Pemandu e hailing didakwa cuba lakukan gangguan seksual terhadap remaja perempuan
30 April 2025, 10:52am
KUCHING: Seorang pemandu e-hailing dipercayai cuba melakukan gangguan seksual terhadap penumpangnya remaja perempuan berusia 15 tahun dengan meminta membuka tudungnya ketika dalam perjalanan menghantarnya ke rumah.
Dalam kejadian yang tular di media sosial dipercayai berlaku ketika remaja terbabit menaiki kereta lelaki berkenaan baru-baru ini.
Dalam video berdurasi 12 saat dipercayai dirakam oleh mangsa yang duduk di bahagian belakang, pemandu e-hailing terbabit kedengaran jelas meminta mangsa membuka tudungnya.
Apabila remaja perempuan bertanya untuk apa, lelaki terbabit berkata hanya untuk melihat muka.
Bagaimanapun, remaja perempuan itu enggan sambil memberitahu tidak boleh mendedahkan aurat.
Dalam satu lagi video, lelaki terbabit berjaya ditahan oleh keluarga remaja terbabit di satu lokasi yang tidak dikenal pasti.
Walaupun ditanya oleh bapa remaja itu apa motif dia meminta mangsa membuka tudung, lelaki terbabit seolah-olah tidak rasa bersalah malah mengugut akan menyaman mereka yang merakam video keretanya.
“Aku nak nangga muka ajak, salahkah (Saya hendak melihat mukanya sahaja, salahkah?),” katanya sambil duduk bersahaja di dalam keretanya.
Mengulas perkara itu, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri memuji tindakan berani remaja terbabit mendedahkan perbuatan lelaki itu.
“Saya meminta semua pihak untuk berani bersuara menentang gangguan seksual demi mempertahankan maruah dan keselamatan masyarakat.
“Kepada remaja di luar sana, jangan berdiam diri anda berhak untuk bertindak demi keselamatan dan maruah diri dan pada masa yang sama, saya komited untuk memperkasa keadilan melalui pelaksanaan penuh Tribunal di bawah Akta Gangguan Seksual,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Nancy berkata, tindakan tegas bapa mangsa yang menggesa lelaki terbabit ke balai polis untuk membuat laporan mencerminkan peningkatan kesedaran masyarakat terhadap isu gangguan seksual yang tidak boleh dipandang ringan.
“Saya difahamkan bahawa kes ini kini berada di bawah siasatan pihak polis. Apabila berlaku kes gangguan seksual, masyarakat meletakkan sepenuh kepercayaan kepada pihak polis untuk bertindak dengan adil dan segera.
“Saya juga mengajak semua wanita, lelaki, ibu bapa, pendidik dan rakan sekerja untuk bersama-sama membina persekitaran yang lebih selamat dan bermaruah, dengan berani bersuara apabila berdepan atau menyaksikan sebarang bentuk gangguan seksual, khususnya dalam usaha melindungi kanak-kanak dan wanita,” katanya.
Artikel : Buletin Tv3
#infosemasa
@infosemasaofficial

Kemalangan di Mukdahan: Dua Cedera dalam Perlanggaran Ambulans dan Lori Bawa Bawang Putih
Tarikh: 30 April 2025 | Masa: 2.04 pagi
Mukdahan – Satu kemalangan jalan raya telah dilaporkan berlaku di simpang lampu isyarat hadapan Bank Pertanian dan Koperasi (BAAC) di kawasan perbandaran Mukdahan pada awal pagi 30 April 2025.
Menurut maklumat yang diterima oleh Yayasan Kebajikan Mukdahan daripada Pusat Narentra dan Pusat Komunikasi Bandar Mukdahan, kejadian tersebut melibatkan perlanggaran antara sebuah ambulans dan sebuah lori pikap yang membawa muatan bawang putih.
Siasatan awal mendapati dua individu mengalami kecederaan dalam kejadian itu. Pasukan perubatan dari Hospital Mukdahan telah memberikan rawatan kecemasan di tempat kejadian sebelum membawa mangsa ke hospital untuk rawatan lanjut.
Pasukan sukarelawan Yayasan Kebajikan Mukdahan (Teck Ka) turut turun padang untuk membantu melancarkan aliran trafik dan membersihkan permukaan jalan bagi mengelakkan sebarang kemalangan susulan.
Pihak polis masih menjalankan siasatan bagi menentukan punca sebenar kemalangan.
Artikel : Infosemasa

Pelatih juruterbang maut terjatuh dari tingkat 39 pangsapuri
30 April 2025, 11:56am
KUALA LUMPUR: Pelatih juruterbang maut terjatuh dari tingkat 39 sebuah pangsapuri di Sungai Besi, malam tadi.
Dalam kejadian pada 10.53 malam, lelaki berusia 19 tahun itu ditemui tidak sedarkan diri di atas bumbung kereta yang diparkir di hadapan sebuah restoran nasi kandar di blok berkenaan.
Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Aidil Bolhassan berkata, kejadian dimaklumkan orang awam dengan siasatan mendapati mangsa keluar melulu dari rumah dan berlari ke arah tangga menuju ke tingkat 39.
“Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) turut menunjukkan kelibat mangsa dan terdapat kesan pecahan cermin tingkap serta telefon bimbit miliknya ditemui di lokasi terbabit,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Menurutnya, pasukan perubatan Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) mengesahkan kematian mangsa pada 11.34 malam dan mayat dihantar ke hospital sama untuk bedah siasat.
Katanya, menurut ahli keluarga, mangsa seorang pendiam dan tidak mempunyai teman wanita dan tiada tanda kemurungan.
“Mangsa juga tinggal bersama seorang rakan di unit terbabit. Kita akan merakam percakapan rakan serumah itu pagi ini bagi membantu siasatan lanjut,” katanya.
Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).
Artikel : Buletintv3

Pelajar maut, rakan parah motosikal langgar lampu isyarat sebelum rempuh lori
30 April 2025, 11:41am
MELAKA: Pelajar perempuan maut, manakala rakannya cedera selepas motosikal dinaiki mereka merempuh lori di persimpangan lampu isyarat dekat Jalan Pantai Belimbing di sini, petang semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu, Nur Alya Qaisara Binti Mohd Fadzli,16, disahkan meninggal dunia selepas lima jam dalam rawatan kecemasan di Hospital Melaka akibat kecederaan parah dialaminya.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, siasatan mendapati ketika kejadian mangsa yang juga pelajar Tingkatan 4, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Krubong membonceng motosikal rakan perempuannya dari sekolah sama.
Beliau berkata, setiba di lokasi kejadian motosikal jenis Yamaha Nouvo S yang ditunggang pelajar berusia 16 tahun itu dipercayai melanggar isyarat lampu sebelum merempuh bahagian hadapan kanan sebuah lori.
“Lori yang dipandu lelaki berusia 46 tahun dari arah Krubong Perdana menuju ke Krubong dipercayai bergerak apabila lampu isyarat hijau ketika melalui persimpangan itu.
“Pada masa sama, motosikal dinaiki dua pelajar terbabit dari arah SMK Krubong menuju ke Taman Krubong Permai terus melintas persimpangan lalu melanggar bahagian kanan lori.
“Akibat pelanggaran itu pembonceng mengalami patah tangan kiri, kaki kanan, pendarahan di kepala dan organ dalaman sebelum disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital kira-kira jam 11 malam tadi,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Christopher berkata, penunggang motosikal cedera di kepala dan luka di tangan serta kaki manakala pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan.
Katanya, kenderaan terbabit ditahan dan dibawa ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer untuk pemeriksaan lanjut, manakala lori terbabit turut ditimbang di Jabatan Pengangkutan Jalan di Bukit Katil.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

KEMALANGAN JALAN RAYA
30/04/2025
JAM: 02.29PM
KEMALANGAN MELIBAT
KERETA SAMA MOTOR
LOKASI: PULAI
RESPON: AMBULANCE Apm Daerah Baling
ANGGOTA PBS KG LALANG
Ppks Baling Kupang
MEMBER INFO KEMALANGAN
PDRM
Info.
#volunteerteam
#infokemalangandibaling
#bantuselagimampu
#ppksBalingKupang
#infosemasa
@imfosemasaofficial
30/04/2025
JAM: 02.29PM
KEMALANGAN MELIBAT
KERETA SAMA MOTOR
LOKASI: PULAI
RESPON: AMBULANCE Apm Daerah Baling
ANGGOTA PBS KG LALANG
Ppks Baling Kupang
MEMBER INFO KEMALANGAN
PDRM
Info.
#volunteerteam
#infokemalangandibaling
#bantuselagimampu
#ppksBalingKupang
#infosemasa
@imfosemasaofficial
Isteri imam maut, 4 lagi cedera dilanggar lori dipandu lelaki positif dadah
30 April 2025, 1:24pm
KUANTAN: Hasrat membeli jambu di seberang jalan berakhir tragedi kepada keluarga seorang imam, apabila isterinya maut selepas dilanggar sebuah lori dipandu lelaki positif dadah dekat Jalan Pintasan Kuantan berhampiran Taman Pertanian Jubli Perak, semalam.
Mangsa, Umi Khaltom Mohamad Danyan, 41 dari Paka, Terengganu meninggal dunia ketika dalam rawatan kecemasan di Pusat Perubatan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Indera Mahkota di sini pada jam 10.20 malam tadi.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, berdasarkan laporan, kemalangan membabitkan dua kenderaan itu berlaku kira-kira jam 4 petang.
“Siasatan awal mendapati, imam yang memandu kereta Proton Saga itu bersama isteri dan tiga anak mereka dalam perjalanan pulang ke Paka selepas mengambil anak lelakinya di sebuah institusi pengajian tinggi di sini.
“Setibanya di tempat kejadian, beliau memberhentikan kereta di bahu jalan untuk membeli buah jambu di seberang jalan. Ketika pasangan suami isteri itu hendak melintas jalan, tiba-tiba sebuah lori dari arah sama dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar mereka, sebelum merempuh keretanya yang berada di bahu kiri jalan yang ketika itu tiga anak pasangan itu berada di dalamnya.
“Akibat kemalangan itu, lima sekeluarga itu mengalami kecederaan sebelum dibawa ke Pusat Perubatan UIAM untuk menerima rawatan kecemasan. Pada jam 10.20 malam tadi, Umi Khaltom disahkan meninggal dunia ketika dalam rawatan di zon merah,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Wan Mohd Zahari berkata, suami Kaltom yang berusia 45 tahun yang juga imam masjid bersama dua anak lelaki mereka berusia enam dan 20 tahun dirawat di zon kuning hospital itu.
“Seorang lagi anak perempuan mangsa berusia lapan tahun mengalami kecederaan parah dan dirawat di zon merah.
Beliau berkata, pemandu lori berusia 30 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan tetapi direman sehingga 5 Mei ini selepas didapati positif dadah jenis methamphetamine.

Irdina Syifa ditemui selamat, dakwa rela hati keluar rumah
Oleh NOOR HASLIZA NUSI
30 April 2025, 12:19 pm
GEORGE TOWN – Wanita berusia 22 tahun yang sebelum ini dilaporkan tidak pulang ke rumah sejak lebih dua minggu lalu akhirnya tampil membuat membuat laporan polis semalam selepas sehari laporan kehilangannya tular.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad berkata, Irdina Syifa kini berada dalam keadaan selamat dan sihat.
“Individu terbabit ada membuat laporan polis pada 29 April, semalam menyatakan yang dia keluar rumah pada 12 April lalu secara rela hati.
“Laporan dibuat di sebuah balai polis di negeri lain dan dia kini dalam keadaan selamat serta sihat,” katanya di sini hari ini.
Isnin lalu, Kosmo! Online melaporkan polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang wanita berusia 22 tahun yang dilaporkan tidak pulang ke rumahnya sejak lebih dua minggu lalu.
Irdina Syifa yang berketinggian 160 sentimeter itu kali terakhir keluar dari rumahnya di Relau pada 12 April lalu.
Artikel : Kosmo Online
#infosemasa
@infosemasaoffcial

Subsidi telur ayam tamat, peniaga makanan jangan ambil kesempatan
Putrajaya: Peniaga diingatkan tidak mengambil kesempatan menaikkan harga makanan terlalu tinggi susulan penamatan subsidi telur ayam secara berperingkat mulai esok.
Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) dan Persatuan Ekonomi Pengguna dan Keluarga (MACFEA) berpandangan pihak berkuasa perlu melakukan pemantauan serta penguatkuasaan dengan lebih kerap bagi mengelak peniaga daripada mengambil kesempatan terhadap isu berkenaan.
Ketua Pegawai Operasi Fomca Nur Asyikin Aminuddin berkata, langkah kerajaan mengurangkan sebelum menamatkan subsidi telur ayam adalah disebabkan bekalannya sudah stabil.
"Kerajaan sudah membuat pertimbangan dengan teliti dan mungkin bekalan telur ayam ini sudah stabil, apabila sudah stabil, kita kena berasaskan permintaan dan bekalan.
"Apabila bekalan sudah stabil, harga telur ayam seharusnya menjadi lebih murah, cuma saya bimbang kerana mungkin ada peniaga kurang faham menyebabkan mereka mengambil kesempatan menaikkan harga makanan," katanya kepada BH.
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) hari ini memaklumkan kadar subsidi telur ayam dikurangkan daripada 10 sen kepada lima sen sebiji bermula esok dan seterusnya ditamatkan sepenuhnya mulai 1 Ogos ini.
Keputusan itu dibuat selepas mengambil kira komitmen pihak industri untuk memastikan pengeluaran telur ayam yang mencukupi dan terjamin berikutan kos pengeluaran sudah stabil.
Sementara itu, Presiden MACFEA, Dr Ahmad Hariza Hashim berkata, pada masa sama orang ramai perlu menggunakan hak mereka sebagai pengguna.
Katanya, mereka boleh membuat pilihan dengan tidak membeli di kedai atau restoran yang sengaja menaikkan harga makanan terlalu tinggi.
"Pengguna juga mempunyai kuasa untuk membuat aduan kepada pihak berkuasa jika mereka berdepan dengan peniaga yang sengaja menjual pada harga terlalu mahal.
"Peniaga jangan ambil kesempatan sebab difahamkan kos pengeluaran bekalan telur ayam sudah stabil," katanya.
Disiarkan pada: April 30, 2025 @ 12:19pm
Mohd Iskandar Ibrahim
bhnews@bh.com.my
Artikel ➡️ Harian Metro

Ingatkan patung, lelaki nyaris putus lengan swafoto dengan buaya gergasi
30 April 2025, 10:29 am
MANILA – Seorang lelaki di Filipina berdepan detik cemas apabila lengannya hampir putus digigit seekor buaya gergasi selepas dia memanjat ke dalam sangkar reptilia itu untuk berswafoto, lapor akhbar The Sun UK semalam.
Kejadian berlaku di Taman Mangrove Kabug dan zoo Wetlands dalam wilayah Zamboanga Sibugay pada 28 April lalu.
Pelawat berusia 29 tahun itu dilaporkan memanjat pagar untuk berswafoto dengan seekor buaya sepanjang 4.57 meter (15 kaki) yang disangka patung.
Situasi tenang bertukar ngeri apabila buaya bernama Lalay itu tiba-tiba menerkam mangsa dan menariknya ke dalam air.
Rakaman dimuat naik di media sosial menunjukkan mangsa menjerit meminta bantuan selepas lengannya berada dalam rahang haiwan tersebut.
Sarjan Polis, Joel Sajolga berkata, mangsa terperangkap di dalam sangkar selama 30 minit sebelum diselamatkan oleh penjaga Lalay.
“Mangsa kemudian dibawa ke hospital berdekatan dan menerima lebih 50 jahitan.
“Tindakan lelaki itu adalah bodoh kerana dia bukan sahaja membahayakan dirinya tetapi orang lain,” tambahnya. – AGENSI

Lelaki mengamuk bawa parang panjang ditahan polis
Sandakan: Seorang lelaki yang mengamuk dan mengancam keselamatan awam dengan membawa sebilah parang panjang di sebuah premis di Bandar Indah, semalam, ditahan polis.
Suspek berusia 27 tahun ditahan sepasukan polis dari Unit Kereta Peronda (MPV) dan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan, kira-kira jam 11 pagi.
Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Ahsmom Bajah berkata, polis menerima maklumat daripada Pusat Kawalan Daerah (DCC) Sandakan mengenai seorang lelaki yang disyaki mengamuk sambil membawa senjata tajam.
"Hasil tindakan segera di lokasi kejadian, anggota polis berjaya menangkap suspek.
"Polis turut merampas sebilah parang panjang berukuran 70 sentimeter," katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 serta Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.
Disiarkan pada: April 29, 2025 @ 8:18pm
Oleh Juwan Riduan
am@hmetro.com.my

#Kosmo

Hati2… kemalangan kereta terbabas langgar tiang TNB hadapan taman rekreasi Durian Daun…
📸 : Media MTToday
#infosemasa
@infosemasaofficial
📸 : Media MTToday
#infosemasa
@infosemasaofficial
Pekerja warga asing maut tersepit dalam mesin
Klang: Pekerja warga asing maut selepas tersepit dalam mesin 'blow moulding' ketika menjalankan kerja pembersihan di sebuah kilang di Pelabuhan Klang, di sini, semalam.
Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Selangor dalam kenyataan berkata, kejadian berlaku jam 7.35 pagi dan pihaknya mengarahkan pegawai penyiasat menjalankan siasatan di tempat kejadian pada hari sama.
"Siasatan awal mendapati mangsa adalah pekerja baharu dan ditugaskan untuk kerja pembersihan di bahagian pengeluaran kilang.
"Ketika kejadian, pekerja itu cuba mengeluarkan botol plastik yang tersangkut di dalam mesin dengan membuka pintu mesin sebelum komponen mesin bergerak lalu menghimpit kepalanya.
"Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan." katanya dalam kenyataan, hari ini.
Kenyataan itu berkata, JKKP mengeluarkan Surat Arahan Larangan Kacau Ganggu tempat kejadian sehingga siasatan selesai.
Menurutnya, pada masa sama, dua notis larangan turut dikeluarkan atas kegagalan pihak majikan menyediakan prosedur kerja bagi kerja-kerja pembersihan dan penyelenggaraan mesin.
"Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca-punca dan pihak yang bertanggungjawab ke atas kemalangan terbabit.
"Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 15(1), Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994," katanya.
Disiarkan pada: April 30, 2025 @ 11:47am
Amirul Aiman Hamsuddin
am@hmetro.com.my
Kredit ➡️ Harian Metro

Pelatih juruterbang maut terjatuh dari tingkat 39
Kuala Lumpur: Pelatih juruterbang maut terjatuh dari tingkat 39 sebuah pangsapuri di Sungai Besi, malam tadi.
Dalam kejadian pada 10.53 malam, lelaki berusia 19 tahun itu ditemui tidak sedarkan diri di atas bumbung kereta yang diparkir di hadapan sebuah restoran nasi kandar di blok berkenaan.
Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Aidil Bolhassan berkata, kejadian dimaklumkan orang awam dengan siasatan mendapati mangsa keluar melulu dari rumah dan berlari ke arah tangga menuju ke tingkat 39.
"Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) turut menunjukkan kelibat mangsa dan terdapat kesan pecahan cermin tingkap serta telefon bimbit miliknya ditemui di lokasi terbabit," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Menurutnya, pasukan perubatan Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) mengesahkan kematian mangsa pada 11.34 malam dan mayat dihantar ke hospital sama untuk bedah siasat.
Katanya, menurut ahli keluarga, mangsa seorang pendiam dan tudak mempunyai teman wanita dan tiada tanda kemurungan.
"Mangsa juga tinggal bersama seorang rakan di unit terbabit.serumah di unit tersebut. Kita akan merakam percakapan rakan serumah itu pagi ini bagi membantu siasatan lanjut," katanya.
Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).
Disiarkan pada: April 30, 2025 @ 11:30am
Nur Alif Hazmi Suffian

Kemalangan depan sekolah pasir gudang 1. Motor Dilanggar van.
30/04/2025
#infosemasa
@infosemasaofficial
30/04/2025
#infosemasa
@infosemasaofficial
AMARAN RIBUT PETIR. ⛈⛈⛈
Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Perlis • Perak (Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim) • Pahang (Jerantut dan Rompin) • Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat) • Negeri Sembilan • Melaka • Johor • Sarawak: Sibu (Selangau), Mukah (Mukah), Bintulu, Miri (Subis dan Marudi) dan Limbang • Sabah: Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat dan Kudat (Kota Marudu) sehingga 8:00 malam; Rabu, 30 April 2025.
⚡️⚡️⚡️Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir ATAU dijangka berlaku melebihi sejam. Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.
Dikeluarkan pada: 4:45 petang, 30 April 2025
#ributpetirmetmalaysia
#metmalaysia
#NRES
#MalaysiaMADANI

Sebuah kilang di Kajang Utama, Selangor musnah dalam satu kebakaran yang berlaku petang ini.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor memaklumkan panggilan kecemasan diterima pada 2.02 petang sebelum 20 anggota bersama lima jentera dikejarkan ke lokasi kejadian di Jalan Seksyen 1/2A.
Kebakaran itu berlaku di sebuah kilang berkeluasan 25x80 kaki persegi yang terbakar 80 peratus namun tiada mangsa yang terlibat.
Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) yang terlibat ialah BBP Kajang, BBP Bangi dan BBP Seri Kembangan.
📸 JBPM Selangor
#BernamaNews

Kemalangan di jalan parit ismail menghala kesang laut, muar johor. Kemalangan melibatkan motorsikal dengan kereta.
#muar
#infosemasa
@infosemasaofficial
#muar
#infosemasa
@infosemasaofficial
Peserta daki Bukit Larut meninggal dunia akibat sesak nafas
30 April 2025, 5:15pm
TAIPING: Seorang lelaki yang menyertai aktiviti mendaki Bukit Larut di sini, dilapor meninggal dunia akibat sesak nafas, pagi tadi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, berkata pihaknya menerima laporan kejadian pada jam 10.40 pagi sebelum sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kamunting dan Taiping dikejarkan ke lokasi kejadian.
Beliau berkata, pasukan terbabit menggunakan pacuan empat roda milik Bukit Larut Resort dan berjalan kaki ke lokasi iaitu sekitar tiga kilometer dari kaki bukit.
“Setibanya di lokasi, mangsa didapati sudah diberi rawatan oleh pegawai perubatan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang turut sama menyertai aktiviti tersebut.
“Namun mangsa telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Usaha membawa mayat mangsa dijalankan dengan bantuan petugas KKM sebelum diserahkan kepada polis,” katanya dalam kenyataan.
Sabarodzi berkata, berdasarkan laporan, sebelum kejadian itu mangsa, Ahmad Saharim Saudi, 50, dikatakan mengalami sesak nafas.

This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Tragedi Putra Heights : Lokasi Jengkaut Terbenam Sudah Dikenal Pasti
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, lokasi jengkaut berkenaan dikesan menerusi beberapa teknik termasuk menggunakan peranti 'ground penetrating radar' (GPR).
#TragediPutraHeights
#PDRM
Video : @mohdadibbinomar