Wanita didakwa cuba letup bank maut kena bom
Athens: Seorang wanita maut dalam keadaan mengerikan apabila bom dibawa yang dipercayai untuk diletakkan di luar bank, tiba-tiba meletup di tangannya.
Kejadian berlaku semalam di bandar Thessaloniki, utara Greece, yang menurut polis turut menyebabkan kerosakan pada bahagian hadapan beberapa kedai dan kenderaan.
Mangsa berusia 38 tahun itu dilapor berniat meletakkan bom berkenaan di mesin juruwang automatik (ATM), namun berlaku kesilapan hingga bom meledak sebaik sahaja dipegang.
"Dia dipercayai membawa bahan letupan dan merancang untuk menanamnya di ATM bank. Tapi sesuatu tak kena, bom itu meletup dalam tangannya," kata pegawai kanan polis kepada Reuters yang dipetik CNN.
Siasatan jenayah kini giat dijalankan bagi mengenal pasti motif sebenar kejadian.
Wanita itu turut dilapor antara penjenayah dikenali polis susulan pembabitannya dalam beberapa kes rompakan sebelum ini.
Pihak berkuasa juga menyiasat kemungkinan kaitan mangsa dengan kumpulan pelampau kiri yang aktif di negara itu.
Insiden berkenaan berlaku kurang sebulan selepas letupan bom di luar pejabat Hellenic Train di ibu kota Athens.
Dalam kejadian sebelum ini, polis segera mengosongkan kawasan selepas dua organisasi media tempatan menerima panggilan amaran bahawa bom akan meletup dalam masa 35 minit.
Satu beg mencurigakan turut ditemui di luar bangunan.
Disiarkan pada: Mei 4, 2025 @ 11:31am
Artikel ➡️ Harian Metro
#infosemasa
@infosemasaofficial

Penunggang Motosikal Maut dalam Kemalangan membabitkan Van.
Oleh - Admin BSKH.
BAGAN SERAI, 4 Mei – Seorang penunggang motosikal maut dalam satu kemalangan membabitkan sebuah van di Sungai Kepar pada pagi hari ini.
Mangsa, Mohamad Iman Haikal Azhar, 19,yang beralamat di Kampung Alor Kubu difahamkan dalam perjalanan pulang dari tempat kerja.
Menurut maklumat yang diterima,mangsa merupakan bekas penerima sumbangan anak yatim di bawah qariah Masjid Tinggi.
Mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Parit Buntar untuk proses bedah siasat.
Waris mangsa memaklumkan bahawa jenazah akan dimandi, dikafankan dan disolatkan di hospital berkenaan sebelum dikebumikan selepas solat Zohor di Tanah Perkuburan Islam Sungai Putat.
Pihak berkuasa masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian.
Kredit ➡️ Bagan Serai Kampung Halamanku

This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
JOHOR 04/05/2025.
Kemalangan di Jalan Simpang Renggam - Benut.
Tiada butiran lanjut mengenai kejadian.
Sumber ➡️ Media sosial

Rakaman kamera papan pemuka kemalangan melibatkan kontena tergolek di Jalan Baru, Perai baru-baru ini
Sumber ➡️ Media sosial
#infosemasa
@infosemasafficial
Sumber ➡️ Media sosial
#infosemasa
@infosemasafficial
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Pergi masjid menaiki kereta,
Pakai baju berkancing suasa,
Biar kita miskin duit dan harta,
Asalkan kita kaya budi bahasa.
Video ➡️ Melayu Kepulauan Riau
#infosemasa
@infosemasaofficial
Pakai baju berkancing suasa,
Biar kita miskin duit dan harta,
Asalkan kita kaya budi bahasa.
Video ➡️ Melayu Kepulauan Riau
#infosemasa
@infosemasaofficial
Remaja maut dalam nahas motosikal berhampiran Lapangan Terbang Sibu
Mei 4, 2025, Ahad - 12:42pm
SIBU: Seorang remaja lelaki berumur 18 tahun maut selepas motosikal yang ditungganginya terlibat dalam kemalangan berhampiran Lapangan Terbang Sibu, hari ini.
Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 4 Sibu Andy Alie berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 8.39 pagi.
“Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu Jaya bergegas ke lokasi kejadian untuk menjalankan khidmat khas membersih selepas berlakunya kemalangan jalan raya.
“Kemalangan tersebut melibatkan sebuah motosikal jenis skuter berwarna biru," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Menurutnya, operasi membersih sisa kemalangan itu ditamatkan pada jam 9.01 pagi.
Oleh
Florence Nervyn
Artikel : Utusan Borneo

Berulang lagi, penunggang motosikal maut dirempuh van langgar lampu isyarat
SEREMBAN: Penunggang motosikal maut di lokasi sama tragedi rempuhan Honda Jazz yang menyebabkan tiga maut Mac lalu, di persimpangan lampu isyarat Matahari Height, Persiaran Senawang 1, tengah malam tadi.
Malah kejadian kira-kira jam 12.10 tengah malam itu juga dipercayai berpunca daripada van yang tidak berhenti di lampu isyarat merah.
Difahamkan kejadian ini berlaku di lokasi sama membabitkan dua remaja masing-masing berusia 15 dan 16 tahun yang maut selepas motosikal yang mereka naiki dirempuh kereta Honda Jazz pada 7 Mac lalu.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata kemalangan membabitkan sebuah van yang menghala ke Paroi dengan sebuah motosikal.
"Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila van jenis Toyota Hiace yang dipandu seorang lelaki berumur 44 tahun bersama seorang penumpang wanita berumur 20 tahun sedang bergerak dari arah Senawang menuju ke Bahau.
"Apabila tiba di lokasi kejadian, pemandu van dipercayai gagal berhenti di lampu isyarat merah lalu melanggar sebuah motosikal yang datang dari arah sebelah kiri," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Jelas beliau, akibat kemalangan, penunggang motosikal jenis Yamaha Y15ZR berumur 20 tahun yang cedera parah di kepala telah disahkan meninggal dunia di lokasi.
"Pemandu dan penumpang van tidak cedera. Mayat penunggang motosikal yang maut dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Rembau," katanya.
Tambahnya, pemandu van ditahan untuk siasatan lanjut dan ujian kandungan alkohol dalam badan mendapati keputusannya negatif.
Polis meminta mereka yang mempunyai maklumat mengenai kejadian berhubung dengan Pegawai Penyiasat, Inspektor Tiew Chuan Jie di talian 014-9668399.
Oleh Ahmad Hasbi
Mei 4, 2025 @ 10:22am
Artikel ➡️ Berita Harian

Pemuda dikhuatiri lemas ketika memancing
04/05/2025 15:30 MYT
KOTA BHARU: Seorang pemuda berusia 27 tahun dikhuatiri lemas ketika memancing di Sungai Kampung Kebik, Tumpat malam tadi.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Tumpat Pegawai Bomba Kanan II Lizan Abu Bakar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 3.20 pagi.
"Pasukan operasi digerakkan ke lokasi pada 3.33 pagi. Namun, jentera bomba tidak dapat menghampiri kawasan kejadian disebabkan jalan yang sempit dan anggota terpaksa berjalan kaki untuk sampai ke lokasi.
"Operasi mencari dan menyelamat akan diteruskan hari ini," katanya dalam kenyataan hari ini.
Sementara itu, bapa mangsa Mohd Daud Che Hussin, 56, berkata anaknya, Mohd Salam, yang merupakan anak ketiga daripada lima beradik, keluar memancing kira-kira pukul 9 malam.
"Sudah menjadi rutin anak saya keluar memancing di sungai berdekatan, yang terletak kira-kira enam kilometer dari rumah kami.
"Saya berharap operasi mencari dan menyelamat yang dijalankan pihak bomba dapat menemukan anak saya secepat mungkin," katanya ketika dihubungi Bernama.
Artikel : Astro Awani

Tragis, wanita maut dirempuh lori selepas tercampak dari kereta dinaiki
Port Dickson: Wanita maut selepas tercampak keluar dari pintu belakang kereta dinaikinya yang terbuka secara tiba-tiba ketika melalui selekoh di Kilometer 26 Jalan Lukut - Sepang di sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Maslan Udin berkata, dalam kejadian jam 8.20 pagi itu, mangsa berusia 39 tahun dilanggar sebuah lori tangki yang datang dari arah berlawanan.
"Kemalangan itu membabitkan sebuah kereta Perodua Myvi dan sebuah lori tangki minyak.
"Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila pintu belakang sebelah kanan kereta yang datang dari arah Sepang menghala ke Lukut terbuka secara tiba-tiba.
"Ia menyebabkan mangsa tercampak keluar sebelum dilanggar sebuah lori dari arah berlawanan," katanya dalam kenyataan di sini.
Katanya, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di bahagian kepala.
"Pemandu kereta seorang lelaki berusia 34 tahun tidak mengalami kecederaan manakala anaknya berusia lima bulan yang berada di tempat duduk hadapan menggunakan kerusi keselamatan juga tidak cedera.
"Pemandu lori tangki juga tidak mengalami sebarang kecederaan dan hasil semakan mendapati kedua-dua kenderaan mempunyai cukai jalan dan insurans yang masih aktif," katanya.
Maslan berkata, ujian saringan urin terhadap pemandu kereta menunjukkan keputusan negatif dadah.
"Rakaman dashcam dari lori tangki sudah diperoleh untuk membantu siasatan Polis.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan buat masa ini, tiada unsur jenayah dikesan dan siasatan lanjut masih diteruskan," katanya.
Disiarkan pada: May 4, 2025 @ 4:41pm
Oleh Mohd Khidir Zakaria
am@hmetro.com.my
Kredit ➡️ Harian Metro

Mohd Khidir Zakaria

Disiarkan pada: Mei 4, 2025 @ 4:41pm
Artikel : Harian Metro

Seorang mangsa yang hilang selepas sebuah Kelong roboh di Sungai Lurus, Batu Pahat telah ditemui.
Terdahulu, media melaporkan sorang pemancing dikhuatiri hilang manakala tujuh termasuk tiga warga asing terselamat selepas sebuah pondok memancing (kelong) roboh pada kedudukan satu nautika dari Sungai Lurus, Senggarang di sini, awal pagi tadi.
Kejadian dipercayai berlaku ketika kesemua mangsa dikatakan sedang memancing di atas kelong yang diperbuat dari kayu sekitar jam 2 pagi.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,saya memohon bantuan untuk mencari ibu kandung saya yang terpisah sejak 2008 sehingga kini..
Ibu saya Mariani binti waras (seperti dalam gambar)...
Saya mempunyai 2 lagi adik beradik,seorang abang dan seorang adik (seperti dalam gambar).
Jika sesiapa berjumpa atau mengenali ibu saya boleh dm saya.
Terima kasih atas jasa baik anda semua 🙏🏻....
Kredit ➡️ Amira Sakina

Operasi Mengeluarkan jenazah Mangsa Terjatuh di Gunung Rinjani Bermula Hari Ini
Gunung Rinjani, Indonesia – Operasi mengeluarkan jenazah seorang pendaki warganegara Malaysia yang dilaporkan terjatuh di laluan pendakian Torean, Gunung Rinjani, telah dimulakan hari ini oleh pasukan penyelamat gabungan.
Mangsa, seorang lelaki rakyat Malaysia, dilaporkan terjatuh dari tebing ketika menuruni laluan pendakian Torean pada hari Sabtu, 3 Mei 2025, sekitar jam 1.00 tengah hari Waktu Indonesia Tengah (WITA). Kejadian berlaku ketika mangsa bersama 23 lagi pendaki lain sedang dalam perjalanan turun dari kawasan Danau Segara Anak menuju ke destinasi Torean.
Menurut pihak Balai Taman Nasional Gunung Rinjani (BTNGR), mangsa dipercayai terjatuh ke dalam gaung berkedalaman sekitar 100 meter di kawasan Banyu Urip. Medan yang curam, berbatu dan berbahaya menyukarkan proses evakuasi dan memerlukan penggunaan peralatan teknikal khas pendakian (mountaineering).
Bertindak balas terhadap laporan kejadian, Pejabat SAR Mataram segera menggerakkan pasukan penyelamat dari Pos SAR Kayangan serta pasukan sokongan dari Pejabat SAR Mataram.
"Kami seterusnya bergabung dengan pelbagai agensi termasuk TNI, Polri, BTNGR, EMHC Rinjani, Unit SAR Lombok Timur, porter, komuniti tempatan serta pihak berkaitan dalam melaksanakan operasi mencari dan menyelamat (SAR)," kata Lalu Muhammad Hilmi, Koordinator Pos SAR Kayangan.
Antara peralatan yang digunakan dalam operasi ini termasuk peralatan mountaineering, dron dengan pengesan haba (thermal drone), peralatan perubatan, sistem komunikasi serta pelbagai kelengkapan sokongan lain.
"Operasi evakuasi kini sedang berjalan dan pasukan SAR gabungan sedang berusaha sedaya upaya untuk mencapai lokasi dan mengeluarkan mangsa dengan selamat," tambah Hilmi.
Pihak BTNGR dan semua agensi terlibat menyeru para pendaki untuk sentiasa mengutamakan keselamatan, mematuhi panduan serta bergerak secara berkumpulan semasa berada di kawasan pendakian.
Sumber : Basarnas Mataram
Foto : Pasukan Penyelamat TNGR

KEMALANGAN JALAN RAYA
04/05/2025
JAM: 05.10PM
KEMALANGAN MELIBAT
BASIKAL SAMA KERETA
LOKASI: TMN INSANIAH
RESPON: AMBULANCE KK TAWAR
MEMBER INFO KEMALANGAN
ANGGOTA PBS KUALA PEGANG
PDRM
Info.
#volunteerteam
#infokemalangandibaling
#bantuselagimampu
#ppksBalingKupang
#infosemasa
@infosemasaofficial
04/05/2025
JAM: 05.10PM
KEMALANGAN MELIBAT
BASIKAL SAMA KERETA
LOKASI: TMN INSANIAH
RESPON: AMBULANCE KK TAWAR
MEMBER INFO KEMALANGAN
ANGGOTA PBS KUALA PEGANG
PDRM
Info.
#volunteerteam
#infokemalangandibaling
#bantuselagimampu
#ppksBalingKupang
#infosemasa
@infosemasaofficial
Lapan individu termasuk empat kanak-kanak yang terperangkap akibat banjir di Kampung Batu 4, Padas Valley, Beaufort, diselamatkan pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beaufort, jam 1.20 tengah hari tadi.
Semua mangsa kemudian dipindahkan dari kawasan banjir dan seterusnya dihantar ke pusat pemindahan kekal (PPK) Selagon menggunakan bot YaPEIM dan lori bomba.
Pemantauan dijalankan secara berterusan oleh pasukan bomba di kawasan yang dinaiki air. - Info X

Remaja lemas ketika bermain dengan rakan di lombong terbiar
Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi
am@hmetro.com.my
Taiping: Seorang remaja lelaki ditemukan lemas ketika bermain dengan rakan di lombong terbiar di Taman Palma 4, Kamunting, di sini petang tadi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima laporan kejadian pada 5.23 petang dan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kamunting bergegas ke lokasi kejadian.
"Kali terakhir mangsa dilihat tenggelam di dalam lombong itu pada jarak 15 kaki dari tebing ketika bermain bersama rakannya.
"Tidak lama kemudian, mangsa berjaya ditemukan dan disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan," katanya dalam kenyataannya, hari ini.
Katanya, mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan operasi ditamatkan pada 6.18 petang.
Disiarkan pada: Mei 4, 2025 @ 7:13pm
Artikel Harian Metro

Remaja hilang ketika joging ditemui meninggal dunia
NOR AZURA MD AMINNOR AZURA MD AMIN
04 Mei 2025 08:31pm
PONTIAN – Remaja lelaki yang dilaporkan hilang sejak enam hari lalu disahkan meninggal dunia selepas mayatnya ditemui terapung di perairan Pulau Pisang di sini, pagi Ahad.
Ketua Polis Daerah Pontian, Superintenden Mohammad Shofee Tayib berkata, mayat mangsa ditemui oleh seorang nelayan kira-kira jam 10.40 pagi.
“Pengecaman dilakukan oleh kedua-dua ibu bapanya di Hospital Pontian. Bedah siasat mengesahkan mangsa ialah individu yang dilaporkan hilang,” katanya ketika dihubungi pada Ahad.
Sebelum itu, mangsa dilaporkan hilang selepas keluar berjoging dari rumahnya di Taman Benut Jaya kira-kira jam 8 pagi, 28 April lalu.
Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan mangsa kali terakhir dilihat berhampiran perhentian bas di Benut, memakai baju berwarna biru dan seluar hitam.
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) turut digerakkan di sekitar Sungai Benut dan Sungai Pinggan sebelum mayat ditemui pada Ahad.
Artikel : Sinar Harian

2 maut selepas SUV langgar pintu masuk terminal lapangan terbang Manila
04/05/2025 19:15 MYT
MANILA: Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun antara dua yang maut selepas sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) melanggar pintu masuk kawasan berlepas Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino (NAIA) di Paranaque City pada Ahad, lapor Agensi Berita Filipina (PNA).
Pasukan Keselamatan Penerbangan Polis Kebangsaan Filipina (PNP Avsegroup) berkata kejadian berlaku kira-kira 8 pagi ketika Ford Everest berwarna hitam itu sedang bersedia meninggalkan kawasan berlepas selepas menurunkan penumpang.
Pemandu itu mendakwa semasa menghidupkan kenderaannya, sebuah kereta sedan tiba-tiba melintas di hadapan, "menyebabkannya terlupa menekan pedal brek, mengakibatkan SUV itu melanggar" orang ramai di pintu masuk, menurut laporan.
Setiausaha DOTr Vince Dizon berkata pasukan kecemasan bertindak pantas bagi mengawal keadaan dan memastikan keselamatan penumpang lain.
"Ini bukan perbuatan disengajakan.
Dalam rakaman CCTV, jelas pemandu itu bersama penumpang yang hendak berlepas sebelum kejadian berlaku. Bagaimanapun, siasatan lanjut akan dijalankan oleh PNP," katanya kepada media di NAIA.
"Pemandu akan menjalani ujian saringan dadah dan pihak berkuasa turut akan meneliti rakaman CCTV dari sudut lain. Jadi, sama-sama kita tunggu," tambahnya.
Lesen memandu lelaki itu kini digantung selama 90 hari sementara menunggu siasatan.
Sementara itu, San Miguel Corporation menawarkan untuk menyediakan bantuan yang diperlukan kepada mangsa dan keluarga mereka.
Dizon turut merayu kepada orang ramai supaya menghormati keluarga mangsa dan mengelak daripada berkongsi gambar atau video kejadian.
-- BERNAMA

Jentera tugasan harian
Dalam usaha bersama untuk memacu mobiliti lestari dan kecekapan operasi, Northport (Malaysia) Bhd dan Pro-Net (Proton New Energy Technology Sdn Bhd) mengumumkan penggunaan tiga unit Proton e.MAS 7 untuk kegunaan rondaan polis bantuan Northport.
Sebagai model kenderaan elektrik (EV) model menetapkan penanda aras baharu dalam operasi keselamatan hijau dan langkah ini menjadikan Northport syarikat dan pengendali pelabuhan pertama di negara ini untuk pengurusan fleet sebegitu.Usaha ini mencerminkan komitmen berterusan Northport terhadap prinsip alam sekitar, sosial dan tadbir urus dan memperkukuh peranan syarikat sebagai peneraju dalam penyelesaian pengangkutan lestari di peringkat nasional.Ketua Pegawai Eksekutif Pro-Net, Zhang Qiang, berkata, mereka berbesar hati dapat bekerjasama dengan Northport, sebuah organisasi yang menunjukkan contoh dalam pelaksanaan amalan kelestarian dan model ini direka untuk kegunaan harian secara praktikal.
"Pelaksanaan kenderaan elektrik ini dalam operasi Northport membuktikan bahawa EV bukan lagi hanya visi masa depan, tetapi satu penyelesaian yang relevan dan boleh dilaksanakan hari ini,"
"Perkongsian ini juga mencerminkan komitmen bersama untuk memajukan mobiliti hijau secara nyata dan memberi impak dalam konteks korporat serta negara," katanya.
Proton e.MAS 7, sebagai SUV elektrik sepenuhnya yang pertama keluaran Proton, membawa manfaat ketara dalam tugasan rondaan harian polis bantuan Northport.
Ciri pemanduan yang lancar dan senyap bukan sahaja membantu mengurangkan keletihan petugas semasa syif panjang, malah juga menyumbang kepada pengurangan pencemaran bunyi di kawasan pelabuhan.Keupayaan pengecasan pantas membolehkan kenderaan sentiasa berada dalam keadaan bersedia, manakala teknologi trenkuasa elektrik menjimatkan penggunaan tenaga serta mengurangkan kos bahan api serta kadar pelepasan karbon.
Menerusi bilangan komponen bergerak yang jauh lebih sedikit berbanding kenderaan petrol konvensional, model EV juga menjanjikan kos penyelenggaraan yang lebih rendah, menjadikannya pilihan strategik dalam peralihan Northport ke arah operasi lebih hijau.
Ketua Pegawai Eksekutif Northport, Fakhrul Azhar Tajudin berkata mereka komited untuk mengamalkan penyelesaian tenaga bersih dan amalan mampan dan model EV selari dengan aspirasi kami dalam inisiatif Pelabuhan Hijau serta komitmen ESG.
"Pemilihan Proton turut mencerminkan sokongan terhadap inovasi tempatan dan pembangunan industri nasional untuk keperluan operasi pelabuhan yang mencabar." katanya.
Model ini dengan ciri moden, operasi lebih senyap, keterhubungan digital, dan jangkaan perjalanan yang kompetitif, e.MAS 7 dilihat sesuai untuk penggunaan yang berfrekuensi tinggi serta tugas tanggungjawab tinggi seperti rondaan keselamatan.
Langkah Northport juga bertepatan dengan hala tuju negara untuk mengurangkan karbon dan menjadikan pengangkutan korporat lebih mesra alam dan Inisiatif ini boleh dijadikan rujukan oleh syarikat lain, termasuk GLC.
Model EV ini menandakan permulaan baharu dalam visi mobiliti elektrik Pro-Net, yang direka khas bukan sahaja untuk kegunaan peribadi tetapi juga untuk sektor komersial menggabungkan kecekapan tenaga, keselesaan pemanduan, dan fungsi pintar, e.MAS 7 sedia memenuhi keperluan pengguna yang kian berkembang di pasaran Malaysia.
Disiarkan pada: Mei 4, 2025 @ 6:17am
Lizam Ridzuan
lizamridzuan@hmetro.com.my

Kelong roboh: Mohd Faizal ditemui lemas
NOR AZURA MD AMINNOR AZURA MD AMIN
04 Mei 2025 09:25pm
BATU PAHAT – Detik cemas dialami oleh lapan pemancing apabila kelong tempat mereka memancing di perairan Senggarang, di sini, musnah dipukul angin kencang awal pagi Ahad.
Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, kesemua mangsa tercampak ke laut sebelum tujuh daripada mereka berjaya diselamatkan, manakala seorang lagi ditemukan lemas.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulnuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, mangsa yang dikenali sebagai Mohd Faizal Mohd Nor, 45, ditemui pasukan penyelamat sekitar jam 3.50 petang.
“Mayat ditemukan terapung kira-kira 0.8 batu nautika dari lokasi kelong runtuh dan telah dihantar ke Hospital Sultanah Nora Ismail untuk tujuan bedah siasat.
“Tujuh mangsa lain, termasuk empat lelaki tempatan dan tiga warga Indonesia, berjaya diselamatkan sekitar jam 5 pagi,” katanya pada Ahad.
Jelas beliau, operasi mencari dan menyelamat (SAR) membabitkan kerjasama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Jabatan Bomba dan Penyelamat, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta penduduk kampung.
Sementara itu, Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Rengit, Pegawai Bomba Kanan II Mohd Nazri Hassan berkata, panggilan kecemasan mengenai insiden itu diterima daripada salah seorang mangsa pada jam 2.36 pagi.
Menurutnya, salah seorang mangsa memaklumkan bahawa struktur kelong tersebut tiba-tiba runtuh akibat cuaca buruk dan angin kencang, menyebabkan kesemua mereka tercampak ke dalam laut.