Iktibar & Pengajaran
3.1K subscribers
627 photos
160 videos
1 file
82 links
Bahan bacaan santai untuk kisah teladan, tazkirah, motivasi, tip dan nasihat agama serta wasiat iman
Download Telegram
๐ŸŒ€ ANAK KECIL YANG TAKUT API NERAKA

Dalam sebuah riwayat menyatakan bahwa ada seorang lelaki tua sedang berjalan-jalan di tepi sungai, sedang dia berjalan-jalan dia terpandang seorang anak kecil sedang mengambil wudhu' sambil menangis.

Apabila orang tua itu melihat anak kecil tadi menangis, dia pun berkata, "Wahai anak kecil kenapa kamu menangis?"

Maka berkata anak kecil itu, "Wahai pakcik saya telah membaca ayat al-Qur'an sehingga sampai kepada ayat yang berbunyi, "Yaa ayyuhal ladziina aamanuu quu anfusakum" yang bermaksud, " Wahai orang-orang yang beriman, jagalah olehmu sekalian akan dirimu." Saya menangis sebab saya takut akan dimasukkan ke dalam api neraka."

Berkata orang tua itu, "Wahai anak, janganlah kamu takut, sesungguhnya kamu terpelihara dan kamu tidak akan dimasukkan ke dalm api neraka."

Berkata anak kecil itu, "Wahai pakcik, pakcik adalah orang yang berakal, tidakkah pakcik lihat kalau orang menyalakan api maka yang pertama sekali yang mereka akan letakkan ialah ranting-ranting kayu yang kecil dahulu kemudian baru mereka letakkan yang besar. Jadi tentulah saya yang kecil ini akan dibakar dahulu sebelum dibakar orang dewasa."

Berkata orang tua itu, sambil menangis, "Sesungguh anak kecil ini lebih takut kepada neraka daripada orang yang dewasa maka bagaimanakah keadaan kami nanti?"
๐Ÿ’ข Pada duit kita ada rezeki orang lain samada pada haknya atau bathilnya. Kita perlu bersyukur dan redha atas apa ketentuanNya...
โ–ช๏ธUndilah PAS atau Perikatan Nasional (PN)... demi Malaysia yang Bersih, Aman dan Sejahtera...
Terima kasih

Ikhlas daripada
Admin
Tranungkite Online (TKO)
Dari Anas bin Malik radhiyallahu โ€˜anhu dia berkata, Rasulullah shallallahuโ€™ alaihi wa sallam bersabda:

 ู…ูŽู†ู’ ุตูŽู„ูŽู‘ู‰ ุงู„ู’ุบูŽุฏูŽุงุฉูŽ ููู‰ ุฌูŽู…ูŽุงุนูŽุฉู ุซูู…ูŽู‘ ู‚ูŽุนูŽุฏูŽ ูŠูŽุฐู’ูƒูุฑู ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ูŽ ุญูŽุชูŽู‘ู‰ ุชูŽุทู’ู„ูุนูŽ ุงู„ุดูŽู‘ู…ู’ุณู ุซูู…ูŽู‘ ุตูŽู„ูŽู‘ู‰ ุฑูŽูƒู’ุนูŽุชูŽูŠู’ู†ู ูƒูŽุงู†ูŽุชู’ ู„ูŽู‡ู ูƒูŽุฃูŽุฌู’ุฑู ุญูŽุฌูŽู‘ุฉู ูˆูŽุนูู…ู’ุฑูŽุฉู ุชูŽุงู…ูŽู‘ุฉู ุชูŽุงู…ูŽู‘ุฉู ุชูŽุงู…ูŽู‘ุฉู

 โ€œSesiapa solat Subuh berjemaah, kemudian duduk berzikir kepada Allah  sehingga naik matahari dan mengerjakan solat dua rakaat (Solat Sunat Isyraq). Maka adalah baginya pahala seperti pahala Haji dan Umrah yang sempurna, sempurna, sempurna.โ€  (Hadis Riwayat, At-Tirmidzi dan , ath-Thabrani r.a.)

Catatan:
Solat Isyraq bermula setelah matahari naik pada kadar segalah iaitu lebih kurang 1.5 meter atau kira-kira 12-15 minit selepas matahari terbit (Rujuk Bughyat al-Muthatawwi' fi Solaat al-Tathawwu': 58)