INFO SEMASA OFFICIAL
790K subscribers
200K photos
44.8K videos
27 files
26K links
Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.
Download Telegram
Lori dipandu lawan arus, pemandu salahkan GPS

SEREMBAN: Hanya ikut GPS. Itu alasan diberikan pemandu lori yang dirakam memandu melawan arus di Jalan Persiaran S2/3, Seremban 2.

Dia juga memberi alasan tidak biasa dengan jalan di kawasan berkenaan dan terpaksa merujuk GPS atau Sistem Penentududukan Sejagat, iaitu sistem pandu arah satelit.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din, berkata kejadian dipercayai jam 11.39 pagi semalam sebelum satu rakaman video berdurasi 51 saat, tular bermula kira-kira 7.40 malam tadi, memaparkan sebuah lori dipandu melawan arus.

Usaha mengesan suspek dilakukan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD) Seremban, membawa kepada penahanan lelaki berumur 54 tahun, iaitu pemandu lori berkenaan pada hari sama bersama sebuah lori," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, hasil siasatan mendapati suspek yang pada masa itu membuat penghantaran barang di kawasan Seremban mendakwa tidak menyedari laluan tidak boleh dilalui.

"Dia mendakwa hanya memandu berpandukan aplikasi GPS kerana tidak biasa dengan laluan di kawasan itu. Kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Beliau meminta mereka yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu menghubungi Sarjan Mohamad Azmi di talian 013-4288599 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Ahmad Hasbi
Julai 6, 2024 @ 10:50am
bhnews@bh.com.my

#BeritaHarian
#infosemasa
Saja bakar line.. balik keje puaaanas banget. Beli cendol dgn durian..cuma min terfikir, macam lebih kurang sama je cendol durian dgn bubur pengat durian 😒
Follow up dia abang & akak memang padu saya dah follow dari tahun 2019 sampai sekarang very recommended👍🏻👇🏻‼️‼️

https://t.me/AIZZATxSIGNAL
MELAKA 06/07/2024.

Kemalangan di Jalan Tehel - Bukit Katil, hari ini.

Tiada maklumat lanjut diperolehi berhubung dengan kejadian.

Sumber ➡️ media sosial

#infosemasa
@infosemasaofficial
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
A lorry driver was reported to be MAVT after the vehicle crashed into other vehicles and shop premises in Bandar Lama Jerantut today.

#infosemasa