INFO SEMASA OFFICIAL
793K subscribers
190K photos
42.9K videos
27 files
24.6K links
Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.
Download Telegram
Kemalangan maut pertama di lebuh raya DASH

Petaling Jaya: Lelaki maut selepas motosikal ditunggang terbabas sebelum terjatuh di Kilometer 15.7 Lebuhraya Bertingkat Damansara Shah Alam (DASH) dekat Penchala, tengah malam tadi.

Ini adalah kemalangan maut pertama di lebuh raya berkenaan sejak ia dibuka Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, mangsa yang berusia 24 tahun menunggang SYM VF3i dari arah Penchala ke Denai Alam.

"Ketika tiba di tempat kejadian, mangsa terbabas sebelum terjatuh di jalan raya.

"Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengesan punca dan sebab kematian.

"Justeru itu, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil ke mana-mana balai polis terdekat. "Kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.

Sumber: Harian Metro
Sumber: Hafidzul Hilmi Mohd Noor
hafidzul@hmetro.com.my
20/10/2022

#infosemasa
@infosemasaofficial
HADIAH PALING BERMAKNA UNTUK LIHAT MAK ABAH KEKAL CERGAS , SEGAR & SIHAT
.
Set Twinny Limited Edition Ni Bukan Barang Biasa-biasa Tau .
.
Dalam Ni Adalah Set Minyak Angin Viral Dengan 5 Flavour Paling Wangi & Menenangkan
.
Kebaikannya Membantu Menyegarkan Badan , Melegakan Sengal² Otot & Meredakan Ketidakselesaan Pada Badan
.
Dan Korang Akan Dapat Juga Balm, Sedut² & Inhaler Untuk Melegakan Penafasan & Meringankan Dada
.
Harga Sangat Murah & Mampu Milik . .
.
Klik www.wasap.my/601125811936/NakOrderTwinny
.
#MinyakAnginMujarab #PenawarSakitSendi #MinyakAnginModen #MinyakAngin #TakMelekit #LulusKKM
#infosemasa
@infosemasaofficial
Murid 11 tahun maut dihempap tiang gol

KOTA KINABALU – Seorang kanak-kanak lelaki maut selepas dihempap tiang gol ketika aktiviti sukan di Pekan Manggatal semalam.

Bagaimanapun,murid berusia 11 tahun berkenaan disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Likas dalam kejadian pukul 12.20 tengah hari itu,

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, hasil siasatan awal, mangsa adalah salah seorang murid di Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Lok Yuk, Manggatal.

“Mangsa dipercayai dihempap besi palang tiang gol sewaktu berlangsungnya aktiviti sukan tahunan sekolah di padang terbabit.

“Kejadian disedari bapa mangsa serta guru sekolah itu sebelum bertindak menghubungi talian kecemasan 999 bagi mendapatkan bantuan segera.

“Mangsa seterusnya dihantar ke hospital namun disahkan meninggal dunia ekoran kecederaan parah di kepala,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd Zaidi memaklumkan siasatan di lokasi kejadian mendapati tiada sebarang unsur-unsur perbuatan jenayah.

Menurutnya, kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR) namun siasatan lanjut masih dijalankan.

Terdahulu, tular di media sosial sejak petang semalam video berdurasi 14 saat memaparkan seorang kanak-kanak diangkat menggunakan pengusung oleh pasukan perubatan yang hadir membantu di lokasi kejadian. – KOSMO! ONLINE

Oleh IVAN AMIRUL
21 Oktober 2022, 1:43 pm

#Kosmo
#infosemasa
@infosemasaofficial
Gelandangan kudung tangan kanan didakwa bunuh lelaki warga emas

IPOH – Seorang lelaki gelandangan yang kudung tangan kanan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membunuh seorang lelaki warga emas, Ahad lalu.

Tertuduh, Chin Ling Sin, 51, mengangguk tanda faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan dalam dialek Kantonis di hadapan Majistret Jesseca Daimis.

Tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa membunuh Leong Chow Wah, 67, di lorong tepi sebuah restoran di Jalan Leong Sin Nam, Ipoh dalam daerah Kinta pada pukul 4.50 hingga 5.50 pagi, 16 Oktober 2022.

Pertuduhan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Fatimah Hannah Abd. Wahab manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Majistret Jesseca menetapkan 16 Disember ini untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan forensik dan kimia.

Media pada Ahad lalu melaporkan, mayat lelaki warga emas dipercayai gelandangan ditemukan dengan kesan luka di dagu di tepi tangga dekat kaki lima kedai di Jalan Leong Sim Nam.

Lelaki terbabit ditemui orang awam pada pukul 5.22 pagi dalam keadaan terbaring tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia oleh pakar klinikal Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di lokasi kejadian.

Pemeriksaan awal ke atas tubuh lelaki itu mendapati terdapat kesan luka pada dagu disebabkan senjata tajam dan calar pada kedua-dua tangan. – KOSMO! ONLINE

Oleh ASLIZA MUSA
21 Oktober 2022, 12:29 pm

#Kosmo
#infosemasa
@infosemasaofficial
Tukang gunting rambut didakwa bunuh teman wanita

IPOH – Seorang tukang gunting rambut berhadapan hukuman mati di tali gantung apabila dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang wanita yang mayatnya dijumpai dalam kawasan semak dekat Tambun, minggu lalu.

Tertuduh, M. Krishnaa Kumar, 24, mengangguk tanda faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Jesseca Daimis.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes bunuh adalah di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa dengan sengaja melakukan pembunuhan dengan menyebabkan kematian M. Shankavi, 23, dalam kawasan semak berhampiran tepi Jalan Besar Tambun dalam daerah Kinta antara pukul 3.11 pagi pada 8 Oktober 2022 hingga 5.25 pagi pada 12 Oktober 2022.

Pertuduhan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Fatimah Hannah Abd. Wahab manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Majistret Jesseca menetapkan 16 Disember ini untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan forensik dan kimia.

Menerusi laporan media pada 12 Oktober lalu, bau busuk di lokasi kemalangan membabitkan sebuah kereta Proton Iswara Aeroback yang terbabas di kiri jalan membawa kepada penemuan mayat wanita hampir reput di kawasan semak.

Hasil bedah siasat ke atas mayat tanpa identiti itu mendapati punca kematian akibat dicekik.

Ekoran kejadian itu, seorang lelaki ditahan di sebuah rumah di Taman Bersatu, Simpang Pulai pada Khamis minggu lalu bagi membantu siasatan kes berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Oleh ASLIZA MUSA
21 Oktober 2022, 12:11 pm

#Kosmo
#infosemasa
@infosemasaofficial
Kelindan maut lori muatan tayar keretapi terbabas

REMBAU – Seorang kelindan maut apabila lori muatan tayar kereta api yang dinaikinya terbabit dalam nahas di kilometer 223, Lebuh Raya Utara – Selatan (arah selatan), di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.45 pagi itu, mangsa, Nor Azli Manaf, 37, beralamat di Kampung Telok Nyior Sebatang, Sungai Besar, Selangor, disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik yang tiba di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Hazri Mohamad berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika lori dalam perjalanan dari Klang melalui Senawang ke Air Keroh untuk menghantar barang ke Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Kempas.

“Apabila tiba di lokasi kejadian, kenderaan yang sedang bergerak terus di lorong kiri dipercayai hilang kawalan lalu masuk ke bahu kiri jalan dan terbabas ke tebing sebelah kiri lebuh raya.

“Akibat kemalangan tersebut, kelindan telah tersepit dan mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala, muka dan patah tangan kiri disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Manakala pemandu berusia 46 tahun turut mengalami kecederaan parah di bahagian tangan kiri dan kaki kiri dihantar ke Hospital Alor Gajah untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hazri berkata, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Rembau untuk dibedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Susulan insiden berkenaan, sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota serta Rembau dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit. – KOSMO! ONLINE

Oleh NOR AINNA HAMZAH
21 Oktober 2022, 9:39 am

#Kosmo
#infosemasa
@infosemasaofficial
Warga Bangladesh maut terjatuh dalam 'sewer'
Balqis Jazimah Zahari
am@hmetro.com.

Ipoh: Lelaki warga Bangladesh maut selepas terjatuh ke dalam saluran pembuangan air limbah di Taman Lagenda, di sini, hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, pihaknya menerima panggilan memaklumkan kejadian pada 2.32 petang sebelum anggota ke lokasi kejadian.

"Didapati seorang lelaki warga Bangladesh terjatuh ke dalam 'sewer' (saluran pembuangan air limbah) berkedalaman 3 meter, semasa melakukan kerja-kerja pembinaan.

"Mangsa berusia 30 tahun disahkan meninggal di lokasi kejadian oleh pihak kesihatan," katanya.
Advertisement



Menurutnya, anggota bomba bertindak memakai pakaian perlindungan lengkap dan menaikkan mangsa menggunakan sistem tali (kaedah portuegese bowline).

"Mangsa berjaya dibawa naik diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

"Keseluruhan operasi tamat pada 3.33 petang," katanya.

Disiarkan pada: Oktober 21, 2022 @ 10:26pm

#infosemasa
@infosemasaofficial