INFO SEMASA OFFICIAL
792K subscribers
191K photos
43.1K videos
27 files
24.7K links
Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.
Download Telegram
Lelaki mandikan sahabat 'insan istimewa' dipuji, kawan sejati dunia akhirat.
'Maafkan aku Shukor tak mampu urus segalanya...'

AZMA MOHD LAZIM
Oleh AZMA MOHD LAZIM
04 Feb 2025 09:11am

SAHABAT sejati yang sanggup berkongsi susah dan senang itu jarang ditemui. Namun, lelaki dari Arau ini membuktikan bahawa setia kawan dan kasih sesama insan itu masih wujud.

Pemuda bernama Shidie menerusi laman sosial berkongsi momen bertemu dengan sahabatnya yang kini sudah tidak normal seperti dahulu.

Sempat menyapa rakan bernama Shukor di tepi jalan, Shidie yang tersentuh dengan keadaan tidak terurus sahabatnya itu memujuknya untuk membersihkan diri.

"Puas dipujuk untuk bersihkan diri, makan dan bersiap semula seperti normal," kongsi Shidie.

Menerusi video, pemilik bengkel motosikal itu sempat memandikan, membantu rakannya memotong rambut dan memakaikan pakaian yang bersih.

Biarpun tidak lagi normal seperti dahulu, Shidie berharap Shukor sentiasa dilindungi ALLAH selain memohon maaf kerana tidak mampu untuk membantu sahabatnya itu dalam segala aspek.

"Amat sedih apa yang terjadi padamu dan kehidupanmu. Kau bukan tak waras, kau masih waras. Cuma nasib dan ujian kita berbeza.

"Semoga kita terus istiqamah, diberkati dalam setiap langkah dalam kehidupan ini.

"Maafkan aku Shukor tak mampu urus segalanya.

"Semoga setiap langkahmu sentiasa lindungan ALLAH SWT.

"Doakan aku Shukor supaya terus berbuat kebaikan, muhasabah diri dan bantu lebih ramai orang, aaminn," titip Shidie.

Rata-rata memuji keprihatinan Shidie terhadap Shukor yang sanggup membersihkan tubuh badan Shukor, menggantikan baju baharu serta memotong rambut yang tidak terurus.

Tidak kurang juga yang mendoakan agar kebaikan Shidie dibalas dengan rezeki yang tidak disangka-sangka.

"Sebaknya akak tengok video ini. Inilah sahabat dunia akhirat."

"Terbaik abang ini menolong seorang insan yang susah. Beliau sanggup memandi dan memberus kaki hamba ALLAH ini. Moga kehidupan abang sekeluarganya dirahmati dan berkati ALLAH."

"Tahniah tuan kerana menyantuninya. Ujian kita berbeza, rezeki juga berbeza."

"Lepas mandi dan gunting rambut terus nampak segak. Terbaik abang Shidie membantu orang dalam kesusahan."

"Sebenarnya ujian seperti ini untuk orang sekeliling, bukan untuk dia semata-mata. Terbaik abang menjaga kebajikan sesama manusia, berbahagi kudrat dan harta. Semoga ALLAH merahmati."

"Contoh yang baik kepada generasi muda. Jangan berhenti berbuat kebaikan dan prihatin sesama manusia."

Semoga apa yang dilakukan Shidie ini menjadi inspirasi buat kita semua untuk terus berbuat kebajikan dan membantu mereka yang memerlukan selagi hayat dikandung badan.

#sinarharian
#everyone
#infosemasa
@infosemasaofficial
Pempengaruh Malaysia hilang di hutan Bandung ditemukan lemah, terbaring.

AISYAH BASARUDDIN
06 Feb 2025 8:40 am

SHAH ALAM - Pempengaruh media sosial dikenali sebagai Eyka yang dilaporkan hilang sejak tiga hari lalu di dalam hutan di Bandung, Indonesia ditemukan selamat pada malam Rabu.

Gadis berusia 22 tahun itu dijumpai kira-kira jam 10 malam dan penemuannya dikongsikan menerusi penstriman langsung TikTok @Arasz.

Menerusi perkongsian tersebut, Eyka dilihat terbaring di kawasan semak samun dalam keadaan lemah.

Sebelum ini, kehilangan Eyka tular apabila rakannya, Ammar Nazhan atau Ammar Nazhan Noralyadi, 29, menyedari perkara berkenaan kira-kira jam 2 pagi Isnin lalu ketika melakukan aktiviti paranormal di dalam hutan.

Memetik laporan media, Ammar Nazhan berkata, lebih dari 20 orang menyertai aktiviti paranormal, tetapi tujuh sahaja masuk ke dalam hutan termasuk Eyka.

"Hanya dia perempuan yang masuk ke dalam hutan, kebetulan waktu itu Eyka sedang datang bulan,” ujarnya lagi.

Menurut khabar terbaharu di TikTok @Arasz, pihaknya selesai berurusan dengan polis dan ketua kampung, manakala Eyka dipercayai dirawat di hospital.

#sinarharian
#infosemasa
@infosemasaofficial
Datuk lemas ketika cuba selamatkan dua cucu di Pantai Irama

ADILA SHARINNI WAHIDADILA SHARINNI WAHID
08 Februari 2025 03:05pm

BACHOK - Seorang datuk lemas ketika menyelamatkan dua cucu yang dihanyutkan ombak di Pantai Irama di sini, pada Sabtu.

Mangsa juga pesara kerajaan dari Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia, Roslee Yusoff, 63, meninggal dunia dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi.

Katanya, warga emas terbabit bersama dua cucu turun ke pantai untuk bermain air di kawasan benteng batu namun secara tiba-tiba kedua-dua cucunya ditarik ombak ke kawasan lebih dalam dan mangsa cuba menyelamatkan mereka.

Timbalan Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintenden Mohd Azrie Sulaiman berkata, mangsa dari Kampung Paya Senang, Kota Bharu ke pantai itu bersama isteri, seorang anak dan dua cucu berusia lapan serta tujuh tahun.

“Isteri dan anak mangsa yang berada di kedai berhampiran cuba membantu namun anaknya turut ditarik ombak.

“Bagaimanapun, dua cucu dan anak mangsa dapat diselamatkan orang awam dan anggota Agensi Pertahanan Awam yang berada di tempat kejadian,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata, kesemua mangsa dibawa ke daratan manakala Rosli yang tidak sedarkan diri diberi bantuan awal kecemasan.

“Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Klinik Kesihatan Daerah Bachok.

“Tiga lagi iaitu anak dan cucu dibawa ke Hospital Bachok untuk rawatan susulan,” katanya.

Tambah beliau, jenazah Rosli dibawa ke Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM) Kubang Kerian untuk bedah siasat.

#sinarharian
#infosemasa
@infosemasaofficial
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Orang ramai dibenarkan mengutip lebih 70,000 biji telur ayam yang bertaburan selepas lori membawa muatan itu terbalik dalam kejadian di Kilometer 293.8 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) selepas susur keluar Plaza Tol Chukai, Kemaman pada Rabu.

Kelindan lori, Mohd Izzat Izzudin, 25, berkata, lori yang dinaiki bersama rakannya terbabas ke kiri jalan dan terbalik selepas dipercayai dirempuh sebuah lori barangan sejuk beku dari arah belakang dalam kejadian kira-kira jam 5.30 pagi.

Menurutnya, pemilik syarikat telah mengizinkan telur ini diberikan kepada orang ramai bagi memastikan kawasan kemalangan ini dapat dibersihkan dengan segera dan mengelak pembaziran.

#SinarHarian
#infosemasa
@infosemasaofficial
Pelajar Tingkatan Satu maut dirempuh lori selepas turun bas

NOR AZURA MD AMINNOR AZURA MD AMIN
20 Februari 2025 11:10am

PONTIAN – Seorang pelajar perempuan Tingkatan Satu maut selepas dipercayai dirempuh sebuah lori dalam kejadian di Jalan Kampung Melayu Raya, Pekan Nanas di sini pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintenden Mohammad Shofee Tayib berkata, laporan mengenai kejadian itu diterima daripada orang awam pada jam 7.45 petang.

"Siasatan awal mendapati kejadian pada kira-kira jam 7.20 petang itu berlaku ketika mangsa dipercayai baru sahaja turun dari sebuah bas yang berhenti di bahu kiri jalan sebelum cuba melintas," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Bagaimanapun, sebuah lori jenis Hino yang datang dari arah sama tidak sempat mengelak lalu melanggar mangsa.

"Akibat kemalangan itu, mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

"Pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.

Dalam kejadian pada pukul 7.20 malam itu, mangsa, Nur Myesha Aleena Abdullah, 13, meninggal dunia di tempat kejadian akibat mengalami kecederaan parah.

Nur Myesha merupakan pelajar baharu tingkatan satu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Mohd Yunos Sulaiman, Pekan Nanas.

Mohammad Shofee berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Polis meminta saksi kejadian tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pejabat Trafik IPD Pontian atau pegawai penyiasat, Inspektor Tong Siew Fen di talian 010-2090396.

#sinarharian
#infosemasa
@infosemasaofficial
Lelaki didakwa bunuh Nurshamira di Jeti Sungai Kuantan

KUANTAN - Suspek kes bunuh peniaga makanan, Nurshamira Zainal, 37, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuantan di sini pada Khamis atas tuduhan bunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

#sinarharian
#infosemasa
@infosemasaofficial
Isteri usahawan dan pempengaruh media sosial Ridzuan Ridzokumura iaitu Akiko Okumura meninggal dunia pada Jumaat.

Berita duka itu disahkan sendiri oleh Ridzuan atau nama sebenarnya Abdul Ridzuan Abdul Mutalib, 50, menerusi hantaran di media sosialnya.

Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara.

#SinarHarian #RidzuanRidzokumura #AkikoOkumura #Mempengaruh
#infosemasa
@infosemasaofficial
Tiga pemandu 'potong' lori secara berbahaya dipanggil ke IPD Penampang

PENAMPANG, SABAH – Tindakan tiga pemandu yang memandu secara berbahaya dengan memotong sebuah lori di kawasan garisan berkembar dan selekoh di Jalan Penampang-Tambunan membawa padah apabila mereka dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang untuk siasatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Penampang, Superintenden Sammy Newton berkata, pihaknya terkesan dengan satu video tular di media sosial yang menunjukkan tindakan tiga kenderaan terbabit memintas sebuah lori sehingga mengundang bahaya kepada pemandu dari arah bertentangan.

"Rakaman video berdurasi 27 saat itu tular di media sosial dan hasil siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada jam 1.41 tengah hari Ahad.

"Insiden itu melibatkan tiga kenderaan yang memotong sebuah lori di hadapan di kawasan selekoh dengan garisan berkembar, menyebabkan kenderaan dari arah bertentangan terpaksa berhenti bagi mengelakkan kemalangan," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, ketiga-tiga pemandu berkenaan telah berjaya dikesan dan kenderaan yang dipandu semasa kejadian telah dibawa ke IPD Penampang untuk tindakan lanjut.

"Bagaimanapun, saksi kejadian juga diminta tampil memberikan maklumat bagi membantu siasatan dan boleh berhubung terus dengan pegawai penyiasat, Inspektor Amrin Mohamad Arif di talian 017-6638278.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih lima tahun dan denda sehingga RM15,000 sekiranya disabitkan kesalahan," katanya.

Dalam pada itu, Sammy turut menasihatkan pengguna jalan raya agar sentiasa berhati-hati dan mematuhi undang-undang lalu lintas bagi mengelakkan kejadian tidak diingini, terutama menjelang musim perayaan ini.

Artikel: Sinar Harian

#sinarharian
#infosemasa
@infosemasaofficial
'Makcik nangka' kena tindakan, berniaga di rizab jalan Persekutuan

ROSILAWATI ROSEDI
24 Mar 2025 12:19 pm

RAUB - Seorang peniaga nangka dikenakan tindakan kerana menjalankan perniagaan di atas rizab jalan Persekutuan, sekali gus mengundang risiko keselamatan kepada pengguna jalan raya.

Pegawai Daerah Raub, Datuk Khuzaidi Haron berkata, ia susulan tular sebuah video berdurasi dua minit 24 saat di media sosial yang memaparkan seorang wanita memarahi anggota penguat kuasa pada Ahad.

Menurutnya, insiden itu berlaku ketika operasi penguatkuasaan dijalankan oleh Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Raub bersama Majlis Daerah Raub (MDR) di Jalan Persekutuan FT0008 (Bentong-Gua Musang), di sini.

"Operasi sebegini telah bermula sejak tahun lalu, dilaksanakan secara bersepadu serta melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP) di lokasi terlibat.

"Tindakan penguatkuasaan terpaksa diambil kerana peniaga berkenaan menjalankan perniagaan di atas rizab jalan Persekutuan yang jelas membahayakan keselamatan diri sendiri, pembeli serta pengguna jalan raya," katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Beliau berkata, had laju di jalan tersebut adalah 90 kilometer sejam kecuali di kawasan kampung dan sekolah, manakala lokasi perniagaan peniaga terbabit terletak di rizab jalan Persekutuan.

"Keadaan ini amat membahayakan kerana kenderaan dipandu laju di jalan raya tersebut, walaupun mungkin tidak sepanjang masa. Risiko kemalangan tetap tinggi bagi peniaga serta pembeli yang berhenti di situ," jelasnya.

Tambahnya, difahamkan pernah berlaku kemalangan maut di laluan tersebut.

"Masyarakat setempat juga telah banyak kali mengadu bahawa peniaga-peniaga seperti ini menghalang pandangan pemandu, terutama di simpang keluar masuk ke kampung," katanya lagi.

Menurutnya, tindakan penguatkuasaan tersebut dilaksanakan secara bersepadu kerana melibatkan bidang kuasa berbeza.

"Ia bermula apabila JKR, yang mempunyai bidang kuasa ke atas rizab jalan Persekutuan, mengemukakan permohonan kepada PDT untuk membantu dalam aspek penguatkuasaan.

"Ini kerana JKR tidak mempunyai anggota yang mencukupi bagi melaksanakan penguatkuasaan tersebut," jelasnya.

Katanya, MDR juga telah mengeluarkan banyak kompaun sebelum ini terhadap peniaga yang berniaga tanpa lesen dan di kawasan yang tidak dibenarkan.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan bahawa Ops Nangka telah dilaksanakan secara berperingkat sejak tahun lalu.

"Pada 24 Mac tahun lalu, JKR Raub telah mengemukakan permohonan bagi melaksanakan penguatkuasaan terhadap gerai-gerai peniaga nangka yang beroperasi tanpa kelulusan di atas rizab jalan persekutuan FT0008, Jalan Bentong – Gua Musang, Raub.

"Kali pertama Ops Nangka dilaksanakan pada 6 Jun tahun lalu dengan penyertaan MDR, JKR, PDT Raub, UPNP dan PDRM, di mana sembilan gerai telah disita oleh MDR hasil operasi tersebut.

"Kemudian, pada 8 Ogos tahun lalu, operasi yang melibatkan MDR, PDT Raub, JKR, SWCorp dan PDRM menyaksikan tujuh gerai lagi disita oleh MDR," katanya.

Jelas beliau, Ops Nangka kali ketiga dilaksanakan pada 13 Januari lalu, di mana PDT Raub diarahkan melakukan rondaan berkala pada hujung minggu serta menampal Notis Seksyen 425 Kanun Tanah Negara (KTN) terhadap pendudukan secara tidak sah bermula 25 Januari hingga 31 Mac ini.

#sinarharian
#infosemasa
@infosemasaofficial
Lelaki tumbuk pemandu wanita langgar anak ketika melintas

NORAFIZA JAAFARNORAFIZA JAAFAR
30 Mac 2025 09:03am

SEREMBAN - Seorang lelaki bertindak menumbuk muka wanita yang memandu Perodua Axia selepas berang anaknya dilanggar kereta itu ketika melintas jalan di Bazar Aidilfitri Dataran Senawang pada Sabtu.

Video kejadian itu tular di TikTok memaparkan lelaki berkenaan bertindak menyerang wanita terbabit yang masih berada di dalam kereta sebelum menumbuk mangsa sebanyak dua kali.

Menerusi penceritaan adik mangsa, kakaknya secara tidak sengaja melanggar kanak-kanak itu disebabkan penglihatan terhad ekoran terhalang kenderaan pelbagai guna (MPV) di hadapannya.

"Kakak saya baru keluar simpang bazar dan dia bawa perlahan saja dalam 20 ke 30 km/j dan ada kereta Perodua Aruz di depannya, saiznya besar telah halang pemanduan.

"Keluarga itu sedang melintas tapi lelaki itu di belakang manakala anak-anak dan isteri di depan. Langgar pun perlahan saja sebab kereta tak pandu laju," katanya dikongsikan di media sosial.

Katanya, selepas insiden pelanggaran itu, belum sempat keluar dari kereta, mangsa terus diserang lelaki tersebut.

"Kakak kemudian buka pintu tapi lelaki itu terus kepak sampai rosak pintu dan kunci kereta. Kemudian dia tumbuk kepala kakak saya.

"Kakak saya terus minta maaf tapi mungkin dia tak boleh terima jadi dia tumbuk kali kedua," katanya.

Adik mangsa memaklumkan, laporan polis telah dibuat sejurus kejadian selain mendakwa kakaknya turut ditendang di bahagian perut.

Sementara itu, Sinar Harian sedang mendapatkan pengesahan pihak polis berhubung kejadian.

#sinarharian
#infosemasa
@infosemasaofficial
Lelaki tumbuk pemandu wanita sudah ditahan

SEREMBAN - Lelaki yang bertindak menumbuk seorang pemandu wanita dalam kejadian di Jalan Persiaran Senawang 4 pada Sabtu, telah ditahan polis.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, lelaki berusia 35 tahun itu ditahan ketika dipanggil ke balai untuk memberi keterangan.

Tangkapan telah dibuat dan siasatan masih dijalankan di bawah Seksyen 323 kerana menggunakan kekerasan terhadap mangsa berusia 28 tahun hingga menyebabkan kecederaan lebam di bahagian rusuk kanan dan bengkak di belakang kepala.

"Siasatan turut dijalankan di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kerosakan kepada kereta mangsa," katanya menerusi kenyataan pada Ahad.

Pada Sabtu, tular di aplikasi TikTok memaparkan lelaki berkenaan bertindak menyerang mangsa selepas berang anaknya dilanggar kereta dipandu wanita itu.

Lelaki yang difahamkan merupakan seorang tentera dikatakan menumbuk kepala mangsa sebanyak dua kali selain adik mangsa turut mendakwa kakaknya juga ditendang di bahagian perut.

Mohamad Hatta berkata, kejadian itu berlaku sekitar jam 10.15 malam membabitkan Perodua Axia dengan dua pejalan kaki iaitu seorang wanita berusia 34 tahun dan anak perempuannya berusia 7 tahun.

"Siasatan awal mendapati pemandu Perodua Axia itu dalam perjalanan dari Mydin Senawang menghala ke Senawang dan apabila sampai di tempat kejadian, secara tiba-tiba dua pejalan kaki itu melintas jalan.

Akibat jarak yang sudah dekat, pemandu Perodua Axia tidak sempat mengelak lalu telah melanggar pejalan kaki tersebut," ujar beliau.

Beliau berkata, akibat daripada kemalangan itu, pejalan kaki bersama anak perempuannya mengalami kecederaan ringan dan dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban untuk rawatan lanjut.

Ujarnya, polis turut menjalankan siasatan di bawah kaedah 10, kaedah-kaedah Lalulintas Jalan 1959.

"Pihak polis menasihatkan orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi tentang kejadian yang boleh mencetuskan ketegangan dan patuh kepada undang-undang.

"Orang awam juga diminta agar lebih berhati-hati terutama ketika melintas jalan dan ketika melalui tempat-tempat sesak untuk mengelakkan perkara-perkara tidak diingini berlaku," katanya.

NORAFIZA JAAFARNORAFIZA JAAFAR
30 Mac 2025 04:36pm

#SinarHarian
#infosemasa
@infosemasaofficial
Kebakaran saluran paip gas Petronas: Penduduk sekitar dipindahkan

MUHAMMAD AFHAM RAMLIMUHAMMAD AFHAM RAMLI
01 April 2025 10:12am

SUBANG JAYA – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) melaksanakan operasi pemindahan penduduk berhampiran lokasi kebakaran saluran gas di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights pada pagi Selasa.

Pengarah JBPM Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya telah dikejarkan ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 8.10 pagi.

“Balai bantuan yang turut terlibat dalam operasi ini ialah BBP Puchong, BBP Shah Alam, BBP Jelutong, BBP Cyberjaya, BBP Rawang, BBP Klang Selatan, BBP Klang Utara dan BBP Damansara.

“Kebakaran membabitkan kebocoran saluran paip gas Petronas sepanjang kira-kira 500 meter, dengan api yang sedang marak menjulang ke atas,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Menurut beliau, kebakaran berlaku berhampiran kawasan perumahan awam, menyebabkan pihak bomba bersama agensi bantuan lain segera melaksanakan pemindahan penduduk di sekitar lokasi kejadian.

“Jumlah mangsa yang terlibat masih dalam siasatan,” ujarnya.

#SinarHarian
#infosemasa
@infosemasaofficial
Lelaki parah diserang beruang matahari

NOOR AINON MOHAMEDNOOR AINON MOHAMED
02 April 2025 06:50pm

IPOH: Seorang lelaki parah selepas diserang beruang matahari di Kampung Sinju, dekat Simpang Pulai di sini pada Isnin lalu.

Pengarah Perhilitan Perak, Yusoff Shariff dalam satu kenyataan memaklumkan mangsa, Alang Apok Sitam, 68, dipercayai masuk ke hutan berhampiran sekitar jam 2 petang.

Mangsa dipercayai diserang ketika sedang mencari hasil hutan.

Katanya, Perhilitan Perak menerima laporan berkenaan kejadian itu dan sedang menjalankan siasatan.

"Mangsa dilaporkan mengalami kecederaan di bahagian muka dan sedang menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun. Mangsa dalam keadaan stabil.

"Pihak Perhilitan membuat pemantauan dan menasihatkan penduduk berhampiran agar tidak masuk ke hutan bersendirian," katanya.

#sinarharian
#infosemasa
@infosemasaofficial
Zayn Rayyan mati dijerut, telinga dipotong, dubur luka dimasukkan objek tumpul - Doktor pakar

PETALING JAYA - Doktor pakar yang membedah siasat mayat Zayn Rayyan Abdul Matin mendedahkan bahawa, punca kematian kanak-kanak autism itu ialah disebabkan jerutan di leher.

Beliau yang juga saksi pendakwaan ke-27 berkata, di bahagian dubur kanak-kanak malang itu juga terdapat luka-luka koyak dan lelasan akibat kemasukan objek tumpul.

#sinarharian
#infosemasa
@infosemasaofficial
Remaja diculik, disorok dalam bagasi, ibu sudah bayar tebusan RM280,000 dan serah barang kemas

KUALA LUMPUR - Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain memaklumkan bahawa mangsa culik di Seremban, Negeri Sembilan telah disorokkan dalam bagasi sebelum dilarikan.

#sinarharian
#infosemasa
@infosemasaofficial