Mayat warga emas ditemukan terapung di kolam ikan
JELEBU – Mayat seorang lelaki warga emas ditemui dalam keadaan terapung di sebuah kolam ikan di Kampung Sungai Buloh dekat sini malam tadi.
Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat Simpang Pertang, Penolong Penguasa Bomba Muhammad Khairul Izzuan Othman berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 7.55 malam tadi dan tiba dilokasi kejadian lapan minit kemudian.
“Kami mendapat panggilan daripada pihak polis untuk mengangkat mangsa yang merupakan seorang lelaki berusia 71 tahun telah meninggal dunia di dalam kolam ikan berkenaan.
“Mayat Muhamad Asul Ahmad, 71, dari Kampung Sungai Buloh, Durian Tipus, Jelebu itu ditemukan dalam keadaan terapung di tebing kolam berkenaan,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Menurutnya, anggota bomba yang lengkap berpakaian peralatan perlindungan diri (PPE) telah mengangkat mayat mangsa yang kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. – K! ONLINE
Oleh ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI
6 Oktober 2021, 10:42 pm
#Kosmo
#infosemasa
@infosemasaofficial

Pemandu forklift ditahan c4bul kanak-kanak
KLANG – Seorang pemandu jentera forklift ditahan selepas menc4bul seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun di kawasan bangunan lama sebuah kolej swasta di Pulau Indah, semalam.
Suspek berusia 23 tahun itu ditangkap kira-kira pukul 8.30 malam sebelum diserahkan kepada pihak polis.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, berdasarkan siasatan awal mendapati suspek telah memeluk dan cuba meraba payud4ra mangsa.
Katanya, sekumpulan orang awam kemudiannya telah berjaya menahan suspek sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
“Siasatan mendapati suspek bekerja sebagai pemandu forklift kepada salah sebuah gedung perabot.
“Hasil semakan mendapati suspek mempunyai dua rekod lampau berkaitan dadah termasuk memilik barangan terlarang itu,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.
Jelas beliau, hasil siasatan awal juga mendapati suspek mengaku terlibat dalam kes tersebut dan kini direman selama dua hari bermula hari ini.
Kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan S*ksual terhadap Kanak-Kanak 2017. -K! ONLINE
Oleh MOHD YUNUS YAKKUB
6 Oktober 2021, 9:08 pm
#Kosmo
#infosemasa
@infosemassofficial

Mayat wanita separuh bogel dijumpai dalam longkang
GUA MUSANG – Mayat seorang wanita dipercayai warga Thailand ditemui dalam keadaan separuh bogel di dalam longkang berhampiran ladang sawit Jalan Kuala Berang di sini semalam.
Mangsa yang berusia 44 tahun dijumpai oleh orang awam yang melalui kawasan itu kira-kira pukul 3 petang.
Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, siasatan di lokasi kejadian mendapati, badan mangsa berada di dalam longkang dengan hanya memakai seluar dalam dan sehelai kain batik menutupi mukanya.
Katanya, selain itu, polis turut menemui gigi palsu mangsa yang sudah tercabut daripada mulutnya berhampiran mayat wanita berkenaan.
“Pemeriksaan pada badan mangsa mendapati, ada kesan seperti diseret pada bahagian buku lali kaki kiri dan lebam di belakang tubuhnya.
“Setakat ini, polis belum menemui sebarang kecederaan serius yang boleh menjadi punca kematian,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Choon Foo berkata, pihaknya masih meneruskan siasatan lanjut berhubung penemuan mayat wanita itu sama ia mati dibunuh atau sebaliknya.
Katanya, mayat mangsa telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Gua Musang untuk bedah siasat.
“Kita masih menjalankan siasatan lanjut bagi mencari punca kematian kerana lokasi mayat itu ditemui jauh dari kawasan perkampungan.
“Polis juga berharap saksi yang melihat kejadian itu agar segera tampil membantu siasatan dengan hadir ke balai polis terdekat,” katanya. – K! ONLINE
Oleh AIMUNI TUAN LAH
6 Oktober 2021, 8:58 pm
Gambar: Media sosial

Sindiket pengedaran, penyeludupan dadah tumpas
KAJANG – Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dan penyeludupan dadah bernilai RM4.9 juta pada 24 hingga 28 September lalu.
Dalam enam serbuan berasingan di sekitar Lembah Klang dan Negeri Sembilan itu telah dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman dengan kerjasama Central Narcotics Bureau (CNB) Singapura.
Timbalan Pengarah Narkotik (Pelucuthakan Harta/ Perundangan/ Tahanan) JSJN Bukit Aman, Datuk Abdul Aziz Abdul Majid berkata, kesemua lima suspek terdiri daripada empat wanita dan seorang lelaki warga tempatan.
“Kesemua tangkapan berusia dalam lingkungan 21 hingga 71 tahun. Ujian awal saringan urin mendapati mereka negatif dadah dan tidak mempunyai rekod jenayah.
“Hasil perkongsian maklumat pihak CNB Singapura, sindiket ini menjalankan aktiviti penyeludupan dadah untuk pasaran antarabangsa.
“Sindiket ini menggunakan perkhidmatan syarikat kurier di Singapura untuk menghantar bungkusan berisi dadah ke negara-negara Eropah,” katanya ketika sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang di sini hari ini.
Mengulas lanjut, sindiket yang aktif sejak awal tahun ini juga akan menjadikan Singapura sebagai transit dengan mengisytiharkan bungkusan tersebut mengandungi barang-barang yang sah.
“Hasil serbuan, kita telah merampas empat jenis dadah yang terdiri daripada methamphetamine (5.8 kg), ketamin (14.8 kg), MDMA (34.3 Kg) dan kafein (2.2 kg) bernilai RM 4.9 juta.
“Kita turut menyita tiga buah kenderaan jenis Toyota Hilux, Toyota Vellfire dan Honda City bernilai RM250,000 serta 11 akaun bank bernilai RM426,926.56 menjadikan keseluruhan rampasan bernilai RM5,590,442.56,” jelasnya.
Katanya, usaha mengesan saki baki ahli sindiket ini sedang giat dijalankan dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. -K! ONLINE.
Oleh MUHD AFIQ AL-HAFIZ MAT YUSOF
6 Oktober 2021, 11:22 am

Mayat lelaki ditemukan terapung disahkan mangsa bunuh
Parit Buntar: Polis mengesahkan mayat lelaki ditemukan terapung dan tersangkut pada pukat nelayan di perairan Tanjung Piandang, malam kelmarin, sebagai kes bunuh.
Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mazuki Mat berkata, terdahulu pihaknya menerima maklumat mengenai penemuan mayat mangsa pada 10.04 malam.
Beliau berkata, mayat itu ditemukan dalam keadaan tangan dan kakinya diikat dengan guni pasir dengan tujuan untuk menenggelamkannya.
"Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh dan hasil bedah siasat mendapati mangsa mati beberapa hari berikutan keadaannya yang mula membusuk.
"Bedah siasat mengesahkan punca kematian disebabkan kecederaan di bahagian kepala akibat objek tumpul.
"Mayat tidak diketahui identiti dan bangsa itu dipercayai berusia lingkungan 16 hingga 35 tahun dan kes kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat boleh berhubung kejadian atau kehilangan ahli keluarga boleh menghubungi pegawai penyiasat kes, Asisten Superintendan Ambri Mat Nayan di talian 01113092525 atau balai polis berhampiran.
Disiarkan pada: October 6, 2021 @ 11:47pm
Oleh Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi
am@hmetro.com.my
Gambar: PDRM
#HarianMetro

Abang askar jilat tangan pekerja wanita diburu polis
Ampang: Pekerja wanita sebuah kedai vape di Taman Keramat, di sini, trauma selepas menjadi mangsa cabul lelaki memakai pakaian seragam tentera, tengah hari semalam.
Dalam kejadian pada 1 tengah hari itu, mangsa berusia 18 tahun didatangi suspek yang ingin membeli barangan vape sebelum dia keluar selepas selesai melakukan urusan itu.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, selepas itu, suspek masuk semula ke dalam kedai dan beritahu pod vape dibelinya tidak berfungsi.
Beliau berkata, mangsa kemudian memeriksa pod itu dan menggantikan dengan yang baru.
"Mangsa menyerahkan pod vape terbabit dan ketika itu, suspek mengambil kesempatan memegang tangan mangsa serta turut menjilat tangan mangsa.
"Selepas mangsa beritahu ada kamera litar tertutup (CCTV), suspek terus melepaskan tangan mangsa dan beredar dari tempat kejadian," katanya dalam kenyataan, malam ini.
Mohamad Farouk berkata, siasatan diteruskan dan usaha untuk mendapatkan butiran peribadi dan mengesan suspek sedang dijalankan.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan iaitu cabul.
Menurutnya, orang awam yang memiliki maklumat boleh menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Siti Zaleha Abdullah ditalian 03 42897222 atau balai polis berhampiran.
Disiarkan pada: October 6, 2021 @ 11:12pm
Oleh Muhaamad Hafis Nawawi
mhafis@hmetro.com.my
Video/gambar: Media sosial