INFO SEMASA OFFICIAL
792K subscribers
191K photos
43.1K videos
27 files
24.7K links
Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.
Download Telegram
Katanya berlaku di karak bukit tinggi pagi tadi. Walau bagaimanapun tiada maklumat lanjut berkaitan kemalangan ini.

27/04/2025

#infosemasa
@infosemasaofficial
Saya clearkan kat sini..
Mohamad Nur syafiq bin shafie ni dah berhutang dgn saya sejak disember 2022 sebanyak rm100k..
Saya buat loan untuk beri modal kepada nya untuk mula kan bisness Kifayah ambulans..
:
Cuma tiada perjanjian bertulis kerana saya percaya kan dia..untuk bayar balik modal saya secara ansurans kepada sy setiap bulan..saya ada menerima 2 bln sahaja bayran balik selebih nya tiada..saya bkn kejam..saya beri masa kepada dia untuk stabil kan bisness dia dan bila dah stabil dia boleh bayar balik semua modal saya..bukan sedikit yer..rm100k..
:
Tahun 2024 awal tahun sy bernikah dgn dia..dan baru2 ni sy bercerai dgn dia..sebab x tahan kena pukul , dihunus pisau setiap kali bergaduh..last kena pukul bln 2 lepas smpai sy pgsan di tempat kerja sbb gegaran kt kepala..
:
Dia tuduh sy ada lelaki lain walhal lelaki yg dituduh itu adalah individu yg sy minta bantuan untuk check detail ttg perkahwinan dia terdahulu ( konon dah cerai tp duduk serumah ) dan bantuan mengesan dimana dia tggal..sy sbgai isteri pun x tahu kt mna dia tggal konon nya merempat di masjid dan surau shj..( sy di kedah..dia di bangi )..dia byk sorok dgn saya detail dia..kata nya dia byk musuh..ptt la byk musuh..byk seleweng duit org rupanya…
:
Awal tahun baru ni dia ada beli kereta baru tp sy musyhkil..nama dia dh dia istiharkan muflis..dan bagaimana dia bt loan kereta..
Rupanya nama kereta tu atas nama seorang staf nurse hosp serdang..( skndal dia )
:
Dipendek kan cerita..sy hubungi famili perempuan itu dah mereka mengatakan Si ‘ ustaz ‘ ni ada suruh si staf nurse bt loan untuk pelaburan dlm ambulan kifayah dia..
Dan sorang2 perempuan ada dm sy kenal dgn dia..
Satu persatu sy tahu semua penipuan dia..
Dan sejak viral..sy dpt tahu..rumah sewa yg lama pun dia lari dari bayar tunggakan..dan pekerja lama dia pun ada dm sy beritahu ttg gaji yg dia x bayr spjng bekerja dgn dia..
Ada lg..ada jgk seleweng duit derma pembinaan telaga madrasah di lombok..sggup yer…
Rakan dia yg sama2 NGO dlm unit pengurusan jenazah pun ada cerita kepada saya ttg kegiatan dia seleweng duit ngo terdahulu..🤦🏻‍♀️
:
Saya x kisah ttg kehidupan dia dgn perempuan2 yg terlibat dan dia nak tuduh sy isteri curang pun sila kan..tiada bukti kukuh pun dia nk tuduh saya…sebab apa yg sy buat untuk cr bukti segala apa yg dia sorok dr sy selama ni..Saya x pernah curang.. x ada bukti curang..

DAH PANAS KE TU? Okla dr hidup selesa hutang keliling pinggang dan aniaya org kan…

Kredit ➡️ Sha Fiza / (BBBC) Bandar Baru Bangi Community

#infosemasa
@infosemasaofficial
Ramai maut, kereta rempuh tapak pesta Festival Lapu-Lapu

Berlin: Beberapa individu maut apabila sebuah kereta merempuh orang ramai di sebuah pesta jalanan di Vancouver, Kanada, lewat Sabtu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Menurut Polis Kanada, beberapa orang lagi turut cedera dalam insiden itu, manakala pemandu kenderaan kini berada dalam tahanan, menurut kenyataan di platform X.

Menurut siaran televisyen tempatan yang memetik saksi, suspek cuba melarikan diri dengan berjalan kaki selepas merempuh orang ramai, namun berjaya ditahan oleh orang awam.

Datuk Bandar Vancouver Ken Sim berkata, beliau terkejut dan sedih dengan "insiden mengerikan" itu.

Dalam laman web berita Kanada, Global News, Sim berkata, "Kami akan berusaha untuk menyediakan maklumat lanjut secepat mungkin, namun ketika ini polis Vancouver mengesahkan terdapat beberapa kematian dan ramai yang cedera."

Pesta jalanan itu diadakan sempena Festival Lapu Lapu, sambutan tahunan komuniti Filipina di Vancouver.

"Kami simpati kepada semua yang terkesan terutama komuniti Filipina Vancouver pada masa yang amat sukar ini," kata Sim.

Insiden itu berlaku hanya dua hari sebelum Kanada mengadakan pilihan raya Parlimen pada Isnin.

Disiarkan pada: April 27, 2025 @ 6:22pm

Artikel ➡️ BERNAMA

#infosemasa
@infosemasaofficial
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
MELAKA 27/04/2025.

Kemalangan di bawah Flyover Lotus's Cheng malam ini.

Sumber ➡️ Media sosial

#infosemasa
@infosemasaofficial
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Kemalangan di Persimpangan Lampu Isyarat Taman Mutiara, Sungai Kob

SUNGAI KOB, 27 April 2025 – Satu kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan sebuah kereta dilaporkan berlaku di persimpangan lampu isyarat Taman Mutiara, Sungai Kob, hari ini.

Berdasarkan rakaman video yang diterima, kejadian dipercayai berlaku apabila sebuah kereta melanggar bahagian belakang motosikal di kawasan lampu isyarat. Punca sebenar insiden masih dalam siasatan, dan setakat ini tiada laporan rasmi mengenai kecederaan serius diterima.

Orang ramai diingatkan untuk sentiasa berwaspada dan mematuhi peraturan jalan raya, terutamanya di persimpangan lampu isyarat bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

Kredit ➡️ Kulim Media Tv

#infosemasa
@infosemasaofficial
𝘽𝘽𝙋 𝙈𝙞𝙧𝙞 𝙎𝙚𝙣𝙩𝙧𝙖𝙡
27/04/2025 (Sabtu)

Kawalan terima panggilan kebakaran sebuah kedai alat ganti kereta di Jln Krokop Utama pada jam 0210hrs. Sepasukan 5 anggota diketuai PBKIITBBKI Azman b. Ibi dan dibantu anggota dari BBP Lopeng respon ke lokasi.

Kredit ➡️ BBP MIRI SENTRAL

#infosemasa
@infosemasaofficial
Assalamualaikum dan
Salam Sejahtera.

BBP JENGKA

KEBAKARAN RUMAH

Tarikh : 27/04/2025

NO 4-75 Rumah Kakitangan Felda Mawar Jengka 10 (Rumah Pengurus)

Pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jengka telah menjalankan operasi pemadaman menggunakan satu aliran salur bantu mula dan satu aliran hos 300 kaki dengan cabang pembahagi serta dua pancutan nozzle menggunakan air daripada tangki pam jentera. Pasukan Balai bantuan, iaitu BBP Jerantut, turut melakukan pemadaman dengan satu aliran salur bantu mula dan satu aliran hos sepanjang 300 kaki dengan satu pancutan nozzle, juga menggunakan air daripada tangki pam jentera.Sumber air daripada pili bomba berhampiran. Hasil pemeriksaan lanjut mendapati tiada mangsa terlibat dalam kejadian tersebut.

Kredit ➡️ BBP JENGKA

#infosemasa
@infosemasaofficial
assalamualaikum...mintak viralkan smpai jumpa lelaki x bertanggungjawab ni,kisahny pagi Jumaat 25/4/2025 adik saya dalam perjalanan utk hantar anak saudara saya ke sekolah berhampiran kawasan KAMPUNG BARU K.L,berlaku kemalangan mcm dlm vdeo sya ltk dkt bwh tu..di sebbkn kdaan jadi kalut sikit adik saya xsempat ambik detail dan no.plat moto lelaki tu.selepas kemalangan tu berlaku dia pergi k HKL bersama2 adik dan anak saudara saya dan kemudian dia hilang tanpa pesan apa kepada adik saya,adik sya dh cuba nk bt report tapi polis nasihatkan supaya dptkn no.pendaftaran dahulu.mintak jada baik tuan puan share smpai jmpa lelaki ni,anak saudara saya bru darjah 1 kesian dia trpksa tanggung sakit.

Kredit ➡️ Afiz Husin

#infosemasa
@infosemasaofficial
PULAU PINANG 27/04/2025.

Seorang penunggang motosikal maut selepas dirempuh sebuah kereta hilang kawalan di Jalan Pokok Tampang, Tasek Gelugor petang tadi.

Sumber ➡️ Media sosial

#infosemasa
@infosemasaofficial