HEP FSSR Information Hub
273 subscribers
29 photos
2 videos
18 files
32 links
Download Telegram
Dimaklumkan bahawa Bahagian Hal Ehwal Pelajar, UiTM telah mengadakan kerjasama dengan Samsung yang menawarkan diskaun pembelian telefon pintar dan tablet Samsung sekurang-kurangnya 15% menggunakan emel Universiti yang berakhir dengan uitm.edu.my.

Sila layari https://shop.samsung.com/my/samsung-education-store untuk pendaftaran dan pembelian.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi 0351911515 (Isnin-Jumaat, 9.00 pagi-6.00 petang) atau melalui emel my_shop@samsung.com.
Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Universiti Teknologi MARA Shah Alam
#uitmprihatin
#kitajagakita
#kitaUiTM
#uitmdihatiku
*TERIMA KASIH KPT ATAS PENYALURAN BANTUAN KEWANGAN PRIHATIN ONE-OFF RM50 BAGI TUJUAN LANGGANAN AWAL PELAN DATA*

*Siapakah pelajar yang layak menerima bantuan tersebut?*

Pelajar yang layak menerima bantuan tersebut adalah pelajar baharu yang telah menerima tawaran dan mendaftar bagi program Sarjana Muda.

*Bilakah bantuan tersebut akan mula diagihkan?*

Penyaluran bantuan ini akan dilaksanakan secara berperingkat bermula 11 November 2020.

---------------------

Nota:

1. Sila layari portal eHEP untuk semakan kelayakan bermula 12 November 2020, jam 9.00 pagi.

2. Sila pastikan anda mendaftarkan nama bank dan nombor akaun atas nama sendiri di portal kewangan pelajar *selewat-lewatnya pada 13 November 2020*.
Kementerian Pengajian Tinggi
Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Universiti Teknologi MARA Shah Alam
#uitmprihatin
#kitajagakita
#kitaUiTM
#uitmdihatiku
PERMOHONAN SUKARELAWAN PPV IPT UiTM SHAH ALAM
(DEWAN AGONG TUANKU CANSELOR - DATC)

Permohonan sukarelawan (bukan kesihatan) ini terbuka kepada pelajar, staf dan alumni UiTM yang berada sekitar lembah klang dan bersedia menjadi sukarelawan di pusat pemberian vaksin di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam (PPV IPT UiTM Shah Alam).
Tarikh mula operasi 21 Jun 2021.
Waktu operasi PPV IPT UiTM Shah Alam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.
(Tertakluk kepada pindaan dan arahan semasa).

Tarikh tutup permohonan : 16 Jun 2021 (Rabu) jam 5.00 petang.
Untuk pendaftaran dan maklumat lanjut sila klik pada pautan atau imbas QR code yang dikongsi.

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSediGl7BY3g903m1-wAUVV8boPSuywAoHd-M6dCzx7D5PRbow/viewform
#UiTMprihatin
#PPVIPTUiTM
#UiTMdihatiku
TINJAUAN MAKLUM BALAS PENERIMAAN VAKSIN COVID-19 BAGI PELAJAR UiTM

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera

Tinjauan maklum balas ini disediakan sebagai persediaan bagi memulakan pengajian sesi akademik 2021/2022 di kampus yang akan bermula tidak lama lagi. Kementerian Pengajian Tinggi komited untuk memastikan setiap pelajar di universiti awam divaksinasi.

Bagi memastikan objektif ini tercapai, pihak UiTM memerlukan maklumat terkini status vaksinasi setiap pelajar untuk merangka strategi dalam memastikan kesemua pelajar divaksinasi sebelum pengajian sesi akademik 2021/2022 bermula.

Sehubungan itu, semua pelajar UiTM diminta untuk mengisi tinjauan maklum balas ini. Tinjauan boleh diisi melalui pautan https://forms.gle/KPwiPBQF9Vw3EQv79.

Tinjauan maklum balas ini akan ditutup pada 29 Julai 2021, jam 2.00 petang.

Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Universiti Teknologi MARA
28 Julai 2021

Nota: Ikuti Telegram Info Rasmi HEP UiTM di http://t.me/hepuitmshahalam untuk maklumat lanjut.
Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Universiti Teknologi MARA Shah Alam
#UiTMprihatin
#kitajagakita
#UiTMdihatiku