INFO SEMASA OFFICIAL
793K subscribers
191K photos
43K videos
27 files
24.7K links
Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.
Download Telegram
Lelaki Afrika gigit telinga koperal hingga putus

KUALA LUMPUR - Seorang anggota polis berpangkat koperal putus telinga kiri selepas digigit seorang lelaki warga Afrika yang bertindak agresif ketika cuba ditahan di sebuah klinik swasta di Metro Prima di sini, pada Jumaat.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu, anggota berkenaan bersama seorang rakan setugas dikejarkan ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan mengenai seorang pesakit warga asing yang mengamuk di premis berkenaan.

Menurut sumber, suspek pada awalnya dilihat cuba memberi kerjasama ketika ditenangkan pihak polis.

"Namun sebaik sahaja hendak dimasukkan ke dalam kenderaan peronda (MPV), suspek secara tiba-tiba berpaling lalu menggigit telinga kiri anggota polis terbabit sehingga putus.

“Akibat kejadian itu, anggota polis yang berusia lingkungan 30-an itu mengalami pendarahan teruk dan segera dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan lanjut,” katanya.

Difahamkan, anggota terbabit kini berada dalam keadaan stabil dan akan menjalani pembedahan bagi menyambung semula bahagian telinga yang terputus.

Siasatan awal mendapati suspek berusia 38 tahun itu merupakan seorang pelajar kolej swasta di ibu negara dan telah ditahan untuk siasatan lanjut.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul, Superintendan Jasni Zopal mengesahkan kejadian dan kes disiasat di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.

IZWAN ROZLIN
25 April 2025 05:13pm

Artikel ➡️ Sinar harian

#infosemasa
@infosemasaofficial
nak buat aduan taman mutiara rini , jalan bestari 99 berdekatan stadium JDT, berlaku banjir kilat disebabkan construction taman sebelah dan pelebaran jalan, contractor tak buat saliran air yg betul, pokok2 pun dah bnyk kena tebang, harap dapat sebarkan dan pihak berkuasa mbip dapat pantau.

xpernah lagi banjir kilat mcm ni berlaku, warnai air pun merah, dari tanah dari tapak pembinaan.

xpernah lagi banjir kilat mcm ni berlaku, warnai air pun merah, dari tanah dari tapak pembinaan

Lokasi : https://maps.app.goo.gl/ZYKubqLWdZMW3KqJ8?g_st=com.google.maps.preview.copy

Dari Inbox CRJ.

Kredit ➡️ CRJ

#infosemasa
@infosemasaofficial
Wanita pandu kereta lawan arus ditahan

Segamat: Polis menahan seorang wanita selepas didapati memandu secara melulu serta melawan arus hingga membahayakan pengguna jalan raya di Jalan Hassan, hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Hampar di sini.

Suspek berusia 40-an ditahan selepas perbuatannya dikesan melalui video berdurasi 18 saat yang tular di Facebook, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Ahmad Zamry Marinsah berkata, dalam video itu, suspek memandu Perodua Bezza berwarna biru dilihat melakukan aksi berbahaya.

Beliau berkata, susulan itu polis dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) menjalankan siasatan sekali gus mengenalpasti suspek.

"Suspek ditahan dan ujian saringan air kencing didapati negatif dan semakan lanjut juga mendapati tiada rekod lampau direkodkan terhadapnya," katanya dalam kenyataan.

Katanya, siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Disiarkan pada: April 26, 2025 @ 1:25pm
Alias Abd Rani
am@hmetro.com.my

Artikel ➡️ Harian Metro

#infosemasa
@infosemasaofficial
DBKL TUTUP PREMIS PELACURAN

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah melaksanakan tindakan penguatkuasaan ke atas premis yang menawarkan perkhidmatan seks di kawasan Petaling, Parlimen Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Tindakan dijalankan berdasarkan pemantauan dan risikan yang dijalankan di sekitar lokasi selama beberapa hari sebelum tindakan penguatkuasaan di laksanakan. Hasil daripada risikan, sebanyak 4 buah premis telah dikenalpasti menjalankan aktiviti persundalan di sekitar lokasi semasa tindakan

Sebanyak 4 buah premis telah ditutup serta-merta di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976. DBKL juga merobohkan struktur dalaman yang didirikan untuk dijadikan bilik khas supaya aktiviti persundalan dapat dilakukan.

Selain itu, DBKL juga turutu mengeluarkan 4 notis tawaran kompaun di bawah Undang-Undang Kecil (UUK) Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (WPKL) 2016 serta merampas kesemua barangan yang melibatkan aktiviti persundalan.

Kesemua barangan yang dikenakan tindakan sita telah dibawa ke Setor Sitaan Jalan Lombong, Taman Miharja Cheras, Kuala Lumpur untuk tindakan rekod dan dokumentasi.

DBKL akan meneruskan tindakan dan pemantauan dari semasa ke semasa di lokasi tumpuan yang telah dikenalpasti. Sebarang aduan, orang awam boleh berhubung atau menyalurkan maklumat di pautan tertera seperti berikut.

https://adukl.dbkl.gov.my/

Kredit ➡️ DBKL

#infosemasa
@infosemasaofficial
Bayi antara empat cedera dalam kemalangan kereta

KUCHING: Empat individu termasuk seorang bayi berusia enam bulan cedera, manakala tiga kanak-kanak tidak mengalami kecederaan dalam kemalangan di Kampung Punggu Dadak, Sri Aman hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 7.45 pagi sebelum mengerahkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Aman ke lokasi.

"Setibanya di lokasi, pasukan operasi mendapati kemalangan itu melibatkan sebuah kereta," katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya dalam kejadian itu, mangsa yang cedera terdiri daripada tiga mangsa dewasa berusia dalam lingkungan 17 hingga 45 tahun dan seorang bayi berusia enam bulan.

Manakala, tiga kanak-kanak berusia antara tiga dan 10 tahun tidak mengalami kecederaan, tambahnya.

Katanya, pihaknya telah memberi rawatan awal kepada seorang mangsa wanita, manakala tiga lagi dirawat pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

"Kesemua mangsa dibawa ke Hospital Sri Aman II dengan menggunakan jentera EMRS (Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan) dan ambulans KKM.

"Kesemua mangsa kemudian diserahkan kepada pihak hospital untuk tindakan dan rawatan selanjutnya," katanya lagi.

Setelah mendapati keadaan terkawal, PKO seterusnya bertolak balik ke balai dan operasi ditamatkan pada jam 8.38 pagi.

Kredit ➡️ Utusan Borneo

#infosemasa
@infosemasaofficial
SIARAN MEDIA KETUA POLIS DAERAH KLUANG

'OP PINTU : TANGKAPAN SEORANG LELAKI DAN PEREMPUAN TEMPATAN'

Kredit ➡️ IPD KLUANG

#infosemasa
@infosemasaofficial
Dalam tempoh seminggu, mujahidin Al-Qassam melaksanakan serangan hendap terancang yang membunuh terhadap tentera penjajah Zionis.

Sayap ketenteraan Hamas, Briged Al-Qassam telah melaksanakan beberapa serangan hendap yang rapi dan membunuh terhadap pasukan tentera penjajah Zionis di pelbagai kawasan sepanjang minggu lalu, menyebabkan kematian dan kecederaan serius di kalangan tentera musuh Zionis.

Sumber: Briged Al-Qassam
#infosemasa
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
🔻 TERKINI | PEJUANG MENYERANG

Briged Al-Qassam menembak tepat askar pengganas Israel menggunakan senapang Al-Ghoul ketika berada di atas sebuah kereta kebal dalam serangan hendap Kasar al-Saif berhampiran pagar sempadan di utara Gaza.

Sumber: Briged Al-Qassam
#infosemasa
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Penyokong JDT, Sri Pahang bertumbuk

Kuala Lumpur: Panas!!! Belum pun aksi final Piala Malaysia bermula malam ini, penyokong kedua-dua pasukan antara Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Sri Pahang FC bertumbuk dan bergaduh di luar pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), di sini, sebentar tadi.

Pergaduhan tercetus babitkan penyokong Sri Pahang yang dilihat bertumbuk dengan penyokong JDT.

Difahamkan, insiden itu berlaku apabila kumpulan penyokong Sri Pahang FC dan JDT bertembung dalam laluan yang sama di luar pekarangan SNBJ.

Provokasi mula tercetus dan berlakunya insiden tumbuk menumbuk.

Situasi itu kemudiannya berjaya ditenangkan pihak berkuasa yang ada di kawasan terbabit.

"Mula-mula penyokong JDT datang, penyokong Sri Pahang bertindak agresif apabila berjumpa dengan penyokong JDT.

"Bertumbuk sekejap saja dalam tiga minit. Ia kemudian ditenangkan oleh pihak berkuasa," kata seorang saksi yang enggan namanya didedahkan.

Malah, dalam pergaduhan itu juga menyaksikan balingan suar dan kon jalan turut dibaling oleh penyokong terbabit. Kejadian berlaku di kawasan pintu masuk penyokong Sri Pahang.

Disiarkan pada: April 26, 2025 @ 8:09pm
Firdaus Hashim
firdaushashim@hmetro.com.my

Artikel ➡️ Harian Metro

#infosemasa
@infosemasaofficial