This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
TANJUNG MALIM
Seramai 160 orang pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) berlepas dari kampus UPSI di Tanjung Malim ke Jerteh, Terengganu petang ini, bagi memberikan penghormatan terakhir kepada 15 pelajar UPSI yang maut dalam kemalangan melibatkan sebuah bas dinaiki mereka dengan sebuah kenderaan pelbagai guna di Kilometer 53, Jalan Raya Timur-Barat berhampiran Tasik Banding awal pagi tadi.
📸Fahmi Aziz | BERNAMA
#BernamaNews #VideoBernama
#infosemasa
@infosemasaofficial

#Perak Dua pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang maut dalam kemalangan membabitkan bas sewa khas di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berhampiran Tasik Banding, Gerik awal pagi tadi, selesai menjalani proses bedah siasat di Hospital Gerik hari ini.
Mangsa, Muhammad Adib Hazim Halim, 21, dan Wan Nur Suhaila Wan Muhammad, 22, dibawa keluar dari Unit Forensik hospital pada 6.25 petang setelah dituntut keluarga masing-masing.
Jenazah kedua-duanya, dibawa pulang ke kampung halaman masing-masing menaiki van jenazah dari UPSI dan Universiti Utara Malaysia ke Besut, Terengganu dengan diiringi kenderaan polis.
📸 Farhan Najib | BERNAMA
#BernamaNews #BernamaImages #KemalanganGerik
#infosemasa
@infosemasaofficial
Mangsa, Muhammad Adib Hazim Halim, 21, dan Wan Nur Suhaila Wan Muhammad, 22, dibawa keluar dari Unit Forensik hospital pada 6.25 petang setelah dituntut keluarga masing-masing.
Jenazah kedua-duanya, dibawa pulang ke kampung halaman masing-masing menaiki van jenazah dari UPSI dan Universiti Utara Malaysia ke Besut, Terengganu dengan diiringi kenderaan polis.
📸 Farhan Najib | BERNAMA
#BernamaNews #BernamaImages #KemalanganGerik
#infosemasa
@infosemasaofficial
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Nahas UPSI: Syarikat bas enggan ulas video tular pemandu bawa laju
KOTA BHARU – Syarikat bas mengambil pendekatan mengunci mulut berhubung rakaman video tular yang memaparkan kenderaan tersebut dipandu laju sebelum terbalik sehingga mengorbankan seramai 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Jalan Raya Timur Barat (JRTB) berhampiran Tasik Banding, Gerik, Perak hari ini.
Pegawai Operasi Syarikat Kenari Utara Travel And Tours (Kenari Utara), Mohd. Nazri Nawi berkata, beliau belum mendapat kebenaran daripada syarikat berkenaan untuk memberikan sebarang komen berhubung kejadian tersebut.
“Saya minta maaf dan syarikat tidak memberi kebenaran untuk buat sebarang komen berkaitan kejadian termasuk mengenai video tular,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Terdahulu, seorang pengguna laman sosial yang dikenali sebagai Hanz Hanz memuat naik rakaman kamera papan pemuka sebuah kereta yang memaparkan detik cemas sebelum bas tersebut terbalik.
Rakaman berdurasi 39 saat menunjukkan bas tersebut dipandu dalam keadaan laju sebelum terbalik selepas memotong kenderaan lain. – KOSMO! ONLINE
Oleh MUSTAQIM MOHAMED
9 Jun 2025, 7:35 pm
Artikel ➡️ Kosmo

Rakaman 'dashcam' tunjuk bas dipandu laju, penghadang jalan menembusi badan bas - Polis
Ipoh: Pemilik kamera papan pemuka (dashcam) sudah tampil untuk membantu siasatan berhubung nahas bas tragis yang meragut nyawa 15 penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di KM53 Lebuhraya Jeli-Gerik, di sini.
Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Noordin berkata, kenyataan daripada pemilik 'dashcam' itu akan diambil dalam masa terdekat memandangkan rakaman tular itu dijangka menjadi bukti penting dalam menentukan punca sebenar kemalangan.
"Ya, setakat ini rakaman 'dashcam' telah diserahkan. Kami serahkan kepada pegawai penyiasat untuk meneliti rakaman tersebut dan kenyataan daripada pemilik akan diambil," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun hari ini.
Beliau menambah, rakaman tersebut boleh membantu menjelaskan beberapa perkara penting termasuk kelajuan bas dan keadaan jalan semasa kejadian.
"Setakat ini hanya rakaman dashcam yang kita ada.
"Rakaman itu jelas menunjukkan bagaimana bas tersebut dipandu laju, dan lebih memburukkan keadaan, penghadang jalan menembusi badan bas dari bahagian depan.
"Itulah sebabnya penumpang di sebelah kiri bas adalah antara yang maut, kerana penghadang terus menusuk ke tempat duduk penumpang.
"Kebanyakan mangsa yang cedera mengalami kecederaan di bahu kiri selepas tercampak dari bahagian kanan ke kiri apabila bas terbalik," katanya.
Dalam rakaman video berdurasi 38 saat yang tular itu, bas dilihat dipandu laju dan cuba memotong sebuah kereta sebelum ia terbalik dan melanggar bahagian belakang Perodua Alza.
Apabila ditanya mengenai dakwaan beberapa mangsa yang terselamat bahawa bas dipandu laju dan terdapat bau hangit, Noor Hisam berkata, polis juga akan mengambil kenyataan mereka.
"Kami ada maklumat itu, tetapi saya tidak boleh dedahkan di sini kerana ia boleh menjejaskan siasatan. Kami akan ambil semua kenyataan mereka kemudian," katanya.
Noor Hisam turut memaklumkan bahawa beliau sendiri telah melawat lokasi kejadian dan berdasarkan pemerhatiannya, jalan di situ sememangnya curam dan kejadian berlaku sekitar tengah malam selepas hujan, dengan keadaan jalan yang gelap dan sukar dilihat.
"Berdasarkan pemerhatian awal saya, tiada garisan jalan yang kelihatan dan kawasan itu sangat gelap tanpa sebarang penanda.
"Kami masih menyiasat sama ada punca kemalangan adalah akibat kecuaian manusia atau masalah teknikal. Semua sudut akan diteliti kerana ini adalah kemalangan yang sangat serius.
"Bas terbalik dan melanggar penghadang jalan. Nasib baik ia tidak menembusi penghadang sepenuhnya kerana di sebelah sana ada gaung.
"Kebanyakan mangsa ditemui pasukan penyelamat berada di dalam longkang bersebelahan penghadang. Mereka yang terselamat berjaya keluar merangkak dari bangkai bas, manakala yang maut kebanyakannya masih berada di dalam bas," katanya.
Terdahulu, dilaporkan bahawa 15 pelajar terbunuh dalam satu kemalangan membabitkan sebuah bas pelajar dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza di sepanjang Lebuhraya Timur-Barat (Jalan Raya Timur Barat) awal pagi ini.
Bas berkenaan sedang dalam perjalanan dari Jerteh, Terengganu ke kampus utama universiti tersebut.
Disiarkan pada: June 9, 2025 @ 7:34pm
Oleh Zahratulhayat Mat Arif
zahratulhayat@nst.com.my
Artikel ➡️ Harian Metro

Awal pagi ini, negara dikejutkan dengan kemalangan tragis di Jalan Raya Timur-Barat berhampiran Tasik Banding di Gerik membabitkan sebuah bas dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) yang mengorbankan 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
Maklumat terkini, proses bedah siasat 15 jenazah telah pun selesai pada 7 malam.
Kredit ➡️ BERNAMA
#infosemasa
@infosemasaofficial
Maklumat terkini, proses bedah siasat 15 jenazah telah pun selesai pada 7 malam.
Kredit ➡️ BERNAMA
#infosemasa
@infosemasaofficial
14 jenazah bakal disolatkan di Masjid Hadhari, Jertih
Besut: Empat belas jenazah penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dijangka akan disolatkan di Masjid Hadhari, Jertih, di sini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jertih Dr Riduan Mohamad Nor dalam laman Facebook berkata, semua van jenazah akan bergerak pulang serentak.
"Solat jenazah di Masjid Hadhari, Jertih (14 jenazah) manakala Setiu (satu jenazah).
"Waktu solat jenazah akan diberitahu kemudian," katanya.
Terdahulu, sebuah bas persiaran yang membawa penuntut UPSI, dipercayai terbabas dalam kemalangan di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berhampiran Tasik Banding, Gerik, awal pagi tadi, menyebabkan 15 penuntut meninggal dunia.
Disiarkan pada: Jun 9, 2025 @ 7:19pm
Nurul Fatihah Sulaini
am@hmetro.com.my

Identiti 15 pelajar UPSI maut dikenal pasti
Ipoh: Identiti 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang terkorban dalam kemalangan di Jalan Raya Timur Barat (JRTB), Gerik, Perak, pagi ini sudah dikenal pasti.
Mereka adalah:
Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK)
1. Nurul Izyanti Muhamad Azahar
2. Wan Nur Suhaila Wan Muhammad
3. Muhammad Adib Hazim Halim
4. Nurul Fatihah Abu Setaman
Fakulti Seni, Kelestarian dan Industri Kreatif (FSLIK)
1. Muhammad Mustaqim Rosde
Fakulti Pembangunan Manusia (FPM)
1. Nur Ainul Qistina Mat Ali
2. Nur Dalila Farhana Mohamad Isma
3. Nurly Sahirah Azman
Fakulti Sains Kemanusiaan (FSK)
1. Sufea Adela Maslihaizan
2. Nik Amni Nadiah Nik Nor Zabir
Fakulti Sains Matematik (FSMT)
1. Mohammad Aqil Taqiuddin Mohd Sofian
2. Fatin Nasrien Fadli
Fakulti Teknikal dan Vokasional (FTV)
1.Nor Ayuni Maslan
Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan (FSSKJ)
1. Anis Soffiyya Md Zaidi
Fakulti Pengurusan dan Ekonomi (FPEK)
1. Fakhrul Arif Rosdi
Perkara ini disahkan oleh pihak pengurusan UPSI.
Terdahulu dilaporkan 15 maut dalam kemalangan tragis membabitkan sebuah bas membawa pelajar UPSI dan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza kira-kira jam 1.10 pagi.
Difahamkan, bas berkenaan dalam perjalanan dari Jerteh, Terengganu menuju ke kampus universiti di Tanjung Malim.
Disiarkan pada: Jun 9, 2025 @ 5:54pm
Zahratulhayat Mat Arif

SIARAN MEDIA KETUA POLIS DAERAH KLUANG
'ORANG YANG DIKEHENDAKI BAGI MEMBANTU SIASATAN’
Kredit ➡️ IPD KLUANG
#infosemasa
@infosemasaofficial
'ORANG YANG DIKEHENDAKI BAGI MEMBANTU SIASATAN’
Kredit ➡️ IPD KLUANG
#infosemasa
@infosemasaofficial
*KEMAS KINI STATUS KEMALANGAN (E2 – LEBUHRAYA UTARA SELATAN)*
8.16pm🔸E2@LUS : ⚠Awas! kemalangan di *KM 168.5 arah Utara dari Bukit Gambir ke Tangkak.*
➡️Status terkini: *Kerja pengalihan sedang dilaksanakan. Lorong kiri dan kecemasan masih terhalang. Trafik sesak.*
Pandu cermat dan berhemah.
#infosemasa
@infosemasaofficial
8.16pm🔸E2@LUS : ⚠Awas! kemalangan di *KM 168.5 arah Utara dari Bukit Gambir ke Tangkak.*
➡️Status terkini: *Kerja pengalihan sedang dilaksanakan. Lorong kiri dan kecemasan masih terhalang. Trafik sesak.*
Pandu cermat dan berhemah.
#infosemasa
@infosemasaofficial
Nasib baik ada tikar, sempatlah untuk tutup aurat
Oleh AMIR HAIKAL KAMARUDIN
9 Jun 2025, 5:38 pm
PETALING JAYA – Disebabkan tidak sempat untuk memakai tudung, tikar rumah dijadikan alat untuk menutup aurat daripada dilihat abang ipar.
Menerusi hantaran di platform TikTok milik @Hdyhak, tiga orang wanita dilihat menutup separuh badan mereka menggunakan tikar untuk menghalang pandangan abang ipar.
Dalam video tersebut, kedengaran juga suasana riuh yang penuh dengan gelak ketawa disebabkan kelakuan mereka.
Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi ditinggalkan oleh netizen.
“Benda ni nampak simple tapi tak semua keluarga boleh buat macamni,” kata @Preloveduniversal
“Ingat nak tarian singa. Rasanya raya cina lama lagi. Awal training,” seloroh @Rwhybae.
“Untung jugak aku adik beradik semua lelaki,” komen @Username5492020574202.
Artikel : Kosmo Online

PAHANG 09/06/2025.
Kejadian ribut di Paya Pulai, Temerloh petang tadi.
Sumber ➡️ Media sosial
#infosemasa
@infosemasaofficial
Kejadian ribut di Paya Pulai, Temerloh petang tadi.
Sumber ➡️ Media sosial
#infosemasa
@infosemasaofficial
Kemalangan baru berlaku jalan kluang - ayer hitam depan kilang hampel batu 9..
#infosemasa
@infosemasaofficial
#infosemasa
@infosemasaofficial
Kemaskini.
Kemalangan baru berlaku jalan kluang - ayer hitam depan kilang hampel batu 9. Membabitkan kereta dengan lori minyak.
09/06/2025

Semalam mereka berkumpul di sini, di Masjid Hadhari dengan senyuman, pelukan mak ayah dan doa restu adik-beradik sebelum menaiki bas.
Langkah mereka penuh semangat, demi ilmu dan masa depan.
Namun malam ini, mereka kembali… masih di tempat yang sama, tapi dalam diam.
Dalam kepiluan. Dalam tangisan yang tertahan.
Tiada lagi suara, tiada lagi pelukan. Hanya jenazah disambut dengan linangan air mata.
Allahuakbar. Beratnya ujian ini. 💔
Suasana semasa di Masjid Hadhari, Jerteh yang menanti ketibaan jenazah.
📷Urus Setia Penerangan Darul Iman
Kredit ➡️ TeganuKita

Hilang sejak 2 Jun, Sabri ditemui meninggal dunia
KUANTAN - Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) mental yang dilaporkan hilang sejak 2 Jun lepas di Jerantut ditemukan meninggal dunia hari ini.
Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, mayat Sabri Ismail, 36, ditemukan oleh pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) pada 10.20 pagi tadi.
Beliau berkata, mayat lelaki itu ditemukan kira-kira 300 meter dari lokasi kali terakhir dilihat iaitu di kawasan perumahan Taman Sri Embun, Jerantut pada 2 Jun lepas.
"Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Jerantut untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Semalam, media melaporkan polis meminta bantuan orang ramai mengesan Sabri selepas menerima laporan mengenai kehilangannya pada Sabtu. - Bernama
09 Jun 2025 4:32 pm
Artikel ➡️ BERNAMA

Seorang wanita lemas di Air Terjun Wong Ruan
SARIKEI: Seorang wanita berumur 20 tahun ditemui lemas di Air Terjun Wong Ruan, Ulu Sarikei petang tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata, rakan mangsa meminta bantuan orang kampung dan terus menghubungi pihak polis dan bomba.
“Sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei tiba di lokasi pada 4.48 petang selepas menerima panggilan kecemasan pada 4.15 petang.
“Setibanya di lokasi, pasukan bomba yang diketuai oleh Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan (PBK) II, Alffian Sahmat dimaklumkan terdapat dua orang mangsa dilaporkan lemas ketika mandi di air terjun tersebut.
“Seorang mangsa iaitu remaja perempuan berusia 14 tahun berjaya diselamatkan, manakala seorang mangsa ditemui meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Katanya, mangsa lemas yang ditemui meninggal dunia pada 3.45 petang dikenal pasti sebagai Nur Afiqah Jemat.
“Pihak Kementerian Kesihatan (KKM) yang tiba di lokasi kejadian pada 6.13 petang mengesahkan mangsa telah meninggal dunia.
“Pada 6.20 petang, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis dan dibawa ke trak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.
Oleh Earl Anek
Artikel ➡️ Utusan Sarawak

[INFOGRAFIK] *15 pelajar UPSI maut nahas bas di Gerik*
PERJALANAN pulang ke kampus bertukar menjadi perjalanan terakhir buat 15 penuntut UPSI.
Pulang mereka, bukan lagi ke kampus… tapi ke negeri abadi.
Kredit ➡️ Sinar Harian
#infosemasa
@infosemasaofficial
PERJALANAN pulang ke kampus bertukar menjadi perjalanan terakhir buat 15 penuntut UPSI.
Pulang mereka, bukan lagi ke kampus… tapi ke negeri abadi.
Kredit ➡️ Sinar Harian
#infosemasa
@infosemasaofficial
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Nyaris langgar lembu di Jalan Kuala Krai - Gua Musang.
Sumber ➡️ Media sosial
#infosemasa
@infosemasaofficial
Sumber ➡️ Media sosial
#infosemasa
@infosemasaofficial