INFO SEMASA OFFICIAL
792K subscribers
199K photos
44.7K videos
27 files
25.9K links
Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.
Download Telegram
𝗝𝗘𝗡𝗜𝗦 𝗜𝗡𝗦𝗜𝗗𝗘𝗡 :
KEBAKARAN RUMAH SEPARUH KEKAL
𝗧𝗔𝗥𝗜𝗞𝗛 : 06/04/2025
𝗛𝗔𝗥𝗜 : AHAD
𝗠𝗔𝗦𝗔 𝗞𝗘𝗝𝗔𝗗𝗜𝗔𝗡 : 2020 MALAM
𝗔𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧 : KM 31, JALAN CHINCHIN , 77000 JASIN MELAKA

𝗣𝗔𝗦𝗨𝗞𝗔𝗡 :
PASUKAN BRAVO

𝗣𝗘𝗡𝗬𝗘𝗟𝗜𝗔 𝗣𝗔𝗦𝗨𝗞𝗔𝗡 :
PBK II SYAHLAN

𝗝𝗘𝗡𝗧𝗘𝗥𝗔 𝗢𝗣𝗘𝗥𝗔𝗦𝗜 :
JENTERA LFRT

𝗔𝗡𝗚𝗚𝗢𝗧𝗔 𝗧𝗘𝗥𝗟𝗜𝗕𝗔𝗧 :
PBK II (TBK I) AZIZUL
PB RAVICHANDRAN
PBB M.IKBAL
PBB IKBAL
PBB KHAIRUL

𝗕𝗜𝗟𝗜𝗞 𝗞𝗔𝗪𝗔𝗟𝗔𝗡 :
PBB IZZUDDIN

𝗠𝗔𝗡𝗚𝗦𝗔 :
TIADA

𝗖𝗔𝗧𝗔𝗧𝗔𝗡 :
KEBAKARAN MELIBATKAN RUMAH SEPARUH KEKAL YANG BERKELUASAN 25X70 MUSNAH 70%.TURUT TERBAKAR SEBUAH KERETA JENIS PRODUA MYVI DAN DUA BUAH MOTOSIKAL MUSNAH 90%.TURUT HADIR DALAM INSIDEN INI ADALAH KETUA BALAI BBP JASIN PPgB MOHD HAIRUNIZAM BIN MESKAM DAN JUGA ADUN KAWASAN YB DATUK KHAIDHIRIAH BINTI DATUK SERI ABU ZAHAR.DENGAN KEKUATAN KEANGGOTAAN SERAMAI 6 ORANG ANGGOTA DARI BBP JASIN, 6 ORANG ANGGOTA DARI BBP JASIN BESTARI DAN 3 ORANG ANGGOTA DARI BBP BUKIT KATIL YANG MELIBATKAN 1 JENTERA FIRE RESCUE TENDER, 1 LIGHT FIRE RESCUE TENDER,1 EMERGENCY MEDICAL RESCUE SERVICES DAN 1 WATER TANKER.KEBAKARAN DAPAT DIPADAMKAN SEPENUHNYA PADA JAM 0020 PAGI.KES DISERAHKAN KEPADA PIHAK FORENSIK JBPM MELAKA UNTUK TINDAKAN SELAJUTNYA.PUNCA KEBAKARAN MASIH DALAM SIASATAN.

Kredit ➡️ BBP JASIN

#infosemasa
@infosemasaofficial
INFO KEMALANGAN (E2 - LEBUHRAYA UTARA SELATAN)

7.14am🔸: Terdapat kemalangan di Km 140.0 arah Utara dari Yong Peng (U) ke Pagoh. Lorong kanan terhalang. Trafik perlahan.

Pandu cermat jiwa selamat. Berhati-hati memandu. Ingatlah orang yang tersayang.

#infosemasa
@infosemasaofficial
Pergaduhan berdarah, lelaki maut selepas serang jiran

MARAN - Seorang wanita dan remaja lelaki cedera selepas diserang jiran dengan menggunakan pisau selepas terbabit dalam pergaduhan di Felda Jengka Dua di sini pada Ahad.

Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Maran, Superintenden Wong Kim Wai berkata, dalam kejadian tersebut, jiran yang juga suspek iaitu lelaki berusia 57 tahun meninggal dunia selepas disahkan oleh pembantu perubatan (MA) Hospital Jengka.

Menurutnya, pihak polis yang tiba di tempat kejadian mendapati suspek dalam keadaan tidak sedarkan diri serta terikat kaki dan tangan oleh penduduk kampung.

"Sebelum itu, Balai Polis Sungai Jerik telah menerima panggilan telefon pada jam 10.15 pagi yang memaklumkan terdapat pergaduhan antara seorang perempuan dan dua lelaki di tempat kejadian.

"Menurut saksi, suspek yang juga jiran mangsa secara tiba-tiba telah mengamuk dan bertindak agresif sehingga mencederakan dua mangsa menggunakan pisau.

"Punca kejadian masih dalam siasatan dan dua individu mengalami kecederaan," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Ujarnya, mangsa iaitu wanita berusia 52 tahun mengalami kecederaan dengan kesan tikaman pada perut sedalam tiga sentimeter, tangan kanan cedera pada bahagian dagu dan berada dalam keadaan stabil di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) Temerloh.

Jelas beliau, seorang lagi mangsa iaitu anak saudara kepada wanita tersebut iaitu remaja lelaki berusia 16 tahun mengalami kecederaan akibat kesan tikaman pada peha kanan sedalam dua sentimeter dan sudah dibenarkan keluar dari hospital sama.

Katanya, ekoran kejadian itu, empat lelaki telah ditahan dan akan direman sehingga bedah siasat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di Kuantan selesai pada Isnin untuk mendapatkan punca kematian.

"Selepas itu, baru siasatan ke atas empat suspek tersebut akan dapat diteruskan.

"Pihak forensik juga berjaya mendapatkan pisau yang digunakan untuk mencederakan mangsa," tambahnya.

Dalam pada itu, beliau memohon semua pihak jangan menularkan gambar suspek dan mangsa di media sosial kerana ini akan menganggu siasatan polis.

Tegasnya, tindakan perundangan akan dikenakan kepada yang bertanggungjawab menyebarkan gambar tersebut.

ROSILAWATI ROSEDI
06 April 2025 11:20pm

Kredit ➡️ Sinar Harian

#infosemasa
@infosemasaofficial
Remaja lemas, tergelincir di air terjun ketika bergambar

Kuantan: Seorang remaja lelaki ditemukan lemas selepas tergelincir ketika bergambar di air terjun Lata Jarum, Ulu Dong, Raub petang tadi.

Penguasa Kanan Bomba I Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Salahuddin Isa berkata Muhammad Shahrul Ikwan Adam Hareez Islami, 18, sebelum itu berkunjung ke kawasan air terjun itu bersama dua rakannya untuk berkelah.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan kejadian pada 4.10 petang sebelum anggota Balai Bomba dan Penyelamat Raub digegaskan ke lokasi kejadian.

"Mangsa adalah penduduk kampung di sekitar kawasan air terjun itu. Dia hanya datang untuk berkelah bersama rakan dan tidak mandi. Mangsa bagaimanapun tergelincir ke dalam air terjun semasa hendak bergambar dengan berlatarbelakangkan pemandangan di situ.

"Yang mengambil gambar ialah rakannya dan mangsa berjaya dijumpai pasukan bomba dengan bantuan orang awam kira-kira 5.42 petang pada kedalaman kira-kira 3.04 meter, di lokasi dia dilaporkan tergelincir," katanya dalam kenyataan hari ini.

Salahuddin berkata operasi membawa naik mangsa dengan menggunakan pengusung dan tali menyelamat berdepan kesukaran berikutan arus deras.

Beliau berkata mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai Kementerian Kesihatan (KKM) dan mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

Disiarkan pada: April 6, 2025 @ 9:19pm

Artikel ➡️ BERNAMA

#infosemasa
@infosemasaofficial