This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
SELANGOR 09/10/2023.
Kemalangan kereta dekat Jambatan Pulau Carey, hari ini.
Tiada maklumat lanjut diperolehi berhubung dengan kejadian.
#infosemasa
@infosemasaofficial

Pokok tumbang
Johor Bahru baru sahaja dilanda ribut. Dilaporkan ada kerosakan harta benda, pokok tumbang di bandaraya Johor Bahru. Semoga tiada kemalangan jiwa.
Sumber: Pas JB

Isteri maut, suami cedera kemalangan di Jalan Lundu-Sematan
LUNDU: Seorang wanita warga emas maut sementara suaminya cedera selepas motosikal ditunggang mereka terbabit kemalangan dengan sebuah pikap di Jalan Lundu-Sematan, di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Lundu Deputi Superintendan Damataries Lautin berkata, kejadian dilaporkan berlaku kira-kira jam 10.40 pagi.
Katanya, mangsa, 61, menaiki motosikal jenis Honda EX5 bersama suaminya, 68, sedang dalam perjalanan dari arah Biawak menuju ke Lundu.
“Kedua-dua mangsa dipercayai telah keluar dari simpang Biawak dan terus memasuki lorong kanan sekali tanpa berhenti di simpang terlebih dahulu.
“Pada masa yang sama, sebuah pikap jenis Toyota Hilux dipandu seorang lelaki, 58, di lorong kanan telah melanggar motosikal tersebut,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Damataries berkata, akibat kemalangan, suami mangsa mengalami kecederaan di kepala, kaki dan tangan sementara mangsa disahkan maut di tempat kejadian oleh pihak perubatan.
Katanya, mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Lundu untuk tindakan lanjut.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
GERRALD GILLES
Kredit: Suara Sarawak

Lari terima rawatan takut ditangkap kutip besi buruk
KLANG – Gara-gara takut ditangkap selepas menceroboh bekas tapak projek pembinaan dan mengutip besi buruk membuatkan seorang lelaki sanggup lari sejauh dua kilometer dalam keadaan tangan berdarah bagi mengelakkan menerima rawatan di hospital.
Tindakan tersebut nyata membahayakan diri lelaki berusia 37 tahun itu apabila pengsan di tapak yang terletak di Jalan Teratai tersebut sebelum dibawa keluar anggota bomba.
Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, berdasarkan siasatan awal mendapati kejadian berlaku apabila mangsa yang merupakan pengutip besi buruk luka di lengan tangan ketika memotong tong drum.
Katanya, mangsa kemudiannya dibawa oleh orang awam ke sebuah klinik bagi tujuan rawatan.
“Bagaimanapun, akibat luka yang teruk membuatkan lelaki tersebut perlu menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini.
“Ketika sedang menunggu ambulans, lelaki itu telah bertindak melarikan diri ke tapak projek tersebut semula,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Jarak lokasi klinik dan bekas tapak projek tersebut dianggarkan sejauh dua kilometer.
Ahmad Mukhlis menambah, mangsa bagaimanapun didapati pengsan di bawah lori yang berada di tapak tersebut.
Ujar beliau, pihaknya kemudiannya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 1.15 tengah hari daripada pasukan perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) bagi khidmat mengangkat mangsa.
“Empat anggota termasuk pegawai Balai Bomba dan Penyelamat Kapar telah bergegas ke lokasi kejadian untuk bantuan.
“Mangsa kemudiannya diserahkan kepada KKM untuk tindakan selanjutnya,” jelasnya. -KOSMO!ONLINE
Oleh MOHD YUNUS YAKKUB
9 Oktober 2023, 6:02 pm
#Kosmo

Penganggur jerut leher bini dengan tali, tutup mulut sehingga pengsan didakwa
MUAR – Seorang penganggur mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mendatangkan kecederaan terhadap isterinya minggu lalu di Mahkamah Majistret di sini hari ini.
Tertuduh, Joseph Koo Chen Wei, 33, membuat pengakuan itu elepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Fatin Dalilah Khalid.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa sengaja mencederakan isterinya di Taman Temiang Jaya, Muar, pada pukul 12.30 malam, 5 Oktober lalu.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 326A Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Kes dikendalikan Pegawai Pendakwa Siti Rohayu Salih, manakala tertuduh diwakili dari Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) Nor Hafizah Abdullah.
Mahkamah membenarkan jaminan sebanyak RM3,000 dengan seorang penjamin dan syarat tambahan tidak menganggu mangsa dan lapor diri setiap bulan di balai polis berhampiran.
Tertuduh membayar jaminan tersebut.
Kes disebut semula pada 9 November untuk lantikan peguam dan serahan laporan perubatan.
Kosmo! pada 6 Oktober lalu melaporkan seorang penganggur tergamak menjerut leher dengan tali dan menutup mulut isterinya hanya kerana diberikan RM100 selepas meminta wang dalam kejadian di sebuah rumah di Jalan Kim Kee, 5 Oktober lalu.
Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, kejadian dipercayai berlaku akibat selisih faham.
“Suspek kemudian telah melarikan diri apabila mangsa tersedar selepas ditampar oleh suspek. Mangsa kemudiannya telah ke balai polis untuk membuat laporan.
“Mangsa mendapatkan rawatan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) di sini dan dirawat sebagai pesakit luar,” katanya dalam satu kenyataan. – KOSMO! ONLINE
Oleh MOHD SHARKAWI LONDING
9 Oktober 2023, 4:33 pm

Bapa tiga anak didenda RM2,500, mengaku tak tahan lihat tubuh wanita
MELAKA – Seorang bapa tiga anak didenda RM2,500 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini selepas mengaku bersalah mengeluarkan kata-kata lucah terhadap juruwang wanita, Ogos lalu.
Majistret Nabilah Nizam menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Affan Razali, 31, yang membuat pengakuan tersebut sejurus pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.
Mengikut pertuduhan, tertuduh dengan maksud hendak mengaibkan kehormatan, didapati mengeluarkan kata-kata lucah terhadap seorang remaja perempuan berusia 19 tahun.
Perbuatan itu didakwa dilakukan kira-kira jam 4.16 pagi di sebuah kedai serbaneka di sini, pada 7 Ogos lalu.
Bagi perbuatan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Wardah Ishhar memohon agar hukuman setimpal berbentuk pengajaran dikenakan terhadap tertuduh.
Tertuduh yang tidak diwakili peguam bagaimanapun merayu hukuman ringan diberikan dengan alasan hanya bekerja sebagai pemotong rumput dan perlu menanggung isteri yang tidak berkerja serta tiga anak masih kecil.
Ujarnya, kesalahan itu dilakukan selepas didorong oleh perasaan tergoda melihat bentuk tubuh badan mangsa dan sudah insaf.
Nabilah bagaimanapun tidak bersetuju dengan hujah tertuduh memandangkan rakaman televisyen litar tertutup di premis menunjukkan mangsa tidak memakai pakaian mencolok mata, sebaliknya hanya memakai baju T.
Beliau memerintah tertuduh membayar denda sebanyak RM2,500 atau penjara tiga bulan jika gagal bayar. – KOSMO! ONLINE
Oleh DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA
9 Oktober 2023, 2:47 pm

Penganggur meringkuk dalam jel 14 hari, curi duit syiling
MUAR – Seorang penganggur meringkuk dalam penjara selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana mencuri duit syiling milik seorang pemuda, minggu lalu.
Majistret Fatin Dalilah Khalid menjatuhkan hukuman penjara selama 14 hari ke atas tertuduh, Amir Nurhakim Abd Khalid, 22, selepas lelaki itu membuat pengakuan sejurus pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.
Mengikut kertas pertuduhan, Amir Nurhakim didakwa secara tidak jujur menyimpan harta curi iaitu sebuah botol yang telah dipotong berwarna merah berisi beberapa keping duit syiling milik seorang pemuda berusia 30 tahun.
Kesalahan itu dilakukan lelaki itu di sebuah kuarters perumahan di Pagoh di sini pada pukul 11.45 pagi, 2 Oktober.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Siti Rohayu Salleh manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Mengikut fakta kes, pada 16 September pada pukul 11 pagi, pengadu meninggalkan rumahnya di NSC Kuarters KKS Pagoh, Bukit Pasir dalam keadaan berkunci.
Pada pukul 11.30 pagi, 17 September, pengadu mendapati pintu bahagian dapur rumahnya dalam keadaan terbuka dan pemeriksaan lanjut mendapati ada barang hilang iaitu sebuah laptop berwarna merah dan sebuah tabung mengandungi wang tunai RM500.
Pengadu mengesaki rumahnya sudah dipecah masuk dan membuat laporan polis di Balai Polis Bukit Pasir di sini.
Pada 2 Oktober, tertuduh ditangkap polis pada pukul 11.45 pagi di kuarters yang sama dan merampas tabung sebelum pengadu mengesahkan botol berwarna merah tersebut adalah miliknya. – KOSMO! ONLINE
Oleh MOHD SHARKAWI LONDING
9 Oktober 2023, 2:38 pm

Warga emas maut nahas dua kenderaan
SEBERANG PERAI – Seorang warga emas maut selepas kereta yang dia pandu terbabit dalam kemalangan dengan sebuah treler di Kilometer 158 Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Jawi, di sini, awal pagi tadi.
Mangsa, R. Thamudoran,63, dilaporkan mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada anggota badan.
Komander operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Bakap, Mohd. Faizal Khan Mohd. Hasan berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian berlaku pada pukul 1.45 pagi.
Menurutnya, operasi menyelamat membabitkan keanggotaan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Bakap dengan bantuan BPP Nibong Tebal.
“Sebaik tiba di tempat kejadian mendapati kemalangan berlaku membabitkan sebuah kereta jenis Perodua Kembara dengan treler.
“Pemandu kereta ditemui dalam keadaan tersepit pada bahagian kaki dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di lokasi,” katanya di sini, hari ini.
Beliau memberitahu, pasukan telah menjalankan ‘size up’ dan melakukan kerja penyelamatan dengan menggunakan peralatan khas.
“Mangsa berjaya dikeluarkan pada pukul 2.15 pagi dan mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” ujarnya operasi tersebut tamat pada pukul 3.01 pagi,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE
Oleh SITI NUR MAS ERAH AMRAN
9 Oktober 2023, 2:32 pm

SELANGOR 09/10/2023
Kemalangan motosikal dekat Sungai Sedu, Kuala Langat, petang tadi.