INFO SEMASA OFFICIAL
791K subscribers
191K photos
43.1K videos
27 files
24.8K links
Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.
Download Telegram
KEBAKARAN RUMAH DI KAMPONG KULAPIS

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 28 April 2025 - Jabatan Bomba dan Penyelamat telah menerima panggilan Insiden kebakaran rumah pada sebelah petang di Kampong Kulapis.

Dua buah jentera dari Balai Bomba Jerudong dengan keanggotaan seramai 11 orang diketuai oleh Timbalan Pegawai Balai Mohamad bin Haji Lair telah di kerahkan ke tempat kejadian tersebut. Bantuan tenaga dan air dari Balai Bomba Pengkalan Batu juga dikerahkan sengan keramaian 4 orang diketuai oleh Penolong Pegawai Balai Mohd Jani bin Haji Sapar.

Apabila sampai di tempat panggilan, didapati api besar membakar Sebuah rumah jenis 2 tingkat.

Penolong Pegawai Balai Pengiran Alita bin Pengiran Haji Aji

#infosemasa
@infosemasaofficial
Adalah dimaklumkan salah seorang dari team/krew kami, saudara @amirmusa12 telah terlibat dalam kemalangan pada 27/4/2025 Ahad berhampiran RnR Gambang ketika dalam perjalanan ke Pantai Teluk Cempedak. Ketika kejadian berlaku beliau bersama isteri beliau dikatakan dalam perjalanan ke show kami di Teluk Cempedak.
Akibat hujan lebat dan terdapat air tankungan di atas lebuhraya berkenaan, beliau tidak dapat mengawal kereta lalu terbabas dan berpusing. Beliau hanya mendapat rawatan pesakit luar manakala isteri beliau dimasukkan ke hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan. Sama2 kita doakan agar urusan beliau dipermudahkan dan sama-sama kita doakan juga agar isteri beliau cepat sembuh dan tiada kecederaan yang serius.

Official XPDC

#infosemasa
@infosemasaofficial
Bantuan Kemalangan Jalan Raya

Baling, 29 April 2025 - Anggota Balai Polis Baling telah respon untuk memberi bantuan kepada mangsa yang terlibat dalam satu kemalangan jalan raya yang berlaku di hadapan KFC, Baling.

#PolisDanMasyarakatBerpisahTiada
#BalaiBalingKomited
#infosemasa
@infosemasaofficial
Kemalangan kereta dengan motosikal di lampu isyarat Jalan sempadan Nibong Tebal - Parit Buntar. Mangsa penunggang motosikal seorang lelaki cedera patah tulang rusuk.

#penangkini
#infosemasa
@infosemasaofficial
Lori terbalik di jalan sri bengkal, jalan parit yaani, yong peng johor.

29/04/2025

#infosemasa
@infosemasaofficial
SABAH 29/04/2025.

Makluman awal penemuan 1 mayat lelaki dewasa di dalam longkang di Pusat Komersial Bha Zhong, Tawau.

Sumber ➡️ Media sosial

#infosemasa
@infosemasaofficial
Posmen hilang ketika pasang tajur ditemukan lemas

Tangkak: Misteri kehilangan seorang posmen sejak malam Ahad lalu selepas keluar memasang tajur terjawab apabila ditemukan lemas di Sungai Sawah Ring, Gersik di sini, pagi ini.

Mohd Saufi Rosni, 39, ditemukan rakannya kira-kira 800 meter dari lokasi dipercayai terjatuh dalam keadaan lengkap berpakaian.

Arwah yang masih bujang itu dilaporkan keluar rumah berseorangan pada jam 12.30 tengah malam Ahad lalu dengan menaiki bot untuk memasang tajur namun tidak pulang ke rumah pada pagi keesokan hari.

Menurut sepupu arwah, Mariam Ismail, 42, berita penemuan jasad arwah merungkaikan segala persoalan yang mereka tunggu sejak operasi mencari dan menyelamat digerakkan semalam.

"Kehilangan Mohd Saufi disedari ahli keluarga sebelum usaha mencari dilakukan dengan bantuan penduduk kampung.

"Daripada berita yang kami terima, arwah mungkin terjatuh sebelum lemas. Ada penduduk nampak bot arwah hanyut namun tidak menyangka sesuatu perkara buruk berlaku ke atasnya.

"Ahli keluarga beritahu kami, kali terakhir mereka dapat kesan kedudukannya sekitar jam 4 pagi Isnin lalu. Selepas itu, kami tidak dapat mengesannya sehinggalah pagi ini, jasadnya ditemukan," katanya ketika dihubungi.

Katanya lagi, sehari sebelum peristiwa itu berlaku, penduduk Kampung Sawah Ring mengadakan rumah terbuka dan ternampak arwah dalam keadaan termenung sambil memandang ke arahnya.

"Saya dapat rasakan arwah seolah-olah nak beritahu tahu, malam itu adalah pertemuan terakhir kami. Rupa-rupanya itu petanda arwah pergi selama-lamanya.

"Kami memang rapat dan dia gemar memancing jika ada kelapangan selain memiliki bot sendiri. Bila dapat tahu berita ini, saya menangis kerana saya orang terakhir berjumpa dengannya," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Roslan Mohd Talib ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan penemuan mayat lelaki itu.

Katanya, laporan kehilangan mangsa diterima lelaki berusia 77 tahun sebelum operasi digerakkan bagi membantu mencari dan menyelamat.

"Pada jam 9.50 pagi tadi, mayat ditemui sebelum dibawa ke Hospital Tangkak untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan mati mengejut," katanya.

Disiarkan pada: April 29, 2025 @ 2:49pm
Alias Abd Rani
am@hmetro.com.my

Artikel ➡️ Harian Metro

#infosemasa
@infosemasaofficial
Polis ambil keterangan pemandu treler pandu melulu, masuk laluan bertentangan

29 April 2025, 1:18pm

SHAH ALAM: Polis sudah mengambil keterangan pemandu treler yang dipercayai memandu secara melulu dan masuk ke laluan bertentangan di jambatan Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) sehingga tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Mohd Akmalrizal Radzi berkata, siasatan mendapati kejadian berlaku pada jam 2 petang, 23 April lalu.

“Polis mengesan video berdurasi 33 saat yang memaparkan pemandu treler jenis Volvo warna hijau yang memandu secara melulu dan membahayakan di Jambatan Pulau Indah, Lebuhraya SKVE.

“Dalam kejadian itu, pemandu treler itu dari arah Westport Klang menghala ke Kajang bertindak memotong sebuah treler lain di hadapannya.

“Siasatan mendapati, jambatan itu mempunyai garisan berkembar dan menyebabkan kenderaan dari arah bertentangan terpaksa berhenti di bahu jalan untuk mengelakkan kemalangan.

“Dalam kejadian ini, tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan. Pemandu treler itu sudah tampil memberi keterangan di Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Akmalrizal berkata, pemandu treler itu, seorang lelaki tempatan berumur 30-an dan bekerja di syarikat pengangkutan swasta di Pelabuhan Klang.

“Siasatan mendapati pemandu itu mempunyai lesen memandu dan hasil ujian saringan air kencing adalah negatif dari sebarang jenis dadah.

“Kes diklasifikasi mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 (memandu secara melulu dan membahayakan).

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu boleh menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau pegawai penyiasat kes Inspektor Nor Baiti Mustafa (014-5006072 atau 03-31872222),” katanya.

Artikel : Buletin Tv3
#infosemasa
@infosemasaofficial
Kemalangan maut motorsikal dengan lori di one krubong melaka..

#infosemasa
@infosemasaofficial
Kereta vios terbabas dekat tiang jejambat jelutong expressway, p.pinang. dikabarkan pemandu selamat.

#penang
#infosemasa
#infosemasaofficial
Myvi terbabas bawah jejantas tun teja, melaka sentral.

29/04/2025

#infosemasa
@infosemasaofficial
Warga emas maut dalam kemalangan motosikal dan kereta di Sarikei

SARIKEI: Seorang lelaki warga emas maut selepas motosikal jenis Yamaha Lagenda yang ditungganginya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta jenis Toyota Vios di Kilometer 431 Jalan Betong-Sarikei-Meradong, berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Paoh, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah (KPD) Sarikei, Superintenden Aswandy Anis berkata, dalam kejadian sekitar 8.30 pagi, mangsa yang berumur 61 tahun, meninggal dunia di tempat kemalangan akibat kecederaan parah di kepala dan kaki kiri, manakala pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Kemalangan berlaku apabila kereta yang dipandu seorang wanita dari Sesang sedang dalam perjalanan menuju ke Sibu melalui jalan lurus, apabila sampai di di tempat kejadian, tiba-tiba ada sebuah motosikal yang ditunggang oleh mangsa keluar dari pembahagi jalan berhadapan SK Sungai Paoh di laluan kanan menuju ke Jakar.

“Perlanggaran berlaku pada bahagian hadapan kereta dan pada bahagian kiri motosikal,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kemalangan pada 8.26 pagi oleh pihak perubatan Hospital Sarikei yang tiba di lokasi tersebut.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berpunca daripada kecuaian motosikal yang dalam proses keluar dari pembahagi jalan di kawasan yang sibuk.

“Namun siasatan lanjut masih dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Kedua-dua kereta dan motosikal mengalami kerosakan teruk di bahagian hadapan dan belakang,” kayanya.

Tambahnya, pihak polis menyeru agar mana-mana orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Ahmad Mustaqim Idris di talian 010-4427240 atau mana-mana balai polis berhampiran.

“Semua pengguna jalan raya dinasihatkan supaya lebih berhati-hati semasa memandu bagi memastikan keselamatan diri dan pengguna jalan raya yang lain terjaga,” katanya lagi.

Oleh Earl Anek

Artikel : Utusan Sarawak

#infosemasa
@infosemasaofficial
Kemalangan jalanraya diantara motorsikal dengan kren di Tanjong merbau kupang baling Kedah...

#infosemasa
@infosemasaofficial
Kemalangan di lebuh AMJ melaka. Maklumat lain tiada.

#melaka
#infosemasa
@infosemasaofficial
Kejadian Melawan arus khabarnya di SKVE highway.

#infosemasa
@infosemasaofficial
Kemalangan dan kebakaran di padang pak amat, pasir puteh kelantan..info setakat itu sahaja.

#infosemasa
@infosemasaofficial
ANJING JATUH PERIGI LAMA
29.04.2025 I SELASA
0700 AM
Kampung Haji Abbas, Baling
Pasukan: A Balai Bomba dan Penyelamat Baling

(Seekor anjing jatuh perigi lama dan diselamatkan menggunakan penjerut dan tali. Dilepaskan semula dan tiada kecederaan pada haiwan tersebut)

Pesanan Khidmat Nasihat:
Pastikan lubang berisiko ditutup atau di kambus untuk elak kejadian tidak diingini. Hari ini mungkin nyawa seekor haiwan. Akan datang kita tidak tahu siapa mangsa. Hubungi talian 999 untuk sebarang kecemasan memerlukan. Kami sedia membantu anda.

BANGKIT! BALING! BANGKIT
#sediamenyelamat
#cepatdanmesra
#bombatonggakpenyelamatannegara

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kedah

#infosemasa
@infosemasaofficial
KEMALANGAN JALAN RAYA
29/04/2025
JAM: 7.57AM

KEMALANGAN MELIBAT
KERETA SAMA MOTOR

LOKASI: DEKAT KFC BALING

RESPON: AMBULANCE Apm Daerah Baling
MEMBER INFO KEMALANGAN
PDRM

Info.
#volunteerteam
#infokemalangandibaling
#bantuselagimampu
#ppksBalingKupang

Sumber info kemalangan di baling

#infosemasa
@infosemasaofficial
KEMALANGAN JALAN RAYA
29/04/2025
JAM: 12.35PM

KEMALANGAN MELIBAT
CEREN SAMA MOTOR

LOKASI: TANJUNG MERBAU KUPANG

RESPON: AMBULANCE KK TAWAR
ANGGOTA PBS KUALA PEGANG
Ppks Baling Kupang
MEMBER INFO KEMALANGAN
PDRM

Info.
#volunteerteam
#infokemalangandibaling
#bantuselagimampu
#ppksBalingKupang
#infosemasa
@infosemasaofficial
GELANDANGAN RINDU, MAHU BERTEMU KELUARGA

BATU PAHAT – Seorang lelaki bergelandangan yang menjalankan aktiviti mengumpul barang kitar semula rindu untuk bertemu dengan keluarganya selepas lebih dua tahun terputus hubungan. Rahmad Nordin, 54, yang mengumpul barangan kitar semula untuk kelangsungan hidup berharap dapat bertemu keluarganya semula.

Menerusi semakan identiti dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) , tiada maklumat berkaitan diri penama ditemui namun dipercayai beliau adalah warga tempatan berdasarkan kesan suntikan BCG di tubuh badannya. Malah lelaki itu juga didapati tidak mengalami gangguan mental seperti yang dilaporkan oleh Pakar Psikitrik.

Berdasarkan maklumat diberikannya, dia mempunyai seorang abang kandung iaitu Ibrahim Nordin yang tinggal di daerah Kota Tinggi. Lelaki itu menyatakan adik-beradik lain berada di luar negara. Beliau berkata, lelaki berkenaan berkongsi hasratnya untuk bertemu ahli keluarga yang difahamkan berasal dari Parit Raja, di sini.

Orang ramai yang memiliki maklumat berkaitan waris lelaki itu tampil ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Batu Pahat atau menghubungi Unit Penguatkuasaan, En. Naszeery Helmy bin Abd Samad menerusi talian 07-4341377.

Kredit ➡️ JKM BATU PAHAT

#infosemasa
@infosemasaofficial