Tips Kewangan & Emas By Azam Amiri
2.76K subscribers
1.72K photos
49 videos
17 files
980 links
Channel Telegram rasmi Info Emas bagi mendapat perkongsian mengenai panduan, motivasi dan info terkini pasal emas dan kewangan.

Nak mula simpan emas serendah RM100 boleh pm saya terus di www.wasap.my/60179600278/SimpanEmasSerendahRM100
Download Telegram
Kali terakhir saya beli baju melayu dua tahun lepas, itupun bukan sebab raya tapi untuk kahwin.

Saya beli baju dari Jakel yang mahal, cuma saya dapat dengan harga yang murah iaitu harga penghabisan stok baju yang tahun lepas-lepas.

Harga sebenar seratus lebih, saya beli dengan harga lima puluh sahaja. Saya beli empat pasang, untuk akad nikah, pakai waktu kahwin dua helai dan sehelai lagi standby kalau nak guna lagi.

Total saya beli empat pasang baju Melayu hanya sekitar RM200 sahaja. Selepas daripada itu saya dah tak beli baju Melayu, sebab memang saya jarang pakai baju Melayu.

Hari raya saya pakai jubah yang mana ada dan semuanya masih cantik dan elok. Bagi saya hari raya bukan hari berbaju baru. Tapi hari untuk kita perbaharui dan mulakan hidup kita kearah yang lebih baik.

Saya banyak beli baju yang konfem saya guna dan pakai. Kalau baju Melayu memang sangat jarang saya pakai dan boleh kira berapa kali saya pakai.

Sebab itu saya lebih suka beli pakaian yang boleh pakai serentak. Contohnya, boleh pakai untuk pergi kelas, boleh pakai untuk keluar jumpa dealer dan customer.

Saya suka beli baju batik yang tidak terlalu batik, kerana boleh pakai ketika saya pergi kelas dan boleh pakai juga apabila saya bagi talk di Indonesia.

Baju kemeja saya ada tak banyak, hanya beberapa warna sahaja dan saya ulang pakai yang sama sahaja sehingga rosak ataupun baju jadi kecik. Huhu.

Apa masalahnya kalau raya pakai baju lepas?
Orang tak kisah pun, yang penting kita yang keluarkan duit dan kita yang bayar kalau kita beli.

Jangan jadikan benda wajib dan berdosa besar kalau tak beli baju raya dan baju raya tidak sedondon dengan pasangan. Benda boleh jimat kenapa nak membazir?

Bagi saya untuk diri sendiri kita bazirkan dua tiga ratus itu satu pembaziran yang besar. Baik gunakan duit kepada perkara yang boleh menguntungkan kepada kita.

ouhh yaa lupa, gambar ini gambar saya pergi teman kawan beli baju raya sahaja. Saya duduk luar sambil tulis posting ini dengan harapan kawan saya tak baca posting ini. Hahaha

Tidak perlu setuju kalau tak setuju…

Azam Amiri
Master Dealer Public Gold

#azamamiri #5gassociates #publicgold