Tips Kewangan & Emas By Azam Amiri
2.82K subscribers
1.69K photos
49 videos
17 files
970 links
Channel Telegram rasmi Info Emas bagi mendapat perkongsian mengenai panduan, motivasi dan info terkini pasal emas dan kewangan.

Nak mula simpan emas serendah RM100 boleh pm saya terus di www.wasap.my/60179600278/SimpanEmasSerendahRM100
Download Telegram
Public Gold mula beroperasi pada Sep 2008, untuk mendapatkan jumlah pelanggan emas 100 ribu pertama Public Gold ambil masa selama 6 tahun.

Untuk 100 ribu kedua Public Gold mengambil masa selama 4 tahun, menjadikan pelanggan emas Public Gold seramai 200 ribu.

Manakala untuk 100 ribu ketiga Public Gold mengambil masa selama 2 tahun, menjadikan pelanggan emas Public Gold seramai 300 ribu.

Seterusnya untuk 100 ribu keempat Public Gold mengambil masa hanya 3 bulan, menjadikan pelanggan emas Public Gold seramai 400 ribu orang.

Dan yang terbaru untuk 100 ribu kelima, Public Gold mengambil masa hanya 1 bulan setengah dan menjadikan pelanggan emas Public Gold seramai 500 ribu pada hari ini.

Inilah bukti orang ramai mula celik emas dua tiga kali ganda berbanding tahun-tahun yang lepas. Masyarakat sudah mula faham tentang kepentingan dan manfaat simpanan emas.

Tahniah Public Gold!!

Azam Amiri
Founder Master Dealer Public Gold

#publicgold #publicgoldempireteam #PGeT #pggroup
Kelebihan bermula dengan menyimpan 1 gram emas. Ramai orang bertangguh untuk bermula. Mungkin nak tunggu ada duit. Mungkin juga nak tunggu harga emas turun lebih rendah. Mungkin juga tanpa sebab.

Dengan bermula walau hanya dengan 1gram, kita dapat banyak kelebihan :

1. Ada benchmark harga sendiri. Kita tahu apa erti harga rendah, apa erti harga tinggi.

2. Kita cepat faham pelbagai sisi tentang emas sebagai simpanan dan pelaburan berbanding dengan orang yang hanya mengkaji dari luar.

3. Sebagai sumber motivasi dan inspirasi untuk memulakan langkah menjadi orang kaya sebenar.

Sikit-sikit jadi banyak.

Nak mula simpan emas serendah RM100 melalui Akaun Emas GAP Public Gold boleh wasap terus di www.wasap.my/60179600278/NakMulaSimpanEmas

Azam Amiri
Star Founder Master Dealer Public Gold

#publicgold #pget
Alhamdulillah, penghargaan daripada Public Gold untuk bulan March yang lepas. Untuk bulan March yang lepas jumlah jualan emas untuk empayar emas saya terkumpul lebih satu juta ringgit Malaysia. Tahniah dan terima kasih semua!!

Terima kasih kepada mentor bisnes emas saya, En. Syukor Hashim kerana banyak memberi tunjuk ajar, terima kasih juga kepada staf-staf Public Gold yang banyak membantu urusan jual beli emas untuk pelanggan emas saya, terutamanya staf PG Kelantan dan kepada semua pelanggan saya yang percayakan saya untuk berurusniaga jual beli emas. Insyaallah saya akan bantu dan bimbing anda dengan sebaik mungkin.

Alhamdulillah, setakat hari ini saya berjaya membimbing 5000 orang penyimpan emas Public Gold dibawah empayar saya yang berada diseluruh Malaysia dan juga luar negara.

Tahniah kepada sebahagian daripada team dealer #PGeT yang turut berjaya mendapat Top Producer untuk bulan lepas.

Doakan semoga saya dan team PGeT dapat membimbing lebih ramai lagi penyimpan emas di seluruh Malaysia. Insyaallah amin ya rabb.

Tahniah dan terima kasih semua!!

Jika tuan puan ingin belajar menyimpan duit dalam bentuk emas, boleh wasap saya di www.wasap.my/60179600278/NakMulaSimpanEmas.

Insyaallah saya akan bantu dan bimbing tuan puan menyimpan emas dengan cara yang betul.

P/s: Channel Telegram rasmi Info kewangan bagi mendapatkan perkongsian mengenai panduan, motivasi dan info terkini pasal kewangan dan simpanan emas

KLIK join dan share LINK channel ini kepada kenalan anda untuk manfaat bersama. https://t.me/IlmuEmasDanKewangan

=================================

10 KELEBIHAN MENJADI DEALER EMAS PUBLIC GOLD:

https://azamamiri.com/kelebihan-menjadi-dealer-emas-public-gold

https://azamamiri.com/kejayaan-dealer-emas-public-gold-potensi-income-dealer-public-gold

Azam Amiri
Star Founder Master Dealer Public Gold

#publicgold #publicgolddealer
"Kalaulah orang ramai tahu kepentingan simpanan emas dan kelebihan menajadi dealer emas Public Gold, inilah peluangnya"

Saya dapat mesej ini daripada salah seorang penyimpan emas dan juga dealer emas dibawah bimbingan saya yang hari ini semakin hari semakin seronok dapat buat simpanan emas dan membina pendapatan pasif bersama Public Gold sehingga 4,5 angka sebulan secara santai sahaja. Hanya berkongsi ilmu dan manfaat simpanan emas kepada orang ramai, pada masa yang sama dapat membina income pasif yang unlimited.

Inilah yang dipanggil penyimpan yang hybrid kata guru emas saya, simpan emas dah untung, jadi dealer emas dua tiga kali untung.

Sekarang ini Public Gold ada buat promosi yang ISTIMEWA untuk anda yang berminat untuk rebut peluang menjadi dealer emas Public Gold dengan hanya membuat belian emas RM3000++ sahaja dan boleh bayar secara bulanan selama 10 kali, anggaran setiap bulan lebih kurang RM300 sahaja. ( Boleh rujuk gambar dan jadual dibawah )

Berminat terus wasap saya sementara promosi masih lagi valid sehingga jam 11.59 malam ini sahaja. www.wasap.my/60179600278/PromoDealer

#PGeT #publicgoldempireteam #publicgold
Tahniah atas kejayaan Master Dealer team PGeT.

Untuk mencapai status Master Dealer mestilah berjaya membimbing lebih 300 orang penyimpan emas dan mempunyai personal sale minimum RM300k dalam tempoh setahun.

Master Dealer adalah status dealer tertinggi dalam bisnes Public Gold.

Pencapaian ini semestinya datang dengan usaha yang gigih dan kemahuan yang tinggi untuk berjaya.

Semoga momentum ini dapat dikekalkan dan terus berjaya bersama bisnes Public Gold.

Untuk makluman, team PGeT hari ini telah mempunyai 10,000 orang penyimpan dan pelabur emas dibawah empayar kami dan mempunyai lebih 300 orang dealer yang berada di seluruh Malaysia dan juga luar negara.

Tahniah, semoga maju jaya!!

Azam Amiri
Founder PGeT

#PGeT #publicgoldmalaysia #dealerpublicgold #masterdealerpublicgold
DOUBLE STAR FOUNDER MASTER DEALER

Bismillah, baru saya perasan tahun ini (2021) rupanya sudah masuk tahun ke-7 saya sebagai penyimpan emas dan berada dalam dunia emas ini. Sedikitpun saya tidak pernah rasa rugi dan menyesal sejak awal kenal emas sehinggalah hari ini. Alhamdulillah hari ini saya sudah berada di satu tahap yang mana saya telah impikannya beberapa tahun yang lepas ingin menjadi Master Dealer Public Gold iaitu status dealer tertinggi dalam Public Gold.

Hari ini saya sudah bergelar Double Star Founder Master Dealer Public Gold termuda di Malaysia dan berjaya membimbing lebih 5000 orang penyimpan dan pelabur emas di seluruh Malaysia dan juga luar negara dari perlbagai bidang, pangkat, dan latar belakang. Terima kasih ya Allah, terima kasih kepada mentor saya dalam bisnes Public Gold En. Syukor Hashim & Puan Jonaina Nordin, guru-guru emas, introducer saya Cikgu Zaidi Emas, team #PGeT, rakan-rakan dealer, staf-staf PG dan paling tidak dilupakan kepada Dato' Wira Louis Ng kerana menyediakan platform PG Group.

Banyak ilmu dan kebaikan sepanjang saya berada dalam dunia emas, dulu saya tidak faham langsung dan buta tentang ilmu kewangan, selepas mula dalam dunia emas secara automatik ilmu kewangan dapat dipelajari sedikit demi sedikit kerana emas dan kewangan sangat berkait rapat.

Sebenarnya apa yang saya perasan, jika seseorang itu mula terlibat dalam dunia emas atau mula berjinak untuk menyimpan emas, insyaAllah mereka akan faham tentang ilmu kewangan dan cara pengurusan kewangan.

"Orang yang simpan emas secara automatik mereka akan pandai urus kewangan", ini berdasarkan pengalaman saya sendiri sepanjang dalam dunia emas dan daripada hasil yang telah saya dapat melalui daripada feedback majoriti penyimpan emas dibawah bimbingan saya sendiri.

Secara jujurnya, dulu saya juga hanya penyimpan emas yang sama seperti orang ramai. Tapi yang berbezanya, saya penyimpan emas dan pada masa yang sama saya suka berkongsi manfaat dan kelebihan menyimpan emas kepada orang ramai tanpa mengharapkan sedikitpun pulangan. Saya hanya berkongsi kerana saya rasakan ianya perlu dikongsi kepada orang ramai, walaupun ketika itu saya bukan lagi berstatus dealer kepada syarikat emas malah saya tidak dapat apa-apa pulangan, komisyen jauh sekali gaji.

Begitulah kehidupan, sekiranya kita berkongsi kebaikan, insyaAllah kebaikan juga akan datang pada kita. Sepanjang saya berkongsi ilmu emas dan kewangan kepada orang ramai, saya sangat gembira dan puas hati apabila dapat bantu orang untuk turut buat simpanan dan belajar ilmu mengurus kewangan. Mungkin ini adalah salah satu cara sumber amal jariah saya dengan cara berkongsi ilmu yang dapat memberi manfaat dan kebaikan kepada orang ramai.

Melihat orang lain bebas dalam kesempitan hidup dan kesengsaraan dibelengu hutang adalah perkara yang saya paling gembira. Ianya telah menjadi kewajipan kepada saya untuk membantu seramai mungkin mengurus kewangan dengan baik untuk melangsungkan kehidupan yang serba-serbi memerlukan tahap kewangan yang baik.

Kehidupan ini memanglah bukan duit dijadikan kiblat, tapi kita nak hidup di dunia ini mesti perlukan duit. Kita yakin rezeki adalah dengan pemberianNya, tapi pada masa yang sama kita tetap perlu usaha dan ikhtiar untuk mentadbir dalam hal kehidupan kita, bukan kita serah bulat-bulat kepada takdir. Jangan kita salah faham tentang takdir dan tadbir.

Prinsip saya mudah, nak berjaya kita mestilah berkawan dengan orang yang berjaya dan mempunyai mindset yang betul. Ini saya!!

Kita muda tidak semestinya berkawan dengan semua orang yang muda, kita dewasa tidak semestinya kita berkawan dengan orang dewasa sahaja, kita bos tidak semestinya kita berkawan dengan bos sahaja, tapi berkawanlah dengan semua orang yang boleh mendorong kita untuk berjaya.

Berkawan dengan orang jual minyak wangi, sedikit sebanyak kita akan terkena jugak walaupun sedikit haruman minyak wangi. Berkawan dengan tukang besi, kita mungkin terkena jugak habuk besi, berkawan dengan orang berjaya, kita juga boleh berjaya. Hanya usaha dan berserahlah kepadaNya.
Manfaatkanlah masa muda sebelum tua, masa muda adalah masa terbaik untuk belajar mendewasakan diri kearah yang lebih baik dan mencari ruang dan peluang yang pelbagai. InsyaAllah

Untuk berjaya dalam bisnes, hati kena kental menahan pelbagai perkara yang akan kita hadapi, fokus serta buat dengan konsisten dan yang paling penting niat kena betul. Orang bisnes mestilah mempunyai mindset yang betul, jangan mudah tersentap kerana itu akan mematikan bisnes kita awal.

Begitulah....

Guru saya selalu pesan, apalah sangat dengan kejayaan kamu kalau solat pun tak boleh jaga, apalah sangat kejayaan kamu kalau al-quran pun jarang buka.

Kejayaan ini sesiapa pun Allah boleh bagi, tapi kejayaan yang sebenar Allah pilih orang yang betul-betul mengejar kejayaan tersebut iaitu kejayaan dalam agama, selagi kita dapat mentaati perintah Allah SWT dan dapat meninggalkan larangan allah, serta dapat ikut sunnah baginda Nabi Muhammad SAW, inilah kejayaan yang sebenar-benarnya.

Kalaulah kejayaan itu ada pada harta, nescaya firaun lah orang yang paling berjaya. Tapi tidak, malah Firaun adalah orang yang dilaknat oleh Allah SWT, sahabat nabi R.A juga jutawan tapi mereka ini telah berjaya dunia akhirat sebab mereka gunakan kekayaan mereka untuk agama Allah SWT. Di dunia lagi para sahabat telah mendapat gelaran RadiaAllahu Anhum (R.A) iaitu semasa didunia lagi Allah telah reda.

Dunia hanya pegang ditangan bukan letak dihati, orang yang tinggalkan dunia adalah orang yang jahil, orang yang yakin dengan dunia adalah orang yang syirik. Dunia tetap kena ambil, tapi jangan tinggalkan akhirat.

Dunia sementara akhirat kekal selamanya...

P/s: Saya ada kongsikan pengalaman saya sepanjang dalam dunia emas dan pengenalan tentang diri saya dalam bisnes disini untuk anda baca dan ambil manfaat dan kebaikan daripadanya: https://azamamiri.com/pengenalan

Sekiranya ingin tahu lebih lanjut tentang kepentingan membuat simpanan, anda boleh baca perkongsian saya di sini: https://azamamiri.com/simpanan-kecemasan

Azam Amiri
Double Star Master Dealer Public Gold
www.wasap.my/60179600278/NakMulaSimpanEmas

#PGeT #publicgoldempireteam #publicgold #pggroup #azamamiriempire
BIJAK BERBELANJA DI PG MALL

InsyaAllah malam esok jam 8.30 malam saya akan live di FB Page: Public Gold International Bhd. Saya akan berkongsi tentang PG Mall dan cara berbelanja secara bijak!

Jemput semua tuan puan tonton live ini dan share. Ada banyak promosi istimewa dan hadiah cabutan bertuah yang istimewa untuk yang menonton FB Live ini.

Langkah berjimat dan berbelanja seminimum mungkin mengikut keperluan adalah salah satu cara untuk mendisiplinkan diri dalam mengatur pengurusan kewangan yang baik.

Berbelanja bukan mengikut kehendak, yang betulnya kita berbelanja mengikut keperluan dan kemampuan. Rebut peluang membeli barangan pada harga PROMOSI adalah salah satu cara yang bijak untuk mengurangkan kos perbelanjaan. Harga MURAH, semua orang nak beli barangan dengan harga murah, tapi ramai orang terlepas pandang tentang harga tenaga, harga masa dan harga kualiti.

Bagi saya, membeli belah barangan secara online yang disediakan oleh PG Mall adalah cara yang bagus dan menguntungkan untuk kita membeli belah. Selain daripada kita dapat membeli belah barangan dengan harga PROMOSI, kita dapat penjimatan dari segi masa dan tenaga. Kita hanya membeli secara online dan tunggu barang sampai di depan pintu rumah. Tak ka lebih bagus macam tu?

Beli barangan dapur di PGMall pasaraya online. Inilah yang dikatakan berbelanja secara bijak, saya beli barangan ini tanpa keluarkan duit satu sen pun. Pelik tapi benar.

Sekarang ni lebih baik berada dalam rumah demi menjaga keselamatan dan kesihatan kita sekeluarga, buat aktiviti yang berfaedah bersama keluarga. Jika nak membeli belah, sebaiknya membelilah atas talian, sekarang dah senang. Anda boleh klik-klik ja, barang terus sampai depan pintu rumah.

Anda dah tahu apa itu PG Mall Malaysia ??

PGMall ialah platform jual beli barangan secara online yang berada dibawah kelolaan Company Emas Terbesar di Malaysia iaitu Public Gold.

Kami bukan mengajak sahabat berbelanja sakan di PG Mall tapi kami mengajak sahabat berbelanja secara berhemah serta jimat. Itu lah tugas kami untuk jimatkan kos sahabat berbelanja supaya sahabat dapat tambahkan lagi simpanan masa depan. In shaa Allah.

Apa yang bagusnya di PG Mall ni, kita dapat jimat macam-macam dari segi kos minyak, tol, masa dan lain-lain kos. Best kan.

Di PG Mall setiap hari akan ada jualan PROMOSI.Antaranya ada promosu HotSale 12pm, HotSale 4pm, dan HotSale 9pm. dan banyak lagi promosi yang sentiasa ada di PG Mall.

Jika sahabat nak mula membeli belah di PG Mall atau nak tengok-tengok dulu, klik saja link disini https://pgmall.my/register?referralPgCode=PG00099605

Belum faham tapi nak berbelanja dengan super jimat serta diskaun untuk pembelian pertama daripada PG Mall whatsaap saja saya ya www.wasap.my/60179600278/BelianDiPGMall. Insyaallah nanti saya bantu.

"Belanja lah ikut keperluan kita, bukannya kemahuan kita"

Azam Amiri
Founder Master Dealer Public Gold

#PGeT #publicgoldempireteam #publicgold #pggroup #PGMall
Testimoni penyimpan emas dibawah bimbingan saya yang baru saja dapat emas yang dipesan melalui GIT. Walaupun sekarang masih dalam perintah Lockdown tidak menjadi masalah untuk kita beli dan simpan emas.

Di Public Gold semestinya mudah, murah, selamat dan patuh syariah untuk urusan jual beli emas. Kita boleh beli emas secara atas talian hanya KLIK-KLIK di website dan emas boleh dihantar terus ke rumah dengan menggunakan kemudahan GIT (Gold In Transit) pertama di Malaysia yang Public Gold sediakan. Semestinya selamat dan dicover insurans 100%.

Perkara yang saya paling suka adalah melihat orang lain suka. Saya sebagai dealer Public Gold bertanggungjawab untuk membantu segala urusan jual beli emas pelanggan saya dengan sebaiknya. InsyaAllah, terima kasih dan tahniah kepada semua penyimpan-penyimpan emas dibawah bimbingan saya dan team #PGeT. Saya doakan semoga anda semua terus konsisten menyimpan emas sebagai salah satu portfolio kewangan anda.

Azam Amiri
Double Star Founder Master Dealer Public Gold
🏫 LAUNCHING PG BUSINESS SCHOOL 🏫

Malam ini saya menghadiri majlis "Lauching of PG Business School" yang diadakan secara atas talian bersama Dato' Wira Louis Ng, Mahaguru En.Syukor Hashim & Puan Jonaina Nordin, Tuan Mohd Zulkifli Shafie dan hampir 1000 orang dealer Public Gold yang turut sertai majlis malam ini.

Public Gold adalah syarikat emas pertama di Malaysia yang mempunyai Business School untuk memberi pendedahan kepada dealer-dealer Public Gold buat bisnes dengan sistem dan cara yang betul. Tahniah Public Gold.

Kini pelanggan emas Public Gold telah mempunyai lebih setengah juta yang berada diseluruh Malaysia dan luar negara dan mempunyai lebih 50 ribu orang dealer yang dikenali sebagai Public Gold Business Owner (PGBO).

Saya juga mempunyai impian yang besar iaitu ingin melahirkan lebih 10,000 orang yang celik emas menjelang tahun 2022 bersama team #PGeT. Setakat hari ini saya telah berjaya melahirkan lebih 5500 orang penyimpan dan pelabur emas bersama team saya. Tahniah saya ucapkan kepada semua dealer team PGeT. Saya doakan semoga kita semua terus maju jaya, InsyaAllah aminn yaa rabb.

Azam Amiri
Double Star Founder Master Dealer Public Gold