INFO@PuLaMI UPSI
6.2K subscribers
146 photos
33 files
174 links
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Channel Telegram ini diwujudkan untuk hebahan info/maklumat berkaitan Latihan Mengajar atau Latihan Industri UPSI.
Download Telegram
SOFTCOPY PERMIT MENGAJAR LM/IK/PK JPN PERAK-SEMESTER 2 SESI 2024/2025 (A242)

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,

Bersama-sama ini dipanjangkan pautan softcopy permit mengajar di bawah JPN Perak untuk guru pelatih/kaunselor pelatih yang akan menjalani latihan mengajar/internship kaunseling/praktikum kaunseling di sekolah-sekolah di seluruh negeri Perak pada Sesi A242.

Guru pelatih/kaunselor pelatih diminta untuk mencetak terlebih dahulu salinan permit ini untuk dibawa semasa melapor diri di sekolah.

Disamping itu, sukacita diingatkan juga guru pelatih wajib mengambil hardcopy permit mengajar di Pejabat Am PuLaMI bermula pada 03/03/2025 sehingga belum tamat tempoh LM.

Sekian, terima kasih. 🌹
Salam
MAKLUMAN:

Pelajar yang sedang menjalani latihan mengajar di negeri Perak dan Selangor boleh mengambil hardcopy permit mengajar di Pejabat Am PuLaMI, Aras Bawah Blok 9, Kampus Sultan Azlan Shah UPSI.

Waktu operasi pejabat am semasa bulan ramadhan adalah bermula pada jam 8.00 pagi hingga 4.30 petang.

Sekian, terima kasih.
SOFTCOPY BORANG PENYELIAAN KPR3068 & GARIS PANDUAN LM/IK EDISI 2025

https://shorturl.at/t8JI5
PENEMPATAN LATIHAN MENGAJAR DI WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR PADA SEMESTER 1 SESI 2025/2026 (A251)

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,

Berikut dikongsikan pautan google form untuk dilengkapkan oleh pelajar yang bercadang untuk menjalani latihan mengajar di sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang terdapat di seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

https://forms.gle/3n59coP9V3QXMU2B9

Pihak Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan membuat pemetaan penempatan pelajar di sekolah-sekolah berdasarkan kekosongan/keperluan subjek major di sekolah berkaitan.

Tarikh akhir untuk melengkapkan google form ini adalah pada 21 Mac 2025 (Jumaat) selewat-lewatnya jam 10.00 pagi.

Sekian sahaja untuk makluman. Terima kasih. 🌹
PENDAFTARAN SEMESTER & PENDAFTARAN KURSUS A242

Para pelajar semester 2 & ke atas yang meneruskan pengajian pada semester ini diminta segera mendaftar semester dan mendaftar kursus.

*Pelajar mengikuti LM/LI juga perlu mendaftar semester.
**Denda RM50 kepada yang lewat mendaftar semester.
***Gugur status sebagai pelajar bagi yang tidak mendaftar semester dan/atau kursus.
PENEMPATAN LATIHAN MENGAJAR DI NEGERI MELAKA PADA SEMESTER 1 SESI 2025/2026 (A251)

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,

Berikut dikongsikan pautan google form untuk dilengkapkan oleh pelajar yang bercadang untuk menjalani latihan mengajar di sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang terdapat di seluruh negeri Melaka.

https://forms.gle/gEHspVue8UEAf6fU8

Pihak Jabatan Pendidikan Negeri Melaka akan membuat pemetaan penempatan pelajar di sekolah-sekolah berdasarkan kekosongan/keperluan subjek major di sekolah berkaitan.

Tarikh akhir untuk melengkapkan google form ini adalah pada 27 Mac 2025 (Khamis) selewat-lewatnya jam 10.00 pagi.

Sekian sahaja untuk makluman. Terima kasih. 🌹
TINJAUAN SENARAI PELAJAR UPSI DARIPADA NEGERI KELANTAN YANG TELAH/SEDANG MENJALANI LATIHAN MENGAJAR/LATIHAN INDUSTRI PADA SEMESTER 2 SESI 2024/2025 (A242) DAN SEMESTER 2 SESI 2024/2025 (E242)

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,

Bersama-sama ini dikongsikan google form bagi mendapatkan senarai nama pelajar Ijazah Sarjana Muda dan Diploma UPSI yang berasal daripada negeri Kelantan yang telah/sedang menjalani latihan mengajar/latihan industri di seluruh Malaysia pada Semester 2 Sesi 2024/2025 (A242) dan Semester 2 Sesi 2024/2025 (E242).

https://forms.gle/QFsYNf2a2gm4SrQ79

Sehubungan itu, mohon kerjasama penyelaras untuk memanjangkan perkara ini kepada pelajar agar dapat melengkapkan google form berkenaan *selewat-lewatnya jam 10.00 pagi pada 14 April 2025 (Isnin).

Sekian, terima kasih. 🌹
HEBAHAN PENDAFTARAN PENEMPATAN LATIHAN MENGAJAR/INTERNSHIP KAUNSELING/PRAKTIKUM KAUNSELING BAGI SEMESTER 1 SESI 2025/2026 (A251)

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,

Dimaklumkan bahawa bersama-sama ini dipanjangkan hebahan pendaftaran penempatan LM/IK/PK bagi Semester 1 Sesi 2025/2026 (A251) dalam sistem PLMISys.

Pautan pendaftaran sistem PLMISys ini hanya akan dibuka selama lima (5) hari sahaja iaitu mulai jam 9.00 pagi pada 16.04.2025 (Rabu) hingga jam 1.00 petang pada 20.04.2025 (Ahad).

Kegagalan pelajar untuk membuat pendaftaran penempatan dalam tempoh masa yang ditetapkan boleh menyebabkan pelajar menangguhkan LM/IK/PK.

Sekian sahaja untuk makluman. Terima kasih. 🌹
PENEMPATAN LATIHAN MENGAJAR DI NEGERI MELAKA PADA SEMESTER 1 SESI 2025/2026 (A251)

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,

Berikut dikongsikan pautan google form untuk dilengkapkan oleh pelajar yang bercadang untuk menjalani latihan mengajar di sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang terdapat di seluruh negeri Melaka.

https://forms.gle/gEHspVue8UEAf6fU8

Pihak Jabatan Pendidikan Negeri Melaka akan membuat pemetaan penempatan pelajar di sekolah-sekolah berdasarkan kekosongan/keperluan subjek major di sekolah berkaitan.

Sila pastikan "ALAMAT SEMASA MENJALANI LATIHAN MENGAJAR" diisi dengan betul.

Tarikh akhir untuk melengkapkan google form ini adalah pada 17 April 2025 (Khamis) selewat-lewatnya jam 10.00 pagi.

Sekian sahaja untuk makluman. Terima kasih. 🌹
Assalamualaikum wrt dan salam sejahtera.

Berikut google form https://forms.gle/p8Y55ZQ1ur1atUbG7 untuk pihak kami reset semula akaun di PLMISYS.

Sila pastikan selepas reset tiada lagi sebarang pembetulan semula.

TARIKH AKHIR UNTUK MELENGKAPKAN GOOGLE FORM INI ADALAH PADA 24 APRIL 2025 (Khamis) PADA JAM 5.00 PETANG.

Sekian, terima kasih.
Assalamualaikum dan salam Sejahtera,

Sukacita diingatkan bahawa tarikh akhir mengisi penempatan sekolah untuk menjalani PG dan LM di dalam sistem PLMISys adalah pada hari ini selewat-lewatnya jam 5 petang.

Mohon kerjasama kepada pelajar-pelajar yang masih belum mengisi penempatan sekolah di PLMISys membuat pengisian di dalam sistem PLMISys sekarang.

Sebarang permasalahan boleh berhubung terus kepada pihak admin atau datang ke pejabat PuLaMi.

Sekian, terima kasih.
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

PENGHANTARAN DOKUMEN BAGI KELULUSAN PENEMPATAN PELAKSANAAN PERANTIS GURU (PG)/PROGRAM PERANTIS GURU (PPG) DI SEKOLAH-SEKOLAH KPM DI NEGERI SABAH (JULAI/OGOS 2025)

Maklumat lanjut, sila layari pautan berikut: https://forms.gle/zMwXHtHbn14JPoRk9

Tarikh akhir penghantaran dokumen adalah selewat-lewatnya pada 9 Mei 2025 (Jumaat)

☎️ 05-450 7180/7210
βœ‰οΈ plmi@upsi.edu.my
πŸ“‘ pulami.upsi.edu.my
πŸ’¬ Telegram: Info@PuLaMI UPSI
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Untuk makluman, pihak PuLaMI akan mengumpul borang permohonan permit mengajar daripada penyelaras bagi negeri Perak dan Selangor (hard copy). Oleh itu, pelajar digalakkan untuk mula membuat persiapan awal bagi pengisian borang permohonan serta dokumen bagi permit mengajar.

Bagi negeri Sabah, PuLaMI dimaklumkan pelajar hanya perlu sediakan soft copy yang lengkap sahaja selewat-lewatnya 9 Mei 2025. Pelajar yang belum mengisi borang dan tidak tahu cara mengisi, boleh rujuk panduan yang disediakan.

Mohon jasa baik penyelaras panjangkan perkara ini kepada pelajar. Sekian, terima kasih. β˜ΊοΈπŸ’
Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,

Pihak PuLAMI akan menyediakan klinik bagi semakan borang dan dokumen permohonan permit mengajar PG kepada pelajar mengikut tarikh yang telah dipaparkan. Pelajar yang tersenarai sebagai WAKIL dalam QR Code tersebut diwajibkan untuk menghadirkan diri mengikut sesi.

Mohon WAKIL juga mengumpul semua dokumen dan borang permohonan permit pelajar mengikut program untuk semakan bersama. Terima kasih. πŸ’β˜ΊοΈ
Assalamualaikum dan Salam sejahtera,

Berikut merupakan kaedah bayaran bagi permit mengajar PG. Terima kasih πŸ₯°πŸ’
Assalamualaikum wbt dan Salam sejahtera,

Berikut merupakan kaedah pembayaran untuk setiap negeri dan wilayah bagi permohonan permit mengajar PG. Mohon kerjasama pelajar semua untuk rujuk yaaa β˜ΊοΈπŸ’ Terima kasih.
BORANG-PEMAKLUMAN-PENOLAKAN-SEKOLAH_JULAI 2025.pdf
179.6 KB
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Di sini saya sertakan borang penolakan PG.

Untuk makluman, semasa permohonan penempatan dibuat, pihak PULAMI telah mencadangkan agar pelajar memilih dua buah sekolah sebagai langkah berjaga-jaga. Oleh itu, sekiranya mana-mana JPN telah meluluskan atau mengeluarkan Surat Kebenaran, pelajar dikehendaki mengisi borang penolakan ini dan menyerahkannya kepada sekolah pilihan kedua.

Penghantaran borang penolakan perlu dibuat secara walk-in. Sekiranya pelajar benar-benar tidak dapat hadir ke sekolah pilihan kedua tersebut, pelajar digalakkan untuk menghantar borang penolakan melalui emel dan menghubungi pihak sekolah tersebut. Terima kasih. πŸ’