Gempa bumi kuat telah berlaku di Rantau New Britain, Papua New Guinea pada jam 4:04 pagi, 5 April 2025
Koordinat : 6.2Β° Selatan dan 151.6Β° Timur
Magnitud : 6.8
Jarak : 99km Tenggara dari New Britain Island,PNG
Kedalaman : 10 km
Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.MET Malaysia.
#gempabumiMETMalaysia
#mygempa.met.gov.my
#infosemasa
@infosemasaofficial

ππππππππππ ππππ πππππ πππππππ
ππ ππ©π«π’π₯ ππππ, jam lebih kurang 0230 hrs BSPTD IPD Kuantan telah menerima maklumat, satu kemalangan maut melibatkan (2) m/sikal di Jalan Beserah hadapan Klinik Kesihatan Beserah. (1) mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh pihak perubatan di tempat kejadian. Mangsa dibawa ke Unit Forensik HTAA Kuantan untuk siasatan lanjut manakala (1) mangsa mengalami kecederaan dibawa ke pusat perubatan untuk rawatan lanjut.
Kredit β‘οΈ Polis Traffic Kuantan

JOHOR 05/05/2025.
Kemalangan kereta di Jalan ke JB Sentral selepas pembinaan RTS.
Tiada butiran lanjut mengenai kejadian.
Sumber β‘οΈ Media sosial

Lelaki maut ketika curi kabel atas bumbung Pasar Siti Hajar
PASIR PUTEH β Seorang lelaki ditemui maut di atas bumbung dipercayai mencuri kabel elektrik bangunan Pasar Siti Hajar di sini hari ini.
Lelaki yang berusia dalam lingkungan 40-an itu disahkan meninggal dunia oleh pihak polis kira-kira pukul 4.50 pagi tadi.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh, Engku Mohd. Azam Engku Yahya berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 4.59 pagi untuk membantu menurunkan mangsa dari atas bumbung bangunan pasar berkenaan.
Menurutnya, semasa tiba di lokasi kejadian, anggota bomba mendapati seorang lelaki meninggal dunia di atas bumbung.
βDifahamkan, lelaki terbabit bersama dua lagi rakannya berada di atas bumbung pasar berkenaan untuk mencuri kabel. Dua rakannya sempat melarikan diri selepas menyedari kehadiran pihak polis,β katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.
Engku Mohd.Azam memberitahu, mangsa akan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. β KOSMO! ONLINE
Oleh ROHANA MOHD. NAWI
4 April 2025, 10:57 am
Artikel β‘οΈ Kosmo

Mangsa serangan gajah jalani 3 pembedahan buang daging buruk
Kuala Krai: Warga emas yang parah selepas diserang gajah liar dalam kejadian di Kampung Laloh, Kuala Krai, ketika menoreh getah di belakang rumahnya pada 20 Mac lalu masih menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP) Kuala Krai.
Dalam kejadian berkenaan, Zainab Mat Husin, 62, parah di kedua-dua belah tangan, yang mana pergelangan tangan kanannya hampir putus dan paha kanannya terkoyak.
Menurut menantunya, Nisha Ali, 37, ibu mentuanya kini dalam keadaan stabil, namun masih lemah selepas menjalani tiga kali pembedahan bagi membuang daging buruk di bahagian paha kanannya untuk mengelak jangkitan kuman.
"Kecederaan parah yang dialami ibu turut menyebabkan dia belum mampu untuk menguruskan diri sendiri dan perlu bergantung sepenuhnya kepada bantuan orang di sekeliling untuk bergerak.
"Kejadian itu memberi kesan trauma yang mendalam kepada ibu, namun kami sentiasa memberi sokongan kepadanya supaya kuat semangat dan tidak mengingati tragedi yang hampir meragut nyawanya itu," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Dalam pada itu, Nisha berkata, Aidilfitri yang disambut mereka sekeluarga pada tahun ini juga suram disebabkan tragedi itu berlaku ketika Ramadan dan tidak ada persiapan dilakukan untuk menyambut 1 Syawal.
"Bagi kami tidak ada yang lebih penting selain melihat ibu kembali sihat seperti sedia kala," katanya.
Katanya, pada ketika ini, penduduk kampung juga masih dalam keadaan berwaspada berikutan gajah liar berkenaan masih belum ditangkap.
"Kebanyakan penduduk kini tidak berani keluar rumah pada waktu malam disebabkan bimbang akan terserempak dengan gajah liar itu yang mungkin berada di sekitar perkampungan mereka.
"Penduduk kampung berharap gajah liar itu dapat segera ditangkap bagi memastikan keselamatan penduduk, dan pada masa sama, turut berterima kasih kepada anggota Perhilitan yang bertungkus lumus dalam usaha mengesan gajah berkenaan," katanya.
Media sebelum ini melaporkan seorang warga emas wanita dan seorang kakitangan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) parah akibat diserang gajah liar dalam dua kejadian berasingan di kawasan penempatan Laloh, Kuala Krai.
Disiarkan pada: April 5, 2025 @ 8:25am
Hazira Ahmad Zaidi
am@hmetro.com.my
Kredit β‘οΈ Harian Metro

Penjawat awam antara 4 individu ditahan miliki bahan penderaan seksual kanak-kanak
Kuala Lumpur: Penjawat awam dan akauntan antara empat individu yang ditahan kerana memiliki dan mengedar bahan penderaan seksual kanak-kanak (CSAM) menerusi operasi Cyber Guardian membabitkan enam negara bermula 24 Februari hingga 28 Mac lalu.
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, individu berusia 26 hingga 49 tahun itu ditahan di sekitar Kajang, Ampang Jaya, Petaling Jaya dan Shah Alam
Beliau berkata, semua mereka memiliki lebih 50,000 bahan lucah kanak-kanak yang disimpan di dalam pelbagai peranti elektronik.
"Penahanan keempat-empat suspek itu susulan maklumat dan operasi bersepadu yang dijalankan di enam buah negara yang diketuai Pasukan Polis Singapura.
"Operasi di negara ini dijalankan pada 20 Mac lalu bagi mengesan suspek yang terbabit dalam aktiviti mengakses, menyimpan dan berkongsi bahan berkaitan CSAM.
"Hasil operasi itu, kita berjaya menahan empat suspek dan merampas lebih 50,000 bahan CSAM," katanya pada sidang media operasi Cyber Guardian di Bukit Aman di sini hari ini.
Ayob berkata, operasi bersepadu itu membabitkan Malaysia, Singapura, Thailand, Jepun, Korea Selatan dan Hong Kong.
Secara keseluruhan katanya, operasi membabitkan enam buah negara itu berjaya menahan 435 individu yang terlibat dalam jenayah mengedar bermula 24 Februari sehingga 28 Mac lalu.
"Modus operandi suspek ialah menggunakan peranti elektronik secara dalam talian untuk mengakses dan mendapatkan bahan CSAM dan kemudian berkongsi bahan terbabit.
"Di kumpulan Telegram pula, ada yang lain menyimpan bahan bahan berkenaan untuk kepuasan diri sendiri. Kebanyakan bahan pornografi ini dimuat turun disimpan dalam peranti elektronik," katanya.
Menurutnya, semua yang ditahan disiasat di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 dan Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak Kanak 2017.
"Empat kertas siasatan dibuka dan dua sudah dituduh di mahkamah," katanya.
Disiarkan pada: April 4, 2025 @ 4:40pm
Hafidzul Hilmi Mohd Noor
hafidzul@hmetro.com.my

Remaja perempuan dibunuh bekas kekasih kerana cemburu
CHAI NATβ Seorang remaja perempuan berusia 18 tahun menjadi mangsa keganasan bekas teman lelaki yang cemburu apabila dia ditemui mati di sebuah sawah padi di Wilayah Chai Nat, Thailand, pada Khamis lalu.
Mangsa dikenali sebagai 'Focus', dipercayai dibunuh dengan kejam menggunakan objek tumpul sehingga mengalami kecederaan parah di kepala dan muka.
Mayatnya ditemui tertiarap di dalam parit oleh seorang petani tempatan yang kemudiannya segera menghubungi pihak berkuasa.
Siasatan polis mendapati pembunuhan itu dilakukan oleh bekas teman lelaki mangsa, Noppanat, 18 yang juga merupakan anak kepada seorang ahli politik tempatan berpengaruh.
Motif utama pembunuhan dipercayai berpunca daripada perasaan cemburu melampau selepas hubungan mereka berakhir.
Noppanat pada awalnya menafikan penglibatan dalam kejadian itu, namun selepas disoal siasat secara intensif, dia akhirnya mengaku telah membunuh Focus dalam keadaan marah dan mabuk.
Dia turut mengaku menyeret mayat mangsa ke kawasan sawah sebelum melarikan diri ke rumah.
Kejadian tragik itu berlaku pada hari yang sepatutnya menjadi detik membanggakan buat mangsa.
Focus baru sahaja menamatkan pengajian di Sekolah Menengah Hankha dan dijadualkan mengambil sijil tamat pelajaran pada hari kejadian.
Dia juga baru sahaja diterima masuk ke sebuah universiti terkemuka di Bangkok.
Sumber keluarga turut mendedahkan bahawa sebelum kejadian, Focus pernah bertengkar dengan Noppanat dan memutuskan hubungan mereka.
Lelaki itu dilaporkan mempunyai sejarah mencederakan bapa Focus dan cuba membakar rumah keluarga mangsa.- agensi
ROSKHOIRAH YAHYA
05 April 2025 08:20am
Artikel β‘οΈ Sinar harian

HIBAH GERENTI LULUS
Zurich Takaful ada Hibah Takaful untuk yang dah ada penyakit atau obesiti etc, boleh cover hingga umur 80 tahun.
Rebate sebulan untuk pembayaran yang Bagus dan Rebate 2 bulan untuk bayaran Tahunan
SEMUA boleh apply untuk coverage dari RM 50,000 ~ RM 300,000 termasuk :
β Yang diuji dgn critical illness (kanser, strok, jantung, kidney, dialysis etc)
β Yang dah ada kecacatan fizikal/mental dan OKU
(Major Depression, Celebral Palsy etc)
β Yang penyakit berangkai (darah tinggi, kencing manis, gout etc)
β Yang badan obes BMI lebih 35 dan ke atas
β Yang sudah Total Disabled (TPD) or bed ridden
β Yang wujud keadaan sejak lahir (Autisme, ADHD, Sindrom Down etc)
β Yang ada HIV, AIDS atau pengunaan dadah
β Yang kerja bahaya (bomba, ambulan, polis etc)
Coverage Kemalangan .
Terus cover dan 200% coverge dari perlindungan Asas.
TEMPOH MENUNGGU hanya 2 tahun sahaja bagi yang mempunyai penyakit kritikal.
*OKU boleh ambil*
*Bukan Medical Card ,Medical tak akan cover sakit sedia ada*
*Peluang Terakhir untuk ada plan Hibah yang coverage Tinggi*
Mempunyai pilihan plan Hibah + Saving jika sudah sakit.
Kalau sihat plan lain ya.
Sapa-sapa yang perlu atau kenal sapa-sapa yang sakit dan perlu HIBAH, better GRAB PELUANG ni...
At least ada SESUATU boleh kita bantu usahakan.
Norlia
www.wasap.my/601151517719/Alsham

Wanita ditahan disyaki curi barang kemas ketika beraya
TAWAU: Seorang wanita ditahan selepas disyaki mencuri seutas rantai emas di sebuah rumah di Taman Pasadena, Batu 2, Jalan Datuk Chong Thien Vun, sini, pada Khamis.
Pemangku Ketua Polis Daerah Tawau, Superintendan Champin Piuh berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu daripada seorang lelaki.
Katanya, pengadu hanya menyedari selepas mendapati rantai emas milik isterinya hilang dari tempat barang kemas itu disimpan selepas suspek bersama rakannya beredar dari rumah mangsa pada jam 3.45 petang.
βSusulan itu, sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau terus menjalankan operasi mengesan suspek.
βSuspek seorang wanita berusia 26 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Batu 4, disyaki terbabit dengan kes curi berkenaan,β katanya dalam kenyataan media, di sini, semalam.
Menurutnya, pasukan operasi turut merampas seutas rantai emas disyaki milik mangsa yang dicuri oleh suspek terbabit.
βSuspek beserta barang rampasan dibawa ke IPD Tawau untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri di dalam bangunan.
βSabit kesalahan memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan boleh juga dikenakan denda,β katanya.
Oleh Hamzah Sanudin
April 5, 2025, Sabtu - 9:58am
Artikel β‘οΈ Utusan Borneo