Portal Ikram Perak
258 subscribers
2.03K photos
91 videos
16 files
1.2K links
Perkongsian Ilmu, Berita & Maklumat Berkaitan Islam oleh Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Perak
Download Telegram
MAJLIS SUMBANGAN PRIHATIN RAMADAN

Padang Rengas - Yayasan Ikram Malaysia dan Ikram Padang Rengas telah menyempurnakan sumbangan barangan kering kepada 50 keluarga di beberapa buah kampung di kawasan Padang Rengas pada 10 hingga 13 Mac 2024.

Satu majlis sumbangan telah diadakan pada cari Ahad bersamaan 10 Mac jam 9.30 pagi di Masjid Kg. Laneh . Acara dimulai dengan ucapan YDP Padang Rengas, Cikgu Rosle. Penyampaian sumbangan telah disempurnakan oleh YDP Pertubuhan IKRAM Kawasan Padang Rengas, Ahli Majlis Perbandaran Kuala Kangsar, dan Ketua kampong. Seramai 25 buah keluarga merima sumbangan tersebut.

Manakala pada 11,12 dan 13 Mac 2024 seramai 15 keluarga lagi menerima sumbangan dan telah disampaikan oleh Puan Mahani selaku orang yang dipertanggungjawabkan oleh i-Bantu Jawapan Padang rengas. Para penerima sumbangan tinggal di Kg. Changkat Duku, Kg. Bendang Selinsing, Kg. Basong, melalui ziarah ke rumah.

Akhir sekali, baki 5 penerima sumbangan tingat di Kg. Chuar Kati dan 5 penerima lagi di Kg. Kuala Dal.
Semoga sumbangan yang sedikit ini memberi menafaat kepada penerima dan penyumbang melalui Yayasan Ikram Malaysia.

#BangunkanJiwaTaqwa
#BangunkanJiwamu
#ikrampadangrengas



https://www.facebook.com/IkramPerakDR/posts/pfbid0aTL9mM9ezyerEHc792nGYtRws3HVkKRA3xnMGfZu1PBKcu9LczHjFAALPji3JMGTl
MABIT Ikram Manjung (Ikhwah)

Pusat Dakwah dan Komuniti IKRAM Manjung, 22 Mac 2024 - IKRAM Manjung telah menganjurkan program MABIT (Ikhwah) yang bermula pada jam 8.30 malam hingga 7.00 pagi pada 23 Mac. Program ini bertujuan untuk mengumpulkan ahli Ikram bagi melaksanakan ibadah bersama bagi mempertingkatkan iman di kalangan ahli.

Beberapa aktiviti yang telah dijalankan termasuklah Solat Terawih, Tilawah Al-Quran, Qiam Fardi, serta pengisian mengenai Tadabbur Ayat 186-186 surah Al-Baqarah oleh Cikgu Hasanun Arif. Program juga turut menyediakan sahur dan Solat Subuh bersama sebelum mengakhiri dengan Mathurat.

Program MABIT ini menjadi platform yang bermakna untuk meningkatkan kebersamaan dan kecintaan terhadap ibadah di kalangan ahli Ikram Manjung. Terima kasih kepada semua yang telah menyertai dan menyokong program ini.
#MABIT
#IKRAMManjung
#BangunkanJiwaTaqwa


https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid0N3XpvPNJCE9TvuKrVom13AbTS4JeY8Fyp12GFVEazEomCvRmMQFCWC35pfsYm74fl&id=100078505086904&mibextid=Nif5oz
IFTAR JAMAIE

Tanjung Malim , 22 Mac 2024 - Telah berlangsung Iftar Jamaie semalam bagi ahli sekitar Muallim dan Batang Padang yang bermula pada jam 6.00 petang sehingga 9.00 malam.

Program ini bertujuan untuk mengumpulkan ahli IKRAM bagi berbuka puasa, berukhwah dan melaksanakan ibadah bersama.

Aktiviti dimulakan dengan tilawah Al Quran surah Al anbia oleh IKRAM junior dan diikuti oleh bacaan Al Maathurat, ucapan En Hasyahril wakil IKRAM, berbuka Puasa, solat maghrib berjemaah, tazkirah Ramadan dan solat isya dan Tarawih di masjid tempatan.

Terima kasih kepada tuan rumah dan semua yang telah menyertai dan menyokong program ini.

#BatangPadang
#BangunkanJiwaTaqwa

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid03WuS88my39XhCLAXFQga1njJQDCqLFC4uPjy9VEHSAtdGiVj3tC5H8AkfVAeR42ml&id=100078505086904&mibextid=Nif5oz
IKRAM MANJUNG|JILSAH RUHIYYAH AKHWAT

Alhamdulillah, telah berlangsung Program Jilsah Ramadhan Akhwat anjuran Jawatankuasa Tarbiah dan Modul Insan (JK TMI) Akhwat pada Sabtu 23 Mac. Program ini menerima kehadiran yang cukup memberangsangkan dari ahli IKRAM dan juga Rabtul Am.

Bertemakan "Iman Kuat, Ukhuwwah Erat, Di Syurga Beristrirahat",terdapat pelbagai aktiviti yang dijalankan iaitu Tadarrus Al Quran, Tadabbur dan juga Tazkirah.

Program ini turut dimeriahkan lagi dengan aktiviti Taaruf dan juga Kado buat Ukhti yang menyuburkan lagi kemanisan ukhuwwah sesama akhwat yang hadir.

Semoga setiap ibrah yang dicarigali dalam ayat-ayat Al Quran, membangunkan jiwa Taqwa dalam diri dan terus bersemangat melalui baki-baki hari dibulan Ramadhan yang barakah.

Allahumma bariklana fi Ramadhan Wa Ballighna Lailatul Qadr

#IKRAMMANJUNG
#BANGUNKANJIWATAQWA
#RAMADHANALMUBARAK

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid02iyWai26tWxVpTfCHoZNNDJWUwiQcsjvWHNQVqtz4xD8KM6LtqrzNzu3qEPH4Bpw2l&id=100078505086904&mibextid=Nif5oz
IKRAM TAMBUN: Jilsah Ramadan Akhawat bersama Keluarga.

Telah berlangsung program ini secara selari di dua tempat iaitu di Pejabat Ikram Tambun dan di Pejabat Ikram Perak.

Majlis dimulakan dengan tazkirah dan diikuti dengan iftar bersama dan solat Maghrib berjemaah.

#ikramtambun
#bangunkanjiwataqwa

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid037UgSc6wTTkxxj3Bx1QKFtBPRKchCXgoJnPKRtZoEuR7yzyCNJsbeKifnATbD2xwgl&id=100078505086904&mibextid=Nif5oz
Pastikan anda tidak ketinggalan untuk bersama dalam Ucaptama bersama Ahli Jawatankuasa IKRAM.

Tuan Haji Roslan Muhamad yang bertajuk Bangunkan Jiwa Taqwa.

#HIRAK24
#BangunkanJiwaTaqwa
#BangunkanJiwamu

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid02iWsAV519PwSsvutYhAhDHbMxCz98RN38pq4d8jXMADVfid3Rstm2pgCPz6yVwobfl&id=100078505086904&mibextid=Nif5oz
IKRAM BATU GAJAH.

YDPK IKRAM Batu Gajah Cakna Pentarbiahan dan Pembinaan Generasi Masa Depan

Dr. Jiwa bin Abdullah YDPK IKRAM Batu Gajah telah menunjukkan sokongan padu terhadap aktiviti dakwah dan pembangunan generasi pelapis melalui penyertaan beliau dalam Program Berbuka Puasa Pertama anjuran KDS SMAH / Alumni, pada 29 Mac 2024.

Kehadiran beliau pada majlis yang diadakan di Bilik Seminar PPAH bukan sahaja sebagai tetamu tetapi juga dijemput untuk berucap. Beliau menyeru warga KDM SMAH agar lebih aktif dalam aktiviti dakwah dan pembangunan masyarakat melalui platform IKRAM.

Majlis ini berjaya menghimpun alumni, dan mendapat sokongan daripada pelbagai pihak penaja, antaranya IKRAM Perak, IKRAM Batu Gajah dan IKRAM Muda Perak, sekali gus menegaskan peranan IKRAM Batu Gajah dalam pembinaan generasi pewaris

Inisiatif ini mencerminkan YDPK dan IKRAM Batu Gajah mengambil serius dalam mempromosikan dakwah dan tarbiyah, serta mengharapkan aktiviti seumpamanya yang dapat menyemarakkan penyertaan aktif di masa hadapan.

#BangunkanJiwaTaqwa
#BinaNegaraRahmah

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid02SFwwxeTctdDd77ExhBUECwKpuDhG8bRTuWvyhzfyFcdnK92FiCbLKCspvLgPb3JSl&id=100078505086904&mibextid=Nif5oz
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
RAYUAN RAMADAN IKRAM TAMBUN

Ikram Tambun telah mengadakan Program Rayuan Ramadan tahun 2024 bermula dengan aktiviti pengumpulan barang dapur hasil sumbangan orang ramai di AEON Klebang pada 23-24 April 2024.

Sepanjang di AEON Klebang, ahli-ahli Ikram Tambun telah dibahagikan tugasan kepada dua sesi setiap hari. Pelbagai jenis barangan disumbang oleh pengunjung. Barangan terkumpul dibawa ke Pejabat Ikram Perak untuk dibungkus.

Pada 28 April 2024, proses pembungkusan telah diadakan dengan kerjasama ahli Ikram Tambun.

Alhamdulillah, tahun ini Ikram Tambun telah berjaya mendapat 80 bungkusan untuk diedarkan.

Selesai sahaja pembungkusan, barangan ini diagih-agihkan kpd kepada penerima di beberapa kawasan seperti Manjoi, Chemor dan Ulu Kinta.

Majlis penyerahan rasmi telah diadakan di Kg Tengku Hussein dan Masjid AlHidayah, Chemor.

Pihak Ikran Tambun dan Yayasan Ikram Malaysia mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yg terlibat. Moga Allah berkati usaha ini.

#BangunkanJiwaTaqwa
IKRAM Manjung | Jilsah Ruhiyyah (Akhwat)

Manjung, 7 September, Sabtu - Jawatankuasa Tarbiah Modal Insan Akhwat (JK TMI) telah menganjurkan program Jilsah Ruhiyyah, yang mengumpulkan Rabtul Am dan ahli IKRAM Wanita dari kawasan Manjung.

Program ini diadakan secara berkala dengan tema "Bangunkan Jiwa Taqwa."

Aktiviti Jilsah dimulakan dengan Solat Dhuha, disusuli oleh sesi Tilawah dan Tadabbur ayat pilihan Al-Quran yang dikendalikan oleh fasilitator.

Pengisian kali lebih berfokus kepada Tazkiyatun Nafs (Penyucian Jiwa) seiring dengan tema "Bangunkan Jiwa Taqwa" yang bertajuk "Sayonara Jahiliyyah" dan telah disampaikan oleh Ukhti Nurizwah Ahmad.

Program Jilsah Ruhiyyah ini diakhiri dengan rumusan dan perkongsian "take home massage" oleh para peserta.

Insya Allah, kita akan bertemu lagi dalam Jilsah Ruhiyyah Akhwat yang akan datang.

DAKWAH | TARBIYAH | KHIDMAT | ISLAH

#BangunkanJiwaTaqwa
#IKRAMManjung

https://www.facebook.com/share/p/3QHCKNjgvdGGXW7z/?mibextid=oFDknk
QIYAMULLAIL PERDANA IKRAM TAMBUN.

Alhamdulillah Ikram Tambun telah mengadakan Qiamulail Perdana pada 27-28 Sept 2024 bertempat di Pejabat Ikram Tambun.

Walaupun pada awal program hujan turun dengan lebatnya, kehadiran ikhwah dan akhawat tetap memberangkan hingga mencapai bilangan 30 orang.

Pada qiamullail kali ini, kami menjemput Tn Hj Mat Noh bin Supaat dari Ikram Batu Gajah untuk menyampaikan taujihat bertajuk ‘Jalan Menuju ke Syurga’.

Kuliah subuh pula telah disampaikan oleh TYDP IKRAM Tambun iaitu Dr Shamson.

Moga semua amal kita diterima oleh Allah.

#ikramtambun
#BangunkanJiwaTaqwa
#sebarkanRahmah

https://www.facebook.com/share/p/ydZG5kC7aYfN5Qq4/?mibextid=oFDknk
MABIT BULANAN GABUNGAN IKRAM KUALA KANGSAR & PADANG RENGAS

Alhamdulillah IKRAM KK/PR telah mengadakan Katibah Bulanan.

-Tarikh : Khamis (03 Oktober 2024)
-Tempat : Kompleks Baharu IKRAM Kuala Kangsar dan Padang Rengas.
-Kehadiran: seramai 30 orang.
-Penyampai: Cikgu Rosle (YDP Ikram Padang Rengas)
Tajuk: Masih Ada Masa

Program dimulakan dengan iftar bersama, solat Maghrib dan Isyak berjemaah dan pengisian oleh YDP IKRAM Padang Rengas.

Diteruskan dengan Qiam di rumah masing-masing.

Moga semua amal kita diterima oleh Allah S.W.T

#BangunkanJiwaTaqwa
#sebarkanRahmah

https://www.facebook.com/share/NvTn1GAroWkRbcSn/
https://www.facebook.com/share/v/1A9c8zmhJS/


IKRAM JUNIOR TAMBUN

🌙 Eksplorasi Ramadan: Seronok, Bermakna & Penuh Ilmu! 🌙

Alhamdulillah pada hari Selasa tanggal *18 Mac 2025*, *Eksplorasi Ramadan*IJ telah berjaya dianjurkan di *Surau Diri Jumaat Rafeah, Meru Perdana, Ipoh. Program khas untuk kanak-kanak berusia *7 hingga 12 tahun* ini merupakan hasil kerjasama antara *IKRAM Junior Kawasan Tambun* dan *Surau Diri Jumaat Rafeah*, bertujuan untuk memberikan pengalaman bermakna tentang keindahan dan kelebihan bulan Ramadan.

Seramai *48 orang peserta* telah menyertai program ini dengan penuh semangat! Aktiviti dimulakan dengan sesi pendaftaran peserta serta pembahagian kumpulan, diikuti dengan nyanyian lagu nasyid bertemakan Ramadan. Seterusnya, peserta diberikan taklimat oleh ketua fasilitator sebelum memulakan aktiviti utama, iaitu explorace dengan *8 checkpoint* yang mencabar minda serta menguji pengetahuan tentang ibadah puasa dan Al-Quran. Selain itu, mereka juga didedahkan kepada konsep *pahala berlipat ganda dalam bulan Ramadan* serta digalakkan untuk lebih mencintai Al-Quran.

Dari awal hingga akhir, anak-anak ini bukan sahaja seronok beraktiviti, tetapi juga mempelajari kepentingan *ibadah yang sahih, pengurusan masa yang baik, serta memberi manfaat kepada orang lain*.

Semoga pengalaman ini menjadi kenangan indah dan menyemarakkan lagi semangat Ramadan!

Pertubuhan Ikram Malaysia kawasan Tambun ingin merakamkan setinggi- tinggi ucapan terima kasih kepada pihak pengurusan Surau Diri Jumaat Rafeah yang telah memberikan kerjasama yang sangat baik dan khususnya kepada pihak Helwa surau yang telah menyumbang tenaga untuk menjadi fasilitator serta menyumbang di segi kewangan untuk menanggung hadiah-hadiah kepada para peserta.

Di harapkan kerjasama yang erat ini akan berterusan untuk program-program yang lain di masa mendatang. 🌿

#EksplorasiRamadan #IKRAMJunior
#WanitaIkramTambun #SurauDiriJumaatRafeah #RamadanPenuhBerkat
#BangunkanJiwaTaqwa