Warga emas maut dirempuh kereta ketika ke kebun
SHAHRIZAL AHMAD ZAINISHAHRIZAL AHMAD ZAINI
29 Disember 2024 03:27pm
KLUANG - Seorang warga emas maut selepas motosikal ditunggangnya dilanggar sebuah kereta di Kilometer (KM) 46.5 Jalan Batu Pahat-Mersing di sini pada Ahad.
Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada jam 8.30 pagi Ahad.
Menurutnya, siasatan awal mendapati kemalangan yang berlaku pada jam 7.30 pagi itu melibatkan motosikal jenis Honda EX-5 yang ditunggang mangsa berusia 73 tahun dan kereta jenis Nissan Cefiro dipandu seorang lelaki berusia 61 tahun bersama anak perempuannya, 17 tahun.
"Kemalangan dipercayai berlaku ketika mangsa dalam perjalanan ke kebunnya di Kampung MIC, sementara pemandu kereta bersama anaknya pula dari arah Ayer Hitam menghala ke Kluang.
Semasa tiba di tempat kejadian, motosikal mangsa dipercayai telah menukar haluan dari lorong kiri ke kanan dan dilanggar kereta tersebut.
"Akibat pelanggaran itu mangsa mengalami kecederaan parah di kepala serta badan dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Pemandu kereta dan anaknya pula tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.
Kes disiasat bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kemalangan tersebut boleh menghubungi balai polis berhampiran atau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang menerusi talian 07-7784222, (direct line) 07-7784256 (hotline) 07-7766822 atau Tablet DCC 014-365682.
#SinarHarian
#infosemasa
@infosemasaofficial

Sebuah kolam takungan di Taman Seri Alam, Saujana Utama, Sungai Buloh dilaporkan pecah menyebabkan air melimpah ke kawasan perumahan berhampiran.
Berdasarkan perkongsian di laman Facebook Saujana Utama, Sungai Buloh, beberapa kawasan seperti Hillpark, Seri Alam dan Saujana Perdana kini dilimpahi air ekoran kejadian terbabit.
#SinarHarian #SinarTerkini #Kolam #Tadahan #SungaiBuloh #Video #Viral
Kredit @sinarharian

Buruh maut kereta langgar pacuan empat roda keluar simpang mengejut
NORHASPIDA YATIMNORHASPIDA YATIM
31 Disember 2024 08:36am
SETIU - Seorang buruh maut apabila kereta dipandunya terlibat kemalangan dengan sebuah pacuan empat roda dalam kejadian di Kilometer (KM) 63, Jalan Kota Bharu - Kuala Terengganu dekat Chalok Kedai, di sini malam tadi.
Ketua Polis Daerah Setiu, Superintenden Mohd Zain Mat Dris berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian jam 8.30 malam.
Menurutnya, ketika kejadian, kereta jenis Proton Wira dipandu mangsa, Mohd Fairul Azwa Ramli, 34, dalam perjalanan dari Bandar Permaisuri menghala Kuala Terengganu.
"Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku semasa pacuan empat roda jenis Isuzu Dmax dipandu seorang lelaki berusia 23 tahun telah keluar secara mengejut dari simpang rumahnya di Kampung Rahmat, Felda Chalok, di sini untuk ke jalan utama.
"Bagaimanapun, Proton Wira dipandu mangsa yang ketika itu bergerak lurus dari di laluan Kota Bharu - Kuala Terengganu tidak sempat mengelak lalu terlanggar pacuan empat roda tersebut," katanya di sini pada Selasa.
Mohd Zain berkata, akibat rempuhan itu Mohd Fairul Azwa yang bekerja sebagai buruh disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala rakannya, Nor Azmi Daud, 46, mengalami cedera parah.
Beliau memberitahu, dua lagi mangsa kemalangan iaitu pemandu dan penumpang pacuan empat roda tidak mengalami sebarang kecederaan.
Mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Setiu untuk tindakan lanjut dan mangsa yang mengalami kecederaan juga dihantar ke hospital sama untuk rawatan.
"Kes ini disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.

MPV langgar lampu isyarat dipercayai punca dua beradik maut
NOOR AINON MOHAMEDNOOR AINON MOHAMED
08 Januari 2025 04:55pm
IPOH - Tindakan kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Vellfire dipercayai gagal mematuhi lampu isyarat dipercayai menjadi punca kemalangan yang mengorbankan dua beradik di persimpangan lampu isyarat Jalan Pasir Puteh di sini pada Rabu.
Dalam kejadian sekitar jam 10.35 pagi itu, mangsa Nur Amira Balqis Armi, 22, dan adiknya, Tsa Muhammad Armirul, 15, masing-masing penunggang dan pembonceng skuter jenis Honda Beat disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, makluman kemalangan maut diterima melibatkan MPV yang dipandu wanita berusia 38 tahun dan sebuah motosikal dinaiki dua mangsa.
"Siasatan awal mendapati wanita terbabit memandu kenderaan dari rumahnya menuju ke Ipoh Garden namun, setibanya di lokasi kejadian dikatakan lampu isyarat warna hijau.
"Wanita berkenaan meneruskan perjalanan dan pada masa sama, kedua-dua mangsa yang menaiki skuter datang dari arah sebelah kanan terus melanggar bahagian tepi sebelah kanan MPV terbabit," katanya.
Menurut beliau, akibat kemalangan tersebut kedua-dua beradik telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu MPV tidak mengalami sebarang kecederaan.
"Kemalangan tersebut tidak melibatkan kesesakan lalu lintas namun, polis sedang mengesan saksi bebas di tempat kejadian bagi membantu siasatan berikutan kawasan kemalangan tidak terdapat kamera litar tertutup (CCTV).
"Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.
Sinar Harian melaporkan Nur Amira Balqis menunggang motosikal untuk menghantar adiknya, Tsa Muhammad Armirul ke Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Sam Tet di sini sebelum terlibat dalam kemalangan berkenaan.
#sinarharian

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 mula disalurkan bermula Rabu melalui pengkreditan dalam akaun bank dan memanfaatkan hampir 9 juta penerima.
Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, jumlah bantuan berkenaan meningkat RM2.3 bilion berbanding RM2.1 bilion tahun lalu dan akan mula disalurkan secara tunai melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) berperingkat mengikut kategori kelayakan STR masing-masing.
#sinarharian
#infosemasa
@infosemasaofficial
Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, jumlah bantuan berkenaan meningkat RM2.3 bilion berbanding RM2.1 bilion tahun lalu dan akan mula disalurkan secara tunai melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) berperingkat mengikut kategori kelayakan STR masing-masing.
#sinarharian
#infosemasa
@infosemasaofficial
Perhilitan terima aduan kehadiran pak belang di Kampung Kolam
19 Januari 2025 01:34pm
IPOH - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak mengesahkan menerima aduan berhubung serangan harimau belang terhadap lembu ternakan penduduk di kawasan berhampiran Kampung Kolam, Tanjung Rambutan di sini, Jumaat lepas.
Pengarahnya, Yusoff Shariff berkata, laporan berhubung serangan haiwan pemangsa itu dibuat oleh penduduk kampung kira-kira 12 tengah hari.
"Kita yakin haiwan pemangsa yang menyerang merupakan harimau dewasa berdasarkan kesan tapak kaki dan serangan yang dilakukan terhadap lembu berkenaan.
"Bagaimanapun, perincian lanjut mengenai jantina dan berat (harimau belang) hanya akan dapat kita ketahui melalui kamera yang dipasang anggota Perhilitian di kawasan lokasi kejadian (semalam),” katanya ketika dihubungi Bernama di sini pada Ahad.
Terdahulu, kehadiran haiwan dikenali dengan nama saintifik Panthera tigris jacksoni itu adalah kejadian kali kedua selepas penemuan tapak kaki di beberapa lokasi berasingan di kampung berkenaan pada 21 Disember lepas.
Yusoff berkata, pihaknya percaya harimau itu berkemungkinan besar pemangsa sama dikesan membaham lembu di kawasan berhampiran Kampung Orang Asli Sungai Choh, Ulu Kinta di sini pada 26 Disember lepas.
"Kemungkinan (harimau belang yang sama) itu ada disebabkan jarak antara kedua-kedua kampung berkenaan tidak terlalu jauh serta menjadi laluannya mencari sumber makanan,” katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata, pihaknya meminta penduduk kampung supaya mengawasi dan tidak membiarkan haiwan ternakan mereka bebas berkeliaran terutama di lokasi kejadian.
"Sebaiknya tempatkan haiwan ternakan dalam kandang dan jangan sesekali biarkan bebas berkeliaran kerana boleh mengundang risiko kejadian serangan berulang," katanya.
Sementara itu, penduduk kampung, Muhammad Haniff Abd Aziz, 41, berkata, pihaknya berharap haiwan pemangsa berkenaan dapat ditangkap secepat mungkin bagi meleraikan ketakutan mereka.
Beliau berkata, ini kerana jarak antara lokasi serangan dengan kawasan perumahan penduduk hanya sekitar satu kilometer.
"Sangkaan kami lembu itu pada awalnya hilang akibat dicuri namun tak sangka haiwan berkenaan dibaham pak belang.
"Kita harap sangat Perhilitan dapat tangkap harimau itu kerana kita takut jika dibiarkan akan ada penduduk yang diserang atau dibaham,” katanya. - Bernama

Polis buru lelaki ragut peniaga kalung bunga
TELUK INTAN - Polis giat mengesan seorang lelaki yang disyaki meragut rantai leher milik seorang wanita warga emas dalam kejadian di sebuah rumah di Hoover Park, Jalan Sultan Abdullah di sini pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, kejadian berlaku sekitar jam 7 pagi apabila suspek berpura-pura menjadi pelanggan meminta mangsa berusia 65 tahun membuatkan kalungan bunga.
"Semasa mangsa sedang membuat kalungan bunga tersebut, suspek bertindak mendekati mangsa dari arah belakang dan terus meragut seutas rantai emas yang dipakai oleh mangsa.
"Ketika kejadian berlaku pergelutan dan suspek bertindak menolak hingga mangsa jatuh ke lantai. Kejadian itu disedari oleh anak lelaki mangsa selepas terdengar jeritan meminta tolong," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Rabu.
Menurut Ahmad Adnan, suspek bagaimanapun berjaya melarikan diri bersama sebahagian rantai emas milik mangsa.
"Dalam kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan di bahagian leher, luka di bahagian tangan, kaki dan pinggul.
Suspek dipercayai warga tempatan berbadan gempal, berkulit gelap, memakai topi keledar dan berpelitup muka berwarna hitam serta memakai jaket berwarna hitam kuning.
"Suspek juga menaiki motosikal jenis Honda Wave 125 tetapi nombor pendaftaran tidak dikenal pasti oleh mangsa," katanya.
Tambah beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja menyebabkan kecederaan semasa melakukan rompakan.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini, diminta tampil menghubungi pihak Polis dalam membantu mengesan suspek terlibat dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Muzlifah Azmi di talian 011-21858926, Balai Polis Teluk Intan di talian 05-6292222 atau melalui laman web rasmi PDRM.
NOOR AINON MOHAMEDNOOR AINON MOHAMED
29 Januari 2025 05:44pm

Tersinggung diberi 5 bungkus mi segera, mangsa banjir tampar ketua kampung
MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI
30 Jan 2025 7:50 am
PONTIANAK - Seorang mangsa banjir dari Dusun Menjalin Tengah, Kecamatan Menjalin, Kabupaten Landak, tergamak menampar ketua kampung selepas berasa tersinggung apabila hanya diberi lima bungkus mi segera.
Kejadian berlaku pada Isnin lalu, semasa lawatan bantuan mangsa banjir oleh ketua kampung Desa Menjalin ke lokasi berkenaan bagi menyampaikan bantuan daripada Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (Basarnas).
"Beberapa penduduk ketika itu diagih bantuan oleh sukarelawan, bagaimanapun salah seorang mangsa berasa tersinggung dengan pemberian itu kerana disifatkannya sebagai sangat sedikit.
"Terpengaruh emosi, dia bertindak menampar saya dan membuang pemberian kami," kata ketua kampung berkenaan, Servasius kepada wartawan pada Selasa.
Beliau bagaimanapun dapat mengawal keadaan.
Sementara itu dalam perkembangan berkaitan, Servasius berkata, sebanyak enam buah kampung terkesan dengan banjir berkenaan.
"Dari malam tadi hujan tanpa henti hingga banyak kawasan dinaiki air," katanya lagi. - Agensi

Lelaki mandikan sahabat 'insan istimewa' dipuji, kawan sejati dunia akhirat.
'Maafkan aku Shukor tak mampu urus segalanya...'
AZMA MOHD LAZIM
Oleh AZMA MOHD LAZIM
04 Feb 2025 09:11am
SAHABAT sejati yang sanggup berkongsi susah dan senang itu jarang ditemui. Namun, lelaki dari Arau ini membuktikan bahawa setia kawan dan kasih sesama insan itu masih wujud.
Pemuda bernama Shidie menerusi laman sosial berkongsi momen bertemu dengan sahabatnya yang kini sudah tidak normal seperti dahulu.
Sempat menyapa rakan bernama Shukor di tepi jalan, Shidie yang tersentuh dengan keadaan tidak terurus sahabatnya itu memujuknya untuk membersihkan diri.
"Puas dipujuk untuk bersihkan diri, makan dan bersiap semula seperti normal," kongsi Shidie.
Menerusi video, pemilik bengkel motosikal itu sempat memandikan, membantu rakannya memotong rambut dan memakaikan pakaian yang bersih.
Biarpun tidak lagi normal seperti dahulu, Shidie berharap Shukor sentiasa dilindungi ALLAH selain memohon maaf kerana tidak mampu untuk membantu sahabatnya itu dalam segala aspek.
"Amat sedih apa yang terjadi padamu dan kehidupanmu. Kau bukan tak waras, kau masih waras. Cuma nasib dan ujian kita berbeza.
"Semoga kita terus istiqamah, diberkati dalam setiap langkah dalam kehidupan ini.
"Maafkan aku Shukor tak mampu urus segalanya.
"Semoga setiap langkahmu sentiasa lindungan ALLAH SWT.
"Doakan aku Shukor supaya terus berbuat kebaikan, muhasabah diri dan bantu lebih ramai orang, aaminn," titip Shidie.
Rata-rata memuji keprihatinan Shidie terhadap Shukor yang sanggup membersihkan tubuh badan Shukor, menggantikan baju baharu serta memotong rambut yang tidak terurus.
Tidak kurang juga yang mendoakan agar kebaikan Shidie dibalas dengan rezeki yang tidak disangka-sangka.
"Sebaknya akak tengok video ini. Inilah sahabat dunia akhirat."
"Terbaik abang ini menolong seorang insan yang susah. Beliau sanggup memandi dan memberus kaki hamba ALLAH ini. Moga kehidupan abang sekeluarganya dirahmati dan berkati ALLAH."
"Tahniah tuan kerana menyantuninya. Ujian kita berbeza, rezeki juga berbeza."
"Lepas mandi dan gunting rambut terus nampak segak. Terbaik abang Shidie membantu orang dalam kesusahan."
"Sebenarnya ujian seperti ini untuk orang sekeliling, bukan untuk dia semata-mata. Terbaik abang menjaga kebajikan sesama manusia, berbahagi kudrat dan harta. Semoga ALLAH merahmati."
"Contoh yang baik kepada generasi muda. Jangan berhenti berbuat kebaikan dan prihatin sesama manusia."
Semoga apa yang dilakukan Shidie ini menjadi inspirasi buat kita semua untuk terus berbuat kebajikan dan membantu mereka yang memerlukan selagi hayat dikandung badan.
#sinarharian
#everyone

Pempengaruh Malaysia hilang di hutan Bandung ditemukan lemah, terbaring.
AISYAH BASARUDDIN
06 Feb 2025 8:40 am
SHAH ALAM - Pempengaruh media sosial dikenali sebagai Eyka yang dilaporkan hilang sejak tiga hari lalu di dalam hutan di Bandung, Indonesia ditemukan selamat pada malam Rabu.
Gadis berusia 22 tahun itu dijumpai kira-kira jam 10 malam dan penemuannya dikongsikan menerusi penstriman langsung TikTok @Arasz.
Menerusi perkongsian tersebut, Eyka dilihat terbaring di kawasan semak samun dalam keadaan lemah.
Sebelum ini, kehilangan Eyka tular apabila rakannya, Ammar Nazhan atau Ammar Nazhan Noralyadi, 29, menyedari perkara berkenaan kira-kira jam 2 pagi Isnin lalu ketika melakukan aktiviti paranormal di dalam hutan.
Memetik laporan media, Ammar Nazhan berkata, lebih dari 20 orang menyertai aktiviti paranormal, tetapi tujuh sahaja masuk ke dalam hutan termasuk Eyka.
"Hanya dia perempuan yang masuk ke dalam hutan, kebetulan waktu itu Eyka sedang datang bulan,” ujarnya lagi.
Menurut khabar terbaharu di TikTok @Arasz, pihaknya selesai berurusan dengan polis dan ketua kampung, manakala Eyka dipercayai dirawat di hospital.