INFO SEMASA OFFICIAL
793K subscribers
191K photos
43K videos
27 files
24.7K links
Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.
Download Telegram
KEDAH 26/04/2025.

Kemalangan melibatkan 2 buah kereta di jalan baru Kupang - Baling, belakang Taman Sheikh Fadzir, tengah hari tadi.

Sumber ➡️ INFO KEMALANGAN DI BALING

#infosemasa
@infosemasaofficial
KEDAH 26/04/2025.

Tanah jerlus di jalan dari Taman Selasih ke Giant Kulim.

Sumber ➡️ Media sosial

#infosemasa
@infosemasaofficial
KEMALANGAN JALANRAYA
26.04.2025 I SABTU
1300 PM
Kampung Bt. 7, Tawar, Baling, Kedah
Pasukan: B Balai Bomba dan Penyelamat Baling

(Seorang lelaki mengalami kecederaan serius setelah terlibat dalam kemalangan jalanraya. Terima Kasih PBS
kawasan jagaan dan orang awam yang turut membantu)

Pesanan Khidmat Nasihat:
Berhati-hati dijalanraya dan patuhi had laju ditetapkan. Fokus pemanduan dan dapatkan rehat yang cukup sekiranya pemanduan jauh. Hubungi talian 999 untuk sebarang kecemasan memerlukan. Kami sedia membantu anda.

BANGKIT! BALING! BANGKIT
#sediamenyelamat
#cepatdanmesra
#bombatonggakpenyelamatannegara

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kedah

#infosemasa
@infosemasaofficial
Kemalangan jalan segamat - muar dekat sagil, muar sebentar tadi.

26/04/2025

#infosemasa
@infosemasaofficial
Wanita maut, suami parah dirempuh Triton

NORAFIZA JAAFARNORAFIZA JAAFAR

26 April 2025 03:02pm

MELAKA - Seorang wanita maut, manakala suaminya parah selepas motosikal mereka dirempuh sebuah pacuan empat roda yang melanggar lampu isyarat merah di Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin, pada Jumaat.

Dalam kejadian jam 11.20 malam itu, mangsa, Roslinah Sinan, 53, maut di tempat kejadian, manakala suaminya, Hisham Omar, 57, cedera di bahagian kepala dan badan.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, ketika kejadian, mangsa yang menaiki motosikal jenis Honda Wave 125 sedang dalam perjalanan dari Malim menuju ke Balai Panjang dan berhenti di persimpangan lampu isyarat merah itu.

"Sebaik tiba di tempat kejadian, mangsa tiba-tiba dirempuh sebuah pacuan empat roda dari arah belakang.

"Pemandu kenderaan jenis Mitsubishi Triton itu kemudian melarikan diri dan meninggalkan mangsa di tempat kejadian," katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.

Tambahnya, semakan terhadap nombor pendaftaran pacuan empat roda itu mendapati ia didaftarkan atas nama pengurus sebuah syarikat.

"Pegawai penyiasat bersama penolong dan pengurus syarikat terbabit, selaku pemilik kenderaan, cuba mengesan pemandu Mitsubishi Triton berkenaan di rumahnya.

"Bagaimanapun, suspek tidak pulang ke rumahnya dan usaha memburunya sedang giat dilakukan," ujarnya.

Kes disiasat bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Tambahnya, mayat mangsa telah dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Melaka untuk bedah siasat.

Artikel : Sinar Harian
#infosemasa
@infosemasaofficial
Bukan pemandu, tetapi penumpang kereta maut terkena tembakan

Kuching: Lelaki yang maut terkena tembakan di Jalan Stephen Yong, Batu Kawa, di sini, pagi tadi bukan pemandu kereta seperti dilaporkan sebelum ini.

Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Mohd Irwan Hafiz Md Radzi berkata, mangsa berusia 34 tahun itu adalah penumpang kereta Perodua Myvi berkenaan.

Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan mangsa duduk di bahagian penumpang depan atau belakang ketika kejadian.

Pada jam 5.30 pagi tadi, dua lelaki membawa mangsa yang terbaring di dalam kereta itu ke Balai Polis Batu Kawa, di sini.

Mohd Irwan berkata, dua lelaki terbabit memaklumkan rakan mereka terkena tembakan ketika mereka melalui Jalan Stephen Yong dan pegawai perubatan mengesahkan kematian mangsa.

"Terdapat kesan tembakan pada kepala mangsa dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuhm" katanya.

Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat agar menghubungi Pegawai Penyiasat Asisten Superintendan Sylvarius di talian 013-8637241 bagi menyalurkan maklumat.

Disiarkan pada: April 26, 2025 @ 12:31pm
Mohd Roji Kawi
mdroji@bh.com.my

Artikel ➡️ Harian Metro

#infosemasa
@infosemasaofficial
Seks bebas, makin ramai pelajar U dan sekolah hidap HIV

Kuala Lumpur: Kes jangkitan HIV dalam kalangan penuntut universiti dan sekolah menunjukkan peningkatan dengan kebanyakan mereka menerima jangkitan akibat aktiviti seksual.

Setiausaha Kehormat Majlis Aids Malaysia (MAC) dan Yayasan Aids Malaysia (MAF), Dr Zaiton Yahaya berkata, kebanyakan mereka berusia 20 hingga 29 tahun antara 44 peratus golongan yang dikesan mendapat jangkitan HIV.

"Bagi pelajar sekolah berusia 13 hingga 19 tahun dengan empat peratus disahkan mendapat HIV, dan kebanyakan mereka disebabkan kegiatan seksual.

"Golongan tertinggi adalah remaja lepasan sekolah dan universiti, mereka tidak mengetahui risiko jangkitan, kes-kes jangkitan HIV akibat dadah dilihat makin berkurangan disebabkan kita kerap melakukan program kesedaran mengenai bahaya berkongsi jarum suntikan.

"Tetapi jangkitan akibat seksual makin meningkat, disebabkan itu kita meningkatkan program kesedaran supaya pesakit tahu mana nak pergi dan di mana mahu mendapatkan bantuan," katanya ketika ditemui dalam Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Bersama Komuniti dan pelancaran ProtectNow Hub anjuran MAC dan MAF di sebuah restoran di Jalan Tun Razak, tadi.

Majlis itu turut dihadiri Ketua Sektor HIV/STI/Hepatitis C Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Dr Fazidah Yuswan,Timbalan Pengerusi Country Coordinatimg Mechaniscm (CCM) Malaysia Datuk Dr Sha'ari Ngadiman dan lebih 300 tetamui yang dirai terdidiri daripada pesakit HIV, aktivis komuniti, pengamal kesihatan, dan rakan strategik yang sekian lama menyokong misi untuk mengakhiri Aids di Malaysia.

Dr Zaiton berkata, disebabkan peningkatan ketara golongan 'mentah' ini, pihaknya mengadakan pelbagai program kesedaran mengenai jangkitan HIV di sekolah dan universiti.

Berdasarkan statistik terbaru KKM, 135,035 pesakit HIV direkodkan bermula 1986 hingga 2023 dengan 54,365 orang akibat transmisi seksual.

Lebih mengejutkan, lapan jangkitan baharu HIV membabitkan kanak-kanak di bawah usia 13 tahun.

Rekod terbaharu menunjukkan juga 62 peratus jangkitan HIV adalah dari golongan homoseksual dan biseksual manakala 33 peratus jangkitan daripada pasangan berlainan jantina.

Sementara itu, MAC dan MAF melancarkan ProtectNow Hub iaitu sebuah platform perkhidmatan digital pencegahan HIV yang pertama di Malaysia.

ProtectNow Hub dibangunkan hasil kerjasama rapat antara pakar kesihatan awam, organisasi komuniti dan golongan belia.

Sejak mula diperkenalkan, platform itu menerima lebih 74,000 kunjungan yang memerlukan perkhidmatan kesihatan yang mudah diakses, selamat dan berorientasikan komuniti.

Platform itu memberi akses segera kepada pelbagai perkhidmatan penting seperti PrEP (Profilaksis Pra-Pendedahan), ujian kendiri HIV, serta sokongan kesihatan mental dan pemulihan ketagihan.

Dr Zaiton berkata, dengan pendekatan digital yang inklusif, ProtectNow Hub menyasarkan untuk memberdayakan individu agar dapat membuat keputusan yang tepat mengenai kesihatan diri dan bebas daripada stigma serta maklumat salah.

"Kita berdepan dengan perubahan besar dalam jangkitan HIV, dengan peningkatan kes baharu dalam kalangan golongan muda dan komuniti sasaran.

"ProtectNow adalah pendekatan baharu yang berpaksikan masa depan berorientasikan belia, diterajui komuniti dan dipacu oleh inovasi digital," katanya.

Disiarkan pada: April 26, 2025 @ 3:34pm
Suraya Roslan
surayaroslan@mediaprima.com.my

Kredit ➡️ Harian Metro

#infosemasa
@infosemasaofficial
Orang Hilang

Mohon kerjasama dari orang ramai yang melihat dan menjumpai remaja perempuan bangsa Melayu bernama Nur Damya Batrisya Binti Abdullah, berumur 15 tahun yang dilaporkan keluar dari rumah pada Tarikh 23/04/2025, jam lebih kurang 2200 hrs di alamat B22 Pangsapuri Anggerik Jalan Sungai Udang 41250 Klang Selangor. Dengan berpakaian baju lengan panjang warna kelabu, seluar hitam, tudung warna hitam dan kasut warna merah jambu. Penama disyaki telah melarikan diri dari rumah seorang diri.

Sila hubungi talian berikut sekiranya anda mempunyai sebarang maklumat atau mengetahui di mana penama berada.

Pegawai Penyiasat (IO) : Insp. Muhammad Farid
No. Hotline IPD Klang Selatan : 03-3376 2222

Terima kasih.

#infosemasa
@infosemasaofficial
Lelaki Afrika gigit telinga koperal hingga putus

KUALA LUMPUR - Seorang anggota polis berpangkat koperal putus telinga kiri selepas digigit seorang lelaki warga Afrika yang bertindak agresif ketika cuba ditahan di sebuah klinik swasta di Metro Prima di sini, pada Jumaat.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu, anggota berkenaan bersama seorang rakan setugas dikejarkan ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan mengenai seorang pesakit warga asing yang mengamuk di premis berkenaan.

Menurut sumber, suspek pada awalnya dilihat cuba memberi kerjasama ketika ditenangkan pihak polis.

"Namun sebaik sahaja hendak dimasukkan ke dalam kenderaan peronda (MPV), suspek secara tiba-tiba berpaling lalu menggigit telinga kiri anggota polis terbabit sehingga putus.

“Akibat kejadian itu, anggota polis yang berusia lingkungan 30-an itu mengalami pendarahan teruk dan segera dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan lanjut,” katanya.

Difahamkan, anggota terbabit kini berada dalam keadaan stabil dan akan menjalani pembedahan bagi menyambung semula bahagian telinga yang terputus.

Siasatan awal mendapati suspek berusia 38 tahun itu merupakan seorang pelajar kolej swasta di ibu negara dan telah ditahan untuk siasatan lanjut.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul, Superintendan Jasni Zopal mengesahkan kejadian dan kes disiasat di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.

IZWAN ROZLIN
25 April 2025 05:13pm

Artikel ➡️ Sinar harian

#infosemasa
@infosemasaofficial
nak buat aduan taman mutiara rini , jalan bestari 99 berdekatan stadium JDT, berlaku banjir kilat disebabkan construction taman sebelah dan pelebaran jalan, contractor tak buat saliran air yg betul, pokok2 pun dah bnyk kena tebang, harap dapat sebarkan dan pihak berkuasa mbip dapat pantau.

xpernah lagi banjir kilat mcm ni berlaku, warnai air pun merah, dari tanah dari tapak pembinaan.

xpernah lagi banjir kilat mcm ni berlaku, warnai air pun merah, dari tanah dari tapak pembinaan

Lokasi : https://maps.app.goo.gl/ZYKubqLWdZMW3KqJ8?g_st=com.google.maps.preview.copy

Dari Inbox CRJ.

Kredit ➡️ CRJ

#infosemasa
@infosemasaofficial
Wanita pandu kereta lawan arus ditahan

Segamat: Polis menahan seorang wanita selepas didapati memandu secara melulu serta melawan arus hingga membahayakan pengguna jalan raya di Jalan Hassan, hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Hampar di sini.

Suspek berusia 40-an ditahan selepas perbuatannya dikesan melalui video berdurasi 18 saat yang tular di Facebook, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Ahmad Zamry Marinsah berkata, dalam video itu, suspek memandu Perodua Bezza berwarna biru dilihat melakukan aksi berbahaya.

Beliau berkata, susulan itu polis dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) menjalankan siasatan sekali gus mengenalpasti suspek.

"Suspek ditahan dan ujian saringan air kencing didapati negatif dan semakan lanjut juga mendapati tiada rekod lampau direkodkan terhadapnya," katanya dalam kenyataan.

Katanya, siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Disiarkan pada: April 26, 2025 @ 1:25pm
Alias Abd Rani
am@hmetro.com.my

Artikel ➡️ Harian Metro

#infosemasa
@infosemasaofficial
DBKL TUTUP PREMIS PELACURAN

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah melaksanakan tindakan penguatkuasaan ke atas premis yang menawarkan perkhidmatan seks di kawasan Petaling, Parlimen Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Tindakan dijalankan berdasarkan pemantauan dan risikan yang dijalankan di sekitar lokasi selama beberapa hari sebelum tindakan penguatkuasaan di laksanakan. Hasil daripada risikan, sebanyak 4 buah premis telah dikenalpasti menjalankan aktiviti persundalan di sekitar lokasi semasa tindakan

Sebanyak 4 buah premis telah ditutup serta-merta di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976. DBKL juga merobohkan struktur dalaman yang didirikan untuk dijadikan bilik khas supaya aktiviti persundalan dapat dilakukan.

Selain itu, DBKL juga turutu mengeluarkan 4 notis tawaran kompaun di bawah Undang-Undang Kecil (UUK) Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (WPKL) 2016 serta merampas kesemua barangan yang melibatkan aktiviti persundalan.

Kesemua barangan yang dikenakan tindakan sita telah dibawa ke Setor Sitaan Jalan Lombong, Taman Miharja Cheras, Kuala Lumpur untuk tindakan rekod dan dokumentasi.

DBKL akan meneruskan tindakan dan pemantauan dari semasa ke semasa di lokasi tumpuan yang telah dikenalpasti. Sebarang aduan, orang awam boleh berhubung atau menyalurkan maklumat di pautan tertera seperti berikut.

https://adukl.dbkl.gov.my/

Kredit ➡️ DBKL

#infosemasa
@infosemasaofficial
Bayi antara empat cedera dalam kemalangan kereta

KUCHING: Empat individu termasuk seorang bayi berusia enam bulan cedera, manakala tiga kanak-kanak tidak mengalami kecederaan dalam kemalangan di Kampung Punggu Dadak, Sri Aman hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 7.45 pagi sebelum mengerahkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Aman ke lokasi.

"Setibanya di lokasi, pasukan operasi mendapati kemalangan itu melibatkan sebuah kereta," katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya dalam kejadian itu, mangsa yang cedera terdiri daripada tiga mangsa dewasa berusia dalam lingkungan 17 hingga 45 tahun dan seorang bayi berusia enam bulan.

Manakala, tiga kanak-kanak berusia antara tiga dan 10 tahun tidak mengalami kecederaan, tambahnya.

Katanya, pihaknya telah memberi rawatan awal kepada seorang mangsa wanita, manakala tiga lagi dirawat pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

"Kesemua mangsa dibawa ke Hospital Sri Aman II dengan menggunakan jentera EMRS (Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan) dan ambulans KKM.

"Kesemua mangsa kemudian diserahkan kepada pihak hospital untuk tindakan dan rawatan selanjutnya," katanya lagi.

Setelah mendapati keadaan terkawal, PKO seterusnya bertolak balik ke balai dan operasi ditamatkan pada jam 8.38 pagi.

Kredit ➡️ Utusan Borneo

#infosemasa
@infosemasaofficial
SIARAN MEDIA KETUA POLIS DAERAH KLUANG

'OP PINTU : TANGKAPAN SEORANG LELAKI DAN PEREMPUAN TEMPATAN'

Kredit ➡️ IPD KLUANG

#infosemasa
@infosemasaofficial
Dalam tempoh seminggu, mujahidin Al-Qassam melaksanakan serangan hendap terancang yang membunuh terhadap tentera penjajah Zionis.

Sayap ketenteraan Hamas, Briged Al-Qassam telah melaksanakan beberapa serangan hendap yang rapi dan membunuh terhadap pasukan tentera penjajah Zionis di pelbagai kawasan sepanjang minggu lalu, menyebabkan kematian dan kecederaan serius di kalangan tentera musuh Zionis.

Sumber: Briged Al-Qassam
#infosemasa
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
🔻 TERKINI | PEJUANG MENYERANG

Briged Al-Qassam menembak tepat askar pengganas Israel menggunakan senapang Al-Ghoul ketika berada di atas sebuah kereta kebal dalam serangan hendap Kasar al-Saif berhampiran pagar sempadan di utara Gaza.

Sumber: Briged Al-Qassam
#infosemasa
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Penyokong JDT, Sri Pahang bertumbuk

Kuala Lumpur: Panas!!! Belum pun aksi final Piala Malaysia bermula malam ini, penyokong kedua-dua pasukan antara Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Sri Pahang FC bertumbuk dan bergaduh di luar pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), di sini, sebentar tadi.

Pergaduhan tercetus babitkan penyokong Sri Pahang yang dilihat bertumbuk dengan penyokong JDT.

Difahamkan, insiden itu berlaku apabila kumpulan penyokong Sri Pahang FC dan JDT bertembung dalam laluan yang sama di luar pekarangan SNBJ.

Provokasi mula tercetus dan berlakunya insiden tumbuk menumbuk.

Situasi itu kemudiannya berjaya ditenangkan pihak berkuasa yang ada di kawasan terbabit.

"Mula-mula penyokong JDT datang, penyokong Sri Pahang bertindak agresif apabila berjumpa dengan penyokong JDT.

"Bertumbuk sekejap saja dalam tiga minit. Ia kemudian ditenangkan oleh pihak berkuasa," kata seorang saksi yang enggan namanya didedahkan.

Malah, dalam pergaduhan itu juga menyaksikan balingan suar dan kon jalan turut dibaling oleh penyokong terbabit. Kejadian berlaku di kawasan pintu masuk penyokong Sri Pahang.

Disiarkan pada: April 26, 2025 @ 8:09pm
Firdaus Hashim
firdaushashim@hmetro.com.my

Artikel ➡️ Harian Metro

#infosemasa
@infosemasaofficial
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Salam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
Berprestasi Tinggi Cepat dan Mesra
Salam Malaysia Madani

26 April 2025 (SABTU) BBP Bukit Jalil, Unit EMRS di ketuai PBK II KUP Zainal Amri Bin Mohd Shafee telah menerima panggilan kecemasan khidmat kemanusiaan kemalangan jalanraya melibatkan sebuah motosikal. Mangsa yang cedera di bahagian tangan dan kaki telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur .Terima Kasih diucapkan kepada anggota yang terlibat.

Kredit ➡️ BBP BUKIT JALIL

#infosemasa
@infosemasaofficial
Empat pelajar maut, dinding tangki air runtuh di sekolah berasrama di Indonesia

26/04/2025 21:44 MYT

JAKARTA: Empat pelajar maut manakala 11 lagi cedera selepas dinding tangki simpanan air runtuh di sebuah sekolah berasrama penuh Islam di Jawa Tengah, Indonesia, menurut pegawai pada Jumaat.

Insiden berlaku kira-kira 10.30 pagi waktu tempatan pada Jumaat di Pondok Modern Darussalam Gontor di Kabupaten Magelang, ketika pelajar sedang bersiap untuk mandi sebelum memulakan aktiviti persekolahan.

"Seramai 29 pelajar terlibat dalam kejadian itu. Daripada jumlah itu, 25 berjaya diselamatkan, namun 11 orang mengalami kecederaan dan dihantar ke pusat kesihatan berdekatan.

"Empat pelajar lain tertimbus di bawah runtuhan," kata jurucakap Agensi Pengurusan Bencana Kebangsaan (BNPB), Abdul Muhari, dalam satu kenyataan.
Pasukan penyelamat daripada Badan Pengurusan Bencana Daerah (BPBD) Magelang bersama agensi kecemasan lain telah digerakkan ke lokasi kejadian.

"Semua mangsa berjaya dikeluarkan satu demi satu iaitu yang pertama pada 6 petang, kedua pada 7.20 malam, ketiga pada 8 malam, dan keempat pada 11.20 malam pada hari sama," katanya.

Satu pasukan gabungan termasuk kakitangan sekolah sedang meneruskan kerja-kerja pembersihan serpihan runtuhan, sementara siasatan mengenai punca kejadian masih dijalankan.
-- BERNAMA

Artikel : Astro Awani
#infosemasa
@infosemasaofficial