This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Video tular dari rakaman kamera papan pemuka kemalangan melibatkan kereta terbabas, semalam.
Lokasi kejadian tidak dinyatakan.
Sumber ➡️ Media sosial
#infosemasa
@infosemasaofficial
Lokasi kejadian tidak dinyatakan.
Sumber ➡️ Media sosial
#infosemasa
@infosemasaofficial
LAPORAN OPERASI KHIDMAT KHAS - PENYELAMATAN MANGSA CEDERA
BBP SG BULOH
Tarikh/Masa: 1 Mei 2025 / 12.25 tengah hari
Lokasi: Taman Eko Rimba, Seksyen 10, Kota Damansara
Jenis Insiden: Menyelamat Mangsa Cedera
BBP Sungai Buloh menerima panggilan kecemasan melibatkan seorang wanita Melayu berusia 24 tahun yang cedera (terseliuh kaki) semasa melakukan aktiviti pendakian bukit. Pasukan tiba di lokasi pada jam 12.37 tengah hari bersama bantuan Renjer Perhutanan.
Mangsa berjaya dibawa keluar dengan selamat oleh anggota bomba. Operasi diketuai oleh PBK II KUP Samuji Jais bersama 7 anggota menggunakan jentera FRT dan EMRS. Operasi tamat sepenuhnya pada jam 2.58 petang.
“CEPAT DAN MESRA”
Kredit ➡️ BBP SUNGAI BULOH

*بِسْــــــــــــــــــــــمِ اللّهِ الرَّحْمَن ِالرَّحِيْمِ*
*السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ &
Salam Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia Berprestasi Tinggi, Cepat & Mesra
Komander Operasi : PBK I Samsudin Bin Saman
KECEMASAN : Khidmat Khas Kemalangan Jalanraya Kenderaan Sebuah Pacuan 4×4 dan Sebuah Lori
Lokasi : Jalan Ulu Yam
Pasukan : A
Tarikh : 02/05/2025
Hari : Jumaat
Masa : 05:13:00 AM
Kredit ➡️ BBP BANDAR BARU SELAYANG

Memotong di garisan berkembar, hampir rempuh kereta, pemandu bas disaman
Segamat: Pemandu bas ekspres yang memandu secara berbahaya dengan memotong di garisan berkembar hingga hampir merempuh sebuah kereta di Kilometer 146, Jalan Johor Bahru-Seremban, berdekatan Chaah, di sini dikenakan tindakan hari ini.
Lelaki berusia 50-an, didapati memotong sebuah lori meskipun di garisan berkembar hingga tular di media sosial.
Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Ahmad Zamry Marinsah, berkata tindakan sama dibuat mengikut Peraturan 12 (3) (A) Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59).
Katanya, pada jam 9 malam semalam, polis mengesan video di media sosial memaparkan sebuah bas memotong garisan berkembar.
"Susulan itu, polis mengeluarkan saman terhadap pemandu bas terbabit. Ujian saringan awal air kencing ke atas pemandu bas terbabit negatif dadah.
"Polis komited mengambil tindakan terhadap mana-mana individu yang gagal mematuhi undang-undang," katanya dalam kenyataan.
Terdahulu, video berdurasi 30 saat tular dengan memaparkan sebuah bas dipandu secara berbahaya hingga hampir merempuh kereta dari arah bertentangan.
Berdasarkan rakaman kamera pemuka (dashcam), insiden itu berlaku pada jam 12.51 tengahari ketika bas terbabit menghala ke Segamat.
Disiarkan pada: Mei 1, 2025 @ 9:40pm
Alias Abd Rani
am@hmetro.com.my
Artikel ➡️ Harian Metro

Mayat reput sah Siti Rohani jatuh sungai sejak enam bulan lalu
ALOR SETAR: Polis mengesahkan mayat reput yang ditemukan terdampar di tebing Sungai Kedah, Alor Mengkudu dekat sini Januari lepas adalah Siti Rohani Saad, 37, yang hilang dipercayai jatuh sungai November tahun lepas.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Siti Nor Salawati Saad berkata, pengesahan itu ekoran keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang diperoleh Ahad lepas.
“Keputusan DNA tersebut positif milik Siti Rohani dan mayatnya di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) dituntut keluarga pada hari sama setelah perkara itu dimaklumkan kepada mereka untuk disemadikan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Katanya, pihak polis akan terus menjalankan siasatan lanjut berhubung perkara tersebut, namun setakat ini kes tersebut diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR).
Akhbar sebelum ini melaporkan kehilangan Siti Rohani, dari Kampung Kuala Lanjut, Pokok Sena selepas motosikal miliknya ditemui di tebing Sungai Titi Haji Idris, pada 8 November tahun lepas.
Wanita itu dilaporkan dalam perjalanan ke tempat kerjanya di Jalan Pegawai dekat sini pada awal pagi hari kejadian.
Mayat seorang wanita dalam keadaan reput kemudian ditemukan orang awam di Sungai Kedah berkenaan pada 14 Januari lepas yang dikaitkan dengan kehilangan mangsa.
Sementara itu, setelah lebih enam bulan berlalu, penantian keluarga wanita itu berakhir apabila jenazah Siti Rohani dibawa pulang ke Kampung Kuala Lanjut, Bukit Lada di sini.
Walaupun hanya sekujur tubuh yang tidak bernyawa, namun keluarga wanita itu dapat menghela nafas lega selain bersyukur kerana dapat menyempurnakan perjalanan akhirnya ke Tanah Perkuburan Islam Masjid Kuala Lanjut di sini, selepas waktu Maghrib, Jumaat lepas.
Kakak Allahyarham, Naziroh, 51, berkata, keluarganya menerima panggilan daripada polis berhubung perkara itu pada tengah hari Jumaat lalu sebelum membuat tuntutan jenazah di HSB pada hari yang sama.
“Alhamdulillah, arwah dikebumikan selepas solat Maghrib. Kami sekeluarga bersedih dengan kejadian ini namun sudah reda kerana itulah ketentuan Allah SWT. Sejak mayat ditemukan pada Januari lepas di Alor Mengkudu kami juga sudah menerima hakikat bahawa itu adalah Siti Rohani.
“Cuma kami berharap dapat membawa Siti Rohani pulang untuk dikebumikan dan penantian itu berakhir,” katanya.
Menurut Naziroh, keluarganya bagaimanapun berharap siasatan ke atas kemalangan yang menimpa adiknya itu dapat diteruskan.
“Polis ada memberitahu bahawa mereka akan terus menyiasat kes kematian ini dan apa pun kami berharap mendapat jawapannya satu hari nanti. Saya tidak berhenti berdoa untuk itu,” katanya.
Artikel⚡UTUSAN

Tiga lelaki tempatan maut selepas kereta dinaiki mereka terbabas sebelum melanggar pembahagi jalan di Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban arah utara, berhampiran susur keluar Balakong, awal pagi tadi.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 5.57 pagi sebelum 10 anggota bersama dua jentera dikejarkan ke tempat kejadian.
Setibanya di lokasi pada 6.07 pagi, pasukan bomba mendapati sebuah kereta jenis Toyota Vios telah terbabas dan melanggar pembahagi jalan dan terdapat tiga mangsa lelaki dewasa tersepit di dalam kenderaan tersebut.
Anggota bomba mengambil masa kira-kira satu jam untuk mengeluarkan kesemua mangsa sebelum mereka disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
📸 @bombamalaysia_official
#BernamaNews

MISI MENCARI DAN MENYELAMAT 1 PEREMPUAN MELAYU SESAT DI DALAM HUTAN BUKIT TOKKI.
01 MEI 2025 - Jam lebih kurang 8.20 malam penugasan MPV PH 617 dan KTN A123 telah menerima makluman dari kaunter Aduan Balai Polis Beserah berkenaan (1) perempuan melayu telah tersesat di dalam hutan Bukit Tokki Beserah semasa membuat aktiviti menaiki Bukit Tokki seorang diri.
MPV PH 617 dan KTN A123 bergerak ke lokasi untuk membuat pemantauan.
Pihak Bomba dari Balai Bomba Gebeng telah sampai di lokasi bersama (1) Jentera Bomba (1) Ambulans dengan kekuatan (10) anggota. Pihak PDRM dan Bomba telah menaiki Bukit Tokki bagi menjalankan misi mencari mangsa yang sesat.
Pada jam lebih kurang 9.20 malam mangsa telah berjaya ditemui dalam keadaan selamat lebih kurang 600 meter dari tempat permulaan. Mangsa telah berjaya di bawa turun oleh pihak Bomba. Tiada kecederaan yang dialami oleh mangsa.
#ipdbeserah

Nas Ahmad meninggal dunia
Oleh Ridzuan Abdul Rahman
mohamadridzuan@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Bekas wartawan program hiburan popular, Melodi iaitu Nas Ahmad, 63, meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh, jam 10 pagi, hari ini.
Berita sedih itu disahkan oleh anaknya dikenali sebagai Alun kepada rakan-rakan penggiat seni antaranya Presiden IRAMA Entertainment Komuniti Industri Rakaman Muzik Malaysia (IRAMA), Ayob Abdul Majid dan media.
Ayob berkata, empat hari lalu, dia bersama Presiden Pertubuhan Bantuan Teknikal Insaf Malaysia (Insaf), Ishak Abdul Kadir, mengunjungi arwah di rumahnya lalu mendapati Nas dalam keadaan lemah dan hanya mampu terbaring.
"Selepas itu kami pulang.
Tak lama kemudian anaknya menghubungi saya memaklumkan ayahnya perlu ubat untuk sesak nafas yang berharga lebih RM100.
"Saya bercakap dengan Ishak Abdul dan kami bercadang melawatnya di rumah pagi ini dan bawa ubat.
"Malam tadi, saya dihubungi anaknya memberitahu ayahnya dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh akibat sesak nafas.
"Hari ini dikejutkan dengan berita kematiannya," katanya kepada Harian Metro.
Terdahulu Nas atau nama sebenar, Md Nasir Ahmad mempunyai masalah jantung sejak 2022 sehingga memberi kesan kepada kewangannya berikutan sudah hilang punca pendapatan.
Allahyarham antara 13 pengamal media dan bekas pengamal media menerima sumbangan inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) kerjasama Titipan Kasih Harian Metro dan Bank Simpanan Nasional (BSN) menerusi BSN Care 50 Hari Memberi - BSN Jengah, TKHM Singgah pada November lalu.
Disiarkan pada: May 1, 2025 @ 11:32am
#harianmetro

Darurat kebangsaan telah diisytiharkan di Israel apabila kebakaran hutan melanda kawasan berhampiran Baitulmaqdis. Kebakaran yang bermula pada 30 April di sepanjang lebuh raya Baitulmaqdis – Tel Aviv itu telah menyebabkan penutupan jalan dan pemindahan ribuan orang, termasuk pendatang haram di sepanjang sempadan Tebing Barat.
Sumber: TRT World
#infosemasa
Sumber: TRT World
#infosemasa
Pemandu cedera, penumpang kanak-kanak cedera ringan dalam kemalangan
Mei 2, 2025, Jumaat - 9:21am
SIBU: Seorang wanita cedera manakala seorang kanak-kanak lelaki hanya mengalami kecederaan ringan selepas kenderaan yang mereka naiki terbabas dalam satu kemalangan kendiri berhampiran Jejambat Sibu, awal pagi ini.
Dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 6.20 pagi itu, kenderaan tersebut dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas sendiri di bahu jalan.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut pada jam 6.20 pagi sebelum menggerakkan satu jentera bersama tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu Jaya ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 10 kilometer dari balai.
“Setibanya di lokasi pada jam 6.31 pagi, pasukan mendapati berlaku kemalangan kendiri melibatkan sebuah Perodua Alza. Pemandu yang berumur 38 tahun dipercayai tercampak keluar daripada kenderaan akibat impak kemalangan.
“Seorang penumpang lelaki, dianggarkan berusia 11 tahun, berjaya keluar sendiri dari kenderaan sebelum pasukan penyelamat tiba.
“Bagaimanapun, tiada dokumen pengenalan diri ditemui pada mangsa kanak-kanak tersebut,” katanya.
Tambahnya lagi, pasukan ambulans daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tiba lebih awal di lokasi dan memberikan rawatan awal kepada kedua-dua mangsa sebelum dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.
Operasi menyelamat diketuai oleh PBK II (TBK I) Peni Napeg selaku Komander Operasi. Anggota Pasukan Keluaran Operasi (PKO) turut menjalankan kerja-kerja pembersihan tumpahan minyak dan serpihan kenderaan (flushing) bagi memastikan laluan selamat untuk digunakan oleh pengguna jalan raya lain.
Operasi dikawal pada jam 6.36 pagi dan ditamatkan sepenuhnya pada jam 7.53 pagi selepas semua kerja pemulihan selesai.
Pihak bomba menasihatkan pengguna jalan raya agar sentiasa berhati-hati ketika memandu, terutamanya pada waktu awal pagi dan dalam keadaan jalan yang mungkin licin atau gelap.
oleh
Andy Sabang
Artikel : Utusan Borneo

Orang Tertua di Dunia, Sister Inah Canabarro Lucas, Meninggal Dunia pada Usia 116 Tahun
São Paulo, Brazil – 1 Mei 2025
Sister Inah Canabarro Lucas, yang diiktiraf sebagai orang tertua di dunia, telah meninggal dunia pada hari Rabu di Porto Alegre, Brazil, pada usia 116 tahun.
Dilahirkan pada 27 Mei 1908, biarawati Teresian ini diiktiraf sebagai individu tertua di dunia oleh LongeviQuest, sebuah kumpulan penyelidik yang mengkaji kehidupan golongan warga emas berusia 100 tahun ke atas.
Sister Inah menetap di Porto Alegre, di Rumah Perlindungan Santo Enrique de Ossó, bersebelahan dengan rumah provinsi Komuniti Suster Teresian Brazil, yang disertainya pada tahun 1927 ketika berusia 19 tahun.
Dalam satu wawancara bersama ACI Digital pada Mac 2024, Sister Inah menyatakan bahawa salah satu rahsia umur panjangnya ialah berdoa setiap hari untuk seluruh umat manusia.
Berpunca dari São Francisco de Assis di negeri Rio Grande do Sul, beliau merupakan anak saudara kepada Jeneral David Canabarro, salah seorang pemimpin utama Revolusi Farroupilha (1835–1845) yang berlaku di negeri yang sama. Beliau mendapat pendidikan di sekolah biara dan menyertai novis dengan Suster Teresian di Montevideo, Uruguay, pada usia 19 tahun.
Sepanjang hayatnya yang melebihi satu abad, Sister Inah menyaksikan pelbagai perubahan besar di dunia dan dalam Gereja. Beliau melalui dua perang dunia dan sepuluh paus. Ketika beliau dilahirkan, Paus Pius X masih memimpin Gereja Katolik.
Sebagai seorang pendidik, beliau pernah mengajar mata pelajaran seperti bahasa Portugis, matematik, sains, sejarah, seni dan agama di sekolah-sekolah Teresian di Rio de Janeiro, Itaqui, dan Santana do Livramento — sebuah bandar yang amat menghargainya kerana di situlah beliau menghabiskan sebahagian besar hidupnya.
Salah satu pencapaian penting dalam hidupnya ialah penubuhan pancaragam Sekolah Santa Teresa di Santana do Livramento. Pancaragam tersebut terdiri daripada 115 alat muzik dan pernah membuat persembahan di Brazil, Uruguay dan Argentina. Beliau turut bekerjasama dalam penubuhan pancaragam terkenal Sekolah Tinggi Pomoli di Rivera, Uruguay — bandar kembar kepada Santana do Livramento.
Sister Inah juga merupakan penyokong tegar pasukan bola sepak Sport Clube Internacional, yang ditubuhkan pada tahun 1909, ketika beliau baru berusia setahun.
Dengan pemergiannya, gelaran orang tertua di dunia menurut LongeviQuest kini dipegang oleh warga Britain, Ethel Caterham, yang berusia 115 tahun dan dilahirkan pada 21 Ogos 1909.
02/05/2025
Artikel : Infosemasa

Mayat mangsa lubang benam akhirnya ditemukan semalam
Tokyo: Satu jasad dipercayai milik pemandu lori berusia 70-an yang hilang selepas kenderaan dipandunya 'ditelan' lubang benam gergasi di Yashio, utara Tokyo, Januari lalu, akhirnya ditemukan semalam.
Lapor Kyodo News, pihak berkuasa wilayah Saitama mengesahkan bentuk menyerupai tubuh manusia ditemukan di dalam kabin lori yang tersangkut dalam paip pembetungan sejauh 30 meter (m) dari lokasi asal kejadian.
Pasukan bomba dan polis dijangka memasuki paip berkenaan seawal 2 Mei bagi menjalankan operasi sepenuhnya selepas ujian menunjukkan tahap gas hidrogen sulfida dan aliran air dalam keadaan selamat.
Insiden tragik itu berlaku pada 28 Januari apabila lubang benam selebar 40 m dan sedalam 15 m terbentuk secara tiba-tiba di persimpangan jalan.
Operasi pencarian terpaksa ditangguhkan pada 9 Februari akibat risiko runtuhan susulan.
Bagaimanapun, kerja-kerja membina laluan pintasan aliran kumbahan berjaya disiapkan pada 24 April lalu, membolehkan usaha menyelamat diteruskan.
Sebuah laluan cerun turut dibina bagi memudahkan pasukan penyelamat mengakses kabin lori itu, selain sebuah terowong menegak untuk kerja-kerja mengangkat menggunakan jentera berat.
Disiarkan pada: Mei 2, 2025 @ 9:30am

10 Maut, Puluhan Cedera dalam Kemalangan Pelbagai Kenderaan di Plaza Tol SCTEX
TARLAC, FILIPINA – Sepuluh orang, termasuk empat kanak-kanak, maut manakala lebih 37 lagi cedera dalam satu kemalangan melibatkan pelbagai kenderaan di Plaza Tol Bandaraya Tarlac di Lebuhraya Subic-Clark-Tarlac (SCTEX) pada hari Khamis.
Menurut Ketua Polis Daerah Tarlac, Leftenan Kolonel Romel Santos, kejadian berlaku apabila sebuah bas merempuh sebuah van yang sedang beratur untuk membuat bayaran di plaza tol tersebut. Akibat pelanggaran itu, van tersebut melanggar sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) kompak di hadapannya, yang seterusnya menghentam sebuah kepala traktor. Kepala traktor itu kemudiannya melanggar satu lagi SUV kompak di barisan pembayaran tol.
Santos berkata kepada GMA News Online bahawa jumlah korban adalah 10 orang dan 37 orang cedera, termasuk empat kanak-kanak yang disahkan maut. Beliau turut membetulkan kenyataan awalnya yang menyatakan 12 orang maut dengan enam daripadanya adalah kanak-kanak.
Hasil siasatan polis mendapati lapan daripada mangsa maut dan seorang cedera adalah dari van, manakala dua maut dan seorang cedera dari SUV kompak. Seramai 35 orang cedera dari dalam bas termasuk pemandu dan konduktornya.
Pemandu bas tersebut telah ditahan oleh pihak polis. Menurut laporan, pemandu itu mengaku tertidur semasa memandu.
Ketua Pejabat Pengurusan Risiko dan Bencana Tarlac, Marvin Guiang, memaklumkan bahawa sepasang suami isteri turut terkorban dalam kejadian tersebut, namun bayi mereka terselamat.
“Daripada dua kenderaan yang terlibat, pemandu van Urvan dan seorang bayi dalam kereta terselamat. Penumpang bas pula hanya mengalami kecederaan ringan,” kata Guiang dalam temu bual bersama stesen radio Super Radyo dzBB.
“Kesan pelanggaran amat dahsyat, para mangsa dalam dua kenderaan yang dihempap remuk sama sekali,” tambah beliau.
Siasatan polis juga mendapati bahawa bas milik Solid North Transit Inc. adalah kenderaan pertama yang merempuh van dalam barisan di plaza tol, menyebabkan kesan domino terhadap kenderaan-kenderaan lain.
“Bas dari Solid North Transit Inc. telah melanggar empat kenderaan yang sedang berhenti untuk membayar tol di plaza tol SCTEX. Bas itu mula melanggar Nissan Urvan, yang kemudian melanggar Kia Sonet, yang kemudiannya melanggar kepala traktor, dan akhirnya kepala traktor melanggar Toyota Veloz,” kata Santos.
Sementara itu, pihak GMA News Online masih cuba mendapatkan kenyataan rasmi daripada syarikat bas tersebut.
Dalam perkembangan berkaitan, Setiausaha Pengangkutan Vince Dizon telah mengarahkan Lembaga Pelesenan dan Pengawalseliaan Pengangkutan Darat (LTFRB) supaya segera mengeluarkan perintah penggantungan terhadap perkhidmatan Solid North Bus berikutan nahas maut tersebut.
Artikel : GMA news

3 maut, kereta terbabas langgar pembahagi jalan
Kuala Lumpur: Tiga lelaki maut dalam kemalangan di Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban arah utara berhampiran susur Balakong, dekat sini, pagi ini.
Kesemua mangsa yang parah serta tersepit dalam kenderaan dikeluarkan pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sebelum disahkan meninggal dunia.
Komander Operasi JBPM Kuala Lumpur, Shahrum Din berkata, pusat gerakan operasi menerima panggilan mengenai kejadian pada 5.57 pagi.
Menurutnya, dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Besi dengan dibantu BBP Bukit Jalil, membabitkan kekuatan 10 anggota, dikejarkan ke lokasi.
"Pasukan bomba tiba di lokasi 10 minit kemudian mendapati kemalangan membabitkan sebuah Toyota Vios yang terbabas melanggar pembahagi jalan di susur keluar lebuh raya berkenaan.
"Terdapat tiga lelaki tersepit dan anggota bomba mengambil masa kira-kira satu jam untuk mengeluarkan kesemua mangsa," katanya dalam kenyataan hari ini.
Shahrum berkata, kesemua mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia yang berada di lokasi.
Beliau berkata, operasi ditamatkan pada 7.29 pagi.
Katanya, kes diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Disiarkan pada: Mei 2, 2025 @ 9:12am
Raja Noraina Raja Rahim
rnoraina@hmetro.com.my

Dua maut motosikal langgar lampu merah
MUHAMMAD AFHAM RAMLIMUHAMMAD AFHAM RAMLI
02 Mei 2025 08:47am
KUALA LANGAT - Dua maut selepas motosikal yang dinaiki melanggar isyarat lampu merah sebelum merempuh sebuah kereta di Kilometer 5, Jalan Banting - Jugra di sini pada Khamis.
Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Akmalrizal Radzi berkata, dalam kejadian kira-kira jam 1.30 petang, siasatan mendapati kemalangan berlaku apabila sebuah kereta jenis Toyota Corolla Altis berhenti di persimpangan kerana lampu isyarat merah.
Katanya, pemandu kereta yang juga eksekutif sebuah syarikat berusia lingkungan 50-an kemudiannya membelok ke kanan apabila lampu isyarat bertukar hijau.
"Bagaimanapun, sebuah motosikal jenis Yamaha Y15ZR yang dinaiki dua individu dari arah bertentangan bergerak terus lalu melanggar sisi kiri kereta itu.
"Pelanggaran tersebut menyebabkan kedua-dua mereka tercampak dan jatuh di atas jalan. Penunggang dan pembonceng mengalami kecederaan parah di kepala," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Beliau berkata, penunggang dan pembonceng terbabit kemudiannya telah dikejarkan ke Hospital Banting.
Menurutnya, kira-kira jam 2.15 petang, pegawai perubatan Hospital Banting mengesahkan bahawa kedua-dua mangsa telah meninggal dunia semasa menerima rawatan.
"Siasatan mendapati penunggang motosikal itu tidak mematuhi isyarat lampu merah ketika kejadian," ujarnya.
Jelasnya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau Pegawai Penyiasat kes, Inspektor Nor Baiti Mustafa di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat di talian 03-3187 2222.
Artikel : Sinar Harian

Aduan Awam
Lg Kes Ulat Masih Hidup Dalam Makanan Di Kedai 23jam Di Parkland..
Walupun Ulat Sayur, Nampak Gayanya Sayur Tidak Dibasuh Sebelum Dimasak..
Kredit ➡️ KHI

Ribut pasir pula melanda Israel
1 Mei 2025, 11:38 pm
TEL AVIV – Ribut pasir teruk melanda Israel semalam ketika angin kencang membadai selatan Israel, lapor saluran berita NDTV.
Rakaman video disiarkan di media sosial menunjukkan awan debu gergasi menyelubungi Gurun Negev dan Beersheba di selatan Israel dengan langit bertukar warna merah jingga.
Media tempatan melaporkan, ribut pasir itu sampai ke sebuah pangkalan tentera Israel di Negev.
Rakaman dikongsi di media sosial menunjukkan askar-askar Israel sukar menutup pagar di sebuah pangkalan tentera kerana angin kencang.
Terdahulu, ahli-ahli meteorologi memberi amaran mengenai angin kencang yang bertiup di selatan Israel.
“Pada siang hari, angin kencang akan melanda, jerebu tebal diramal berlaku malah ribut pasir akan terjadi di selatan Israel.
“Kemuncak gelombang haba ini dijangka berlaku tengah hari ini(semalam)!dengan bacaan suhu antara 36 hingga 38 darjah Celsius,” lapor saluran berita Israel National News, memetik ahli meteorologi, Lior Sudri
Berikutan keadaan cuaca melampau, kerajaan Israel membatalkan majlis bagi meraikan Hari Kemerdekaan Israel yang ke-77. – AGENSI
Artikel : Kosmo Online

Kemalangan di jalan ayer hitam ke simpang renggam dekat hentian sebelah kemeroiyang spg renggam.
02/05/2025
#infosemasa
@infosemasaofficial
02/05/2025
#infosemasa
@infosemasaofficial