INFO SEMASA OFFICIAL
792K subscribers
199K photos
44.7K videos
27 files
25.9K links
Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.
Download Telegram
Assalamualaikum W.B.T dan Salam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Berprestasi Tinggi, Cepat dan Mesra.
Salam Malaysia Madani
Jenis Insiden : POKOK TUMBANG
Tarikh/Masa Panggilan : 01.06.2025 jam 0948
Alamat : KAMPUNG TALANG TENGAH ,PULAU MENTIMUN SUNGAI SIPUT(U)
Keanggotaan : BBP Sungai Siput (U)
Komander Operasi : TBK II AHMAD SHAZLI BIN ZAINON

Kredit ➡️ BBP SUNGAI SIPUT
#infosemasa
@infosemasaofficial
Tragedi Putra Heights: Jentolak sah tertanam, punca letupan diketahui bulan ini - KP Selangor

Kuala Lumpur: Sama ada letupan paip gas di Putra Heights pada 1 April lalu berpunca daripada kerja pengorekan jentolak hanya akan dijawab menerusi hasil siasatan polis dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) yang dijangka siap bulan ini.

Bagaimanapun, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan keberadaan jentolak di lokasi berhampiran sebelum kejadian letupan berlaku.

"Kita sahkan ada satu jentolak digunakan untuk kerja korekan pemasangan paip pembetungan yang diletakkan di hadapan lot kedai yang belum siap.

"Kita percaya sewaktu letupan berlaku, jentolak ini tertanam dalam kawasan kawah. Jadi di akhir proses pemulihan nanti, kita akan korek kawasan itu untuk mengeluarkannya," katanya.

Beliau berkata demikian dalam Podcast Utama bertajuk Bahang Sengsara Putra Heights, yang disiarkan di seluruh platform media sosial Buletin TV3, hari ini.

Katanya, selepas spesimen untuk siasatan JKKP diperoleh dan kerja pemulihan paip Petronas selesai, pihaknya akan menjalankan penggalian di kawasan itu untuk mengesahkan kedudukan jentolak.

Menurut Hussein, sejak hari pertama siasatan, pasukan forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah menjalankan kerja-kerja penggalian semula di kawasan pemasangan paip oleh kontraktor terbabit.

"Sebelum ini siasatan tertumpu di kawasan tengah paip. Kita korek sehingga 16 meter kerana letupan telah mengubah struktur dan kedalaman tanah.

"Salah satu skop siasatan adalah kerja-kerja korekan. Polis sudah kenal pasti siapa melakukan kerja itu, kontraktor mana terbabit jentera apa digunakan dan tujuan kerja itu," katanya.

Beliau berkata, jika berlaku sebarang kacau ganggu di kawasan tanah berkenaan, ia boleh dikesan pasukan forensik.

"Pasukan forensik ditugaskan untuk melihat sejauh mana tanah dikacau atau dikorek. Kita boleh tahu kedalaman korekan berdasarkan pengukuran yang dibuat.

"Persoalan utama adakah kerja jentolak menyebabkan paip pecah dan meletup – itu akan dijawab hasil siasatan teknikal polis dan JKKP," katanya.

Hussein turut menjelaskan, sudut siasatan turut meliputi elemen bahan letupan sekiranya ada.

"Kita ambil sampel dari tanah untuk tentukan sama ada terdapat bahan letupan yang boleh menyebabkan insiden ini.

"Sebagai contoh, kalau ada bom lama tertanam, atau unsur sabotaj, semua itu dalam skop siasatan," katanya.

Disiarkan pada: June 1, 2025 @ 11:23pm
Oleh Fareez Azman
Kredit ➡️ Harian Metro
#infosemasa
@infosemasaofficial
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
19 lalui detik cemas, bas ekspres terbabas

Gua Musang: Sebuah bas ekspres yang membawa 19 penumpang terbabit kemalangan apabila hilang kawalan sebelum terbabas melanggar besi penghadang jalan di Kilometer 8, Jalan Gua Musang-Kuala Lipis di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.40 tengah hari itu, pemandu bas dan kesemua penumpang tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, kejadian berlaku ketika bas dipandu lelaki berusia 57 tahun dalam perjalanan dari Rantau Panjang menghala ke Kuala Lumpur.

Katanya, apabila di lokasi kejadian, pemandu bas terbabit hilang kawalan dan melanggar besi penghadang.

"Perlanggaran hanya melibatkan kerosakan kenderaan dan tiada kecederaan dilaporkan.

"Kesemua penumpang seramai 19 orang sudah dipindahkan ke bas lain bagi meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Beliau berkata kes terbabit disiasat di bawah Rule 10 LN166/59 dan siasatan sedang dijalankan.

Disiarkan pada: June 1, 2025 @ 9:33pm
Oleh Paya Linda Yahya
am@hmetro.com.my
Artikel ➡️ Harian Metro
#infosemasa
@infosemasaofficial
Polis kenal pasti lelaki bergaduh di Plaza Tol Bukit Tambun

Nibong Tebal: Polis sudah mengenal pasti seorang daripada individu yang terlibat dalam insiden pergaduhan di Plaza Tol Bukit Tambun di sini yang dipercayai berpunca akibat perselisihan faham melibatkan kejadian

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) Superintendan Jay January Siowou berkata ketika ini pihaknya sedang berusaha untuk mengesan lelaki tempatan berkenaan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dan Seksyen 506 kanun sama kerana melakukan ugut jenayah," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Semalam, media melaporkan polis menerima dua laporan berkaitan pergaduhan membabitkan dua lelaki di plaza tol berkenaan selepas rakaman kejadian itu tular di media sosial.

Video berdurasi 28 saat itu memaparkan pertengkaran antara dua lelaki dengan seorang daripada mereka yang hanya berkain pelekat dan bertopi dilihat cuba menyerang menggunakan senjata sebelum kedua-dua mereka ditenangkan seorang individu yang berada di situ.

Disiarkan pada: June 1, 2025 @ 10:50pm
Oleh BERNAMA
#infosemasa
@infosemasaofficial
Warga asing buat hal di Stesen Minyak Petronas Senawang (Jalan Kuala Pilah), Negeri Sembilan, semalam.

tiada butiran lanjut mengenai kejadian.

Sumber ➡️ Media sosial
#infosemasa
@infosemasaofficial
MAKLUMAN PENEMUAN BARANGAN

Dimaklumkan bahawa seorang orang awam telah hadir ke Balai Polis Behrang dan menyerahkan sebuah beg tangan berwarna pink yang ditemui.

Hasil pemeriksaan, beg tersebut mengandungi beberapa barangan peribadi berikut:

1. Kad Pengenalan atas nama Rosli Bin Adi

2. Kad Bank BSN

3. Lesen Memandu (Kelas B2)

4. Wang Tunai

Pemilik atau waris kepada individu bernama Rosli Bin Adi diminta hadir ke Balai Polis Behrang untuk urusan tuntutan semula barang-barang tersebut.

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi balai di talian 05-4541229.

Kredit ➡️ IPD MUALLIM

#IPDMuallim #PDRMSentiasaBersamaAnda
#infosemasa
@infosemasaofficial
SARAWAK 02/06/2025

Kemalangan berantai: Lima buah kenderaan terdiri daripada Hilux, Axia, Van, Myvi dan Alza terlibat dalam kemalangan jalan raya di Jambatan Sg Mamat, Jalan Serian- Kuching sekitar 9.40 malam tadi.

Menurut jurucakap PGO Bomba Sarawak, dua mangsa iaitu pemandu Hilux (lelaki dewasa) dan pemandu Axia (wanita dewasa) mengalami kecederaan dan telah dikejarkan ke Hospital Serian.

Sumber ➡️ Bilik Berita CATS - BBcats
#infosemasa
@infosemasaofficial
𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐆𝐀𝐌𝐔𝐊 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐄𝐍𝐉𝐀𝐓𝐀 𝐏𝐀𝐑𝐀𝐍𝐆 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐏𝐀𝐊 𝐃𝐈𝐓𝐀𝐇𝐀𝐍

TAWAU, 1 Jun 2025 – Seorang wanita yang bertindak agresif sambil memegang senjata berbahaya di hadapan sebuah premis perniagaan di sekitar bandar Tawau berjaya ditahan, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Jasmin bin Hussin berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 5 petang itu apabila suspek berusia 39 tahun mengamuk dengan memegang sebilah parang dalam keadaan mencurigakan sambil memandu sebuah kereta jenis Proton Saga.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Jasmin bin Hussin berkata, tindakan pantas anggota rondaan Bit dari Balai Polis Tawau berjaya mengekang insiden daripada menjadi lebih buruk apabila suspek berjaya ditahan di lokasi kejadian.

“Sebaik menerima maklumat daripada Pusat Kawalan Daerah (DCC) Tawau mengenai seorang wanita yang bertindak agresif dan bersenjata, sepasukan anggota rondaan Bit yang sedang melakukan rondaan terus digerakkan ke tempat kejadian.

“Setibanya di lokasi, anggota polis mendapati wanita terbabit sedang memegang sebilah parang dan mereka bertindak pantas menahan suspek serta merampas senjata tersebut dari tangannya,” katanya hari ini.

Menurut beliau, hasil pemeriksaan lanjut terhadap kenderaan suspek, polis menemui sebilah kapak yang disimpan di dalam bonet kereta tersebut.

Sementara itu, kesemua barangan termasuk senjata dan kenderaan yang digunakan suspek turut dirampas dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau untuk tindakan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.

Tambahnya, siasatan masih diteruskan bagi mengenal pasti punca dan motif sebenar kejadian. Pihak polis menyeru orang ramai agar menyalurkan sebarang maklumat berkaitan kejadian sebegini bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam terus terpelihara.

Kredit ➡️ IPD TAWAU
#infosemasa
@infosemasaofficial
SEREMBAN – Polis meminta individu yang terlibat dalam video tular berhubung pertikaman lidah membabitkan seorang lelaki warga asing di sebuah stesen minyak di Jalan Kuala Pilah menghala ke Bukit Putus di sini supaya tampil bagi membantu siasatan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Superintenden Muhd Amrul Yazid Anuar berkata, setakat ini pihaknya belum menerima sebarang laporan berhubung insiden berkenaan.

Menerusi video yang tular, kelihatan beberapa lelaki warga Afrika bertengkar dengan seorang lelaki dipercayai warga tempatan, namun punca sebenar pertelingkahan masih belum dapat dipastikan.

Sebuah kereta jenis Proton X50 berwarna biru yang dipercayai dipandu oleh lelaki warga asing turut dilihat dipandu secara tergesa-gesa dengan but belakang tidak bertutup.

Rakaman tersebut turut menunjukkan sebuah kenderaan pacuan empat roda dipercayai milik mangsa mengalami kerosakan di bahagian hadapan yang menyerupai kesan pelanggaran.

Bagaimanapun, kenderaan tersebut kemudiannya dilihat meninggalkan lokasi kejadian.

Ketika insiden berlaku, beberapa kenderaan pelanggan turut berada di kawasan stesen minyak terbabit untuk mengisi minyak.

Artikel : Sinar Harian
#infosemasa
@infosemasaofficial
Rakaman dashcam kemalangan di jalan ampang berhampiran Glen Eagle Hospital lebih kurang jam 11.05 pagi Sabtu lepas. Mangsa dilaporkan cedera dalam insiden ini. Pemandu kereta dilaporkan melarikan diri sejurus kemalangan.

#infosemasa
@infosemasaofficial
Seorang maut, 13 cedera nahas tiga kenderaan

02 Jun 2025, 9:23am

MACHANG: Seorang lelaki maut manakala 13 lagi cedera dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Machang–Pasir Puteh, berhampiran Kampung Banggol Judah, malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Machang, Penolong Penguasa Bomba (PPgB) Ahmad Alfarra Mohamad Zin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.55 malam.

“Kemalangan membabitkan tiga kenderaan iaitu Toyota Hilux, Perodua Kancil dan Proton Waja. Nahas itu menyebabkan pemandu Proton Waja tersepit dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala lima lagi penumpang dalam kenderaan berkenaan cedera.

“Sementara itu, lima individu yang menaiki Toyota Hilux dan tiga penumpang Perodua Kancil turut cedera,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, semua mangsa yang cedera dikeluarkan oleh orang awam sebelum dihantar ke Hospital Machang menggunakan ambulans.

Artikel : Buletin Tv3
#infosemasa
@infosemasaofficial
سْــــــــــــــــــــــم ِاللّه ِالرَّحْمَن ِالرَّحِيْمِ
‎السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

“SALAM JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA BERPRESTASI TINGGI, CEPAT DAN MESRA"

*AKTIVITI : Operasi Khidmat Khas
Perkara: Kemalangan Jalan raya
Tarikh: 02/06/2025
Masa Terima: 05:44:47
Lokasi: KM 272.8 LPT 2 menghala ke Kuantan
Komander Operasi: PBK II (9232) ZULKIFLI BIN ABDUL GHANI
Anggota Terlibat: Pasukan C ( 6 anggota).
Jentera: LFRT ATEGO (BJY 3340)
Agensi Lain: Peronda LPT 2, PDRM dan KKM
Laporan Awal: Benar berlaku kemalangan jalan raya melibatkan sebuah kereta, perodua Myvi terbabas di lorong kanan lebuhraya.
Mangsa:-
1 lelaki dewasa (cedera ringan)
1 lelaki dewasa ( Cedera parah)
1 perempuan dewasa (Cedera parah)
Tindakan : Anggota bertindak menggunakan konsep SAVER dengan anggota mengeluarkan kesemua mangsa daripada kenderaan dan membuat rawatan awal kepada mangsa yang cedera dan serah kepada Ambulans KKM untuk tindakan selanjutnya seterusnya anggota Bomba bertolak balik ke Balai.

Kredit ➡️ BBP CHENEH
#infosemasa
@infosemasaofficial
Jenazah warga Malaysia lemas di Aceh selamat dikebumikan

02 Jun 2025, 8:30am

HULU SELANGOR: Jenazah warga Malaysia yang meninggal dunia akibat lemas selepas menjalani aktiviti menyelam di perairan Iboih, Kota Sabang, Aceh, Indonesia selamat dikebumikan tengah malam tadi.

Allahyarham Haikal Rafie Halim, 33, dikebumikan di Raudah Assakinah, Tanah Perkuburan Islam Kariah Rasa, pada jam 12 tengah malam.

Terdahulu, jenazah tiba di Masjid Kampung Melayu Rasa di sini dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, sebelum disolatkan.

Suasana pilu menyelubungi tanah perkuburan yang turut dihadiri ahli keluarga, saudara-mara dan sahabat handai.

Media semalam melaporkan Haikal Rafie meninggal dunia selepas menjalani aktiviti menyelam di kawasan berkenaan.

Difahamkan, kejadian berlaku pada jam 9.30 pagi kelmarin waktu tempatan ketika mangsa bersama dua rakan, juga rakyat Malaysia, dengan ditemani seorang jurulatih menyelam di lokasi kejadian.

Memetik laporan portal Berita Rakyat Aceh, selepas menyelam 20 minit pada kedalaman 30 meter kumpulan penyelam terbabit dihanyutkan arus bawah laut.

Mangsa dikatakan cuba naik mengikut arahan jurulatih namun sebaik tiba di permukaan laut, mangsa tidak sedarkan diri dan usaha menyelamat mangsa dilakukan segera dengan menggunakan bot laju ke Pantai Iboih.

Artikel : Buletin Tv3
#infosemasa
@infosemasaofficial
Cuba tunai haji menerusi laluan haram, jemaah Indonesia meninggal dunia di gurun

Riyadh: Seorang jemaah warga Indonesia meninggal dunia di kawasan gurun Al-Jumum, Arab Saudi, akibat dehidrasi.

Portal tempo.co melaporkan, jemaah itu dalam perjalanan melalui laluan padang pasir yang tidak dibenarkan dalam usaha untuk menunaikan haji di Makkah.

Konsulat Jeneral Indonesia di Jeddah, Yusron Ambary melaporkan bahawa seorang individu dikenali sebagai SM terkandas di padang pasir bersama dua lagi warga Indonesia, yang dikenali sebagai J dan S.

"Ketiga-tiganya nekad memasuki Makkah tanpa prosedur rasmi," katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Menurut Yusron, SM dan dua individu lain memegang beberapa visa.

Walaupun visa itu membenarkan beberapa lawatan ke Arab Saudi dalam tempoh tertentu, ia tidak sah untuk haji.

Yusron berkata, sebelum kejadian, SM dan 10 lagi warga Indonesia ditahan ketika pemeriksaan keselamatan di Arab Saudi pada musim haji dan seterusnya dihantar pulang ke Jeddah.

Bagaimanapun, SM, J, dan S masih cuba untuk kembali ke Makkah melalui laluan tidak sah.

Ketiga-tiga individu itu menggunakan perkhidmatan teksi dan dijanjikan masuk semula ke Makkah melalui laluan haram.

Bagaimanapun, pemandu itu, yang takut diganggu oleh rondaan pihak berkuasa, dipercayai memaksa SM, J, dan S turun di tengah padang pasir, di mana suhu melampau hingga menimbulkan ancaman serius.

Tindakan pemandu teksi menyeludup mereka membawa padah apabila SM akhirnya meninggal dunia.

Mereka kemudiannya ditemukan di tengah padang pasir oleh dron keselamatan tempatan dan selepas dikenal pasti, SM sudah pun meninggal dunia.

"Sementara itu, dua lagi individu kemudian dimasukkan ke hospital," tambah Yusron.

Buat masa ini, jenazah SM masih berada di hospital Makkah untuk proses visa.

Yusron berhubung dengan keluarga SM di Madura dan bersedia untuk pengebumian.

Beliau juga menggesa semua warga Indonesia tidak terpedaya dengan jemputan menunaikan haji melalui kaedah yang tidak mengikut prosedur.

Disiarkan pada: Jun 2, 2025 @ 9:27am
Artikel ➡️ Harian Metro
#infosemasa
@infosemasaofficial
Lelaki dakwa wang dirampas warga asing diminta buat laporan

Seremban: Polis meminta individu terbabit dalam video tular pertikaman lidah membabitkan lelaki warga asing di sebuah stesen minyak di Jalan Seremban - Kuala Pilah menghala ke Bukit Putus di sini, tampil bagi membantu siasatan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Superintendan Muhd Amrul Yazid Anuar berkata, buat masa ini, pihaknya tidak menerima sebarang laporan berhubung insiden berkenaan.

"Sehingga kini, tiada laporan polis yang diterima berhubung kejadian ini. Sekiranya berlaku kejadian jenayah, individu yang terbabit dalam kejadian ini diminta tampil membuat laporan.

"Polis juga tidak pasti kejadian yang berlaku kerana video hanya dirakam di hujung kejadian," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Terdahulu dalam video yang berdurasi 41 saat menunjukkan sebuah pacuan empat roda yang mengalami kerosakan di bahagian hadapan di sebuah stesen minyak

Pada kapsyen tertulis pemandu pacuan empat roda memaklumkan wangnya dirampas sekumpulan lelaki dipercayai warga asing yang menaiki Proton X50.

Rakaman itu memaparkan seorang lelaki dipercayai pemandu pacuan empat roda bertikam lidah dengan seorang lagi individu dan berlaku aksi tarik-menarik baju.

Kemudian lelaki dipercayai warga asing dirakam melarikan diri ke arah hadapan Proton X50 sebelum kenderaan uliti sukan (SUV) itu beredar dengan keadaan but belakang terbuka.

Difahamkan, SUV dipandu melawan arus, dan dikejar Mitsubishi Triton itu.

Disiarkan pada: Jun 2, 2025 @ 8:38am
Ahmad Hasbi
am@hmetro.com.my
Artikel ➡️ Harian Metro
#infosemasa
@infosemasaofficial
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Puncak Daik bergigi naga

Pantun empat rangkap itu amat popular untuk masyarakat Malaysia. Bagaimanapun, masih ramai yang tidak tahu bahawa Gunung Daik benar-benar wujud. Ia terletak di Lingga, Kepulauan Riau, Indonesia.

Terkenal dengan puncaknya yang unik menyerupai gigi naga, gunung setinggi 1,165 meter (m) ini diiktiraf sebagai dataran tinggi popular di Anugerah Pesona Indonesia (API) 2018 dan Warisan Budaya Bukan Benda oleh Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia pada 2021.

Menurut satu artikel yang pernah disiarkan menerusi Kompas, keunikan Gunung Daik terletak pada tiga puncaknya, masing-masing dengan nama tersendiri iaitu Gunung Lingga (kanan, terbesar), Pejantan (tengah, runcing), dan Cindai Menangis (kiri, pendek).

Di balik keindahannya, tersimpan sebuah legenda kuno yang menjadi identiti masyarakat Lingga. Kisah ini menceritakan tentang pertarungan hebat antara dua tokoh sakti, Datuk Kaya Kuning dan Mak Yah. Mereka bertarung untuk menguji kesaktian dengan mematahkan salah satu cabang puncak Gunung Daik.

Sebelum pertempuran, kedua-duanya sepakat bahawa pemenang akan menguasai seluruh Lingga. Mak Yah mendapat kesempatan pertama, namun sekuat manapun kesaktiannya, puncak Gunung Daik tetap tidak goyah.

Tibalah giliran Datuk Kaya Kuning. Dengan sekali 'gerakan sakti', beliau berhasil mematahkan salah satu dari tiga cabang puncak Gunung Daik itu. Menurut legenda, patahan puncak yang terlepas kemudian jatuh ke laut, dan menjelma menjadi sebuah pulau yang kini dikenal sebagai Pulau Pandan.

Sesuai perjanjian asal, Mak Yah mengakui kekalahannya dan tunduk kepada Datuk Kaya Kuning, yang menjadi raja berkuasa di seluruh wilayah Lingga. Kisah ini bukan sekadar cerita lama, tetapi juga cerminan budaya masyarakat Lingga yang kaya dengan sejarah dan penghormatan terhadap alam.

Selain legenda pertarungan sakti, dua kisah lain juga turut mewarnai Gunung Daik iaitu pertapaan Raja Inderagiri dan pertanda kematian Datu Kaya Montel yang tinggal di Pulau Lingga.

Keindahan Gunung Daik yang memukau kini berpadu dengan cerita legenda yang menambah daya tarikannya sebagai destinasi pelancongan. Ia juga kian menjadi tarikan orang luar termasuk warga Malaysia untuk melihat sendiri Gunung Daik.

Disiarkan pada: June 1, 2025 @ 7:01am
Artikel ➡️ Harian Metro
#infosemasa
@infosemasaofficial
Pekerja kedai elektrik maut dirempuh kereta pegawai tentera di LPT1

NIK AMIRULMUMIN NIK MIN
02 Jun 2025 08:56am

KUANTAN - Seorang pekerja kedai barangan elektrik maut selepas motosikal ditunggangnya dirempuh sebuah kereta yang terbabas dipandu seorang pegawai tentera wanita dalam kejadian di Kilometer 195.2 Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) arah barat di sini pada Ahad.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.40 petang itu, mangsa dikenali sebagai Zakuan Lateh, 49, yang beralamat di Kampung Dato’ Mufti Suib, Ampang, Selangor, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, pemandu kereta terbabit, seorang pegawai tentera berpangkat kapten berusia 28 tahun, tidak mengalami sebarang kecederaan.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku ketika wanita berkenaan memandu kereta jenis Honda City dari arah Kuantan menghala ke Mentakab.

"Ketika tiba di lokasi kejadian, kereta yang dipandu dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar besi penghadang jalan di sebelah kiri, lalu merempuh motosikal jenis Yamaha Y15 yang ditunggang mangsa di lorong tersebut.

"Akibat pelanggaran itu, mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Wan Mohd Zahari berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk proses bedah siasat.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel : Sinar Harian
#infosemasa
@infosemasaofficial
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Serangan jantung punca pemandu Toyota Caldina rempuh kenderaan lain di simpang lampu isyarat

Kuala Lumpur: Serangan jantung dipercayai punca seorang pemandu Toyota Caldina hilang kawalan dan merempuh sebuah kereta di laluan bertentangan di simpang lampu isyarat di Jalan Ampang, di sini, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, pihaknya turut mengesan satu video tular memaparkan insiden itu sejak semalam.

"Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku kira-kira 11 pagi kelmarin membabitkan wanita tempatan berusia 49 tahun yang memandu kenderaan utiliti sukan (SUV) Jaecoo 7.

"Namun, sebuah kereta Toyota Caldina dipandu lelaki tempatan berusia 57 tahun datang dari arah depan dan melanggar bahagian hadapan kenderaan mangsa," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, akibat pelanggaran itu kenderaan mangsa mengundur ke belakang dan melanggar SUV Lexus RX200T dipandu lelaki tempatan berusia 30 tahun.

Katanya, siasatan awal mendapati punca kemalangan disebabkan Toyota Caldina hilang kawalan kerana pemandunya mengalami serangan jantung.

"Pemandu terbabit bagaimanapun berada dalam keadaan stabil ketika bertemu pegawai penyiasat.

"Hanya pemandu Jaecoo 7 saja yang cedera ringan," katanya.

Menurutnya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan Pengangkutan (APJ) 1987.

Disiarkan pada: Jun 2, 2025 @ 2:16am
Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil
harisfadli@hmetro.com.my
Artikel ➡️ Harian Metro
#infosemasa
@infosemasaofficial
Pendaki hubungi sendiri bomba minta diselamatkan akibat dehidrasi, keletihan

BERNAMA

Balik Pulau: Dua pendaki yang mengalami dehidrasi dan keletihan ketika mendaki di Taman Rimba Teluk Bahang, di sini berjaya diselamatkan pasukan bomba malam ini.

Mangsa, seorang lelaki berusia 40 tahun dan wanita berusia 34 tahun, dilaporkan menghubungi pihak bomba pada pukul 6.40 petang memaklumkan mereka berada dalam keadaan lemah.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Bahang segera digerakkan ke lokasi.

"Mangsa berkongsi lokasi mereka di Stesen 10, Taman Rimba Teluk Bahang menerusi aplikasi WhatsApp.

"Pasukan penyelamat mendaki ke lokasi dan menemui kedua-duanya dalam keadaan keletihan sebelum membawa mereka turun dengan selamat pada 10.51 malam," katanya dalam kenyataan di sini malam ini.

Kedua-dua mangsa kemudiannya diserahkan kepada pasukan perubatan untuk rawatan lanjut.

Operasi menyelamat melibatkan lima anggota bomba.

Disiarkan pada: Jun 2, 2025 @ 12:50am

Artikel : Harian Metro
#infosemasa
@infosemasaofficial
Lelaki OKU maut, tiga terselamat dalam kebakaran sebuah rumah di Jalan Sebiew

BINTULU: Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) terkorban dalam kejadian kebakaran di sebuah rumah di Jalan Sebiew berdekatan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Siong Boon di sini pada awal pagi ini.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 5 Bintulu Wan Kamarudin Wan Ahmad berkata, mangsa dikenal pasti sebagai Wong Jun Jin (tidak diketahui usianya) merupakan seorang OKU.

Katanya, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian kebakaran rumah tersebut pada jam 2.32 pagi dan dimaklumkan empat penghuni berada dalam
rumah ketika kebakaran berlaku.

"Seorang mangsa memaklumkan, seorang daripada mereka telah meninggal dunia dan berjaya dibawa keluar dari rumah yang terbakar sebelum ketibaan pasukan bomba," katanya.

Beliau berkata, tiga mangsa termasuk seorang kanak-kanak terselamat dalam kejadian kebakaran tersebut.

Katanya, pasukan bomba yang tiba di tempat kejadian terus bertindak memadam kebakaran yang masih bersisa dan mangsa seterusnya diserahkan kepada kakitangan Kementerian Kesihatan serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut.

Oleh Abang Ismail Abang Su'ud
Jun 1, 2025, Ahad - 11:12am
Artikel ➡️ Utusan Borneo
#infosemasa
@infosemasaofficial