INFO SEMASA OFFICIAL
792K subscribers
191K photos
43.1K videos
27 files
24.8K links
Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.
Download Telegram
AMARAN RIBUT PETIR.

Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Perlis • Kedah • Pulau Pinang • Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk dan Hilir Perak) • Pahang (Jerantut, Bentong dan Kuantan) • Negeri Sembilan (Jelebu, Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin) • Melaka • Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang dan Mersing) • Sarawak: Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong (Pusa dan Betong), Sarikei (Pakan dan Julau), Miri (Telang Usan dan Marudi) dan Limbang • Sabah: Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort dan Nabawan) dan Tawau (Tawau) • WP Labuan sehingga 9:00 malam; Isnin, 28 April 2025.

⚡️⚡️⚡️Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir ATAU dijangka berlaku melebihi sejam. Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Dikeluarkan pada: 5:35 petang, 28 April 2025

#ributpetirmetmalaysia
#metmalaysia
#NRES
#MalaysiaMadani
#infosemasa
@infosemasaofficial
Guru m*ut ketika beraksi di litar lumba MIMC

Oleh DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA

MELAKA – Seorang guru m*ut selepas kereta jenis Honda Civic dipandunya terbabas ketika melakukan aksi di Litar Permotoran Antarabangsa Melaka (MIMC) berhampiran Durian Tunggal, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang itu, mangsa yang berusia 48 tahun dan beralamat di Taman Pulai Perdana, Negeri Sembilan disahkan meninggal dunia selepas lima jam dirawat di Hospital Melaka.

Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata, kemalangan dipercayai berlaku ketika mangsa beraksi bagi catatan masa terpantas di Kejohanan Sucimuci Time Attack dianjurkan Sucimuci Motorsport.

“Ketika melalui satu selekoh tajam di litar, kereta dipandu mangsa dipercayai telah hilang kawalan lalu terbabas sendiri ke kiri jalan.

“Akibat kemalangan itu dia yang bekerja sebagai guru sekolah kebangsaan mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia pada pukul 10 malam ketika dirawat di hospital,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, m*yat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Melaka bagi proses bedah siasat dan kes disiasat mengikut Sek 41(1) Akta Pengangkutan 1987.

“Kita masih meneruskan siasatan untuk mengesahkan sama ada nahas ini berpunca daripada kegagalan mangsa mengawal kenderaan atau kelemahan prosedur operasi standard (SOP) daripada pihak penganjur.

“Nahas m*ut di litar ini bukan pertama kali berlaku, justeru kita meminta untuk kedua-dua pihak peserta dan penganjur mengambil langkah berjaga-jaga dalam setiap penganjuran perlumbaan,” ujarnya.

Artikel : Kosmo Online
#infosemasa
@infosemasaofficial
SUV terbabas di kaki lima kedai ubat

SYAMILAH ZULKIFLISYAMILAH ZULKIFLI

28 April 2025 03:57pm

KUALA PILAH – Sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Hyundai Santa Fe terbabas di kaki lima sebuah kedai ubat di Pekan Kuala Pilah di Jalan Yam Tuan Raden, di sini selepas kemalangan dengan Toyota Vios pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintenden Muhamad Mustafah Hussin berkata, siasatan awal mendapati kejadian jam 9.15 pagi itu berlaku apabila pemandu Vios yang sedang bergerak terus tidak sempat mengelak SUV yang keluar dari simpang.

"Akibatnya, SUV itu hilang kawalan lalu melanggar sebuah motosikal dan sebuah lagi kereta yang sedang parkir di hadapan bangunan kedai.

"Kenderaan itu kemudiannya terbabas memasuki kaki lima sebuah kedai ubat di tepi jalan," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Bagaimanapun, kedua-dua pemandu terlibat tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ujarnya, kes disiasat di bawah Peraturan 3(2)(b) Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (LN 166/59) dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Artikel : Sinar Harian
#infosemasa
@infosemasaofficial
Lelaki maut kereta bertembung lori

SHAHRIZAL AHMAD ZAINISHAHRIZAL AHMAD ZAINI

28 April 2025 03:48pm

KULAI - Seorang lelaki maut selepas kereta yang dipandunya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Senai-Seelong di sini, awal pagi Isnin.

Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee berkata, pihaknya menerima laporan mengenai nahas tersebut pada jam 6.10 pagi yang membabitkan sebuah kereta jenis Perodua Kancil dan lori jenis Isuzu.

“Siasatan awal pihak polis mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila lori jenis Isuzu dipandu lelaki warga tempatan berusia 54 tahun sedang membelok masuk ke Simpang Kempas.

“Bagaimanapun, lori tersebut kemudiannya bertembung dengan sebuah kereta yang datang dari arah bertentangan," katanya.

Seng Lee berkata, akibat pertembungan itu, pemandu kereta, seorang lelaki berusia 42 tahun, mengalami kecederaan parah di bahagian badan dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes kemalangan ini boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Mohamad Firdaus Mustaffa di talian 011-26081008, bagi membantu siasatan," katanya.

Artikel Sinar Harian
#infosemasa
@infosemasaofficial
HEBAHAN KESAN ORANG HILANG

Hebahan kepada umum bagi membantu pihak polis mengesan orang hilang bersangkut kes Sg.Senam Report :2880/25
Butir-butir orang hilang adalah seperti berikut:

Nama : Nur Darwisyah Aina Binti Mohamad Farid
Umur : 14 Tahun 7 bulan
Alamat: No.14 Persiaran Puncak Jelapang 8, Puncak Jelapang Maju 30020 Ipoh Perak.

Sebarang maklumat boleh disalurkan terus kepada Penolong Pegawai Kes, SI Mastiah binti Itam di talian 012-5687579 atau 05-2451500 Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh atau mana-mana balai polis berhampiran.Terima kasih.

#infosemasa
@infosemasaofficial
Kemalangan melibatkan maut di jalan dato yu neh huat, sri manjung berhampiran speed mart pagi tadi.

#srimanjung
#infosemasa
@infosemasaofficial
TARIKH: 28 APRIL 2025

KEJADIAN KEMALANGAN MAUT MELIBATKAN DUA BUAH M/SIKAL DAN TIGA BUAH M/KAR DI KM 1.6 LEBUHRAYA UTARA SELATAN, JOHOR BAHRU.

PADA 28 APRIL 2025, JAM LEBIH KURANG 0625 PAGI, TELAH BERLAKU SATU KEMALANGAN MAUT YANG MELIBATKAN (2) BUAH M/SIKAL DAN (3) BUAH M/KAR HINGGA MENYEBABKAN KEMATIAN DI KM 1.6 LEBUHRAYA UTARA SELATAN HALA PUSAT BANDAR.

HASIL SIASATAN DIPERCAYAI KEJADIAN BERLAKU APABILA MANGSA SEORANG LELAKI TEMPATAN BERUSIA 23 TAHUN MENUNGGANG M/SIKAL JENIS HONDA WAVE DARI KEMPAS HENDAK KE ARAH JOHOR BAHRU. APABILA SAMPAI DI TEMPAT KEJADIAN TELAH HILANG KAWALAN DAN TERBABAS SENDIRI LALU TERJATUH DI LORONG KANAN. KEMUDIAN, SEORANG LELAKI TEMPATAN BERUSIA 33 TAHUN PENUNGGANG M/SIKAL JENIS YAMAHA XMAX DAN PEMANDU M/KAR JENIS TOYOTA VIOS SAMPAI DILOKASI LALU BERHENTI DI LORONG TENGAH DAN KANAN UNTUK MEMBANTU MANGSA. NAMUN M/KAR TOYOTA VIOS TELAH DILANGGAR OLEH PEMANDU M/KAR HONDA CITY DARI ARAH BELAKANG.

SEMASA PEMANDU M/KAR TOYOTA VIOS DAN HONDA CITY MENGALIHKAN KENDERAAN KEHADAPAN UNTUK MEMBOLEHKAN PENUNGGANG YAMAHA XMAX UNTUK MEMBANTU MANGSA. TIBA-TIBA TELAH SAMPAI M/KAR JENIS SUBARU IMPREZA DIPANDU LELAKI WARGANEGARA SINGAPURA YANG BERGERAK DI LORONG KANAN TIDAK SEMPAT MENGELAK LALU TERLANGGAR MANGSA YANG SEDANG TERBARING ATAS JALAN RAYA SERTA MELANGGAR PENUNGGANG M/SIKAL YAMAHA XMAX, M/KAR TOYOTA VIOS DAN M/KAR HONDA CITY.

MANGSA PENUNGGANG M/SIKAL HONDA WAVE TELAH DISAHKAN MENINGGAL DUNIA DITEMPAT KEJADIAN. MANAKALA PENUNGGANG M/SIKAL YAMAHA XMAX PULA TELAH MENGALAMI KECEDERAAN PATAH KAKI KANAN DAN SEDANG MENERIMA RAWATAN DI ZON KUNING HOSPTAL SULTANAH AMINAH JOHOR BHARU. DALAM KEJADIAN INI, KESEMUA PEMANDU M/KAR YANG TERLIBAT TIDAK MENGALAMI APA-APA KECEDERAAN SERIUS.

SIASATAN DIJALANKAN DIBAWAH SEK. 41(1) AKTA PENGANGKUTAN JALAN 1987. PIHAK POLIS MENASIHATKAN KEPADA PENGGUNA JALAN RAYA TERUTAMA PENUNGGANG M/SIKAL AGAR LEBIH BERHATI-HATI DAN FOKUS SEMASA MENUNGGANG UNTUK MENGELAKAN DARI BERLAKU KEMALANGAN JALAN RAYA. PIHAK POLIS JUGA MEMOHON SAKSI AWAM YANG MELIHAT KEJADIAN TERSEBUT AGAR TAMPIL KE BALAI TRAFIK JOHOR BAHRU SELATAN UNTUK MEMBERI KETERANGAN KEPADA PIHAK POLIS ATAU BERHUBUNG DENGAN PEGAWAI PENYIASAT INSP MOHD ZULPAKA BIN BAMBO DI TALIAN 014-8861791.

#infosemasa
@infosemasaofficial
Notis Orang Hilang

Lelaki ini pada hari Rabu telah membawa anak saudara saya pergi! Polis juga ada gambar rakaman lelaki ini! Hari ini anak saudara saya hilang!!! Keluarga kami syak lelaki ini sekali lagi membawa dia pergi... Kami dapat maklumat lelaki ini mahu melarikan diri... nombor telefonnya juga tidak dapat dihubungi... pergi ke rumahnya juga tiada orang... Mohon sesiapa yang ternampak lelaki ini tolong buat laporan polis.

Maklumat Orang Hilang:

Nama: Yi Xuan

Umur: 15 tahun

Alamat rumah: Jalan Murni (Long Town), Batu Pahat

Waktu Hilang: Pagi ini jam 7:00

Situasi: Dia seorang diri melarikan diri dari rumah, membawa telefon bimbit tetapi tidak menjawab panggilan.

Pakaian/ Ciri-ciri: Baju kuning, skirt jeans biru, berambut panjang, memakai cermin mata.

Nombor untuk Dihubungi:

Datuk perempuan: 016-7849778

Ibu perempuan: 011-1099 5864

Telah membuat laporan Polis

#BatuPahat #OrangHilang
#infosemasa
@infosemasaofficial
[inbox]
Bismillahirahmanirahim & Assalamualaikum

ORANG HILANG

Nama : NURUL HIDAYAH BINTI ABDUL RAHMAN & MUHAMMAD AQILL FIRASH
Umur : 35 tahun & 2 tahun
Lokasi Terakhir : 10 am (Area Jalan Sukun 28B,Lanang Sibu)
No. Plate motosikal : QRP 2051 (YSUKU R)

Dr semalam keluar menggunakan motosikal bw anak tanpa membawa baju dan susu. Madah ngn laki nak berjalan sekejap ajak tapi smpe ke jam kinek belum ada khabar berita. Telefon yg digunakan tidak dpt dihubungi. Minta jasa warga fb kali ada nampak nya boleh inform kepada kami. Puas dh suami nya mencari d rumah rakan taulan dan sanak saudara tapi gagal di jumpai. Report polis akan menyusul. Kinek x dpt buat report sebab blm smpe 24 jam.

Boleh hubungi no dibawah andai ada information berkaitan

Nurul Akma (kakak) 0146883250
Nurul Fadilah (kakak) 0142090356
Nurul Faizah (kakak) 0132813774
Farish (suami dayah) 0136458947

Sumber Info Sibu
#infosemasa
@infosemasaofficial
#OPERASI

28 APRIL 2025 | ISNIN

PENCARIAN ORANG HILANG (SAR) | SEPILOK LAUT, RDC

Pada pukul 1345H, PKOD Sandakan menerima panggilan dari IPD Sandakan mengenai kes orang sesat di hutan, pengadu tersebut memberitahu 2x mangsa telah sesat di hutan Sepilok Laut Sandakan semasa membuat aktiviti hiking.

PKOD Sandakan terus bergerak ke Sepilok dan, Setiba di lokasi pihak Polis memberitahu Ranger RDC telah menemui 2x Orang pelancong di Jeti RDC.

#APMsandakan
#infosemasa
@infosemasaofficial
27/04/2025 @ AHAD
KEMALANGAN JALAN
RAYA
SMK PEKAN
04x ANGGOTA
01x AMBULANS CC214

#APMpekan
#infosemasa
@infosemasaofficial
SELANGAU, 28 April – Sebuah kenderaan pacuan empat roda terbabit dalam kemalangan kendiri di Lebuhraya Pan Borneo, Jalan Sibu-Bintulu, petang tadi.

Pusat Gerakan Operasi Bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 6.39 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tatau dikerahkan ke lokasi.

Seorang mangsa berjaya keluar sendiri dari kenderaan, manakala dua lagi mangsa dilaporkan tersepit dan memerlukan bantuan pasukan penyelamat.

Operasi menyelamat sedang dijalankan.

Kredit ➡️ Sarawak Edition

#infosemasa
@infosemasaofficial
Warga emas maut dalam kemalangan motosikal dan kereta di Sarikei

SARIKEI: Seorang lelaki warga emas maut selepas motosikal jenis Yamaha Lagenda yang ditungganginya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta jenis Toyota Vios di Kilometer 431 Jalan Betong-Sarikei-Meradong, berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Paoh, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah (KPD) Sarikei, Superintenden Aswandy Anis berkata, dalam kejadian sekitar 8.30 pagi, mangsa yang berumur 61 tahun, meninggal dunia di tempat kemalangan akibat kecederaan parah di kepala dan kaki kiri, manakala pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Kemalangan berlaku apabila kereta yang dipandu seorang wanita dari Sesang sedang dalam perjalanan menuju ke Sibu melalui jalan lurus, apabila sampai di di tempat kejadian, tiba-tiba ada sebuah motosikal yang ditunggang oleh mangsa keluar dari pembahagi jalan berhadapan SK Sungai Paoh di laluan kanan menuju ke Jakar.

“Perlanggaran berlaku pada bahagian hadapan kereta dan pada bahagian kiri motosikal,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kemalangan pada 8.26 pagi oleh pihak perubatan Hospital Sarikei yang tiba di lokasi tersebut.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berpunca daripada kecuaian motosikal yang dalam proses keluar dari pembahagi jalan di kawasan yang sibuk.

“Namun siasatan lanjut masih dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Kedua-dua kereta dan motosikal mengalami kerosakan teruk di bahagian hadapan dan belakang,” kayanya.

Tambahnya, pihak polis menyeru agar mana-mana orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Ahmad Mustaqim Idris di talian 010-4427240 atau mana-mana balai polis berhampiran.

“Semua pengguna jalan raya dinasihatkan supaya lebih berhati-hati semasa memandu bagi memastikan keselamatan diri dan pengguna jalan raya yang lain terjaga,” katanya lagi.

Oleh Earl Anek

Kredit ➡️ Utusan Sarawak

#infosemasa
@infosemasaofficial
Kesalahan Jenayah untuk kerja-kerja Pembinaan Cafe Gua Sami.

Menjadi satu kesalahan merosakkan warisan semula jadi (Geopark) walaupun hanya mengecat stalaktit atau stalagmit - tetap salah di sisi undang-undang di bawah AKTA WARISAN KEBANGSAAN 2005 (Akta 645).

1. Mengubah Struktur Asli
•Cat menutupi permukaan asal batu kapur.
•Cat juga menyekat proses semula jadi pembentukan mineral (kalsium karbonat) daripada titisan hujan dan mengganggu pertumbuhan stalaktit/stalagmit baru.

2. Kesan Kimia

•Cat biasanya mengandungi bahan kimia berasid atau pelarut yang boleh menghakis lapisan batu kapur. •Lama-kelamaan, ini boleh merosakkan atau menghancurkan struktur dalaman formasi tersebut.

3. Merosakkan Nilai Saintifik dan Estetik
•Stalaktit dan stalagmit adalah rujukan penting kepada ahli geologi dan saintis untuk kajian iklim purba (paleoklimatologi).
•Mengecat akan menghilangkan ciri asal seperti warna semula jadi, stratifikasi, tekstur permukaan — menyebabkan ia hilang nilai saintifik.

Merujuk kepada :
Akta Warisan Kebangsaan 2005, Seksyen 62.

Mana-mana orang yang mengubah atau merosakkan warisan semula jadi tanpa kebenaran adalah melakukan kesalahan jenayah.

“Mengubah” = termasuk mengecat, melukis, mencemarkan, menukar bentuk asal.

Hukuman:
• Denda maksimum RM50,000, atau
• Penjara maksimum 5 tahun, atau
• Kedua-duanya sekali.

Rujukan Utama:

Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645)

Bahagian VII – Perlindungan Warisan Semula Jadi
(Ini bahagian yang betul-betul kena-mengena.)

Seksyen 61 hingga 66 mengawal Warisan Semula Jadi.


Stalaktit dan stalagmit adalah warisan geologi yang mengambil ribuan hingga ratusan ribu tahun untuk terbentuk.

•Sebab 1 inci stalaktit/stalagmit mungkin ambil 1,000 tahun nak tumbuh.
•Kalau rosak, bukan setakat kena tunggu seribu tahun untuk ganti, kadangkala langsung tak boleh pulih sebab aliran air mineral dah berubah.

Mengharapkan sesiapa yang terlibat lebih peka dengan perkara ni. Saya boleh pejam mata berkaitan idea parking berpalang untuk menjadikan Perlis negeri “berDigital” tanpa menggunakan “apps” seperti flexi parking. Tapi untuk matlamat Perlis Geopark untuk terus maju kearah Geopark Antarabangsa setanding dengan jirannya seperti Langkawi Dan Satun, mungkin agak berat kalau nilai seperti ini pun tak boleh dipantau.

Kepada geoguide Perlis, kalau sayangkan geotapak anda, buat laporan polis dan hantarkan surat berserta laporan polis ke jabatan yang terlibat supaya tindakan makamah boleh dibuat.

Sekian.
Bersuara mewakili rakyat perlis yang marhaen.

Gambar by saudara Hal Lim.

#infosemasa
@infosemasaofficial
Pasangan warga Perancis ditemui selamat selepas sesat di Sandakan

28 April 2025, 8:53pm

SANDAKAN: Sepasang suami isteri warga Perancis ditemui selamat selepas tersesat ketika melakukan aktiviti ‘hiking’ di Rainforest Discovery Centre (RDC), di sini, hari ini.

Santarelli Antolne Pierre, 36, dan isterinya Girodet Charlene, 36, dilaporkan sesat pada jam 1.24 tengah hari.

Pasangan itu ditemui renjer RDC yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) pada jam 3.08 petang.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sabah berkata, pihaknya sebelum itu menerima panggilan kecemasan mengenai pasangan itu yang sesat di hutan.

“Pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan bersama renjer RDC bergegas ke lokasi mangsa yang terletak kira-kira tujuh kilometer dari pintu masuk menggunakan jalan darat,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, pasangan itu akhirnya ditemui oleh renjer RDC yang turut menyertai operasi itu dengan menggunakan bot melalui jalan laut.

“Kedua-dua mangsa dilaporkan berada dalam keadaan selamat. Mereka kemudian dibawa ke Kampung Bambangan melalui jalan laut kerana jaraknya yang lebih dekat iaitu dua kilometer berbanding menggunakan jalan darat,” jelasnya.

Setelah itu, pasangan berkenaan dibawa kembali ke RDC menaiki kenderaan Jabatan Perhutanan untuk tindakan lanjut.

Artikel : Buletin Tv3
#infosemasa
@infosemasaofficial
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
OKT lari dari tahanan polis berjaya diberkas semula selepas empat jam lolos

IPOH – Seorang lelaki yang merupakan orang kena tahan (OKT) berjaya ditahan semula selepas empat jam melarikan diri dari tahanan polis dalam kejadian di Bagan Datuk, pada Ahad.

Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin berkata, suspek terbabit bertindak melarikan diri daripada perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bagan Datuk dalam keadaan bergari dan memakai pakaian lokap.

Menurutnya, susulan kejadian itu polis melancarkan Op Tutup dan Op Kesan bagi mengesan suspek berusia 27 tahun yang dipercayai terlibat aktif dalam kes samun sekitar Perak.

“Dalam kejadian kira-kira jam 4.15 petang itu, OKT bertindak menolak anggota polis yang mengiringnya ke lokap dan telah melarikan diri dengan memanjat pagar ke arah jalan besar sebelum menghilangkan diri ke kawasan perumahan berdekatan.

“Bagaimanapun, polis berjaya menahan semula OKT yang meloloskan diri dalam satu operasi kesan yang diaktifkan di sebuah taman perumahan di Hutan Melintang dalam tempoh kurang 24 jam,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 223 / 224 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara selama tempoh boleh sampai dua tahun dan dikenakan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Artikel ➡️ MG Perak

#infosemasa
@infosemasaofficial
31 mangsa hilang tempat tinggal, 8 rumah terbakar

ADILA SHARINNI WAHIDADILA SHARINNI WAHID

28 April 2025 08:53pm

KOTA BHARU – Seramai 31 mangsa daripada lapan keluarga hilang tempat tinggal selepas lapan rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Kijang di sini petang semalam.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 4.48 petang.

Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pengkalan Chepa, Kota Darul Naim, Kota Bharu serta Pasukan Bomba Sukarela Kota Jembal segera dikejarkan ke lokasi.

Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai JBPM Kelantan, Penguasa Bomba Mohd Farid Ismail berkata, pasukannya tiba di lokasi pada jam 5.02 petang namun berdepan kesukaran disebabkan kesesakan lalu lintas dan laluan sempit.

“Operasi pemadaman membabitkan 35 anggota bersama enam jentera, termasuk satu water tanker. Api berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 6.20 petang," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Beliau berkata, sebuah lagi rumah yang turut terjejas hanya mengalami kerosakan kecil sekitar 10 peratus.

Menurutnya, struktur rumah yang rapat, cuaca panas dan tiupan angin kuat menjadi faktor api merebak dengan pantas, ditambah pula kebanyakan rumah terbabit adalah binaan separuh kekal dan kayu.

"Syukur, tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan, dan semua mangsa sempat menyelamatkan diri," katanya.

Punca kejadian masih dalam siasatan Unit Forensik Bomba.

Artikel : Sinar Harian
#infosemasa
@infosemasaofficial
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Video tular kejadian ragut dikatakan berlaku di Kampung Pandan, Kuala Lumpur.

Sumber ➡️ Media sosial

#infosemasa
@infosemasaofficial