Info Rasmi HEP UiTM
42.3K subscribers
450 photos
18 videos
44 files
399 links
Sumber Info Rasmi HEP UiTM
Download Telegram
*PENCARIAN FELO AL-FATEH, BAHAGIAN HAL EHWAL PELAJAR*

Sukacita dimaklumkan pihak Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) dalam usaha menjalankan sebuah projek yang dinamakan sebagai Felo Al-Fateh. Projek ini merupakan satu inisiatif Bahagian Hal Ehwal Pelajar berbentuk program latihan pengukuhan bakat kepimpinan dan berorganisasi kepada bekas pemimpin mahasiswa untuk berkhidmat dan menyumbang kemahiran di persekitaran pejabat Pentadbiran / Kolej Pengajian / Fakulti / Kampus / Kolej Kediaman bersama warga universiti.

Melalui program ini Universiti berupaya mengangkat potensi dan menyerlah bakat kepimpinan mahasiswa selaras dengan Model Graduan UiTM yang ingin dilahirkan.

Permohonan dibuka bermula 01 April hingga 14 April 2024 (Ahad) jam 11.59 malam.

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi ditalian: 03-5544 3699.

#UiTMDiHATIKU
#HEPUTaMa
https://www.instagram.com/reel/C5Z2vCFSNoh/?igsh=NmNkMmU0OTk4Nmph

Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) dan seluruh warga Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Universiti Teknologi MARA Shah Alam.

Semoga ianya dapat diraikan dengan lebih bermakna.

#UiTMDiHatiku
#HEPUTama
https://www.instagram.com/reel/C5hiUQBS_kE/?igsh=c2ZrczI1bW5zNHVp

Ucapan Hari Raya Aidilfitri 1445H/2024M

YBhg. Prof. Dr. Haji Mohd Sazili Shahibi
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar)
Universiti Teknologi MARA

#HEPUtama
#UiTMdihatiku
https://www.instagram.com/p/C5kgHPqLrmi/?igsh=MWJ1dWd2OXMweWZu

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI 1445H/2024M

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh warga Universiti Teknologi MARA serta umat Islam di Malaysia yang sama-sama meraikannya. Ikhlas daripada Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) dan seluruh warga Bahagian Hal Ehwal Pelajar.

#HEPUtama
#UiTMdihatiku
https://www.instagram.com/reel/C50kkpaRMHG/?igsh=OXF1ZTNsOW9zeGVp

16 April 2024 - Program Jelajah UTAMA UiTM Se-Malaysia Siri 1 di UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah.

YBrs. Prof. Dr. Haji Mohd Sazili Shahibi juga berkesempatan merasmikan Dapur HEP di UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah.

#HEPUTAMA
#UiTMDiHatiku
https://www.instagram.com/reel/C50ONj_LHZu/?igsh=c21zbXBoN3NpbG0=

16 April 2024 - Program Jelajah UTAMA UiTM Se-Malaysia Siri 1 di UiTM Cawangan Johor, Kampus Segamat.

YBrs. Prof. Dr. Haji Mohd Sazili Shahibi juga berkesempatan merasmikan Dapur Hep dan melawat Food Bank UiTM Cawangan Johor, Kampus Segamat.

#HEPUTAMA
#UiTMDiHatiku
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Salam UiTM di Hatiku.

YBhg. Prof Emeritus/Dato/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan,

*JEMPUTAN KE PROGRAM INTERNATIONAL STUDENT INVENTION INNOVATION DEVELOPMENT EXHIBITION COMPETITION (i-SIIDEC) 2024*

2. Sukacita dimaklumkan Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Universiti Teknologi MARA (UiTM) dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Akademi Pembangunan PKS dan Keusahawanan Malaysia (MASMED) UiTM Shah Alam akan menganjurkan program INTERNATIONAL STUDENT INVENTION INNOVATION DEVELOPMENT EXHIBITION COMPETITION (i-SIIDEC) 2024.

3. Matlamat utama program i-SIIDEC 2024 adalah untuk menjadi salah satu platform bagi menggalakkan pelajar menghasilkan idea serta produk berunsurkan teknologi dalam bentuk prototaip. Melalui program ini, pelajar juga perlu membentangkan idea tersebut secara bersemuka (Business idea pitching) kepada wakil – wakil industri, agensi dan venture capitals untuk tujuan pengkormesialan dan peluang pendanaan.

4. Sehubungan itu, kami dengan segala hormatnya berbesar hati menjemput YBhg. Prof Emeritus/Dato/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan ke Program International Student Invention, Innovation Development Exhibition Competition (i-SIIDEC) 2024 yang akan diadakan pada ketetapan berikut:-

🗓️ Tarikh : 19 – 20 Ogos 2024 (Isnin & Selasa)
Masa : 8:00 pagi - 5:00 petang
📍 Tempat : Dewan Mawar Qaseh, UiTM Shah Alam

Kerjasama dan perhatian pihak YBhg. Prof Emeritus/Dato/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan berhubung perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Keterangan Lanjut:-
Website: http://masmed.uitm.edu.my/isiidec2024
Emel: isiidec@uitm.edu.my
Telegram: http://t.me/isiidec2024

Sekian, terima kasih.


#HEPUtama
#UiTMdihatiku
Jabatan Hal Ehwal Pelajar mengucapkan TAHNIAH kepada bakal pelajar yang telah ditawarkan mengikuti pengajian di UiTM bagi Sesi Akademik 2024/2025.

Sehubungan itu, JHEP dengan kerjasama beberapa pihak yang berkaitan telah menyediakan pelbagai skim bantuan kewangan & kebajikan kepada semua pelajar baharu yang berkeperluan terutamanya bagi golongan B40.

Sekiranya pelajar menghadapi masalah kewangan untuk mendaftar di UiTM, mohon pelajar melengkapkan QR code yang tersedia untuk dihubungi.

#HEPUtama
#UiTMdihatiku
*Laman Sosial Rasmi Bahagian Hal Ehwal Pelajar*

1. Instagram (hepuitmshahalam)
https://instagram.com/hepuitmshahalam?igshid=MzRlODBiNWFlZA==

2. Facebook (Bahagian Hal Ehwal Pelajar Universiti Teknologi MARA Shah Alam)
https://www.facebook.com/hepuitmshahalam?mibextid=MKOS29

3. Twitter / X (HEPUiTMOfficial)
https://x.com/hepuitmofficial?s=21

4. Tiktok (hepuitmshahalam)
https://www.tiktok.com/@hepuitmshahalam?_t=8fqG0xx4GdW&_r=1

5. Telegram (Info Rasmi HEP UiTM)
https://t.me/hepuitmshahalam

Mahasiswa Universiti Teknologi MARA dijemput untuk mengikuti laman sosial rasmi Bahagian Hal Ehwal Pelajar bagi memperolehi makluman terkini mengenai Hal Ehwal Pelajar.

#HEPUTAMA
#UiTMDiHatiku