelaki malah bertindak luar kawalan apabila menggigit jari manis seorang anggota polis sehingga putus, dalam satu kejadian di hadapan Pos Pengawal Balai Polis Sungai Besi, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata, ketika kejadian yang berlaku pada pukul 10.15 malam itu, pengadu bersama seorang rakan sekerja sedang bertugas.
“Seorang lelaki warga negara berusia 34 tahun datang dan menjerit mahu menyimbah asid. Suspek kemudian menyimbah muka dan badan pengadu menggunakan air botol mineral sebelum bertindak meluru masuk ke dalam perkarangan balai.
“Suspek juga membaling satu tin Red Bull ke arah dinding kaca sebelah kiri dan mengakibatkannya pecah. Setelah itu, berlakunya pergelutan antara pengadu, dua orang rakan sekerja dan suspek.
“Bertindak agresif, suspek kemudian menggigit jari manis tangan kanan salah seorang rakan sekerja pengadu sehingga putus di bahagian hujung jari,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Ujar Zam Halim lagi, suspek yang mengalami kecederaan ringan berjaya ditangkap dan hasil siasatan mendapati terdapat rekod dikehendaki polis berkenaan satu kes penipuan.
“Ujian saringan awal air kencing suspek juga didapati positif ‘Amphetamine’ dan ‘Methamphetamine’ serta suspek pernah mendapat rawatan psikiatri pada tahun 2020, tetapi tidak memiliki sebarang kad rawatan mental,” ujarnya.
Kes disiasat di bawah Seksyen 325/427 Kanun Keseksaan dan Seksyen 90 Akta Polis 1967 dan reman ke atas suspek telah dibenarkan selama empat hari bermula semalam hingga 21 April. – KOSMO! ONLINE
Oleh NURUL IZZATI ZAINI
19 April 2023, 3:42 pm
#Kosmo
#infosemasa
@infosemasaofficial

Warga emas hilang ketika berbasikal ditemui mati lemas
KULAI – Tanda tanya kehilangan seorang warga emas lelaki yang hilang ketika berbasikal di laluan hutan Taman Gemilang, di sini kelmarin terjawab setelah mayatnya ditemui di sebuah tasik berhampiran hari ini.
Ketua Polis Daerah Kulai, Superitendan Tok Beng Yeow berkata, mayat Liew You Foo, 63, ditemui pada pukul 11.55 pagi dalam keadaan terapung di permukaan Tasik Biru, Bukit Gemilang.
“Mangsa kemungkinan terjatuh ke dalam tasik biru berkenaan hasil daripada penemuan sepasang kasut berwarna merah di permukaan tasik pada pukul 11.20 pagi.
“Mayat kemudian dibawa ke Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim di sini untuk bedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Isnin lalu, anak mangsa membuat laporan polis memaklumkan bapanya yang keluar rumah tidak pulang selepas pukul 2 petang sebelum pihak polis dan bomba melancarkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) mencari mangsa.
Dalam pada itu, Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulai, Penolong Penguasa Bomba Fairuz Helmi Mohd. Ali berkata, pihak bomba bertindak mengeluarkan mangsa dengan menggunakan bot aluminium.
Katanya, seramai 19 anggota dari BBP Kulai dan BBP Skudai dibantu satu jentera, dua utiliti, satu kenderaan dan sebuah bot aluminium terlibat dalam SAR berkenaan. – KOSMO! ONLINE
Oleh MOHAMAD FAIZAL HASHIM
19 April 2023, 7:20 pm

WARGA EMAS YANG HILANG DI LALUAN HUTAN TAMAN GEMILANG DISAHKAN MAUT
KULAI, 19.4.2023– BBP Kulai menerima panggilan kecemasan mencari & menyelamat mangsa hilang melalui talian MERS999 pada 15 April 2023, jam 3:29 petang yang berlaku di Laluan Hutan Taman Gemilang Suasa 1, Kulai, Johor.
1 jentera FRT, 2 utiliti Hilux, 1 kenderaan FRV serta 1 bot daripada BBP Kulai dan BBP Skudai dengan jumlah keanggotaan seramai 19 orang telah digerakkan ke tempat kejadian.
Menurut Komander Operasi, PPgB Fairuz Helmi bin Mohd Ali, seorang lelaki dipercayai telah hilang yang dilaporkan oleh anaknya pada petang 17 April 2023. Menurut anak mangsa, kebiasaannya mangsa akan pulang rumah sekitar jam 2 petang jika keluar namun mangsa tidak pulang.
Operasi pencarian telah dijalankan sekitar 5km dari jalan besar. Pada jam 10:20 malam, pencarian masih diteruskan dibantu oleh 9 orang anggota polis dan 27 orang awam. Radius pencarian adalah sekitar 3km dari lokasi terakhir mangsa dipercayai hilang.
Pada 18 April 2023, jam 10 pagi, operasi mencari dan menyelamat mangsa diteruskan setelah persiapan semua agensi. Teknik rescue reccee di kawasan tebing dan membuat proses sweeper kiri dan kanan sepanjang 200 meter.
Pada hari ini, 19 April 2023 jam lebih kurang 11:55 pagi, mangsa telah dijumpai terapung didalam tasik berhampiran kawasan tersebut. Pasukan Bomba bertindak mengambil mangsa dengan mengunakan bot aluminium dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. Operasi ditamatkan pada jam lebih kurang 1.15 petang.
Balai Bomba Dan Penyelamat Kulai
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Johor
- Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia

LEMAS DI TASIK PUTRAJAYA
PRESINT 8, PUTRAJAYA, 19/04/2023 - Pasukan Bomba bersama jentera FRT dan 2 unit RIM dari BBP Presint 7, bergegas ke Kelab Tasik Putrajaya Presint 8 setelah terima panggilan kecemasan kejadian lemas.
Setibanya Pasukan Bomba, didapati terdapat seorang lelaki berbangsa India berada ditebing tasik dalam keadaan tidak sedarkan diri. Kejadian lemas melibatkan kakitangan pihak penyelenggaraan Kelab Tasik Putrajaya Presint 8 di persisiran tasik berdekatan Kelab Tasik Putrajaya Presint 8. Mangsa seorang lelaki berbangsa India berumur dalam lingkungan 47 tahun.
Komander Operasi telah membuat pemeriksaan terhadap mangsa dan mendapati nafas serta nadi telah tiada. Sehubungan dengan itu, pihak KKM mengesahkan mangsa telah meninggal dunia di lokasi kejadian dan mangsa diserahkan kepada pihak PDRM untuk tindakan lanjut.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Putrajaya

2 BUAH RUMAH TERBAKAR DI KAMPUNG SUNGAI TIANG DARAT
BAGAN DATUK, 19.4.2023: JBPM Negeri Perak terima panggilan kebakaran rumah pada jam 6.25 pagi yang berlaku di Jalan Baru, Kampung Sungai Tiang Darat, Bagan Datuk, Perak.
Pasukan Bomba dan jentera daripada BBP Hutan Melintang serta bantuan daripada BBP Teluk Intan telah digerakkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan.
Komander Operasi, PPgB Mohd Azroisan bin Wahab melaporkan, kebakaran tersebut melibatkan 2 buah rumah. Dimana, rumah pertama yang berkeluasan 30x90 kaki persegi telah terbakar 90%. Manakala rumah kedua, 30x50 kaki persegi telah terbakar 70%. Bagaimanapun, tiada mangsa yang terlibat dalam kebakaran tersebut.
Pasukan Bomba bertindak menjalankan operasi pemadaman dengan menggunakan sumber air terbuka sehingga api berjaya dipadamkan sepenuhnya.
Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Sungai Tiang turut membantu dalam operasi pada kali ini. Setelah selesai, operasi ditamatkan pada jam 10.05 pagi.
Bomba Perak
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Perak

CUBAAN BUNUH DIRI TERJUN JAMBATAN
KUCHING, SARAWAK, 17/04/2023 -
Bilik Kawalan BBP Padungan terima panggilan kecemasan pada jam 3.18 petang berhubung cubaan seorang wanita untuk terjun dari jambatan Darul Hana, Jalan Gambir, Kuching, Sarawak. Pasukan bomba bergerak ke lokasi sebaik terima panggilan.
Menurut Komander Operasi, setibanya di lokasi didapati seorang wanita berusia 23 tahun sedang berdiri di atas kerusi di tepi penghadang dalam cubaan terjun dari atas jambatan.
Anggota bomba berjaya memujuk dan membawa mangsa ke tempat selamat pada 3.39 petang. Operasi penyelamatan turut dibantu oleh anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Pengawal Keselamatan.
Wanita terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan dan berada dalam keadaan stabil telah diserahkan kepada Pihak Polis untuk tindakan selanjutnya.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak