Maktab Mahmud Baling ditutup, 35 pelajar positif Covid-19
Alor Setar: Seramai 35 pelajar Maktab Mahmud Baling dikesan positif Covid-19 menyebabkan pusat pendidikan itu terpaksa ditutup sejak 18 April lalu hingga 25 April ini.
Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pendidikan dan Sumber Manusia Kedah Datuk Najmi Ahmad berkata, kesemua pelajar yang positif kini sedang dikuarantin dan berada di dalam pengawasan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Baling.
"Kesemua kes positif di maktab di bawah sekolah agama kerajaan negeri itu adalah membabitkan Kluster Jalan Weng dan usaha untuk mengekang penularan sedang dilaksanakan.
"Saringan kontak rapat sedang dijalankan termasuk isolasi pelajar turut dilakukan untuk tindakan selanjutnya," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Sabtu lalu, media melaporkan tujuh pelajar Maktab Mahmud Baling positif Covid-19 dan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah masih lagi sedang menyiasat punca jangkitannya.
Sementara itu, Najmi berkata, seramai 29 pelajar serta tiga guru membabitkan beberapa sekolah di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) di negeri itu disahkan positif Covid-19 sejak 1 April lalu hingga semalam.
"Kes positif ini membabitkan lapan sekolah di Kulim, Kuala Muda dan Baling antaranya Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Pegang, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Pegang, SK Bukit Selambau dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Saraswhati.
"Kita baharu sahaja adakan perbincangan bersama Menteri Kanan (Pendidikan) Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin yang mahu usaha bersepadu dilakukan bagi mengekang kluster pendidikan ini," katanya.
Disiarkan pada: April 22, 2021 @ 9:16pm
Oleh Noorazura Abdul Rahman
am@hmetro.com.my
#HarianMetro
#infosemasa
@infosemasaofficial

Covid-19: 3 lagi sekolah di Johor ditutup
Johor Bahru: Tiga sekolah lagi ditutup di Johor akibat penularan pandemik Covid-19, hari ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya Johor Mazlan Bujang berkata, ia menjadikan 20 sekolah di negeri itu ditutup secara keseluruhan sejak empat hari lalu.
Menurutnya, tiga sekolah terbabit adalah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tan Sri Osman Sa'at di Pontian, Sekolah Kebangsaan (SK) Nong Chik dan Sekolah Rendah Arab Bersepadu (SRAB) di sini.
"Sekolah ini ditutup selama seminggu bagi proses sanitasi dan ujian calitan Covid-19.
"SMK Agama Johor Bahru yang ditutup selama empat hari sebelum ini juga sudah dibuka semula sejak semalam," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Sekolah lain yang masih ditutup ialah SK Taman Kota Kulai 2, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Kulai 2, SJKC Saleng, SK Taman Bukit Kempas, SJKC Foon Yew 1, SK Seri Saujana (Kota Tinggi), SMK Seri Menanti (Muar), SMK Tun Fatimah Hashim, SMK Ulu Tiram, SK Taman Daya dan SK Taman Rinting 2.
Selain 17 SMK dan SK yang ditutup, 10 sekolah agama turut ditutup membabitkan empat daerah iaitu Johor Bahru, Kulai, Kota Tinggi dan Mersing dengan tempoh penutupan adalah antara empat hingga 11 hari.
Ia membabitkan Sekolah Agama (SA) Tambatan Tinggi di Johor Bahru; SA Taman Sri Saujana (Kota Tinggi); SA Taman Kota Kulai 2 dan SA Taman Muhibah (Kulai) dan SA Teriang, SA Tan Sri Abd Kadir, SA Bandar Endau, SA Semanyir, SA Belukar Juling serta SA Pusat Air Tawar (Mersing).
Disiarkan pada: April 22, 2021 @ 9:07pm
Omar Ahmad

5 sekolah di Sabah catat kes positif Covid-19
Kota Kinabalu: Lima sekolah di Sabah merekodkan kes positif Covid-19.
Jurucakap perkembangan harian Covid-19 Sabah Datuk Masidi Manjun hari ini berkata, lima sekolah berkenaan hanya membabitkan di sekitar daerah ini sahaja.
"Sekolah berkenaan adalah Sekolah Jenis Kebangsaan (SJKC) Shan Tao dengan tiga kes, SJKC Chung Hwa Likas (1 kes); SJKC Chung Hwa (dua kes); Sekolah Menengah Shan Tao (tiga kes) dan Sekolah Rendah Kebangsaan Lok Yuk, Likas dengan satu kes membabitkan seorang guru di mana kes tersebut direkodkan pada Februari lalu.
"Empat sekolah iaitu SJKC Yue Min Penampang, Yue Min Kindergarten Penampang, St James Likas dan Menggatal Lok Yuk Kindergarten tidak mencatatkan sebarang kes Covid-19," katanya.
Beliau mengulas mengenainya dalam satu kenyataan media hari ini bagi menjawab dakwaan mengenai senarai sekolah di Kota Kinabalu dan Penampang direkodkan mempunyai kes positif Covid-19 yang tular di media sosial sejak semalam.
Disiarkan pada: April 22, 2021 @ 8:46pm
Oleh Rafiqah Dahali

PKPD di SMKA Johor Bharu, Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Asriah Pasir Mas
Kuala Lumpur: Dua pusat pendidikan agama di Johor dan Kelantan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berikutan peningkatan mendadak kes jangkitan Covid-19.
Pelaksanaan PKPD di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Johor Bahru dan Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Asriah, Banggol Chicha, Pasir Mas akan bermula tengah malam ini sehingga 6 Mei nanti.
Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini melaporkan peningkatan kes Covid-19 secara mendadak di SMKA Johor Bahru.
"KKM sudah melaksanakan 228 ujian saringan dan daripada jumlah itu sebanyak 13 kes positif Covid-19 direkodkan.
"Di Maahad Tahfiz pula, sebanyak 46 ujian saringan dilakukan oleh KKM dan daripada jumlah itu sebanyak 28 kes positif Covid-19 sudah direkodkan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Ismail Sabri berkata, pelaksanaan PKPD untuk memudahkan KKM melaksanakan saringan secara bersasar ke atas semua yang terbabit dan seterusnya mengekang penularan jangkitan Covid-19 ke komuniti luar.
Sementara itu, beliau turut memaklumkan tujuh lokaliti yang dikenakan PKPD sebelum ini akan ditamatkan esok.
Lokaliti berkenaan adalah Institut Latihan Perindustrian (ILP) Sandakan, Taman Permata dan Taman Seri Labuk di Sandakan serta Kampung Gayang di Tuaran, Sabah serta Ladang Leepang, Ladang Laukin dan Kampung Inoi di Rompin, Pahang.
Beliau berkata, KKM mengesahkan kes menunjukkan penurunan dan kluster adalah terkawal serta semua kes positif sudah dirawat.
"ILP Sandakan merekodkan lapan kes positif Covid-19, manakala Taman Permata (13), Taman Seri Labuk (6), Kampung Gayang (36) dan Ladang Leepang, Ladang Laukin serta Kampung Inoi (29).
"KKM juga mengesahkan di Ladang Leepang, Ladang Laukin serta Kampung Inoi itu tiada lagi sampel ujian menunggu keputusan dan kes terakhir dilaporkan pada 15 April iaitu enam kes," katanya.
Berikutan itu, katanya, PKPD di tiga lokaliti berkenaan yang sepatutnya tamat pada 28 April ini ditamatkan esok, lebih awal daripada dijadualkan.
Disiarkan pada: April 22, 2021 @ 6:10pm
Oleh Raja Noraina Raja Rahim
rnoraina@hmetro.com.my

Pemandu lemas, treler balak terbalik masuk tasik
GUA MUSANG – Seorang pemandu treler balak dikhuatiri mati lemas selepas kenderaan berat yang dipandunya terbabas sebelum terbalik ke dalam tasik di Kilometer 47, Jalan Lojing-Gua Musang di sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 2 petang tadi, mangsa yang masih belum dikenal pasti identitinya masih hilang di dalam tasik itu.
Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, siasatan awal mendapati, pemandu berusia dalam lingkungan 30-an itu sedang dalam perjalanan membawa muatan kira-kira 50 batang balak dari betau balak tidak jauh dari lokasi kejadian untuk dibawa ke pusat timbang di Kuala Betis di sini.
Katanya, apabila tiba di lokasi kejadian, kenderaan berat itu dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh penghadang di tepi jalan.
“Insiden itu menyebabkan treler itu terbalik bersama muatan kayu balak ke dalam tasik. Pemandu lori itu dipercayai masih hilang di dalam tasik berkenaan,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian di sini sebentar tadi.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang, Mohd. Arifuddin Akif Mohd. Noor berkata, beliau bersama 10 orang anggota bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 2.15 petang.
Katanya, bagaimanapun, operasi mencari dan menyelamat mangsa terpaksa ditamatkan pada pukul 6.30 petang tadi ekoran cuaca hujan dan akan disambung semula esok. – K! ONLINE
Oleh AIMUNI TUAN LAH
22 April 2021, 8:40 pm
Video: Media sosial
#Kosmo

Penunggang motosikal maut rempuh kereta
BAGAN SERAI – Seorang penunggang motosikal meninggal dunia setelah terlibat kemalangan dengan sebuah kereta di Jalan Bukit Merah malam tadi di sini.
Kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 9.40 malam ketika mangsa, Mohd Izzul Farhan Mohd Nayan, 34, yang menunggang motosikal jenis Yamaha 125ZR dari Tebuk Panchor menghala ke arah Lembah Beriah.
Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mazuki Mat berkata, siasatan awal mendapati, mangsa yang menunggang secara sendirian itu dipercayai telah hilang kawalan serta gagal mengawal motosikalnya sebelum memasuki laluan bertentangan.
“Motosikal mangsa telah melanggar bahagian sebelah kanan kereta Perodua Bezza yang di pandu oleh seorang lelaki berusia 27 tahun.
“Akibat pelanggaran itu, mangsa telah tercampak ke tengah jalan raya dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Menurut Mazuki, mayat mangsa telah di bawa ke Hospital Parit Buntar untuk tujuan bedah siasat dan kes di siasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.-K! ONLINE
Oleh WAT KAMAL ABAS
22 April 2021, 1:24 pm
Video/gambar: Media sosial