INFO SEMASA OFFICIAL
793K subscribers
190K photos
42.9K videos
27 files
24.6K links
Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.
Download Telegram
Lelaki putus 5 jari, ditetak geng bertopeng

SUBANG JAYA – Seorang lelaki putus lima jari selepas diserang sekumpulan lima lelaki bersenjatakan parang dan pedang dalam kejadian di hadapan sebuah restoran di Jalan PJS 11/2, Bandar Sunway, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.54 pagi itu, mangsa berusia 30 tahun bersama beberapa rakan baru sahaja selesai makan dan sedang bersiap untuk pulang sebelum didatangi sebuah kereta jenis Toyota Vios berwarna putih yang dinaiki lima suspek tidak dikenali.

Menurut Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat, kesemua suspek yang memakai penutup muka keluar dari kenderaan lalu menyerang mangsa dan rakan-rakannya tanpa sebarang amaran.

“Mangsa tidak sempat melarikan diri ditetak dengan parang dan pedang hingga mengalami kecederaan di bahagian tangan, kaki dan badan selain lima jarinya di tangan kiri putus.

“Suspek kemudiannya melarikan diri dengan menaiki semula kereta berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, mangsa telah dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut.

Wan Azlan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan (Akta 574) iaitu dengan sengaja menyebabkan cedera parah menggunakan senjata berbahaya.

Sehubungan itu, beliau memohon orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian agar tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pusat Kawalan Daerah Subang Jaya di talian 03-78627222 atau Pegawai Penyiasat, Inspektor Fadizah Ajamain di talian 019-8582166.

Artikel : Kosmo Online
#infosemasa
@infosemasaofficial
Sejarah Permulaan Teh Tarik di Malaysia
Teh tarik merupakan minuman ikonik Malaysia yang amat digemari oleh rakyat berbilang kaum. Ia bukan sekadar minuman, tetapi lambang perpaduan dan budaya masyarakat setempat. Nama "teh tarik" berasal daripada cara penyediaannya yang unik, iaitu "menarik" teh dari satu bekas ke bekas yang lain untuk menghasilkan buih halus di permukaan serta menyejukkan minuman sebelum dihidang.

Asal-usul teh tarik boleh dijejak kembali ke zaman selepas Perang Dunia Kedua, apabila para pendatang India Muslim (juga dikenali sebagai "Mamak") mula membuka gerai dan kedai makan di seluruh Tanah Melayu. Mereka membawa bersama budaya minum teh dan mula mencipta minuman ini dengan mencampurkan teh hitam pekat dengan susu pekat manis. Untuk menghasilkan rasa yang lebih sebati dan tekstur yang lembut, mereka mula "menarik" teh berulang kali. Proses ini bukan sahaja mencampurkan bahan dengan rata, tetapi juga menambahkan lapisan buih yang menjadi ciri khas teh tarik.

Seiring waktu, teh tarik menjadi kegemaran masyarakat tempatan tanpa mengira kaum. Ia kini boleh didapati di kedai mamak, restoran, mahupun acara rasmi dan tidak rasmi di seluruh negara. Malah, teh tarik telah diangkat sebagai "minuman kebangsaan tidak rasmi" Malaysia.

Keunikan Seorang Wanita Thailand Membuat Teh Tarik dengan Gaya Tersendiri
Walaupun teh tarik terkenal di Malaysia, popularitinya telah merentasi sempadan dan mendapat tempat di hati masyarakat luar negara, termasuk di Thailand. Salah satu figura yang mencuri tumpuan ialah seorang wanita Thailand yang dikenali ramai kerana kemahirannya membuat teh tarik dengan gaya unik dan menghiburkan.

Wanita ini sering dilihat di festival makanan atau pasar malam Thailand, di mana dia menarik perhatian pengunjung dengan persembahan teh tarik yang menggabungkan tarian dan aksi akrobatik. Dengan gerakan yang pantas dan bertenaga, dia akan "menarik" teh pada jarak yang luar biasa tinggi, sambil menari mengikut irama muzik tradisional Thai atau pop moden. Aksinya bukan sahaja mempamerkan kepakaran dalam penyediaan teh tarik, tetapi juga menambahkan elemen seni dan hiburan.

Keunikan wanita ini telah menjadikannya popular di media sosial, dengan video-videonya mendapat jutaan tontonan. Ramai netizen memuji cara beliau mempopularkan teh tarik dengan kreativiti tersendiri, sekaligus memartabatkan minuman ini ke peringkat antarabangsa. Usahanya menunjukkan bahawa budaya makanan bukan sahaja boleh dinikmati, tetapi juga diraikan dengan cara yang unik dan penuh warna.

Kesimpulan
Teh tarik bukan sekadar minuman harian, tetapi sebahagian daripada warisan budaya yang kaya dan dinamik. Dari gerai kecil di Malaysia hingga ke persembahan jalanan di Thailand, teh tarik telah menjadi simbol kreativiti, kebersamaan, dan keunikan budaya serantau. Kisah wanita Thailand yang mempopularkan teh tarik dengan gaya tersendiri membuktikan bahawa budaya tempatan boleh memberi inspirasi kepada dunia jika disampaikan dengan penuh semangat dan keaslian-#infosemasa

Artikel : infosemasa
#infosemasa
@infosemassofficial
Orang Asli maut kenderaan terjunam ke tebing sungai

23 April 2025, 10:15pm

GUA MUSANG: Lelaki Orang Asli maut apabila kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki bersama lima lagi rakan sekerja terjunam ke tebing Sungai Belatop, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, mangsa, Jali Harun, 50, dari Pos Brooke maut di tempat kejadian apabila tersepit akibat dihempap pintu dan batu serta terbenam di dalam air.

Seorang lagi rakannya cedera di bahagian bahu manakala empat lagi cedera ringan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang, Nor Azizi Che Noh berkata, mangsa dipercayai dalam perjalanan dari Kampung Raja Cameron Highlands, Pahang menuju ke Tapak Projek Hidro.

“Apabila tiba di lokasi kejadian iaitu jambatan simpang ke Moon River Lodge, kenderaan yang dinaiki mangsa bersama rakan sekerja hilang kawalan lalu terjunam ke dalam cerun tebing Sungai Belatop setinggi 40 meter.

“Mangsa yang tersepit dipercayai meninggal dunia di tempat kejadian manakala mangsa yang terselamat dibawa naik oleh pihak bomba menggunakan tali.

“Pihak bomba mengambil masa sejam 15 minit untuk menyelamat dan mengeluarkan kesemua mangsa termasuk mangsa yang tersepit,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Nor Azizi berkata, bantuan kren turut digunakan untuk mengangkat kenderaan yg remuk ke atas jambatan bagi memudahkan kerja mengeluarkan mangsa tersepit.

Operasi membabitkan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gua Musang dan BBP Cameron Highlands dengan kekuatan 19 anggota.

Artikel : Buletin Tv3
#infosemasa
@infosemasaofficial
Kemalangan di jalan pemuda, segamat baru berlaku pagi ini

24/04/2025
#infosemasa
@infosemasaofficial
Lelaki maut kereta terbabas langgar papan tanda di Kota Warisan

24 April 2025, 8:58am

SEPANG: Seorang lelaki berusia 25 tahun maut selepas kereta yang dipandunya terbabas sebelum merempuh papan tanda jalan berhampiran Kota Warisan, awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu yang berlaku di Bandar Serenia, menghala ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 6.33 pagi.

“Sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) bersama tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat KLIA telah digerakkan ke lokasi dan tiba pada jam 6.44 pagi.

“Sebaik tiba, Komander Operasi melaporkan kejadian melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Myvi yang dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar papan tanda jalan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pemandu kereta terbabit disahkan meninggal dunia di lokasi oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Artikel : Buletin Tv3
#infosemasa
@infosemasaofficial
Kemalangan di jalan ambangan height Sungai petani. Seorang angota polis cedera. Info lain tiada

24/04/2025
#infosemasa
@infosemasaofficial
Sebuah lori telah mengalami kemalangan dengan melanggar perhentian bas di hadapan SMK Durian Tunggal pada pagi baru ini.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Lapor : Sidang Adiey Arieff

#infoduriantunggal
#BijakLaksanaTuahBeraniLaksanaJebat
#MelakakuMajuJayaRakyatBahagiaMenggamitDunia
#MalaysiaMadani
#infosemasa
@infosemasaofficial
Peragut menyamar jadi penghantar makanan dicekup

WARTAWAN SINAR HARIANWARTAWAN SINAR HARIAN

24 April 2025 08:45am

MELAKA - Tindakan seorang lelaki dipercayai melakukan jenayah ragut dengan menyamar sebagai penghantar makanan berjaya dicekup dengan bantuan orang awam di Malim di sini, pada petang Rabu.

Dipercayai individu berusia 30-an itu berjaya dikejar oleh sekumpulan penghantar makanan dari sebuah pasar raya di Bachang hingga ke kawasan Malim.

Berdasarkan video tular berdurasi 46 saat itu menunjukkan suspek berbaju hitam ditahan oleh beberapa individu yang juga pekerja penghantar makanan sebelum diserahkan kepada pihak polis yang hadir ke lokasi kejadian.

Menerusi video itu, beberapa individu mendakwa disebabkan kegiatan suspek telah menjejaskan periuk nasi mereka sebagai penghantar makanan.

Suspek dipercayai mengaburi kegiatan jenayahnya dengan meletakkan beg sebuah jenama penghantar makanan pada motosikal itu yang ditunggangi.

Dalam pada itu, orang ramai turut memuji tindakan kumpulan penghantar makanan itu yang bekerjasama memberkas suspek dipercayai aktif melakukan beberapa jenayah di kawasan Melaka Tengah.

Sementara itu, Ketua Polis Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit yang dihubungi mengesahkan penahanan suspek yang dipercayai terlibat dengan beberapa kes jenayah dan pihaknya akan mengeluarkan kenyataan media pada Khamis.

Artikel : Sinar Harian
#infosemasa
@infosemasaofficial
Kemalangan maut dua individu berpunca dari langgar lampu isyarat merah

April 24, 2025, Khamis - 8:58am

KOTA KINABALU: Kemalangan maut membabitkan dua individu maut di persimpangan bertingkat Indah Permai, Sepanggar pada Rabu dipercayai berpunca daripada tindakan pemandu lori yang melanggar lampu isyarat merah.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda berkata, siasatan awal mendapati lori yang dipandu mangsa bersama kelindannya itu datang dari arah Perumahan Kastam / Tebobon dan sedang dalam perjalanan ke arah Jalan Sepanggar.

“Berdasarkan kenyataan saksi bebas, apabila pemandu lori tiba di persimpangan itu, mangsa dipercayai melanggar lampu isyarat yang berwarna merah sebelum merempuh sebuah motosikal yang sedang melalui simpang dengan isyarat lampu hijau di laluannya,” katanya dalam satu kenyataan media di sini.

Katanya, akibat pelanggaran itu, lori berkenaan hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar tiang jejambat berhampiran.

“Kedua-dua mangsa dalam lori iaitu pemandu, berumur 34 tahun dan sepupunya 18 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan yang bertugas.

“Penunggang motosikal yang juga seorang remaja lelaki berumur 15 tahun, mengalami kecederaan parah dan dihantar ke Hospital Queen Elizabeth I untuk rawatan lanjut,” katanya.

Menurutnya, siasatan lanjut masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu hingga menyebabkan kematian.

Beliau turut menasihatkan orang ramai agar sentiasa berhati-hati dan mematuhi peraturan lalu lintas, terutamanya di kawasan lampu isyarat yang sering menjadi lokasi kemalangan.

“Kemalangan ini sepatutnya boleh dielakkan. Kesabaran dan kepatuhan kepada undang-undang di jalan raya sangat penting untuk menjamin keselamatan semua pihak,” katanya.

Difahamkan, mangsa berumur 18 tahun adalah lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan sedang menunggu keputusan peperiksaan yang dijadualkan diumumkan semalam.

Terdahulu, kedua-dua mangsa berasal dari Kampung Taun Gusi, Kota Belud disahkan maut di lokasi dalam kejadian jam 4 petang.

Artikel : Utusan Borneo
#infosemasa
@infosemasaofficial
Kereta terbakar, pemandu cedera ringan dalam kemalangan berhampiran SMK Melugu di Jalan Pan Borneo

April 24, 2025, Khamis - 10:49am

SRI AMAN: Sebuah kereta dilaporkan terbakar sepenuhnya dalam satu kemalangan kendiri yang berlaku berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Melugu di Jalan Pan Borneo, pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Sarawak, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada jam 7.18 pagi.

Katanya, sebuah jentera bomba jenis FRT dan satu unit EMRS bersama sembilan anggota dari BBP Sri Aman telah digerakkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 11 kilometer dari balai.

“Komander operasi, memaklumkan bahawa kebakaran melibatkan sebuah kenderaan yang sedang menghala ke Kuching.

“Pasukan bomba bertindak segera memadam kebakaran menggunakan satu aliran salur bantu mula yang disambung kepada pam jentera dan sumber air dari tangki jentera,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Pasukan bomba tiba di lokasi pada jam 7.30 pagi dan operasi pemadaman selesai sepenuhnya pada jam 7.43 pagi.

Seorang mangsa lelaki berusia 31 tahun, dilaporkan cedera ringan di bahagian kaki.

“Mangsa berjaya keluar dari kenderaan sebelum ketibaan pasukan penyelamat dan pemeriksaan awal oleh Unit EMRS mendapati mangsa berada dalam keadaan stabil dan tidak mengalami kecederaan serius,” katanya.

Selain pasukan bomba, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut berada di lokasi bagi membantu kawalan lalu lintas dan siasatan lanjut.

Pihak bomba menasihati orang ramai agar sentiasa berhati-hati ketika memandu, terutamanya di kawasan lebuh raya dan jalan berisiko tinggi, bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.

oleh
Jeremy Lanson

Artikel : UtusanBorneo
#infosemasa
@infosemasaofficial
Orang Hilang (OH)

Mohon kerjasama dari orang ramai yang melihat dan menjumpai remaja perempuan Melayu bernama Shafira Aleeya Binti Shahrizal, berumur 16 tahun yang dilaporkan keluar dari rumah pada Tarikh 23/04/2025, jam lebih kurang 1600hrs.

Sila hubungi talian berikut sekiranya anda mempunyai sebarang maklumat atau mengetahui di mana penama berada.

Pegawai Penyiasat (IO) : Insp. Faris
No. Hotline IPD Klang Selatan : 03-3376 2222

Terima kasih.

#infosemasa
@infosemasaofficial
Serangan udara pengganas Israel di Semenanjung Gaza membunuh sekurang-kurangnya 39 lagi rakyat Palestin dalam tempoh 24 jam lalu.

Angka kematian akibat perang genosid Israel sejak Oktober 2023 telah meningkat kepada 51,240 orang.

Sumber: Anadolu Agency
#infosemasa
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Rejim pengganas Israel mengebom Sekolah Yaffa di kejiranan Tuffah, timur Bandar Gaza, menyebabkan kebakaran besar yang memusnahkan khemah dan bilik darjah di sekolah tersebut.

Sekolah tersebut digunakan sebagai tempat perlindungan untuk keluarga yang kehilangan tempat tinggal, dan ramai antara mereka berada di dalam ketika serangan berlaku dan api marak.

Pertahanan Awam Gaza melaporkan bahawa pasukannya menemui jenazah sepuluh syuhada dari lokasi kejadian selepas serangan itu.

Sumber: Middle East Eye
#infosemasa
Kumpulan Houthi di Yaman pada Rabu mendakwa telah melancarkan serangan peluru berpandu dan dron terhadap sasaran di Israel, termasuk serangan peluru berpandu balistik hipersonik ke atas Haifa, di tengah-tengah peningkatan ketegangan serantau berhubung perang yang berterusan di Gaza.

Jurucakap tentera, Yahya Saree, berkata pasukan Houthi telah menembak sebuah peluru berpandu balistik hipersonik ke arah "sasaran penting" di Haifa, utara Palestin. Beliau berkata peluru berpandu itu telah mengenai sasarannya, manakala pertahanan udara Israel gagal memintasnya.

Sumber: Anadolu Agency
#infosemasa
KPM mohon maaf paparan Jalur Gemilang silap, ambil tindakan serta-merta

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) telah mengambil tindakan tegas dan serta-merta terhadap semua pihak yang terbabit insiden kesilapan pemaparan Jalur Gemilang dalam Laporan Analisis Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 yang diedarkan, hari ini.

KPM dalam satu kenyataan menegaskan, kecuaian itu tidak boleh diterima kerana Jalur Gemilang adalah lambang kebesaran dan kedaulatan negara.

"KPM memohon maaf atas kesilapan pemaparan Jalur Gemilang dalam Laporan Analisis Keputusan Peperiksaan SPM seperti yang diedarkan, hari ini.

"Tindakan tegas dan serta-merta sudah diambil ke atas semua yang terbabit. Siasatan terperinci juga sedang dilaksanakan.

"Laporan analisis yang dicetak sudah diminta untuk dikembalikan semula, dan pembetulan segera sedang dilakukan," katanya.

Terdahulu, tular gambar kesilapan pemaparan Jalur Gemilang yang dicetak dalam Laporan Analisis Keputusan Peperiksaan SPM 2024 yang diedarkan, hari ini.

Gambar itu memaparkan Jalur Gemilang tidak mengikut reka bentuk sepatutnya, yang dilihat digantung di bahagian hadapan sebuah bilik darjah.

Oleh Zanariah Abd Mutalib
April 24, 2025 @ 2:32pm

Artikel ➡️ Berita Harian

#infosemasa
@infosemasaofficial
Lelaki OKU maut ditikam depan bank

MUHAMMAD AMINNURALIFF MOHD ZOKIMUHAMMAD AMINNURALIFF MOHD ZOKI

24 April 2025 02:34pm

SHAH ALAM - Seorang lelaki kurang upaya (OKU) maut dipercayai ditikam dalam kejadian di hadapan sebuah bank di Seksyen 18, pada Khamis.

Mangsa yang merupakan lelaki warga tempatan itu maut dipercayai ditikam menggunakan pisau kira-kira jam 11 pagi.

Menurut sumber, mangsa sering kali dilihat berada di hadapan kawasan bank ini dipercayai mengemis.

Suspek terlibat dalam kejadian telah ditahan untuk siasatan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Beliau berkata, satu kenyataan media akan dikeluarkan berhubung kejadian.

Artikel : Sinar Harian
#infosemasa
@infosemasaofficial
14:51hrs Awas! Kemalangan Km 281.1 arah Selatan dari Ipoh (S) ke Simpang Pulai. Trafik terkawal. Pandu berhati-hati. Harap maklum. @llmtrafik

#infosemasa
@infosemasaofficial
Pelajar melecur, hilang dua jari akibat bateri basikal elektrik meletup

BEIJING – Seorang pelajar lelaki melecur 90 peratus selepas bateri basikal elektrik milik rakan serumahnya meletup dalam insiden tragik yang turut menyaksikan mangsa terperangkap dalam rumah terbakar.

Mangsa, Du Junhao, 22, pelajar tahun ketiga di Kolej Bandar Wuhan, Hubei, mengalami kecederaan parah selepas rakan serumahnya, Li Jiajun, melarikan diri semasa kebakaran, lalu menutup pintu dan menyebabkan Du tidak dapat menyelamatkan diri.

Insiden berlaku sekitar jam 6 pagi (waktu tempatan) musim panas lalu apabila bateri basikal elektrik yang disewa Jiajun meletup ketika dicas di dalam rumah, mengeluarkan gas beracun dan menyebabkan api marak.

Rakaman kamera litar tertutup menunjukkan Jiajun berlari keluar ke arah alat pemadam api, tetapi kembali menutup pintu, secara tidak langsung memerangkap Du di dalam rumah.

Akibatnya, Junhao melecur teruk serta mengalami kerosakan pada saluran pernafasan.

Lebih teruk, dua jari kirinya terpaksa dipotong dan beliau telah menjalani 12 pembedahan pemindahan kulit dalam tempoh 10 bulan.

Keluarganya membelanjakan 2.8 juta yuan (RM1.88 juta) untuk kos rawatan dan hanya menerima sumbangan orang ramai sebanyak 2.6 juta yuan (RM1.75 juta).

Mereka kini menyaman Jiajun, tuan rumah dan pengeluar bateri berkenaan namun setakat ini belum mendapat keadilan sewajarnya.

Junhao yang baru menyambut ulang tahun ke-22 bulan ini berkata, dia tidak akan memaafkan rakannya itu.

“Kehidupan saya kini bukan milik saya sahaja. Melihat pengorbanan ibu bapa, saya mahu terus hidup,” katanya. - Agensi

ZULHILMI HAT
24 April 2025 07:30am

Artikel ➡️ Sinar Harian

#infosemasa
@infosemasaofficial