INFO SEMASA OFFICIAL
793K subscribers
190K photos
42.9K videos
27 files
24.6K links
Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.
Download Telegram
Warga emas kantoi berkhalwat

Kota Bharu: Wanita berusia 56 tahun yang masih berstatus isteri orang dicekup berkhalwat dengan duda berusia 65 tahun di sebuah hotel bajet di bandar ini, malam tadi.

Pasangan itu ditahan anggota Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang Syariah (BPUS) Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (Jaheaik) pada 11.30 malam tadi.

Ketua Penolong Pengarah BPUS Jaheaik, Mohd Fadzuli Mohd Zain berkata, pasangan warga emas berkenaan datang dari Selangor dengan menaiki bas ke bandar ini sebelum ditahan ketika berdua-duaan dalam bilik di hotel terbabit.

"Lelaki warga emas itu memberi alasan mahu membeli emas di Kelantan, manakala pasangannya mendakwa mahu menghadiri kelas senam aerobik di Terengganu.

"Kami menahan mereka untuk siasatan lanjut dan dilepaskan dengan bon jamin sebelum diminta hadir ke Mahkamah Syariah mengikut tarikh yang ditetapkan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Mengulas lanjut operasi sempena cuti sekolah yang diadakan antara 5 petang semalam sehingga 1 pagi tadi itu, Mohd Fadzuli berkata, pasangan kekasih berusia 20-an turut ditahan di sebuah hotel bajet di sini.

"Dua pasangan ini akan disiasat mengikut Seksyen 50, Undang-undang Islam, Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) 2019.

"Kami turut memberi notis kepada tiga pasangan kekasih kerana melakukan perbuatan tidak sopan di tepi Sungai Kelantan di Lembah Sireh, kira-kira 5 petang semalam,' katanya.

Katanya, pasangan yang diberi notis diminta hadir mendapatkan perkhidmatan kaunseling dalam tempoh dua minggu, jika gagal hadir mereka boleh didenda.

Disiarkan pada: Jun 7, 2022 @ 3:37pm
MyMetroMutakhir
Hidayatidayu Razali
Gambar JAHEAIK

#HarianMetro
#infosemasa
@infosemasaofficial
Lelaki mabuk pandu kereta lawan arus ditahan

PETALING JAYA - Seorang lelaki diberkas selepas cuba melarikan diri daripada ditahan anggota kereta peronda polis (MPV) kerana memandu melawan arus di Lebuhraya Persekutuan di sini awal pagi Isnin.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, anggota MPV yang sedang melakukan rondaan cegah jenayah telah terkesan Perodua Axia dinaiki lelaki dipandu secara berbahaya sekitar jam 5.50 pagi.

Menurutnya, lelaki itu enggan bekerjasama bertindak memecut laju untuk meloloskan diri namun berjaya diberkas tidak lama kemudian di sekitar Jalan Klang Lama di sini.

"Polis telah mengarahkan pemandu kereta tersebut berhenti namun dia enggan memberikan kerjasama dan terus melarikan diri menghala ke susur masuk ke Lebuhraya Pantai Baru (NPE).

"Hasil ujian pernafasan Evidential Breath Analyzer (EBA-II) mendapati suspek berada di bawah pengaruh alkohol melebihi daripada had yang ditetapkan semasa memandu," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Mohd Fakhrudin berkata, suspek merupakan lelaki tempatan berusia 22 tahun dibawa ke Ibu Pejabat Daerah (IPD) Petaling Jaya untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 42 (1) dan Seksyen 45 (a) 1 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

"Tiada sebarang kecederaan dan kemalangan dilaporkan melibatkan kes ini.

"Saksi kejadian atau sesiapa yang mempunyai rakaman 'dashcam' berkaitan kejadian diminta supaya tampil ke IPD Petaling Jaya atau berhubung terus dengan Penolong Pegawai Penyiasat Trafik, Sarjan Mohd Sahidun Saiban di talian 011-333 40775," ujarnya.

SINAR HARIAN
MOHD HARIS FADLI MOHD FADZIL
07 Jun 2022
Gambar PDRM

#SinarHarian
#infosemasa
@infosemasaofficial
Pemuda parah digilis treler

KLANG – Seorang pemuda cedera parah apabila digilis sebuah treler dalam kejadian berhampiran jambatan baru menghala Tamadam, Bandar Sultan Sulaiman hari ini.

Mangsa berusia 20an cedera di muka, pinggang dan bahagian kaki.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, lapan anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba Pelabuhan Klang bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pukul 3.45 petang.

Katanya, berdasarkan maklumat awal kemalangan melibatkan sebuah treler yang telah menggilis penunggang motosikal jenis Yamaha Lagenda.

“Mangsa yang cedera di muka, pinggang dan bahagian kaki telah diserahkan kepada ambulan untuk dibawa ke hospital,” jelasnya dalam kenyataan hari ini.

Insiden itu tular di laman sosial dengan memaparkan detik penyelamatan mangsa. – KOSMO!ONLINE

MOHD YUNUS YAKKUB
7 Jun 2022, 8:58 pm
Video/gambar Media sosial

#Kosmo
#infosemasa
@infosemasaofficial