INFO SEMASA OFFICIAL
791K subscribers
191K photos
43.2K videos
27 files
24.8K links
Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.
Download Telegram
Lima rentung termasuk bayi, kanak-kanak dalam kebakaran di Likas

Juwan Riduan
bhnews@bh.com.my
September 30, 2024 @ 5:29pm

KOTA KINABALU: Lima termasuk seorang bayi dan tiga kanak-kanak rentung dalam kebakaran di perkampungan setinggan Jalan Lembaga Padi, Lorong Burung Keleto, Likas, di sini, tengah hari tadi.

Berdasarkan maklumat awal, lima mangsa itu adalah anak dua keluarga yang berjiran.

Tiga daripada mangsa adalah adik beradik dikenali sebagai dikenali Raina Adrian, 1, Raida, 3, dan Raisa, 4, manakala dua lagi anak keluarga jiran mereka yang juga adik beradik dikenali Siti Faridah Wahid, 3, dan kakaknya, Almidah, 14.



Ketua Polis Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda, berkata kebakaran dilaporkan membabitkan empat rumah dan sebuah gerai pada kira-kira jam 12.40 tengah hari.

Katanya, semua mangsa ditemui rentung dalam bilik mandi salah sebuah rumah yang terbakar dalam kejadian itu.

"Pihak bomba menjalankan kerja-kerja membawa keluar mayat mangsa yang rentung.

"Polis mengklasifikasikan kes sebagai kematian mengejut," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Farhan Sufyan Borhan berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 12.47 tengah hari.

Katanya, sepasukan 35 pegawai dan anggota bersama jentera serta Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) terus dikerah ke lokasi kejadian.

"Operasi pemadaman dijalankan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas dan dibantu BBP Kota Kinabalu, BBP Tuaran dan BBP Putatan.

"Operasi terkawal pada jam 1.29 tengah hari dan pasukan bomba masih lagi memadam bara-bara api dan mendapatkan maklumat terperinci berkaitan dengan mangsa yang terlibat," katanya.

Farhan berkata semua mangsa sudah berjaya dikeluarkan dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

"Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan Pasukan Forensik JBPM," katanya.

#beritaharian
#infosemasa
Buaya tembaga 200 kg masuk perangkap di Sungai Malim

Meor Riduwan Meor Ahmad
bhnews@bh.com.my
October 2, 2024 @ 8:21pm

MELAKA: Seekor buaya tembaga sepanjang 3.35 meter ditangkap Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) di Sungai Malim, Malim Jaya, dekat sini, hari ini.

Buaya dianggarkan seberat 200 kilogram (kg) itu ditangkap menggunakan perangkap yang dipasang di sungai berkenaan susulan aduan penternak kambing dan penduduk mengenai ternakan mereka dibaham reptilia berkenaan sebelum ini.

Timbalan Pengarah PERHILITAN Melaka, Alfiesyahril Anewar Ahmad berkata, perangkap berkenaan dipasang sejak bulan lalu dan dialihkan ke beberapa lokasi di Sungai Ayer Salak, Kampung Tengah dekat Pulau Gadong, Klebang kerana tidak mengena.

"Kemungkinan ia (buaya) masuk perangkap awal pagi tadi sebab ketika pemeriksaan petang semalam, perangkap kosong.

"Perangkap ini dialihkan ke lokasi di Sungai Malim bulan lalu apabila umpan lama tidak bersentuh dan apabila anggota kita buat periksa kira-kira jam 10 pagi tadi didapati ada seekor buaya tembaga.

"Buaya ini antara yang kita syak membaham beberapa ekor kambing milik penduduk tempatan kerana terdapat banyak buaya di sungai ini," katanya kepada media di sini.

Mengulas lanjut, Alfiesyahril Anewar berkata, berdasarkan aduan penduduk buaya yang menyambar kambing mereka bersaiz lebih besar dan warna yang berlainan.

"Buaya berkenaan antara sasaran kita yang masih bebas dan lebih besar daripada buaya yang ditangkap ini.

"Sungai Malim ini terus mengalir di Kampung Tengah dan mempunyai banyak sumber makanan dan menjadi habitat buaya. Bila kita alih perangkap ke sini baru mengena," katanya sambil memberitahu pihaknya akan terus melakukan pemantauan sementara menunggu perangkap dibaiki semula.

Sementara itu, penternak, Muhammad Hafiz Haiqal Abdullah, 28, berasa lega biarpun buaya didakwa membaham kambingnya belum ditangkap dan berterima kasih kepada PERHILITAN dan Ahli Dewan Undangan Negeri Paya Rumput, Datuk Rais Yasin yang membantu termasuk membelikan umpan.

"Sekurang-kurangnya penangkapan ini mengurangkan bilangan buaya yang menyasarkan ternakan penduduk," katanya.

#beritaharian
#infosemasa
Bendera China dikibar di Teluk Intan: Penganjur mohon maaf

Muhamad Lokman Khairi
bhnews@bh.com.my
October 25, 2024 @ 1:09pm

TELUK INTAN: Penganjur Sambutan Guan Gong Sedunia di Stesen Malaysia, memohon maaf atas insiden pengibaran bendera China ketika perarakan di Menara Condong Teluk Intan, di sini, malam tadi.

Pengerusi Persatuan Kebudayaan Guan Gong, Soon Boon Hua, berkata perbuatan itu dilakukan rombongan yang berasal dari China dan tidak membabitkan warga Malaysia.

Beliau berkata, tindakan mengibarkan bendera negara asing tidak sesekali dirancang dalam tentatif oleh pihak pengelola.

"Sambutan Guan Gong Sedunia adalah program yang sudah berlangsung beberapa tahun dan dianjurkan dari Johor ke Kedah, dan Perak adalah salah satu stesen yang terbabit.

"Dalam setiap program sambutan ini di pelbagai negeri, pihak pengelola akan mengibarkan bendara Malaysia iaitu Jalur Gemilang sebagai simbol patriotisme. Perarakan dan sambutan di Teluk Intan adalah tidak terkecuali daripada itu.

"Sebagai pihak pengelola, saya sekali lagi memohon maaf atas insiden itu dan akan meneliti segala aspek yang perlu diperbaiki demi menjayakan program," katanya dalam kenyataan di Facebook, hari ini.

Pengakuan Boon Hua itu sekali gus menepis dakwaan insiden terbabit berlaku ketika Pesta Tanglung Teluk Intan yang turut dihadiri Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, bulan lalu.


Terdahulu, media melaporkan PAS Perak menggesa pihak berkuasa menyiasat insiden tular bendera China dikibarkan di Menara Condong Teluk Intan.

Pesuruhjaya PAS Negeri, Razman Zakaria mendakwa, perkara itu menyalahi Seksyen 3 Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949 iaitu tiada seorang pun boleh mempamer mana-mana lambang kebangsaan termasuk bendera negara asing di tempat awam atau di sekolah.

Justeru, beliau menyifatkan tindakan terbabit boleh dianggap sebagai satu tindakan provokasi yang mencabar kedaulatan dan keharmonian negara.

Beberapa video tular di media sosial hari ini memaparkan sekumpulan individu dilihat mengibarkan bendera China di kawasan berhampiran Dataran Menara Condong Teluk Intan pada waktu malam sambil bersorak.

#beritaharian
#infosemasa
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) Siti Rohani Saad, 37, di Sungai Titi Haji Idris, Kampung Alor Sekawan, pada hari kedua hari ini, setakat ini belum menemui sebarang petunjuk.

#beritaharian
#infosemasa
#DIKEMASKINI
Wanita maut dihempap kontena terbalik

Nur Izzati Mohamad
bhnews@bh.com.my
November 13, 2024 @ 2:34pm

BUKIT MERTAJAM: Wanita maut manakala seorang lelaki cedera selepas kenderaan dipandu mereka dihempap kontena yang terjatuh daripada sebuah treler dalam kemalangan di Jalan Bukit Tengah, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian jam 9.16 pagi itu, mangsa, Lee Zi Rou, 21 meninggal dunia di lokasi kemalangan ekoran kecederaan parah dialaminya.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Perda, PBK II Mohd Nor Azamuddin Abdullah berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan berhubung nahas berkenaan.

"Kemalangan membabitkan lima kenderaan iaitu tiga kereta dan dua lori termasuk sebuah treler.

"Mangsa lelaki berusia 25 tahun dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan pihak bomba dan dibawa ke hospital untuk rawatan, manakala anggota kita menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa wanita yang tersepit," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Mohd Nor Azamuddin berkata, bagaimanapun wanita itu tidak dapat diselamatkan dan disahkan meninggal dunia oleh petugas perubatan yang berada di lokasi.

"Mayat wanita berkenaan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

"Bomba kemudian menjalankan kerja-kerja pengalihan kontena yang terjatuh dengan menggunakan dua kren sebelum menamatkan operasi berkenaan," katanya.

Terdahulu tular video dan beberapa keping gambar di media sosial memaparkan deretan kenderaan yang berada di persimpangan lampu isyarat Jalan Persekutuan di Bukit Tengah di sini dikejutkan dengan insiden kontena yang terjatuh dari sebuah treler sehingga menyebabkan seorang dilaporkan terbunuh manakala seorang lagi cedera.

Menerusi rakaman kamera papan pemuka dari sebuah kenderaan dekat situ mendapati pemandu treler membelok kenderaannya sebelum kontena yang dibawanya telah terbalik dan menimpa beberapa kenderaan yang sedang menunggu di lampu isyarat terbabit.

Difahamkan, mangsa yang maut dalam perjalanan ke tempat kerja dan memandu kenderaan itu seorang diri.

Video/gambar media sosial
#beritaharian
#infosemasa
Permintaan terakhir Naura...

Muhaamad Hafis Nawawi
mhafis@mediaprima.com.my
November 19, 2024 @ 5:41pm

KUALA LUMPUR: "Hanya Allah SWT tahu bagaimana perasaan saya ketika itu... tergamam kerana ia berlaku sekelip mata sedangkan kami sempat bergurau senda dan makan bersama sebelum itu.

"Kejadian itu memberi kesan besar terhadap diri saya dan isteri sebab kehilangan anak tunggal kami... satu-satunya permata yang kami sayang dan cintai tetapi kini semua itu hanya tinggal kenangan."

Demikian perasaan hiba dikongsikan Mohd El-Khuwailid Rahim, 38, bapa kepada Nur Naura Nathifa, 7, yang maut selepas mengalami kecederaan parah apabila motosikal dibonceng kanak-kanak itu dirempuh dari belakang di Lebuh Raya Bukit Jalil, di sini, Jumaat lalu.

Dalam kemalangan sekitar jam 9.50 malam, motosikal ditunggang Mohd El-Khuwailid bersama isteri dan anaknya sebagai pembonceng itu dilanggar sebuah kereta mewah jenis BMW sebagaimana paparan rakaman video kamera papan pemuka yang tular.

Menceritakan lanjut, Mohd El-Khuwailid berkata, permintaan Nur Naura Nathifa untuk bergambar pada malam kejadian sebelum insiden berlaku, rupa-rupanya adalah petanda anak akan pergi selama-lamanya.

Beliau memaklumkan sebelum ini, Nur Naura Nathifa seorang yang tidak gemar bergambar, malah perlu dipujuk untuk tujuan berkenaan, namun tidak disangka hasrat pada Jumaat lalu adalah permintaan terakhir anaknya itu.

Katanya, kemalangan itu berlaku ketika beliau bersama isteri, Hidayatul Izzah Ghazali, 38, dan Nur Naura Nathifa sedang dalam perjalanan pulang ke rumah selepas makan di sebuah pusat beli-belah berdekatan.

Mohd El-Khuwailid yang bekerja sebagai kerani bank berkata, kejadian berlaku sekelip mata yang mana sebaik saja dilanggar, motosikalnya terbabas ke sebelah kiri jalan menyebabkan mereka tiga beranak terjatuh.

"Selepas terjatuh, saya tidak fikirkan keadaan diri, sebaliknya segera mendapatkan anak dan isteri. Saya terus memangku anak yang sudah tidak bermaya ketika itu," katanya.

Beliau berkata, kehilangan Nur Naura Nathifa amat dirasai dengan menyifatkan anaknya itu sebagai seorang yang ceria, mendengar kata dan menjadi pengubat duka serta penghibur hati mereka, malah arwah juga sangat disenangi di sekolah.

Terdahulu, media melaporkan pemandu kereta mewah jenis BMW yang didakwa berkait rakaman video tular menunjukkan sebuah motosikal dirempuh dari belakang sehingga menyebabkan kematian Nur Naura Nathifa pada Jumaat lalu, dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Tertuduh, P Kuhan Raj, 31, yang juga peniaga kedai telefon bimbit bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dikemukakan terhadapnya di hadapan Majistret Haneefa Ariffin.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa memandu kereta BMW dengan laju sehingga menyebabkan kematian mangsa di Lebuh Raya Bukit Jalil ke Puchong, sekitar jam 9.50 malam 15 November lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 dan penjara antara lima tahun hingga 10 tahun, jika sabit kesalahan.

#beritaharian
#infosemasa
Pemandu BMW didakwa kes budak maut motosikal dirempuh dari belakang

Suraya Roslan
surayaroslan@mediaprima.com.my
November 19, 2024 @ 3:11pm

Pemandu BMW didakwa kes budak maut motosikal dirempuh dari belakang
Kuhan dihadapkan ke mahkamah, hari ini, atas pertuduhan memandu BMW dengan laju sehingga menyebabkan kematian Nur Naura Nathifa. - Foto ihsan polis
KUALA LUMPUR: Pemandu kereta mewah jenis BMW yang didakwa berkait rakaman video tular menunjukkan sebuah motosikal dirempuh dari belakang sehingga menyebabkan kematian seorang kanak-kanak perempuan berumur tujuh tahun pada Jumaat lalu, dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Tertuduh, P Kuhan Raj, 31, yang juga peniaga kedai telefon bimbit bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dikemukakan terhadapnya di hadapan Majistret Haneefa Ariffin.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa memandu kereta BMW dengan laju sehingga menyebabkan kematian pembonceng motosikal, Nur Naura Nathifa Mohd El-Khuwailid, 7, di Lebuh Raya Bukit Jalil ke Puchong, sekitar jam 9.50 malam 15 November lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 dan penjara antara lima tahun hingga 10 tahun, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Salsabila Mohammad, menawarkan ikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin tetapi peguam, Inderpal Singh yang mewakili tertuduh, memohon kadar jaminan minimum kerana anak guamnya adalah penanggung tunggal keluarga.

"Tertuduh menanggung isteri yang juga suri rumah, dua anak masing-masing berusia dua dan empat tahun, serta ibu bapanya yang uzur," kata peguam itu.

Selepas mendengar hujah kedua-dua pihak, Haneefa kemudian membenarkan ikat jamin sebanyak RM12,000, selain mengarahkan lesen memandu tertuduh digantung serta-merta hingga kes selesai.

Mahkamah kemudian menetapkan tarikh 21 Januari tahun depan untuk sebutan semula kes.

Sebelum ini, media melaporkan seorang pembonceng kanak-kanak berusia tujuh tahun maut apabila motosikal yang ditunggang bersama ibu bapanya dirempuh dari belakang.

Susulan itu, mangsa tiga beranak warga tempatan berkenaan dikejarkan ke hospital oleh orang awam, namun anak mereka disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan.

#beritaharian
#infosemasa
Banjir: Pangkalan TUDM Alor Setar turut dinaiki air
Oleh M Hifzuddin Ikhsan
November 30, 2024 @ 12:35pm
hifzuddin@bh.com.my

ALOR SETAR: Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di sini, dilaporkan dinaiki air antara 0.8 meter hingga satu meter susulan kejadian banjir yang melanda negeri ini sejak kelmarin.

Banjir turut menyebabkan Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (LTSAH) ditutup sepenuhnya serta semua penerbangan masuk dan keluar dibatalkan sejak semalam.

Tinjauan sekitar Pangkalan TUDM yang turut menempatkan Kolej Tentera Udara (KTU) di Kepala Batas itu mendapati kawasan terbabit tidak dapat dimasuki kenderaan ringan.

Turut dilaporkan terjejas adalah kawasan hangar menempatkan pesawat latihan Pilatus PC-7, apabila air turut memenuhi kawasan sekitar dan landasan pangkalan.

Difahamkan, banjir turut menyebabkan beberapa bangunan bawah kendalian TUDM dinaiki air, namun keadaan masih terkawal setakat pagi ini.

Dimaklumkan, anggota TUDM yang bertugas hari ini, telah dikerah memindahkan peralatan dan kelengkapan milik pasukan ke kawasan selamat berikutan amaran cuaca hujan berterusan ketika ini.

Bagaimanapun, operasi Pangkalan TUDM Alor Setar masih berjalan seperti biasa dengan semua anggota masih bertugas mengikut jadual ditetapkan.

#BeritaHarian
#infosemasa
@infosemasaofficial
Banjir di Alor Setar: 4 laluan ditutup, 2 ditutup separa

Zuliaty Zulkiffli
bhnews@bh.com.my
December 1, 2024 @ 9:06am

ALOR SETAR: Empat laluan ditutup sepenuhnya dan dua lagi laluan ditutup separa, di daerah ini, berikutan banjir di bandar raya itu.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Siti Nor Salawati Saad berkata, laluan itu membabitkan Jalan Lengkuas /Kampung Derang / Batu 11 Jalan Pokok Sena yang ditutup dari Kilometer (KM) 9.80 ke 11.50 kerana dinaiki air.

Berikutan itu, laluan alternatif adalah Jalan Langgar/ Sungai Mati/Bukit Pinang - Kepala Batas dan Hutan Kampung ke Langgar.

Beliau berkata, Jalan Gunung Keriang iaitu jalan berhampiran tapak projek terusan banjir juga tidak boleh dilalui oleh semua kenderaan.

"Berikutan itu, jalan alternatif adalah Jalan Sungai Baru - dari Kubang Pasu melalui Jalan Sungai Baru - Kuala Sungai dan Jalan Suka Menanti," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Selain itu, Siti Nor Salawati berkata, Jalan Bukit Pinang - Lengkuas juga ditutup dan hanya boleh dilalui kenderaan berat sahaja, dan pengguna boleh menggunakan laluan Jalan Pinang Jaya - Telaga Mas.

"Terowong Bukit Pinang juga ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan dan orang ramai boleh menggunakan jalan alternatif lain iaitu Jalan Kepala Batas -Bukit Tinggi - Bukit Pinang," katanya.

Beliau berkata, bagi penutupan separa pula membabitkan Jalan Kepala Batas - Hutan Kampung yang boleh dilalui kenderaan berat.

"Orang ramai boleh menggunakan laluan Lebuhraya Tol Alor Setar utara ke susur keluar Bukit Pinang.

"Selain itu, Lebuhraya Darul Aman dari arah Alor Setar (hadapan futsal) hanya boleh dilalui kenderaan berat sahaja dan orang ramai boleh menggunakan lorong sebelah menghala ke Alor Setar," katanya.

#beritaharian
#infosemasa
@infosemasaofficial
Nelayan jatuh bot ditemui lemas

Disember 17, 2024 @ 11:46pm


IPOH: Seorang lelaki yang dilaporkan terjatuh dari bot di Jeti ikan TSL Fishery, Sungai Perak, di Hutan Melintang semalam, ditemui lemas hari ini.

Mayat Ng Ka Wan, 30, ditemukan pada jarak 5.6 kilometer atau tiga batu nautika oleh bot agensi Polis Marin petang tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarozi Nor Ahmad berkata, 18 orang anggota bomba, polis (16), Angkatan Pertahanan Awam (tujuh dan sebuah bot) serta satu Pasukan Bomba Sukarela (PBS) dari Teluk Intan terbabit dalam melaksanakan operasi mencari mangsa itu.

"Mayat mangsa dibawa ke pusat kawalan bomba (PKB) untuk tujuan pengesahan pihak Kementerian Kesihatan (KKM) serta pengecaman ahli keluarga terdekat mangsa sebelum diserahkan pada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Operasi tamat sepenuhnya pada 5.40 petang tadi," katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, seorang nelayan berusia 30 tahun dilaporkan hilang dan dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh dari bot ketika sedang membaiki bot di sebuah pelantar ikan di Hutan Melintang di Bagan Datuk.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Bagan Datuk memaklumkan maklumat awal mendapati mangsa dipercayai terjatuh dari bot ketika cuba menyeberangi bot yang lain.

#BeritaHarian
#infosemasa
@infosemasaofficial
#DIKEMASKINI
Wanita ditahan kerana bakar motor

TAIPING, PERAK: Polis menahan seorang wanita susulan satu video tular yang memaparkan seorang wanita membakar motosikal di Jalan Masjid, Pokok Assam, disini, petang Khamis.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ismail, berkata pada jam 7.30 petang polis berjaya menahan wanita terbabit yang berusia lingkungan 40-an bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 435 (khianat dengan api) Kanun Keseksaan.

"Terdahulu pada jam 4.27 petang polis menerima laporan daripada seorang lelaki yang berkerja sebagai penarik kenderaan berhubung tindakan seorang wanita membakar sebuah motosikal jenis Honda RSX berwarna hitam.

"Susulan laporan itu polis berjaya menahan wanita berkenaan dan motif kejadian berpunca dari tangkapan yang tidak berpuas hati apabila motosikal itu mahu ditarik.

"Difahamkan bayaran bulanan motosikal berkenaan tertunggak selama lebih 20 bulan dan motosikal itu dibeli atas nama anaknya," katanya dihubungi media.

Menurutnya lagi satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan (khianat dengan api) yang mana jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman 14 tahun penjara atau denda.

Tambahnya lagi wanita itu kini dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping untuk siasatan dan proses reman akan dibuat pada pagi ini.

Terdahulu tular di media sosial apabila seorang wanita yang juga peniaga bertindak membakar sebuah motosikal jenis Honda RSX berwarna hitam berhampiran sebuah gerai di Pokok Assam,Taiping.

Difahamkan kejadian berlaku setelah wanita itu enggan memberi kerjasama kepada penarik kenderaan yang ingin menarik motosikal terbabit kerana mengalami tunggakan selama 20 bulan.

Video berkenaan memaparkan wanita terbabit bertindak mencurahkan cecair dipercayai petrol sebelum membakarnya.

Sumber: Berita Harian
Oleh: Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi
Disember 27, 2024

#beritaharian
#infosemasa
@infosemasaofficial
Pegawai kanan polis yang terbabit dalam kemalangan maut mengalami "micro sleep"- Ketua Polis Selangor

SHAH ALAM, SELANGOR: Pemandu kenderaan utiliti sukan (SUV) yang terbabit dalam kemalangan mengorbankan seorang penunggang motosikal di Jalan Klang-Teluk Intan di Jeram, Kuala Selangor pada Selasa lalu, disahkan pegawai kanan polis.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata polis sudah mengambil keterangan pegawai yang bertugas di Bukit Aman itu.

Beliau berkata, ketika kejadian, pegawai berkenaan sedang bercuti.

Berdasarkan beberapa rakaman video yang tular di media sosial, katanya, pemandu berkenaan berkemungkinan mengalami 'micro sleep' ketika kejadian.

"Pegawai itu juga cedera dan masih dirawat di hospital. Kita akan melihat jika ada keperluan untuk membuat tangkapan.

"Ujian air kencing turut dibuat dan didapati negatif selain mengambil keterangannya.

"Kita akan lengkapkan siasatan daripada saksi kejadian dan dibantu keterangan rakaman kamera papan pemuka yang sudah diperoleh serta kamera litar tertutup (CCTV) dari rumah di kawasan berkenaan," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini, hari ini.

Hussein memberi jaminan polis akan melaksanakan siasatan telus dan adil.

"Kertas siasatan akan dilengkapkan segera sebelum dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP)," katanya.

Dalam kejadian itu, seorang kakitangan Klinik Kesihatan maut selepas motosikal ditunggang dirempuh SUV di Kilometer 32 Jalan Klang – Teluk Intan di sini.

Dalam kejadian jam 6.17 petang itu, lelaki berusia 57 tahun berkenaan dikatakan melambung ke dalam parit kecil dan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Sumber: Berita Harian
Oleh: Norzamira Che Noh
Januari 3, 2025
#beritaharian
#infosemasa
@infosemasaofficial
CCTV dedah aksi wanita curi beg tangan pelanggan pasar raya

Oleh Ruwaida Md Zain
Januari 5, 2025 @ 6:31pm
bhnews@bh.com.my

SHAH ALAM: Seorang wanita ditahan polis selepas mencuri beg tangan dalam sebuah pasar raya di Pandamaran, Klang dekat sini, petang Rabu lalu.

Ketua Polis Dearah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong, berkata pihaknya menerima laporan polis yang dIbuat mangsa, seorang wanita tempatan berumur 39 tahun pada jam 2.39 petang, 1 Januari lalu.

"Menurut pengadu (mangsa), pada jam 12.15 tengahari hari berkenaan, ketika membeli barang di pasar raya itu, dia mendapati beg tangannya hilang disyaki dicuri individu tidak dikenali.

"Hasil siasatan melalui rakaman kamera litar tertutup (cctv), ketika pengadu mengambil barang di dalam pasar raya itu, dia meletakkan beg tangan di troli.

"Siasatan mendapati, suspek iaitu seorang perempuan mengambil beg tangan tangan mangsa dan terus beredar dari situ," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hoong Fong berkata, siasatan lanjut pihaknya mendapati pengadu kehilangan dokumen peribadi, satu unit tablet, satu unit telefon bimbit dan sejumlah wang tunai, yang mana kerugian sebanyak RM3,000.

Susulan laporan dibuat mangsa, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan membuka satu kertas siasatan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara selama 10 tahun dan denda.

"Bertindak atas maklumat, kira-kira jam 1 pagi Khamis, polis menahan seorang wanita tempatan berumur 37 tahun di sebuah rumah di Bandar Bukit Tinggi, Klang.

"Dalam tangkapan itu, polis menemui semula semua barang milik pengadu yang dicuri suspek. Semakan mendapati, suspek yang ditangkap tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.

"Kertas siasatan dirujuk kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya dan mendapat arahan tuduh mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan di Mahkamah Majistret Klang," katanya.

Justeru itu, polis menasihatkan orang awam agar sentiasa berwaspada dalam menjaga barangan peribadi agar tidak memberi peluang kepada penjenayah untuk mengambil kesempatan.

#beritaharian
#infosemasa
@infosemasaofficial
3 maut, kereta terbabas ke kolam takungan banjir

Omar Ahmad
bhnews@bh.com.my
January 12, 2025 @ 8:11am

KOTA TINGGI: Tiga lelaki maut selepas kereta yang dinaiki terbabas dan masuk ke dalam kolam takungan air di Ladang YPJ, Ulu Sedili di sini, petang semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Tinggi, Shawaluddin Ami Nordin memaklumkan mangsa yang maut dikenali sebagai Lee Choy Yeow, 49, Leong Kon Fatt, 72 dan Lee Fook Wan yang umur tidak dapat dipastikan.

Katanya pihak bomba menerima panggilan berhubung kejadian pada 4.40 petang.

"Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) ke tempat kejadian berlaku kemalangan jalan raya membabitkan sebuah kenderaan terbabas dan masuk ke kolam takungan banjir.

"Terdapat tiga mangsa terbabit, seorang mangsa telah ditemui dan dua lagi hilang, PKO membuat kaedah mencari di permukaan di sekitar kawasan.

"Operasi menyelamat dilakukan oleh Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) dengan menggunakan kaedah 'sweeper' dan 'focus point'. Mangsa kedua ditemui lebih kurang jam 11.10 malam dan mangsa ketiga dijumpai jam 12.10 tengah malam oleh pasukan PPDA," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Menurut Shawaluddin, kesemua mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Operasi tamat pada jam 12.40 tengah malam.

Foto Ihsan Bomba
#beritaharian
#infosemasa
@infosemasaofficial
Bunyi 'letupan misteri' di Seri Kembangan? Pengguna FB dakwa 'bergegar otak' sekejap

Oleh Nor Azizah Mokhtar
Januari 12, 2025 @ 12:53am
bhnews@bh.com.my

KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan tiada menerima sebarang laporan berhubung bunyi letupan kuat yang didakwa didengari penduduk di sekitar Seri Kembangan, dekat sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan, berkata tiada sebarang laporan polis diterima mengenai kejadian itu, setakat ini.

Terdahulu, beberapa individu menerusi media sosial mendakwa terdengar bunyi letupan sangat kuat di kawasan Seri Kembangan sekitar jam 8 malam tadi.

Bunyi letupan 'misteri' itu didakwa turut didengari penduduk di sekitar kawasan Sierra16, Puchong Batu 14, Puncak Jalil dan Seri Serdang.

Malah, seorang pengguna Facebook mendakwa bahawa tingkap rumahnya bergegar, selain menyifatkan bunyi kuat itu tidak pernah didengar sebelum ini.

"Bergegar tingkap-tingkap rumah dan otak kami kejap (sekejap). Kuat yang tak pernah kami dengar sebelum ini. Tapi bunyi letup (letupan) macam meriam buluh itu, macam bom.

"Sekarang tengah kecoh dalam group (kumpulan) WhatsApp dan Facebook taman perumahan kami dan taman berdekatan," dakwa individu berkenaan dalam hantarannya.

Melalui perkongsian sama, individu terbabit dalam satu kemas kini memaklumkan ada individu mendakwa bunyi itu berpunca daripada letupan bunga api bersaiz besar.

Sementara itu, BH ketika menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor pula turut dimaklumkan bahawa tiada sebarang panggilan berkaitan kejadian berkenaan diterima, setakat ini.

#beritaharian
#infosemasa
@infosemasaofficial
PETALING JAYA – Penduduk Sungai Besar dikejutkan dengan kelibat ‘mumia’ berbalut kain putih yang dilihat berlegar-legar di jalan raya sehingga mencetuskan tanda tanya dalam kalangan pengguna jalan raya.

Menerusi perkongsian @_uncle_asz di TikTok, lelaki yang berbalut penuh termasuk kepala itu dilihat melintas jalan utama sehingga mengundang reaksi orang ramai.

Lebih menarik, seorang penduduk yang berada berhampiran ‘mumia’ tersebut sempat mengusap dadanya sambil tergelak dipercayai terkejut melihat kejadian ‘aneh’ tersebut.

Hantaran itu meraih perhatian pengguna media sosial yang tidak melepaskan peluang untuk berseloroh di ruangan komen.

“Kasihan abang baju hitam tu, nak terkeluar dah jantung,” kata @imamkuruss_.

“Nak tergelak tengok abang baju hitam tu. Kasihan pun ada. Mesti abang baju hitam tu terkejut, nak luruh dah jantung abang tu,” ujar @CikYanaa.

“Jangan keluar waktu siang abang mumia, nampak pelik. Cuba keluar waktu malam, mesti orang percaya,” usik @BoyyLah.

ARTIKEL KOSMO! ONLINE

#BeritaHarian
#infosemasa
@infosemasaofficial
Jabatan Penjara sahkan kejadian provokasi di Penjara Taiping

Raja Noraina Raja Rahim
bhnews@bh.com.my
January 27, 2025 @ 4:05pm

Jabatan Penjara sahkan kejadian provokasi di Penjara Taiping
Kira-kira 50 orang hadir di depan Penjara Taiping hari ini bagi membantah dan meminta pihak berkaitan menyiasat kematian seorang banduan di situ pada 17 Januari lalu. - Foto NSTP/Shaiful Shahrin Ahmad Fauzi

KUALA LUMPUR: Jabatan Penjara mengesahkan berlaku kejadian provokasi di Penjara Taiping pada 17 Januari lalu, yang menyebabkan seorang banduan meninggal dunia.

Dalam satu kenyataan hari ini, jabatan itu memaklumkan kejadian berkenaan membabitkan prospek yang dipindahkan dari Pusat Koreksional Batu Gajah ke Penjara Taiping.

"Laporan polis sudah dibuat berkaitan kejadian berkenaan dan siasatan sedang dijalankan untuk mengenal pasti punca kejadian.

"Jabatan Penjara tidak akan berkompromi dan mengambil tindakan tegas terhadap pihak bertanggungjawab sekiranya didapati terdapat unsur kecuaian atau kelemahan prosedur semasa melaksanakan tugas," kata kenyataan itu.

Jabatan Penjara dalam masa sama memohon kerjasama orang awam supaya tidak menyebar luas berita tidak sahih berkaitan kejadian itu.

Terdahulu, sebuah pertubuhan politik mengadakan perhimpunan di hadapan Penjara Taiping bagi menuntut siasatan telus dan tindakan diambil pihak berkuasa.

Perhimpunan itu susulan dakwaan berlaku kekasaran oleh wardar penjara terhadap lebih 100 banduan hingga menyebabkan seorang daripadanya meninggal.

Dakwaan itu juga menyatakan lebih 30 laporan polis dibuat oleh keluarga banduan terhadap penjara berkenaan.

Pemangku Ketua Polis Perak, Deputi Komisioner Zulkafli Sariaat pula dilaporkan berkata keterangan 82 individu termasuk dua pegawai penjara sudah diambil bagi membantu siasatan.

Kes berkenaan disiasat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping dan sudah dibawa ke pengetahuan Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.

#beritaharian
#infosemasa
@infosemasaofficial
Roslan Saleh meninggal dunia dalam tidur.

Farihad Shalla Mahmud
farihad@bh.com.my
February 7, 2025 @ 11:02am

KUALA LUMPUR: Pelakon veteran, Roslan Saleh, 68, menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Masjid Tanah, Melaka kira-kira jam 7 pagi tadi akibat komplikasi pelbagai penyakit.

Isterinya, Zainun Majid berkata, arwah meninggal dunia dalam tidur.

"Arwah ada pelbagai penyakit seperti kencing manis dan tekanan darah rendah sejak lima tahun lalu. Arwah sering keluar masuk hospital disebabkan penyakit itu, meninggal dunia dalam tidur.

"Beliau meninggal dalam tidur dan Alhamdulillah, pergi pada Jumaat yang mulia ini," katanya kepada BH Online.

Zainun berkata, jenazah arwah akan disolatkan di Masjid Ar Rahman Kampung Rantau Panjang dan disemadikan selepas solat Jumaat.

"Jenazah akan dibawa ke masjid untuk disolatkan pada jam 12 tengah hari ini dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Rantau Panjang selepas solat Jumaat," ujarnya.

Allahyarham Roslan meninggalkan seorang balu, tiga cahaya mata dan 10 cucu.

Sebelum ini, media melaporkan kesihatan Roslan yang mesra disapa sebagai Pak Lan merosot akibat penyakit diabetes kronik, kira-kira lima tahun lalu.

Sepanjang lebih tiga dekad berada dalam dunia seni, Roslan pernah membintangi banyak drama dan filem popular. Antaranya, Sembilu 2, Gerak Khas The Movie 2, Munafik 2 dan Anak Perjanjian Syaitan, manakala Ratu Kala Jengking: Puteri Keranda adalah filem terakhir lakonannya.

Roslan berkata, dia tidak lagi aktif dalam dunia lakonan selepas mengalami masalah kencing manis kronik dan terlantar di rumah.

#beritaharian
#infosemasa
@infosemasaofficial
Lelaki maki hamun penguat kuasa ditahan halang tugas penjawat awam

Oleh Nur Izzati Mohamad
Februari 10, 2025 @ 8:20am
bhnews@bh.com.my

BUTTERWORTH: Seorang lelaki yang memaki hamun penguat kuasa dengan kata-kata kesat mendapat padah apabila dia ditahan polis kerana menghalang tugas penjawat awam.

Lelaki itu ditahan dalam Op Bersepadu Sempena Operasi Khas Tahun Baharu Cina (TBC) di laluan motosikal Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang, malam tadi.

Sebelum itu, lelaki warga tempatan berusia 50 tahun yang menunggang motosikal dengan membonceng teman wanitanya seorang warga Indonesia telah diperiksa anggota penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) jam 10 malam sebelum didapati Lesen Kenderaan Motor (LKM) telah tamat tempoh.

Bagi kesalahan berkenaan, dia diminta untuk meninggalkan motosikalnya kerana tindakan penyitaan telah diambil, namun dia tidak berpuas hati sebelum mengeluarkan kata-kata kesat serta melakukan provokasi.

Lelaki terbabit kemudian ditahan polis bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam.

Pengarah JPJ negeri Zulkifly Ismail, berkata beliau meminta semua pengguna jalan raya memahami tugas penguatkuasaan dilaksanakan.

"Dalam hal ini (operasi penguatkuasaan) kita bukan mahu mencari salah atau menghukum (sesiapa) tetapi ia bertujuan menjaga keselamatan pengguna jalan raya.

"Maka saya berharap, semua dapat memahami tugas kami," katanya.

Mengulas lanjut, Zulkifly berkata, sebanyak 31,122 kenderaan telah diperiksa sepanjang operasi itu dilaksanakan bermula 20 Januari lalu.

"Daripada jumlah terbabit, sebanyak 4,105 notis juga dikeluarkan terhadap pemandu gagal mematuhi peraturan ditetapkan.

"Selain itu, tumpuan turut diberikan terhadap kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh pemandu dan pemilik Kenderaan Perkhidmatan Barangan (KPB), Perkhidmatan Awam (KPA) dan motosikal.

"Kita memandang serius kesalahan membawa lebih muatan melebihi had yang dibenarkan apabila telah menyita sebanyak 18 buah KPB," katanya.

Jelasnya, operasi itu selama tiga minggu turut disertai agensi penguatkuasaan lain termasuk polis, Imigresen, Jabatan Alam Sekitar (JAS), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), SPRM dan PLUS.

#beritaharian
#infosemasa
@infosemasaofficial
Murid perempuan dicabul ketika sujud Solat Subuh di Batang Kali

Amirul Aiman Hamsuddin
bhnews@bh.com.my
February 21, 2025 @ 12:52pm

(Tangkap layar)
Murid perempuan dicabul ketika sujud Solat Subuh di Batang Kali
Tangkap layar video suspek berbaju kuning dan berkopiah puteh cuba membawa keluar budak perempuan dari dari ruang solat wanita di Masjid Jamek Sungai Masin, awal pagi tadi.

HULU SELANGOR: Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.

Kejadian itu berlaku ketika budak perempuan terbabit sedang sujud bersolat Subuh di belakang barisan jemaah wanita.

Rakaman video kamera litar tertutup (CCTV) masjid terbabit kini tersebar di media sosial, memaparkan kejadian itu.

Wakil masjid itu mengesahkan kejadian terbabit ketika dihubungi sebuah portal berita termasuk tangkapan suspek yang sudah dibuat tetapi enggan mengulas lanjut.

Berdasarkan rakaman CCTV yang tersebar, seorang lelaki berkopiah putih menyelinap masuk ke bahagian ruangan solat wanita sebelum memeluk mangsa dari arah dan membawanya keluar dari ruangan berkenaan.

Ketika itu, murid berkenaan sedang solat di saf belakang seorang diri, justeru menyebabkan tindakan itu tidak disedari jemaah wanita lain yang sedang sujud.

Dalam rakaman berasingan, lelaki itu dilihat bergelut, meraba, memeluk dan cuba melondeh seluar mangsa.

Bagaimanapun suspek melarikan diri selepas mangsa melawan perbuatan terbabit.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim, ketika dihubungi memaklumkan pihaknya akan mengeluarkan kenyataan media berhubung kes itu tempoh terdekat.

#beritaharian
#infosemasa
@infosemasaofficial