INFO SEMASA OFFICIAL
790K subscribers
200K photos
44.8K videos
27 files
26K links
Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.
Download Telegram
Penganggur bunuh bakal isteri sedang hamil gara-gara dituduh curi wang

MARLISSA MOHAMMAD KAMAL
04 Jun 2025 07:00am

BANDAR LAMPUNG - Seorang penganggur tergamak membunuh kejam bakal isterinya yang sedang hamil dua bulan dalam kejadian menggemparkan pada akhir minggu lalu.

Pelaku dikenali sebagai SN, 18, dari Kampung Tri Darma Wira Jaya, Kecamatan Banjar Agung, Tulangbawang, Lampung di Indonesia didakwa melakukan pembunuhan terancang terhadap TS, 27.

"Jasad mangsa ditemui di kawasan kebun ubi kayu. SN mengakui perbuatannya dan mendakwa dia berang kerana dituduh mengambil wang TS berjumlah 80 juta rupiah (RM20,834)," ujar jurucakap polis di Mapolres Tulangbawang.

Difahamkan, pihak berkuasa masih menunggu keputusan autopsi dari Rumah Sakit Bhayangkara Polda Lampung.

Pemeriksaan awal mendapati terdapat kesan kelaran senjata tajam pada leher mangsa.

Jika disabit bersalah, SN boleh dihukum penjara seumur hidup atau tempoh maksimum sehingga 20 tahun. - Agensi

Artikel : Sinar Harian
#infosemasa
@infosemasaofficial
Kes kelar isteri: Suspek meraung, bertakbir dalam lokap

Alias Abd Rani
am@hmetro.com.my

Tangkak: Suspek yang mengelar isteri hingga maut petang kelmarin, beberapa kali bertakbir serta beristighfar ketika ditempatkan sementara dalam tahanan lokap Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Tindakan itu dilakukan suspek berusia 33 tahun itu ketika menunggu proses reman pada 8.30 pagi.

Sebelum itu, suspek kelihatan tenang, namun tidak lama kemudian, kedengaran lelaki meraung dengan kuat selain turut melaungkan takbir "Allahuakbar" serta beberapa zikir lain selama hampir seminit.

Dalam kejadian itu, suspek disyaki mengelar isteri menggunakan pisau pemotong sayur sebelum meninggalkan wanita itu di rumahnya di Taman Cahaya, Bukit Gambar.

Lebih menyedihkan, wanita itu ditinggalkan dalam keadaan dibaluti selimut tebal (toto) sebelum ke rumah ibu mentuanya pada pagi keesokan hari untuk membakar rumah dan kenderaan.

Sumber berkata, selepas kejadian itu, suspek juga sempat menghubungi abang ipar (suami kepada kakaknya) bagi meminta bantuan menghantarnya ke balai polis berhampiran.

Ketika di balai polis, suspek membuka mulut dengan menceritakan kejadian sebenar sebelum dia dibawa ke rumahnya untuk menunjukkan mayat isterinya.

"Suspek mendirikan rumah tangga dengan mangsa sejak tiga tahun lalu, namun tidak dikurniakan cahaya mata. Kejadian itu berlaku tanpa disedari mana-mana jirannya.

"Sebelum kejadian, suspek memberitahu dia bertengkar dengan mangsa dengan berakhir dengan kematian menyedihkan," katanya.

Katanya lagi, sebelum ini, hubungan suspek dengan mangsa sangat baik, namun sejak beberapa bulan lalu, berlaku perubahan hingga kerap bergaduh.

"Suspek tidak bekerja, manakala isteri kerana di sebuah kilang," katanya.

Terdahulu, Mahkamah Majistret Tangkak membenarkan tempoh reman tujuh hari terhadap suspek bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 dan 435 Kanun Keseksaan.

Disiarkan pada: Jun 4, 2025 @ 10:29am

Artikel : Harian Metro
#infosemasa
@infosemasaofficial
Gambar Seragam Tentera Ditayang Dalam Kelab Malam

Oleh M. Hafizal
Pada 04/06/2025

Satu gambar anggota tentera berpakaian seragam rasmi yang ditayangkan dalam sebuah kelab malam di Kuala Lumpur jadi perhatian selepas viral di Tik Tok.

Gambar tersebut dipercayai berlatarbelakangkan logo Kor Jurutera dan dipaparkan dalam skrin utama di dalam kelab berkenaan.

Siasatan pihak berkuasa berjaya mengesan identiti lelaki berkenaan sebagai 1219*** Pbt Nor Aiman Hakimi bin Abdul Hafiz, dari pasukan 7 Skn RAJD, Kem Desa Pahlawan, Kelantan.

Dia ketika itu sedang berkursus Jurutera Tempur Kelas 1 di Institut Kejuruteraan Medan Tentera Darat (IKEM).

Gambar tersebut mula dikesan sekitar jam 8 malam pada 2 Jun 2025. Tidak lama selepas itu, pihak CPK Kluang berjaya mengesan suspek pada jam 11 malam dan terus menahannya di hadapan bangunan Cawangan Hal Ehwal Penuntut (CHEP), ІКЕМ.

Pemeriksaan lanjut dilakukan dan anggota dibawa ke pejabat untuk siasatan.

Menurut kenyataan anggota, tayangan gambar itu dibuat sempena ulang tahun perkenalan dengan kekasihnya yang merupakan seorang lelaki yang telah menukar jantina kepada perempuan.

Siasatan turut mengesahkan bahawa semasa kejadian, anggota berkenaan sedang dalam cuti hujung minggu bermula 30 Mei sehingga 2 Jun 2025.

Turut disita dalam siasatan ialah sebuah telefon bimbit iPhone 11.

Artikel : Oh Media
#infosemasa
@infosemasaofficial
Pagi tadi, satu kemalangan maut berlaku di Jalan Tun Dr Awang (Bukit Ayun) melibatkan sebuah kereta berwarna putih dan sebuah motosikal.

Pemandu kereta disahkan maut di tempat kejadian, manakala penunggang motosikal mengalami kecederaan dan telah dibawa ke Hospital Besar (GH) untuk rawatan lanjut.

#penangkini
#infosemasa
@infosemasaofficial
JOHOR 04/06/2025.

Penunggang motosikal maut kemalangan dengan lori dekat Tol Kempas, Johor Bahru.

Sumber ➡️ Media sosial
#infosemasa
@infosemasaofficial
Detik cemas 12 penumpang, bas ekspres terbabas, langgar pembahagi jalan di Kesas

Nur Alif Hazmi Suffian
am@hmetro.com.my

Subang Jaya: Seramai 12 penumpang berdepan detik cemas apabila bas ekspres dinaiki mereka terbabas dan melanggar besi pembahagi jalan di Kilometer 35.8 Lebuhraya Shah Alam (Kesas), kelmarin.

Dalam kejadian jam 9.30 malam itu, bas ekspres dalam perjalanan dari Terminal Bas Seksyen 17, Shah Alam ke Pasir Gudang, Johor.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berpunca daripada tindakan sebuah kenderaan yang memotong dari lorong kanan ke kiri secara mengejut.

"Tindakan itu menyebabkan pemandu bas hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar besi pembahagi jalan.

"Seorang penumpang mengalami kecederaan ringan," katanya.

Menurutnya, usaha sedang dijalankan untuk mengesan kenderaan terbabit dan siasatan lanjut masih diteruskan.

Disiarkan pada: Jun 4, 2025 @ 11:41am

Artikel : Harian Metro
#infosemasa
@infosemasaofficial
Kemalangan di jalan lama bau - Kuching, dekat tanjung durian malam tadi. Tiada maklumat lanjut didapati mengenai kemalangan ini.

04/06/2025
#infosemasa
@infosemasaofficial
Tempoh tahanan Eda Ezrin, suami bersama 4 rakan dilanjut hingga 6 Julai

KOTA BHARU: Penahanan penyanyi dikir barat yang popular dengan lagu Bea Soba Bea, Eda Ezrin, suami dan empat rakan dilanjut sehingga 6 Julai depan.

Memetik Apa Khabar TV, Mahkamah Wilayah Narathiwat sekali lagi meluluskan permohonan pendakwa raya untuk melanjutkan tempoh memfailkan rayuan terhadap keputusan pembebasan Eda Ezrin, suami dan empat rakan mereka, atas tuduhan bersama memiliki 6,059 biji pil methamphetamine.

Susulan itu, Eda Ezrin atau nama penuhnya Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail, 30; suaminya, Mohd Affendi Ahmad, 35; serta rakan mereka, Eridieka Mohd Noor, 33; Mohamad Alif Deraman, 33; Nur Aida Mamat, 33; dan Zuhaira Nasrin, 26, akan terus ditahan di Penjara Pusat Narathiwat sehingga 6 Julai depan.

Jurucakap mahkamah berkata, pendakwa raya mengemukakan permohonan lanjutan itu pada 30 Mei lalu.

"Ini adalah kali keempat mahkamah membenarkan permohonan pendakwa raya bagi melanjutkan tempoh memfailkan rayuan sejak mahkamah membebaskan semua tertuduh pada 6 Mac lalu.

"Mengikut undang-undang Thailand, pendakwa raya dibenar mengemukakan empat kali permohonan bagi melanjutkan tempoh memfailkan rayuan," katanya.

Media sebelum ini melaporkan, pada 6 Mac lalu, mahkamah yang bersidang selama tiga hari iaitu 11, 13 dan 14 Februari membebaskan Eda Ezrin; suaminya dan empat rakan daripada tuduhan secara bersama memiliki untuk menjual 6,059 biji pil methamphetamine.

Bagaimanapun, mereka kekal di penjara kerana mahkamah membenarkan permohonan pendakwa raya untuk melanjutkan tempoh memfailkan rayuan terhadap Eda, suami dan empat rakannya itu.

Oleh Hidayatidayu Razali
Jun 4, 2025 @ 2:46pm
Kredit ➡️ Berita Harian
#infosemasa
@infosemasaofficial
Kedai jam berusia 70 tahun di Kota Bharu terpaksa tutup, tiada pewaris

Kota Bharu: Sebuah kedai jam yang menjadi sebahagian daripada sejarah bandar ini sejak lebih 70 tahun lalu bakal menutup tirainya hujung bulan ini, menandakan berakhirnya satu legasi perniagaan keluarga yang tidak lagi disambung generasi seterusnya.

Pasangan warga emas, Mah Weng Kiong, 83, dan isterinya, Tan Siew Wan, 75, yang mengusahakan perniagaan itu sejak empat dekad lalu di Jalan Tok Hakim sebelum berpindah ke Jalan Buluh Kubu, terpaksa mengambil keputusan menamatkan operasi selepas tiada ahli keluarga mahu meneruskannya.

Menurut Weng Kiong, perniagaan itu diwarisi daripada mendiang bapa mentuanya, Mah Ju Hoi dan kemudian diteruskan oleh anak keduanya, Mah Kwong Chuang, 46.

"Bagaimanapun, kami terpaksa menutup kedai yang sudah beroperasi lebih setengah abad berikutan Kwong Chuang akan mengusahakan perniagaan sendiri dan keputusan untuk menutup kedai jam ini dibuat pada bulan Februari lalu.

"Saya sebenarnya berat hati untuk menutup kedai ini kerana sayangkan pelanggan setia yang sudah dianggap sebagai adik-beradik, malah mereka juga adalah pelanggan tetap yang datang membeli jam daripada beberapa generasi," katanya ketika ditemui di premisnya di Jalan Buluh Kubu.

Katanya, penutupan kedai jam yang diusahakannya itu tular di media sosial selepas dimuat naik oleh seorang pempengaruh sejak dua hari lalu, menyebabkan ramai pelanggan dari dalam dan luar Kelantan menyerbu untuk membeli jam pelbagai jenama popular dengan tawaran separuh harga.

"Bermula 10 pagi sudah ada pelanggan yang setia menanti termasuk pelanggan tetap yang terkejut dengan keputusan penutupan kedai ini dan pada masa sama mereka mengambil peluang membeli jam berjenama dengan tawaran harga istimewa.

"Sehingga kini sudah banyak jam yang terjual pada harga yang sangat murah. Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada pelanggan yang sentiasa memberi sokongan sepanjang kami mengusahakan perniagaan ini," katanya.

Sementara itu, pelanggan tetap, Junaidah Husin, 73, berkata, kedai jam itu sudah sebati dengan keluarganya sejak dari dulu lagi disebabkan kemesraan pasangan suami isteri berkenaan.

"Kami juga percaya kepada pasangan suami isteri ini ketika berurusan kerana mereka jujur memberikan maklumat yang sebenar mengenai jam yang rosak dan terus membaikinya di hadapan pelanggan.

"Sebelum ini, saya memang selalu mencadangkan kepada rakan dan saudara-mara untuk membeli dan membaiki jam di sini, selain sikap profesional mereka turut disenangi pelanggan," katanya.

Katanya, untuk kali terakhir dia membeli beberapa utas jam tangan dan yang paling mahal berharga lebih RM4,000, namun menerima diskaun separuh harga.

Disiarkan pada: Jun 4, 2025 @ 2:56pm
Hazira Ahmad Zaidi
am@hmetro.com.my
Kredit ➡️ Harian Metro
#infosemasa
@infosemasaofficial
Penunggang motorsikal maut selepas terbabit kemalangan jalanraya dengan seorang penunggang basikal di lebuhraya Tun Lim Chong Eu. Berhampiran susur Npark Batu uban, pulau pinang pagi tadi.

04/06/2025
#infosemasa
@infosemasaofficial
Pemandu BMW maut, motosikal remuk dalam nahas awal pagi

Oleh SAFINA RAMLI
4 Jun 2025, 1:20 pm

BALIK PULAU: Seorang lelaki maut selepas kereta jenis BMW yang dipandunya dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh sebuah motosikal di Bukit Ayun, Bayan Lepas di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.07 pagi itu, mangsa yang berusia 29 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas tercampak beberapa meter dari lokasi perlanggaran.

Sementara itu, penunggang motosikal jenis Yamaha berusia 24 tahun pula dilaporkan mengalami kecederaan parah dan telah dihantar ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, Mohamad Shoki Hamzah berkata, terdahulu, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu sebelum menggerakkan sepasukan anggota penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bayan Baru ke lokasi.

”Operasi menyelamat yang melibatkan dua mangsa iaitu pemandu kereta dan penunggang motosikal itu diketuai oleh Komander Operasi, Mohamad Hirman Mat Rodzi

”Penunggang motosikal mengalami kecederaan serius manakala pemandu kereta disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM) yang berada di lokasi. Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya di sini, hari ini.

Tambah Mohd. Shoki lagi, operasi tamat sepenuhnya kira-kira pukul 4.38 pagi.

Artikel : Utusan Online
#infosemasa
@infosemasaofficial
OP TARING WAWASAN KELANTAN - RAMPASAN ROKOK SELUDUP

TANAH MERAH 3 JUN 2025 - Batalion 9 PGA bersama JSJ IPD Tanah Merah berjaya menumpaskan kegiatan penyeludupan rokok apabila membuat serbuan di sebuah rumah kosong atas maklumat penyeludupan di Kg Pelain, Batu Gajah, Tanah Merah pada jam 3 petang di Op Taring Wawasan Kelantan di sini.

Hasil pemeriksaan terdapat 10,000 batang rokok putih ditemui di dalam rumah tersebut. Rokok-rokok ini dipercayai untuk dijual ke pasaran tempatan. Anggaran nilai rampasan keseluruhan mencecah RM 18,700.00 dan kes disiasat dibawah Sek 135(1)(e) Akta Kastam 1967. Hasil rampasan diserahkan ke JSJ IPD Pasir Mas untuk tindakan selanjutnya.

Pasukan Gerakan Am akan terus mempergiatkan usaha bagi mengekang kegiatan penyeludupan rokok dari terus berleluasa di sempadan negara.

Sumber : Briged Tenggara PGA
#infosemasa
@infosemasaofficial
OP TARING WAWASAN KELANTAN - RAMPASAN BERAS SELUDUP

PASIR MAS 3 JUN 2025 - BN 9 PGA berjaya menumpaskan kegiatan penyeludupan beras yang dikesan di Kg Gaong Lati pada jam 7.30 pagi apabila menahan sebuah kenderaan dalam keadaan mencurigakan semasa melakukan rondaan dalam Op Taring WAWASAN Kelantan di sini.

Suspek melarikan diri dengan meninggalkan kenderaan di tepi jalan. Hasil pemeriksaan mendapati terdapat 622 Kg beras Thailand pelbagai jenis anggaran nilai RM 2,488.00 di temui dalam kenderaan dan disyaki terlibat dalam kegiatan penyeludupan. Kes disiasat dibawah Seksyen 20 Akta Kawal Selia Padi dan Beras 1994. Hasil rampasan diserahkan ke KSPBN Kelantan untuk tindakan selanjutnya.

Pasukan Gerakan Am akan terus mempergiatkan usaha bagi mengekang kegiatan penyeludupan dari terus berleluasa di sempadan negara.

Sumber : Brided Tenggara PGA
#infosemasa
@infosemasaofficial
OP TARING WAWASAN KELANTAN - RAMPASAN TUMBUHAN

RANTAU PANJANG 3 JUN 2025 - Batalion 8 PGA berjaya merampas tumbuhan apabila menahan sebuah lori dalam keadaan mencurigakan di Jalan kg Kedap pada jam 12.10 tengah malam semasa menjalankan tugas dalam Op Taring WAWASAN Kelantan di sini.

Hasil pemeriksaan mendapati 9000 anak pokok durian Black Thorn dan 9 pokok jenis Cycas ditemui di dalam lori tersebut dan disyaki diseludup masuk dari Thailand. Pemandu seorang lelaki melayu berumur 26 tahun dipercayai menjadi penghantar tanaman tersebut ke sebuah nurseri di Muar, Johor. Anggaran nilai rampasan bernilai RM 1.05 juta termasuk lori dan kes disiasat dibawah Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 (Akta167) Seksyen 5. Suspek dan barang rampasan diserahkan kepada Jabatan Pertanian Kota Bharu untuk tindakan selanjutnya.

Sumber : Briged Tenggara PGA
#infosemasa
@infosemasaofficial
Selepas 70 tahun, kedai jam Swee Hing di Kota Bharu akhirnya tutup operasi

Oleh Hazira Ahmad Zaidi
Jun 4, 2025 @ 3:09pm

KOTA BHARU: Sebuah kedai jam di sini yang sudah beroperasi lebih 70 tahun akan menutup operasi pada hujung bulan ini, susulan tiada lagi ahli keluarga mereka yang mahu meneruskan legasi perniagaan berkenaan.

Pasangan suami isteri, Mah Weng Kiong, 83, dan Tan Siew Wan, 75, memulakan Kedai Jam Tangan Swee Hing itu di Jalan Tok Hakim selama 40 tahun sebelum berpindah ke lokasi sekarang ini di Jalan Buluh Kubu.

Weng Kiong berkata perniagaan kedai jam itu diwarisi daripada mendiang bapa mentuanya, Mah Ju Hoi sebelum diteruskan oleh anak keduanya, Mah Kwong Chuang, 46.

"Bagaimanapun, kami terpaksa menutup kedai yang sudah beroperasi lebih setengah abad berikutan Kwong Chuang akan mengusahakan perniagaan sendiri. Keputusan untuk menutup kedai jam ini dibuat pada Februari lalu.

"Saya sebenarnya berat hati untuk menutup kedai ini kerana sayangkan pelanggan setia yang sudah dianggap sebagai adik beradik. Malah mereka juga adalah pelanggan tetap yang datang membeli jam daripada beberapa generasi," katanya ketika ditemui di premisnya di Jalan Buluh Kubu di sini.

Weng Kiong berkata penutupan kedai jam yang diusahakannya itu tular di media sosial selepas dimuat naik oleh seorang pempengaruh sejak dua hari lalu menyebabkan ramai pelanggan dari dalam dan luar Kelantan menyerbu untuk membeli jam pelbagai jenama popular dengan tawaran separuh harga.

"Bermula jam 10 pagi sudah ada pelanggan yang setia menanti termasuk pelanggan tetap yang terkejut dengan keputusan penutupan kedai ini dan pada masa mengambil peluang membeli jam berjenama dengan tawaran harga istimewa.

"Sehingga kini sudah banyak jam terjual pada harga sangat murah.

Saya mengucapkan terima kasih kepada pelanggan yang sentiasa memberi sokongan sepanjang kami mengusahakan perniagaan ini," katanya.

Sementara itu, seorang pelanggan tetap, Junaidah Husin, 73, berkata, kedai jam itu sudah sebati dengan keluraganya sejak dari dulu lagi disebabkan kemesraan pasangan suami isteri berkenaan.

"Kami juga percaya kepada pasangan suami isteri ini ketika berurusan kerana mereka jujur memberikan maklumat yang sebenar mengenai jam yang rosak dan terus membaikinya di hadapan pelanggan.

"Sebelum ini, saya memang selalu mencadangkan kepada rakan dan saudara mara untuk membeli dan membaiki jam di sini selain sikap profesional mereka turut disenangi pelanggan," katanya.

Junaidah berkata untuk kali terakhir dia membeli beberapa utas jam tangan dan paling mahal berharga lebih RM4,000, dengan diberi diskaun separuh harga.

Artikel : Berita Harian
#infosemasa
@infosemasaofficial
Remaja perempuan hilang di Sungai Katibas ditemui lemas

04 Jun 2025, 1:48pm

SONG: Seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang ketika mandi di Sungai Katibas, Song, Isnin lalu, ditemui lemas selepas tiga hari operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan pelbagai agensi keselamatan.

Mangsa, Puteri Nazatul Akmal Zulkarnain, 13, dilaporkan hilang kira-kira jam 5.28 petang pada 2 Jun lalu ketika mandi bersama abang dan tiga rakannya berhampiran Rumah Robert, Nanga Bajor.

Mayat mangsa ditemui pada jam 10.44 pagi tadi oleh anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dalam keadaan tersangkut di tebing sungai, kira-kira 1.5 kilometer dari lokasi terakhir dia dilaporkan hilang.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, operasi SAR hari ketiga bermula seawal jam 8.15 pagi, melibatkan pencarian di radius sepanjang lima kilometer dari lokasi kejadian.

“Unit K9 bersama penduduk rumah panjang memulakan pencarian menggunakan kaedah Surface Water Rescue dengan menyusuri tebing sungai. Mayat mangsa akhirnya ditemui di tebing dalam keadaan lengkap berpakaian,” katanya.

Jenazah mangsa kemudiannya dibawa ke jeti pada jam 10.54 pagi sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Operasi SAR secara rasmi ditamatkan pada jam 11.30 pagi.

Sementara itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada dan tidak membenarkan anak-anak bermain atau mandi di kawasan sungai tanpa pengawasan orang dewasa.

“Kejadian seperti itu boleh dielakkan dengan pemantauan rapi. Kami mohon kerjasama semua pihak agar sentiasa peka dengan aspek keselamatan, lebih-lebih lagi semasa musim cuaca yang tidak menentu,” ujarnya.

Artikel : Buletin Tv3
#infosemasa
@infosemasaofficial
Peniaga kecil masih boleh guna tong LPG subsidi tapi bersyarat – Fuziah

04 Jun 2025, 2:38pm

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Dr Fuziah Salleh, hari ini memberikan penjelasan mudah dan ringkas mengenai isu tong gas petroleum cecair (LPG) untuk kegunaan komersial berwarna ungu dan juga silinder gas bersubsidi.

Menggunakan analogi Makcik Kiah merujuk kepada peniaga kecil, Fuziah dalam hantaran di Facebook berkata, peniaga kecil masih boleh menggunakan tong LPG bersubsidi yang berwarna hijau.

Beliau berkata, namun syaratnya, peniaga kecil itu tidak boleh menggunakan lebih daripada tiga tong LPG bersubsidi seberat 14kg pada satu masa dengan jumlah maksimum berat silinder gas adalah 42kg.

“Makcik Kiah tak perlupun guna tong purple (ungu). Masih ada yang keliru, jadi biar saya jelaskan dengan mudah. Peniaga kecil macam Makcik Kiah masih boleh guna tong gas hijau (subsidi).

“Syaratnya, tidak lebih daripada tiga tong gas 14 kg pada satu masa. Ini bermakna, kalau Makcik Kiah guna satu tong untuk goreng pisang, satu untuk mee, satu untuk air, Makcik Kiah masih layak guna tong hijau bersubsidi.

“Tak perlu tukar ke tong purple,” katanya.

Sejak 1 Mei lalu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mengumumkan pelaksanaan Ops Gasak bagi mengekang ketirisan serta penyelewengan tong LPG bersubsidi khususnya membabitkan industri berskala sederhana dan besar.

Selain itu, ia bertujuan membanteras penyelewengan melalui aktiviti haram decanting iaitu pemindahan LPG dari tong bersubsidi kepada tong tidak bersubsidi untuk jualan komersial dan penyeludupan.

Pada masa sama, Fuziah mengingatkan semua pihak supaya tidak menakutkan rakyat dengan maklumat kurang tepat kerana kerajaan akan terus memastikan subsidi sampai kepada mereka yang benar-benar layak.

“Tong gas ‘purple’ (tanpa subsidi) hanya diwajibkan kepada pengguna industri dan komersial berskala besar seperti restoran besar, kilang, hotel dan seumpamanya.

“Jadi, janganlah kita takut-takutkan rakyat dengan info kurang tepat. Yang penting, bantuan kerajaan sampai kepada yang benar-benar layak dan subsidi terus dinikmati oleh golongan kecil dan sederhana,” katanya.

Sebelum ini, terdapat maklumat kurang tepat dimuatnaik di Facebook yang mendakwa peniaga kecil akan terbeban dengan penggunaan tong gas tanpa subsidi.

KPDN sebelum ini juga menafikan dakwaan semua penjaja dan peniaga dilarang menggunakan tong LPG bersubsidi.

Menterinya, Datuk Armizan Ali, dilaporkan berkata, dakwaan pemotongan dan pemansuhan subsidi LPG di bawah Ops Gasak yang dilaksanakan untuk mengekang ketirisan subsidi LPG juga adalah tidak benar.

Beliau dilaporkan berkata, langkah mewajibkan permohonan Permit Barang Kawalan Berjadual (PBKB) hanya terpakai bagi mana-mana pihak yang menggunakan LPG melebihi 42kg dan ia dilaksanakan sejak 2021.

Artikel : Buletin Tv3
#infosemasa
@infosemasaofficial
Artis disyaki cabul remaja di hotel ditahan polis

Petaling Jaya: Pelakon dan penyanyi terkenal ditahan polis semalam selepas melakukan amang seksual ke atas remaja perempuan di sebuah hotel di Selangor.

Mangsa berusia 17 tahun itu dikatakan berkenalan dengan artis terbabit di sebuah kafe tempatnya bekerja.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan berkata, mereka kemudian bertemu beberapa kali selepas perkenalan itu.

Menurutnya, selepas beberapa kali pertemuan suspek kemudian membawa mangsa bertemu di sebuah hotel.

"Ketika dalam pertemuan itu suspek melakukan perbuatan amang seksual fizikal kepada mangsa.

"Suspek sudah ditahan bagi membantu siasatan sebelum dibebaskan dengan jaminan polis," katanya kepada Harian Metro hari ini.

Beliau berkata, kertas siasatan sedang dilengkapkan dan kes disiasat mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 (Akta 792).

Disiarkan pada: Jun 4, 2025 @ 4:25pm
Muhaamad Hafis Nawawi
mhafis@mediaprima.com.my
Artikel ➡️ Harian Metro
#infosemasa
@infosemasaofficial
Remaja perempuan hilang ketika mandi di sungai ditemui lemas

SONG: Seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang ketika mandi di Sungai Katibas, Rumah Robert, Nanga Bajor di sini pada Isnin lalu, ditemui lemas pagi tadi selepas tiga hari operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak dalam satu kenyataan berkata, mangsa dikenali sebagai Puteri Nazatul Akmal Zulkarnain, 13, dipercayai lemas ketika mandi bersama abangnya dan tiga rakan.

Kejadian dilaporkan berlaku sekitar jam 5.28 petang, sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Song digerakkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 23 kilometer dari balai.

Setibanya di tempat kejadian pada jam 5.52 petang, pasukan bomba bersama penduduk kampung melancarkan pencarian awal dengan menyusuri tebing sungai namun mangsa gagal ditemui.

Operasi ditangguhkan pada jam 6.30 petang dan disambung semula keesokan harinya.

Usaha pencarian diteruskan sehingga hari ketiga dengan melibatkan pelbagai agensi termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Unit Anjing Pengesan (K9), Unit Penyelamat Di Air (PPDA) Zon 4 Sibu, Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Song serta penduduk kampung.

Operasi SAR menggunakan kaedah penyelamatan di permukaan air dengan ruang lingkup pencarian sejauh lima kilometer menyusuri tebing Sungai Katibas.

“Pada jam 10.44 pagi, pasukan APM berjaya menemui mayat mangsa di tebing sungai, kira-kira 1.5 kilometer dari rumah panjang,” kata kenyataan itu.

Mayat mangsa dibawa ke jeti dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Operasi SAR ditamatkan sepenuhnya pada jam 11.30 pagi.

Mangsa dilaporkan memakai baju belang berwarna hitam, merah dan biru serta seluar trek berwarna hitam ketika kejadian.

Seramai empat anggota BBP Song berserta sebuah kenderaan pacuan empat roda terlibat dalam operasi berkenaan, dibantu tiga anggota polis, enam anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), lima anggota Unit PPDA, dua anggota Unit K9, tiga anggota PBS Song serta 21 penduduk kampung.

Oleh Andy Sabang
Jun 4, 2025, Rabu - 2:20pm
Kredit ➡️ Utusan Borneo
#infosemasa
@infosemasaofficial