This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Kejamnya anak!
Jakarta: Melampau dan biadab! Seorang anak tergamak merendam ibunya yang sudah lanjut usia dalam lumpur, dipercayai semata-mata untuk membuat kandungan media sosial.
Perbuatan keji si anak itu berlaku di Nias, Sumatera Utara dan menerima kecaman ramai selepas dimuat naik di media sosial.
Dalam video dikongsikan di X, ibu malang berusia 80 tahun itu didakwa direndam dalam lumpur selama 24 jam, yang hampir tidak memperlihatkan apa-apa melainkan tangannya yang terkapai-kapai.
Rakaman juga menunjukkan keadaan warga emas itu yang lemah dan tidak bermaya.
Kes itu yang mendapat perhatian ramai turut dilaporkan kepada polis, menurut Abata News.
Ketua Seksyen Perhubungan Awam Polis Nias, Aipda Motivasi Gea berkata, pihaknya membuka kertas siasatan dan sedang menyiasat dakwaan terbabit.
"Polis akan semak video itu dan melakukan siasatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan.
Disiarkan pada: Mei 1, 2025 @ 9:00pm
Artikel ➡️ Harian Metro
#infosemasa
@infosemasaofficial

Lelaki patah kaki dihempap pokok ditebang sendiri
Dungun: Seorang lelaki patah kaki kanan selepas dihempap sebatang pokok yang ditebangnya sendiri di Kampung Jongok Batu, dekat sini, pagi tadi.
Kejadian itu dilaporkan berlaku kira-kira 11.30 pagi ketika mangsa, Mohd Subari Abd Rahman, 45, menebang pokok untuk membuat arang.
Sebelum kejadian, mangsa dikatakan masuk ke kawasan terbabit bersama isterinya, Nurul Zaleha Mohd Nor, 40-an, kira-kira 9.30 pagi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Al-Muktafi Billah Shah (AMBS), Mohd Izzuddin Mahmood berkata, sebelum kejadian mangsa ditemani isterinya, Nurul Zaleha Mohd Nor, 40-an, masuk ke kawasan terbabit kira-kira 9.30 pagi.
Menurutnya, ketika mangsa sedang menebang pokok, batang pokok yang ditebangnya itu tiba-tiba jatuh dan mangsa gagal mengelak sebelum ditimpa pokok terbabit.
"Kejadian itu menyebabkan batang pokok itu menimpa kaki kanan mangsa sehingga cedera. Isteri mangsa kemudiannya bertindak menghubungi bomba.
"Seramai enam anggota bomba bergegas ke lokasi kejadian dan anggota terpaksa berjalan kaki meredah bukit hampir satu kilometer untuk tiba di tempat kejadian," katanya.
Mohd Izzuddin berkata, sebaik anggota tiba di tempat kejadian, pihaknya mendapati mangsa mengerang kesakitan sebelum anggota bomba bertindak menstabilkan mangsa.
"Mangsa kemudiannya dibawa ke kawasan yang selamat dengan menggunakan scoop stretcher.
"Mangsa kemudiannya diserahkan kepada pasukan perubatan sebelum dikejarkan ke Hospital Dungun untuk rawatan lanjut," katanya.
Disiarkan pada: Mei 1, 2025 @ 6:06pm
Rosli Ilham
am@hmetro.com.my

Lelaki rugi RM800, baiki motosikal tapi makin rosak
PETALING JAYA – Baiki motosikal, tetapi makin rosak. Itu nasib malang yang dialami seorang lelaki selepas menghantar motosikalnya di sebuah bengkel di Kuala Lumpur.
Menerusi hantaran di TikTok oleh @mieyfikrihilmi96, dia mendakwa telah menghantar motosikal jenis Yamaha Y15 ke bengkel terbabit selepas mengalami kerosakan hampir seminggu.
Katanya, bengkel terbabit telah mengenakan caj RM800, namun keadaan motornya semakin teruk.
“Elakkan datang baiki motosikal anda semua di salah sebuah bengkel, saya baiki motor di sini, semakin rosak dibuatnya,” dakwanya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata ramai orang memberi pandangan kepada video yang dimuat naik oleh lelaki tersebut.
“Kedai-kedai motor di kawasan tersebut sudah tidak boleh dipercayai abang kerana mereka tidak baiki mengikut cara yang betul,” komen @blacklover.
“Banyak bengkel motor di kawasan tersebut dikendalikan oleh pekerja warga asing iaitu dari negara Pakistan, mereka ini biasanya tidak mempunyai asas dalam membaiki motor secara terperinci,” balas @encik.apyz. – KOSMO! ONLINE
Oleh FARISYA AKHTAR
1 Mei 2025, 8:40 pm
Artikel ➡️ Kosmo

JOHOR 01/05/2025
Kemalangan melibatkan motorsikal dan kereta di KM50.1 arah Timur dari Cahaya Baru ke Penawar sekitar jam 7 petang tadi.
Tiada butiran lanjut mengenai kejadian.
Sumber ➡️ Media sosial

*بِسْــــــــــــــــــــــم ِاللّه ِالرَّحْمَن ِالرَّحِيْمِ
*السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
* اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍوَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ﷺ
Salam Sejahtera,
SALAM JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA, BERPRESTASI TINGGI CEPAT DAN MESRA, SALAM MALAYSIA MADANI"
Kereta terbabas ke dalam parit.
TARIKH : 01/05/2025
HARI : KHAMIS
MASA : 1752
TEMPAT : KILOMETER 125.5 LEBUHRAYA UTARA SELATAN MENGHALA UTARA
PASUKAN BERTUGAS : PASUKAN CHARLIE
#Bbpkepalabatas
#infosemasa
@infosemasaofficial
*السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
* اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍوَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ﷺ
Salam Sejahtera,
SALAM JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA, BERPRESTASI TINGGI CEPAT DAN MESRA, SALAM MALAYSIA MADANI"
Kereta terbabas ke dalam parit.
TARIKH : 01/05/2025
HARI : KHAMIS
MASA : 1752
TEMPAT : KILOMETER 125.5 LEBUHRAYA UTARA SELATAN MENGHALA UTARA
PASUKAN BERTUGAS : PASUKAN CHARLIE
#Bbpkepalabatas
#infosemasa
@infosemasaofficial
Kejamnya anak!
Jakarta: Melampau dan biadab! Seorang anak tergamak merendam ibunya yang sudah lanjut usia dalam lumpur, dipercayai semata-mata untuk membuat kandungan media sosial.
Perbuatan keji si anak itu berlaku di Nias, Sumatera Utara dan menerima kecaman ramai selepas dimuat naik di media sosial.
Dalam video dikongsikan di X, ibu malang berusia 80 tahun itu didakwa direndam dalam lumpur selama 24 jam, yang hampir tidak memperlihatkan apa-apa melainkan tangannya yang terkapai-kapai.
Rakaman juga menunjukkan keadaan warga emas itu yang lemah dan tidak bermaya.
Kes itu yang mendapat perhatian ramai turut dilaporkan kepada polis, menurut Abata News.
Ketua Seksyen Perhubungan Awam Polis Nias, Aipda Motivasi Gea berkata, pihaknya membuka kertas siasatan dan sedang menyiasat dakwaan terbabit.
"Polis akan semak video itu dan melakukan siasatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan.
Disiarkan pada: Mei 1, 2025 @ 9:00pm
Artikel : Harian Metro

Pengunjung Teruja Saksikan Ular Panjat Pokok di Taman Tasik Taiping
Taiping, 1 Mei – Suasana damai di Taman Tasik Taiping bertukar menjadi tumpuan apabila seekor ular dilihat memanjat pokok di kawasan rekreasi itu tengah hari tadi. Kejadian luar biasa itu mengejutkan para pengunjung yang tidak melepaskan peluang untuk merakam detik menarik itu menggunakan kamera telefon pintar mereka.
Menurut saksi, ular berkenaan secara perlahan-lahan memanjat batang pokok berhampiran tasik, menarik perhatian ramai yang berada di kawasan itu untuk beriadah atau bersantai.
“Kami terkejut tapi juga teruja sebab ini kali pertama tengok ular panjat pokok depan mata,” kata seorang pengunjung. “Biasanya kita hanya lihat dalam dokumentari saja.”
Fenomena ini dianggap jarang berlaku di kawasan awam seperti taman, dan tidak membahayakan pengunjung kerana ular itu segera menjauh ke dalam kawasan pokok selepas beberapa minit.
Pihak berkuasa diminta memantau kawasan sekitar bagi memastikan keselamatan pengunjung, terutama kanak-kanak yang sering bermain di kawasan tersebut.
Taman Tasik Taiping sememangnya terkenal dengan keindahan alam semula jadi dan menjadi lokasi pilihan untuk berehat bersama keluarga, namun kejadian seperti ini mengingatkan orang ramai tentang kewujudan hidupan liar di sekitar kawasan hijau.
Artikel : Infosemasa

Harimau kumbang mati dirempuh pacuan empat roda di LPT2
NORHASPIDA YATIMNORHASPIDA YATIM
01 Mei 2025 08:22pm
HULU TERENGGANU – Seekor harimau kumbang mati selepas dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda dalam kejadian di Kilometer 387 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) awal pagi Khamis.
Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Superintenden Sharudin Abdul Wahab berkata, kemalangan berlaku kira-kira jam 1.15 pagi apabila haiwan liar itu melintas secara tiba-tiba dari arah kanan ke kiri jalan.
“Siasatan mendapati kenderaan jenis Toyota Hilux dipandu seorang lelaki berusia 19 tahun yang dalam perjalanan dari Kelantan ke Kemaman, Terengganu.
“Apabila tiba di lokasi kejadian, pemandu tidak sempat mengelak lalu terlanggar harimau kumbang tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Khamis.
Tambah beliau, haiwan berkenaan disahkan mati di tempat kejadian, namun pemandu kenderaan terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan dan diklasifikasikan sebagai 'Report Traffic Minor'.
Menurutnya, bangkai harimau kumbang itu telah diambil oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu untuk tindakan lanjut.
Pada masa sama, beliau mengingatkan pengguna jalan raya agar sentiasa berhati-hati dan mematuhi had laju, khususnya ketika memandu di kawasan berisiko lintasan hidupan liar.
Artikel : Sinar Harian

JHEAIK siasat video pendakwah dikatakan solat Jumaat bersama bunian
ALOR SETAR: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) menyiasat video yang memaparkan dakwaan solat Jumaat bersama bunian membabitkan seorang pendakwah terkenal, baru-baru ini.
Pengarah JHEAIK, Datuk Abd Ghani Zainudin berkata pihaknya akan memanggil individu terbabit bagi mendapatkan penjelasan.
"Kita maklum tentang penularan video itu dan dakwaan pendakwah berkenaan solat Jumaat bersama bunian yang didakwa dilakukan seorang agamawan ketika hayatnya," katanya dihubungi hari ini.
Abd Ghani berkata JHEAIK kini sedang bekerjasama dengan Jabatan Mufti Kedah untuk merangka tindakan yang bersesuaian dalam menangani isu berkenaan.
Beliau turut menasihatkan semua pendakwah supaya berhati-hati dan tidak mengeluarkan kenyataan mengelirukan umat Islam.
"Kita juga berharap semua pihak bertenang dan membiarkan pihak berkaitan menyiasat isu ini termasuk mengeluarkan kenyataan sehingga mendatangkan kegusaran ramai di media sosial," katanya.
Tular di media sosial sejak beberapa hari lalu video berdurasi satu minit 31 saat memaparkan pendakwah terkenal dipercayai dalam satu majlis berserta kapsyen 'Kisah Paksu Mid Solat Jumaat Bersama Bunian di Tengah Laut'. Video itu menimbulkan pelbagai reaksi warganet.
Oleh Noorazura Abdul Rahman
Mei 1, 2025 @ 4:24pm
Artikel ➡️ Berita Harian

Pekerja kilang maut motosikal langgar lembu di Rompin
Oleh Asrol Awang
Mei 1, 2025 @ 7:01pm
KUANTAN: Seorang pekerja kilang maut selepas motosikal ditunggangnya melanggar seekor lembu di Kilometer 67 Jalan Ibam-Rompin, Rompin, tengah malam tadi.
Ketua Polis Daerah Rompin, Superintendan Sharif Shai Sharif Mondoi berkata Francis Mulihim, 51, berasal dari Sabah meninggal akibat parah di kepala dalam kemalangan jam 12.45 tengah malam itu.
Katanya, siasatan awal menunjukkan mangsa yang bekerja di kilang udang Sebayan, Pekan sedang dalam perjalanan dari arah Kampung Tebu Hitam menuju rumahnya di Kampung Kerpal.
"Setibanya di tempat kejadian, mangsa terlanggar seekor lembu yang berada di tengah jalan, lalu hilang kawalan sebelum jatuh di atas jalan.
"Akibat kemalangan itu, mangsa mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Susulan kemalangan itu, Sharif Shai menasihatkan pemilik haiwan yang mempunyai ternakan memastikan haiwan mereka tidak berkeliaran dan diletakkan di dalam kandang.
Katanya, pemilik boleh diambil tindakan mengikut Seksyen 9 (1), Enakmen Kawalan Kerbau Lembu 2001, negeri Pahang dan dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
Artikel : Berita Harian
#infosemasa
@imfosemasaofficial

Lelaki maut kereta dipandu terbabas masuk parit
01 Mei 2025, 10:27pm
BUTTERWORTH: Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya terbabas ke dalam parit di Kilometer 125.5 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dekat Sungai Dua, di sini, petang tadi.
Mangsa, Ooi Chen Chi, 37, yang memandu Toyota Vios disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, Mohamad Shoki Hamzah, berkata anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kepala Batas dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan jam 5.50 petang.
“Seorang lelaki tersepit pada ruang tempat duduk pemandu sebelum anggota operasi membantu mengeluarkannya.
“Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan di lokasi,” katanya dalam kenyataan.
Mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Artikel : Buletin Tv3

Memotong di garisan berkembar, pemandu bas disaman
01 Mei 2025, 10:28pm
.
SEGAMAT: Pemandu bas ekspres yang memandu secara berbahaya dengan memotong di garisan berkembar dan hampir merempuh sebuah kereta di Kilometer 146, Jalan Johor Bahru-Seremban, berdekatan Chaah, di sini dikenakan tindakan saman, hari ini.
Lelaki berusia 50-an, didapati memotong sebuah lori meskipun di garisan berkembar hingga tular di media sosial. By
Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Ahmad Zamry Marinsah, berkata tindakan saman dibuat mengikut Peraturan 12 (3) (A) Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59).
Katanya, pada jam 9 malam semalam, polis mengesan video di media sosial memaparkan sebuah bas memotong garisan berkembar.
“Susulan itu, polis mengeluarkan saman terhadap pemandu bas terbabit. Ujian saringan awal air kencing ke atas pemandu bas terbabit negatif dadah.
“Polis komited mengambil tindakan terhadap mana-mana individu yang gagal mematuhi undang-undang,” katanya dalam kenyataan.
Terdahulu, tular video berdurasi 30 saat dengan memaparkan sebuah bas dipandu secara berbahaya hingga hampir merempuh kereta dari arah bertentangan.
Berdasarkan rakaman kamera pemuka (dashcam), kejadian itu berlaku pada jam 12.51 tengah hari ketika bas terbabit menghala ke Segamat.

Hebahan orang hilang membabitkan remaja perempuan di kawasan Taman Sri Rugading, Tuaran.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai remaja terbabit, boleh terus hubungi di talian di bawah...
Sumber Infox
#infosemasa
@infosemasaofficial
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai remaja terbabit, boleh terus hubungi di talian di bawah...
Sumber Infox
#infosemasa
@infosemasaofficial
ASSALAMUALAIKUM, SALAM SEJAHTERA, SALAM JBPM BERPRESTASI TINGGI, CEPAT DAN MESRA
🚒BBP TAMPIN🚒
JENIS INSIDEN:POKOK TUMBANG
ALAMAT:
TAMAN SRI INTAN, TAMPIN
TARIKH: 01/05/2025
TERIMA PANGGILAN:14:38:00
JENTERA KELUAR: 14:38:50
JENTERA SAMPAI:14:43:00
OPERASI TAMAT:
15:07:00
PENYELIA PASUKAN:
PBK II YAZID BIN YAACOB
KEANGGOTAAN:
JENTERA TAMPIN
FRT BMJ 6924
PENYELIA 1
ANGGOTA 6
EMRS
ANGGOTA 3
LAPORAN KEJADIAN:
SETIBANYA DITEMPAT KEJADIAN DIDAPATI BENAR TERDAPAT POKOK TUMBANG AKIBAT DARIPADA CUACA HUJAN.TINDAKAN PASUKAN KELUARAN OPERASI MENGGUNAKAN 1 UNIT GERGAJI BERANTAI UNTUK MEMOTONG DAHAN-DAHAN POKOK TERSEBUT SETERUSNYA MELAKUKAN PEMBERSIHAN JALAN.SETELAH MEMASTIKAN KEADAAN SELAMAT JENTERA BERSAMA ANGGOTA BERTOLAK BALIK KE BALAI..
JARAK: 4 KM
SEKIAN UNTUK MAKLUMAN YS TUAN DAN TUAN-TUAN
Kredit ➡️ BBP TAMPIN

𝗛𝗘𝗕𝗔𝗛𝗔𝗡 𝗢𝗥𝗔𝗡𝗚 𝗛𝗜𝗟𝗔𝗡𝗚
Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai individu tersebut boleh terus menghubungi Pegawai Penyiasat Insp Mohd Saddam bin Jasnie(Ketua Polis Balai Lumut/Seri Manjung), di talian 014-9502476 atau Bilik Gerakan IPD Manjung di talian 05-6886222 atau mana-mana Balai Polis berhampiran.
Kerjasama masyarakat membantu siasatan PDRM amat diperlukan.

*SALAM JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA BERPRESTASI TINGGI CEPAT DAN MESRA*
YS TUAN / TUAN / PUAN
*TARIKH INSIDEN*
01/05/2025
( KHAMIS )
*JENIS INSIDEN*
PANGGILAN KECEMASAN
( KEBAKARAN KERETA )
*ALAMAT*
JAMBATAN SUNGAI MENYAN SIBU
*JARAK*
16 KM
*KOMANDER OPERASI*
PBK I ( TBK II ) WINSTON TAN
*SENARAI AGENSI TERLIBAT*
POLIS PERONDA = 2 ORANG
*TINDAKAN OPERASI*
SETIBANYA PASUKAN BOMBA DITEMPAT KEJADIAN DIDAPATI ADA BERLAKU KEBAKARAN KERETA JENIS PERODUA VIVA SEPERTI YANG DI LAPORKAN OLEH PGO NEGERI SARAWAK. TINDAKAN PASUKAN BOMBA DI TEMPAT KEJADIAN ADALAH MEMADAM KEBAKARAN TERSEBUT DENGAN MENGGUNAKAN SATU ALIRAN HOSE REEL AIR DALAM TANGKI. KEBAKARAN KERETA TERSEBUT TIDAK MELIBATKAN NYAWA DAN KESEMUA MANGSA BERJAYA MENGELUARKAN DIRI SEJURUS KEBAKARAN TERSEBUT BERLAKU. PERATUSAN KEBAKARAN KERETA ADALAH 100 PERATUS . SETELAH MEMASTIKAN KEADAAN SELAMAT DAN TERKAWAL BARULAH PIHAK BOMBA BERANGKAT BALIK KE BALAI.
*SEKIAN, TERIMA KASIH*
*PASUKAN CHARLIE *
*BBP SIBU JAYA *

Pada 19 September 1991, sepasang suami isteri yang sedang mendaki di Pergunungan Ötztal telah membuat satu penemuan luar biasa—mayat seorang lelaki yang sebahagiannya beku, dengan hanya bahagian atas tubuhnya kelihatan di atas ais. Pada mulanya, dia disangka sebagai pendaki moden yang baru sahaja meninggal dunia.
Namun, analisis saintifik terhadap tubuh dan artifak di sekitarnya mendedahkan kebenaran yang mengejutkan: ini adalah mayat terawet seorang lelaki yang hidup lebih 5,000 tahun lalu! Digelar Ötzi oleh media, mayat ini ditemui di sempadan Itali dan Austria dan merupakan salah satu penemuan sisa manusia yang paling terawet secara semula jadi yang pernah ditemui.
Ötzi hidup sekitar 5,300 tahun lalu, antara tahun 3345–3105 SM. Berkat keadaan sejuk ais, tubuhnya terawet dengan sangat baik, walaupun sudah mengering dan kehilangan lapisan epidermis serta rambut. Para penyelidik telah membina semula penampilannya dan menentukan bahawa beliau berusia sekitar 45 tahun, dengan ketinggian sekitar 165 cm dan berat kira-kira 50 kg pada saat kematiannya.
Kehidupan & Detik-Detik Akhir
Analisis terhadap isi perutnya memberikan gambaran tentang makanan terakhir yang dimakannya—daging ibex (sejenis kambing gunung) dan rusa, roti, serta akar-akaran, yang dimakan kira-kira 8 jam sebelum kematiannya. Serbuk sari yang ditemui dalam ususnya menunjukkan bahawa beliau tinggal di kawasan Lembah Venosta (Vinschgau Valley) di South Tyrol.
Tubuh Ötzi mempunyai kira-kira 60 tatu, kebanyakannya berupa garisan-garisan selari pada pergelangan kaki, betis, pergelangan tangan, dan tulang belakangnya, serta tanda salib pada lutut dan pergelangan kaki kanan. Sesetengah penyelidik percaya bahawa tatu ini mungkin berkaitan dengan ritual atau rawatan terapeutik yang mirip akupunktur.
Pakaian & Peralatan
Ötzi sangat bersedia untuk menghadapi persekitaran Alpen yang keras. Beliau memakai:
Seluar kulit, tali pinggang, dan ikat pinggang
Rompi dan topi dari kulit beruang
Jubah jerami untuk kehangatan tambahan
Kasut salji khas dengan tapak lebar dan penebat rumput, berfungsi seperti stoking semula jadi
Peralatan yang dibawanya sangat maju untuk zamannya, termasuk:
Kapak tembaga (barang yang sangat jarang dan bernilai tinggi)
Pisau batu dengan sarung daripada tulang
Pengikis untuk memproses kulit
Busur panjang (182 cm) dan anak panah
Kantung berisi beri, tumbuhan ubatan, dan bahan untuk menyalakan api
Bagaimana Ötzi Meninggal Dunia?
Terdapat beberapa teori tentang bagaimana Ötzi meninggal dunia, namun teori yang paling diterima ialah beliau telah dibunuh. Sebatang anak panah batu tertancap di bahu kirinya, dan analisis forensik menunjukkan bahawa panah tersebut ditembak dari arah belakang. Kecederaan ini membawa maut kerana anak panah tersebut telah merosakkan arteri utama.
Beberapa teori alternatif mencadangkan bahawa beliau mungkin mati akibat kesejukan atau menjadi korban dalam upacara ritual, namun penemuan anak panah yang menusuk dalam menyokong teori pembunuhan.
Ötzi kekal sebagai salah satu penemuan paling menarik dalam bidang arkeologi, memberikan pandangan yang jarang diperoleh tentang kehidupan manusia prasejarah dan cabaran untuk terus hidup lebih lima milenia yang lalu.
Kredit ➡️ Marn Ali

#operasi
RESPON KES SKT DI RESTORAN HAO WEI
1 MEI 2025 | Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Lawas menerima panggilan daripada Hospital iaitu Kes Sakit (SKT) di Restoran Hao Wei. Tiba di lokasi, pihak APM mendapati mangsa mengalami sesak nafas ,separa sedar. Mangsa dalam keadaan lemah dan pucat setelah menderma darah. Pihak APM menghantar mangsa ke hospital Lawas untuk rawatan selanjutnya dan bergerak balik ke Pkod Lawas.Terima Kasih telah menghubungi pihak APM Lawas. Jika berlaku kecemasan boleh hubungi PKOD Lawas ditalian 085-272073.
Jabatan Perdana Menteri
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
APM Sarawak
Mohtar Samat
"WIRA BIRU"
"SENTIASA BERSAMA APM"
"APM SELAMANYA"
Unit Perhubungan Awam dan Dokumentasi APM LAWAS
Segala informasi berkaitan APM LAWAS akan anda perolehi dengan follow:
Page FB: APM LAWAS
Tiktok: apmlawas.official
Instagram: apmlawas.official
Sila Hubungi APM LAWAS jika anda mengahadapi sebarang kecemasan di talian 085-262073 dan talian kecemasan kebangsaan 999.
Kredit ➡️ APM LAWAS

Dahi murid tahun dua berlubang dilanggar, pemandu cabut lari
MELAKA – Seorang murid perempuan tahun dua parah di dahi, manakala kakaknya luka di beberapa anggota badan dalam nahas langgar lari berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Demang Hussin di Bukit Katil di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 tengah hari itu, mangsa, Nur Qasyifa Hazlina Mohd. Hayider, 8, dan kakaknya, Nur Qarinah Hazirah,17, dikejarkan ke Hospital Melaka bagi mendapatkan rawatan.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, laporan kemalangan itu dibuat oleh mangsa pada pukul 12.32 tengah hari tadi dan pihaknya masih memburu pemandu yang terlibat dalam kejadian tersebut.
Katanya, berdasarkan laporan dibuat mangsa, nahas berlaku selepas dia menjemput adiknya pulang dari SK Demang Hussin dengan motosikal Yamaha Ego Solaris.
“Mangsa dalam perjalanan menuju ke arah Duyong. Sebaik melepasi sekolah motosikal ditunggang mangsa dilanggar dari belakang oleh sebuah kenderaan tidak dapat dikenal pasti.
“Akibat pelanggaran itu, dua beradik tersebut terjatuh menyebabkan seorang daripada mereka cedera di muka, mata dan dahi berlubang, manakala pengadu (Nur Qarinah) luka di kaki dan tangan,” katanya kepada pemberita, hari ini.
Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kemalangan itu supaya tampil membantu siasatan.
“Kedua-dua mangsa perlu mendapatkan rawatan di Hospital Melaka dan kes akan dirujuk kepada majistret kerana nombor kenderaan tidak dapat dipastikan sehingga ada perkembangan lanjut,” katanya. – KOSMO! ONLINE
Oleh DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA
1 Mei 2025, 2:46 pm

KEDAH 01/05/2025.
Kemalangan melibatkan 3 buah kereta di persimpangan lampu isyarat Aman Central, Alor Setar.