INFO SEMASA OFFICIAL
792K subscribers
199K photos
44.7K videos
27 files
25.9K links
Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.
Download Telegram
Bumbung kelab malam runtuh: 225 disahkan maut, mayat diserah kepada keluarga

Santo Domingo: Angka rasmi korban akibat runtuhan bumbung sebuah kelab malam di Republik Dominican meningkat kepada 225 orang pada Sabtu, ketika pihak berkuasa memaklumkan kesemua jenazah kini sudah diserahkan kepada keluarga masing-masing.

Seramai 221 orang maut di dalam kelab Jet Set dilaporkan pada awal pagi Selasa apabila bumbung bangunan runtuh ketika persembahan oleh seorang penyanyi terkenal.

Empat lagi mangsa meninggal dunia di hospital, menurut Menteri Kesihatan, Victor Atallah.

Beliau memberi amaran angka akhir mungkin terus meningkat memandangkan masih ada mangsa yang mengalami kecederaan melecur teruk dan sedang bertarung nyawa di hospital.

Ahli keluarga yang terdesak menunggu selama beberapa hari di khemah yang didirikan di luar bilik mayat forensik di ibu kota Santo Domingo, lokasi tragedi yang berlaku ketika ratusan orang berkumpul untuk menyaksikan persembahan penyanyi merengue terkenal, Rubby Perez.

Rubby Perez, 69, yang berada di atas pentas ketika kejadian, meninggal dunia di tempat kejadian.

Majlis perpisahan untuknya diadakan pada Khamis di Teater Kebangsaan yang turut dihadiri Presiden Luis Abinader dan anak perempuannya, Zulinka, yang terselamat dalam tragedi itu.

Runtuhan bumbung ini dianggap sebagai tragedi terburuk dalam sejarah Republik Caribbean itu dalam beberapa dekad.

Angka korban melepasi insiden kebakaran penjara di bandar Higuey pada 2005 yang meragut 136 nyawa.

Pejabat Presiden sebelum ini mengesahkan 221 kematian, manakala 189 mangsa berjaya diselamatkan dari dalam bangunan kelab malam yang kini hanya tinggal timbunan besi, zink dan bata yang remuk.

Imej udara dari lokasi menunjukkan pemandangan seperti kawasan dilanda gempa bumi.

Skala tragedi ini melebihi keupayaan pihak berkuasa.

Menteri Kesihatan Atallah berkata pada Khamis bahawa "tiada institut patologi yang mampu menguruskan begitu banyak mayat dalam masa yang singkat."

Namun pada Jumaat, pihak berkuasa berikrar bahawa semua mayat akan diserahkan kepada keluarga sebelum jam 2 pagi Sabtu.

Operasi mencari mangsa hidup dihentikan lewat Rabu dan tumpuan diberikan kepada pencarian mayat.

Presiden Abinader pada Jumaat berikrar untuk mengetahui "apa yang berlaku, mengapa ia berlaku, dan bagaimana ia berlaku."

Disiarkan pada: April 13, 2025 @ 7:15am

Artikel ➡️ Harian Metro

#infosemasa
@infosemasaofficial
🔥 FREE MODAL RAMADAN – NDB30! 🔥

Start dengan $30 modal percuma, kini dah grow ke $62! Bukti jelas, dengan strategi yang betul, modal kecil pun boleh berkembang.

🎁 PROMOSI RAMADAN NDB30 – Modal trade $30 PERCUMA, khas untuk anda!

📌 Tak perlu deposit, tak perlu risiko!
Modal FREE $30
Withdraw profit
Belajar sambil trade

💥 Jangan tunggu! Grab peluang ni sekarang & mula trade dengan bimbingan Sir Manket!

➡️ Join sini sekarang: https://t.me/TradeWithSirManket 🚀
67 hilang tempat tinggal, enam rumah teres musnah terbakar

Bintulu: Seramai 67 mangsa tinggal sehelai sepinggang selepas enam unit rumah teres setingkat di Lorong B5 Rancangan Perumahan Rakyat (RPR) Sebiew di sini, musnah dalam kebakaran tengah malam tadi.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 5 Bintulu, Wan Kamarudin Wan Ahmad berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu dengan bantuan BBP Kidurong bergerak ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 12.26 tengah malam.

"Sejurus tiba di lokasi, pasukan mendapati api sedang marak memusnahkan keseluruhan struktur bangunan rumah teres jenis kekal," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pasukan bomba memulakan kerja-kerja memadam kebakaran serta-merta dengan menggunakan empat aliran air yang mana sumber air diperoleh dari jentera bomba.

Menurutnya, selepas bertungkus lumus hampir tiga jam, api berjaya dipadam sepenuhnya pada jam 2.55 pagi.

"Pemeriksaan mendapati kebakaran turut memusnahkan enam kenderaan termasuk sebuah pacuan empat roda milik penghuni," katanya.

Wan Kamarudin berkata, kebakaran tidak menyebabkan kecederaan atau kemalangan jiwa kerana semua penghuni sempat keluar menyelamatkan diri.

"Semua mangsa tinggal di rumah ahli keluarga berdekatan sementara menunggu bantuan susulan tiba.

"Punca kebakaran serta anggaran kerugian masih dalam siasatan," katanya.

Disiarkan pada: April 13, 2025 @ 12:52pm
Erika George
am@hmetro.com.my

Artikel ➡️ Harian Metro

#infosemasa
@infosemasaofficial