This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Jom belajar copywriting power di sini.
Menulis adalah berfikir.
Fikir lebih baik, penulisan jadi lebih baik.
Tulis lebih baik, maka pemikiran jadi lebih baik.
Bila kita fikir dan tulis lebih baik, maka kehidupan kita jadi lebih baik.
Inn shaa Allah.
Setuju tak, sahabat semua?

“Kantung rezeki kita ni dah tergantung di atas sana. Tinggal kita nak usaha sahaja.
Ramai orang tahu hal ini, tapi tak ramai nak bergerak ke arah kantung itu.“
Dasss! Terpanah tepat ke dalam hati ni. Kita tahu benda ni tapi itulah kadang tak teringat hari-hari.
Pertemuan saya dengan seorang jutawan ini banyak buka mata saya.
Beliau petah berkata-kata. Kalau bercakap, padat dengan isi. Paling penting, bila sembang bab dunia, mesti disimpulkan dengan perihal akhirat.
Beliau kongsikan, pengalaman beliau berniaga. Brand tak terkenal pun. Marketing pun tak buat beriya. Takda masuk media sosial, takda masuk radio dan keluar tv pun.
Tetapi booth-nya selalu penuh.
Customer yang datang, mesti datang berkali-kali. Mula beli untuk diri sendiri, lepas tu mesti beli ke mak ayah, anak-anak atau keluarga lain. Padahal beliau ni jual baju raya. Bukan kuih raya.
Customer puji bab harga marhaen, tetapi kain sedap. Pakai pun terletak santun je menutupi badan. Badan saiz besar, terus nampak kecil banding biasa. Yang kurus, terus nampak macam model.
Bab jahitan kemas. Luar dan dalam sangat kemas. Itu yang pembeli 2-3 tahun lepas pun datang cari baju beliau.
Ada peniaga di sekitar tempat beliau buka booth tu bertanya, apa rahsia dan amalan beliau.
Beliau jawab,
“Saya pun segan nak cakap bab ni. Nanti orang cakap saya Ustaz pula. Padahal saya pun baru nak start.
Tetapi ini 3 perkara yang saya dapat catat dalam ingatan:
1. Beradab dengan waktu Dhuha. Ramai orang solat Dhuha, kadangkala terlalu mengharapkan rezeki datang berlipat ganda.
Memanglah tak salah. Tetapi jika niat beribadah itu kita terlalu harapkan imbalan yang kita akan dapat, risau keikhlasan kita mengerjakannya pun menipis.
Jadi, sebaiknya. Beradab dengan Dhuha. Kerjakan solat Dhuha seumpama solat 5 waktu yang kita lakukan. Maksudnya, Dhuha yang sunat itu, kita dirikan tu umpama buat yang wajib.
Dirikan rasa sempurna sehari, tinggalkannya rasa serba serbi tak kena dan selesa.
Sampai tahap gitu.
2. Letakkan kebergantungan kita hanya pada Allah SWT.
Setiap hari, kena bercakap dalam hati. Tetapi cakap kita itu, kita tujukan pada Allah SWT.
Contohnya,
“Ya Allah, betul ke apa yang aku buat ni.”
“ Ya Allah, aku dah buat baju cantik dan kemas ni. Moga customer suka dan dapat manfaat dari pakaian ni. Untuk dia beraya, beribadah dan moga pakaian ni jadi saksi dia mengerjakan segala kebaikan dalam hidupnya.”
3. Jaga hubungan dengan manusia.
Beliau pesan, pentingkan ukhuwah. Kena sentiasa hormat sesiapa sahaja di depan kita. Baik orang itu pernah menzalimi dan menindas kita.
Beliau cerita, sepanjang 20 tahun beliau berniaga, macam-macam ragam beliau jumpa. Kena scam, kena aniaya. Banyaklah.
Tetapi, beliau cakap. Kita memang kena pertahankan hak dan kebenaran tetapi bukan dengan cara balas semula kejahatan itu dengan kejahatan.
Kena beriman dengan ‘mahkamah Allah’ di padang mahsyar kelak.
Oleh itu, biar orang buat kita. Jangan kita buat orang.
Beliau pesan, saya masih muda. Otak pun bergeliga. Jangan siakan masa dan tenaga yang ada. Jika betul, nak berniaga, kena sampai peringkat kita boleh bina masjid, madrasah dan buka pusat ilmu untuk aliran pahala bila kita tiada di atas dunia ini.
Begitulah pesanannya.
Moga bermanfaat buat sahabat saya yang membaca di sini.
Hamk Adz-Dzikree,
Cerita penghujung Ramadan yang lepas.

7 Tanda kita ada mindset yang kuat:
1. Kita berlaku baik dan adil. Adil bukan kesamarataan tetapi meletakkan sesuatu pada tempatnya.
2. Kita sentiasa menyambut perubahan dan cepat menyesuaikan diri dengannya.
3. Kita tidak mencemuh orang lain atau memandang rendah pada sesiapa pun.
4. Kita berani menyahut cabaran. Kita sentiasa cabar diri untuk mencuba hal-hal baru yang produktif.
5. Kita tidak tenggelam dengan masa lalu. Semua tu kita jadikan hikmah dan terus susun perancangan untuk masa hadapan.
6. Kita tidak takut untuk bersuara. Tiada istilah ‘soalan bodoh’ atau idea tak guna. Kita vokal dalam hal ini dan memperjuangkannya dengan tindakan yang tersusun.
7. Kita tidak cuba untuk mengawal semua benda. Terutama hati dan pandangan orang lain. Fokus saja pada usaha dan matlamat kita.
Kawan-kawan,
Ada mindset kuat akan jadi penyelamat hidup kita di zaman mencabar ini. Kita tak tahu apa ujian ke depan, maka kena siap sedia dengan mental yang kuat.
Hamk Adz-Dzikree,
A strong mindset, an unbeatable you.

Saya student yang banyak main-main dulu.
Saya jenis tak boleh duduk kelas lama-lama. Saya lagi suka aktiviti luar. Banding pembelajaran kelas.
Pergi tandas jangan cakaplah. Memang kerap. Tujuannya bukan nak buang air pun tapi lebih ‘enjoy’ pemandangan dalam perjalanan pergi kelas.
Orang masuk kelas, saya mengular ke bilik guru, bilik kaunseling dan bilik muzik.
Saya belajar tak serius, lebih suka main gitar, pergi jamming dan masa remaja saya banyak sangat bercinta monyet. Ish ish ish.
Dulu lagi minat nak jadi retis, walaupun suara sumbang. Tapi dulu kita punya confident tinggi. Haha!
Sampaikan ada seorang guru ni cakap, “inilah budak takda masa depan!”
Masa itu saya sedih. Down sangat!
Rasa tak berguna.
Saya cakap pada dalam hati masa tu, “Cikgu tu siapa nak tentukan masa depan orang. Aku akan buktikan apa yang cikgu cakap tu salah. I’m gonna prove that you are totally wrong!”
Saya cuba bangkit masa tu, saya cuba jadi rajin, cuba berkawan dengan budak pandai. Cuba untuk ubah diri dan jadi lebih baik.
Malangnya, semua tu tak disambut.
Idea saya tak diterima, kawan belajar pun tak trust.
Mungkin masa tu, saya dah dikenali sebagai pelajar banyak main. Itu yang kawan ingat saya tak serius.
Jadi, saya rasa malas nak jadi rajin. Saya teruskan passion saya. Join band, buat lagu. Enjoy dan enjoy.
Sampailah dapat result SPM teruk.
Saya terciduk. Masuk bilik terus tutup muka dengan bantal. Rasa malu dengan mak ayah, dengan kawan-kawan, satu dunialah saya rasa gitu.
Sebenarnya saya jangka teruk tapi taklah sangka seteruk itu. Haha!
Dari situlah permulaan saya betul-betul bangkit.
Dan kebangkitan saya tu saya baru dapat momentum betul-betul dah masuk universiti.
Saya dapat environment baru, kawan-kawan baru, lecturer dan paling penting saya dapat support system baru. Yang tak menilai saya siapa saya sebelum ini.
Saya pasang matlamat, susun strategi, aktif dalam bidang yang saya minat, rapat dengan para lecturer, mula belajar hormat ilmu, hormat guru. Semua itu saya dapat di UPM.
Malah saya susun, saya akan aktif macam ini:
Tahun 1 : Aktif di peringkat Kolej Kediaman
Tahun 2 : Aktif di peringkat Fakulti
Tahun 3 : Aktif di peringkat Universiti
Tahun 4 : Aktif di peringkat antarabangsa
Dan Alhamdulillah! Semua tu berjaya saya capai dengan tersusun dan bergaya.
Perjalanan ini bila disusun balik, mulanya saya nak bangkit adalah disebabkan guru tu kata saya takda masa depan.
Baru saya sedar, guru tu bukan benci kita. Tetapi dia sedang mendidik kita untuk jadi orang.
Garangnya guru untuk mendidik,
Kerasnya guru untuk membela,
Itulah kasih sayang seorang pendidik,
Nasihatnya melekat sampai bila-bila.
Dengan ini, saya zahirkan Selamat Hari Guru pada guru tersebut dan semua guru yang saya kenali sejak dari saya lahir (penghargaan buat mak ayah sebagai guru pertama kita), guru tadika, sekolah rendah, menengah, guru tuisyen, guru di matrikulasi dan lecturer di universiti saya semuanya.
Hamk Adz-Dzikree,
Pelajar seumur hidup.

Mencari Personal Assistant (PA) :
- Membantu melancarkan tugasan harian CEO seperti penyediaan dokumen.
- Mengurustadbir appointment dan jadual harian CEO.
- Ada pengetahuan asas untuk shoot dan edit video Content.
Terbuka kepada fresh grad yang sangat suka belajar dan eksplor. Berumur 20-25 tahun. Sebab bos muka macam budak sekolah.
Gaji permulaan RM2,000. Ada KWSP dan EPF.
Pejabat di Bandar Baru Bangi, Selangor.
Jika berminat hantarkan resume/cv ke fadzilahkamsahacademy@gmail.com .

Nak hidup lebih baik. Pegang 13 perkara ini:
1. Hargai masa melebihi wang dan harta benda.
2. Kita adalah produk dari tabiat harian kita.
3. Carilah cabaran baru setiap hari.
4. Jangan hanya 'follow the flow' tetapi 'follow the reason'. Perlu tahu sebab dan kenapa buat sesuatu hal tersebut.
5. Fokus pada progres bukan hasil semata-mata. Enjoy dengan usaha okeh!
6. Ambil masa untuk fikir semula, apa erti kejayaan dalam hidup kita. Lukis atau tulis dalam satu helai kertas kosong. Visualkan dengan terperinci situasi kejayaan itu.
7. 'Own the morning.' Pagi yang terbaik adalah sekitar 4-7 pagi. Itulah golden hour sebenar untuk jadikan diri kita berbeza dari orang lain.
8. Jangan buang masa fikir masalah. Fikir solusi dan apa matlamat yang kita nak capai.
9. Jangan, jangan dan jangan bandingkan diri kita dengan orang lain. Terutama di media sosial. Cukuplah membandingkan diri kita hari ini dengan diri kita yang semalam.
10. Lihat orang dari sudut ilmu. Hargai setiap pengalaman mereka dan korek kisah mereka untuk hikmah buat diri kita. Bukan untuk tujuan disebarkan.
11. 2 teling dan 1 mulut adalah isyarat bahawa kita perlu lebih banyak mendengar berbanding berbicara.
12. Sentiasa melihat kebaikan dalam diri orang lain. Jangan cepat menghukum dan sentiasa yakin bahawa Allah kirimkan mereka untuk jadi pengajaran buat kita.
13. Keperitan hidup bakal berubah jadi kemanisan apabila kita sentiasa bersyukur dengan hal-hal kecil di sekeliling kita.
Moga kehidupan kita semua bertambah baik ya dari hari ke hari.
Hamk Adz-Dzikree,
Kekal hidup luar biasa.

Setiap orang perlu ada catatan kesyukuran.
Dalam buku ini, saya tulis 3 hal yang saya syukuri sepanjang hari dalam satu muka surat. Hehe tak panjang pun.
Tiada buat karangan pun. Kadang poin-poin sahaja.
Ringkas dan santai.
Biasanya saya tulis sebelum tidur. Dan baca semula waktu pagi.
Ada buku ni memang sangat membantu.
Pernah satu hari tu, saya down. Mungkin juga burn-out. Sampai nak sambung kerja pun tak terbuat.
Saya hilang fokus dan mood ke laut. Hampir seharianlah.
Jadi, malam tu sebelum tidur. Saya nak tulis, tapi tak tertulis. Macam ada ‘roadblock’ besar dalam otak.
Tapi, powernya buku ni, walaupun saya tak tulis masa tu. Saya belek satu persatu catatan saya yang lepas.
Dari situ, baru kita sedari, banyak rupanya hal-hal yang kita syukuri sebelum ini. Walaupun telah berlalu, namun tetap juga beri ketenangan kepada kita untuk melewati hari.

Dan dalam setiap muka surat catatan kita tu, dipenghujung catatan kita tu biasakan untuk kita tutup dengan satu doa kita.
Biarpun ringkas, namun ia jadi tanda bahawa kita bergantung sepenuhya hanya pada-Nya.
P/s : Ini baru nak masuk ke buku baharu yang beli kelmarin. Cantik tak, adventure gitu.
Hamk Adz-Dzikree,
Syukuri apa yang ada.

“Mari Tok Abah join sekali. Kita buat bersama.”
Terharu sangat bila Dato’ Dr Fadzilah Kamsah (Tok Abah) ajak handle dalam satu program beliau.
Al-maklumlah, kita ini bukan siapa-siapa.
Namun, Tok Abah hulur tangan untuk bergandingan bagi berkongsi manfaat kepada masyarakat.
Sebuah rezeki yang cukup besar.
Maka, terhasilah Webinar Mental Perkasa : Rahsia Memancarkan Aura Fizikal dan Aura Maya.
Yang mana Tok Abah akan dedahkan macamana nak perkasakan aura diri manakala saya fokus pula berkongsi menaikkan persona diri di medan media sosial.
Doakan, semoga webinar ini lancar ya.
Jom join sekali, hadirkan diri secara online sahaja.
Nak daftar terus tekan link di bawah :
https://fadzilahkamsah.onpay.my/order/form/12

WAH! SYUKUR SANGAT! BERITA BEST NI!
Webinar Mental Perkasa : Kenali Diri kembali lagi!
Kali ini dengan 'upgraded module' bukan hanya untuk mengenali karakter dan potensi diri, tetapi bagaimana kita boleh menyusun semua itu ke arah hala tuju hidup yang lebih luar biasa!
Webinar kali ini, anda bukan hanya dapat hadiri kelas, tetapi siap dapat bonus:
🎯E-Book Kenali Diri bernilai RM359.
🎯Workbook Awesome Keys About Life Blueprint bernilai RM599.
🎯Video Mencari Magik Dalam Hidup (9 Episod) bernilai RM799.
🎯Rakaman Webinar Kenali Diri (Diberikan selepas kelas) bernilai RM318.57.
Ikutkan total webinar ini adalah RM2,394.14. Namun sempena Merdeka Early Bird ini, Tok Abah nak beri RM31.00 sahaja!
Terhad 200 orang terawal!
Terus tekan link di bawah untuk pendaftaran ya:
https://fadzilahkamsah.onpay.my/order/form/16

2 tahun lepas, saya beranikan diri bergerak sendiri. Nak kata dah stabil tu, jauh sekali. Nak pula masa itu baru dapat tahu isteri mengandung anak kedua kami.
.
Lagilah memikirkan komitmen keluarga bertambah-tambah. Sepatutnya saya perlu maintain dengan kerja yang sedia ada.
.
Tetapi entah keberanian itu ada. Untuk mula segala-galanya dari bawah. Dari 0 income. Dari tiada apa-apa.
.
Bak kata kebanyakkan guru usahawan yang saya temui, “mulakan sahaja apa yang ada di tangan.”
.
Masa itu, saya cuma ada laptop dan smartphone sahaja. Haha. Itu jelah yang selalu melekat di tangan.
.
Berbekalkan sedikit kemahiran menulis, saya mula menulis untuk orang lain. Ambil upah buat copywriting,,hasilkan e-book untuk beberapa bisnes owner, founder dan selebriti.

Dan Alhamdulillah, ia menjadi dengan baik. Dari 0 income, naik ke 5 angka sebulan. Syukur sangat.
.
Ramai yang tanya macamana saya buat. Itu yang saya ingat nak kongsikan semua proses, Step by step dalam satu kelas.
.
Dan ini saya buka secara percuma je. Hanya kenalan di sini.
.
Kalau ada, komen “nak” ya, cukup 10 orang saya on kelas. Hihi.

Alhamdulillah! Terlalu ramai yang komen nak dan pm personally minta diadakan kelas tersebut.
InsyaAllah, saya akan adakan kelas tersebut pada pertengahan Disember nanti melalui secara online.
Apa-apa saya akan maklumkan terus di sini ya.
Terima kasih, kawan-kawan.

Sejuk benar lihat pemandangan sebegini. Allah!
Pagi tadi, masa tunggu di traffic light, terlihat kelibat keluarga kecil di atas motor.
Lelaki tersebut berpakaian lusuh. Dipandangnya ke belakang berkali-kali sambil tersenyum dan ketawa.
Di belakangnya ada isterinya yang sedang mengendong anak kecilnya.
Isterinya tersenyum-senyum melihat gelagat suaminya di depan. Suaminya tu mengagah-agah anaknya itu melalui side mirror motor.
Benar, rasa sejuk lihat pemandangan sebegitu. Walaupun tak lebih 1 minit. Tetapi sejuknya masih terasa sampai sekarang.
Jemput baca selanjutnya di sini ya:
https://www.facebook.com/share/YerRrdPR3QbtYvHM/?mibextid=WC7FNe

Assalamualaikum semua,
Apa kabar? Lama dah bertanya kabar sahabat di sini semua.

Dua tahun saya mendiamkan diri!
Ramai bertanya, apa saya buat sekarang?
Dari seorang yang pernah menjadi CEO, full-time lecturer, diplomat secretary, dan editor, saya memilih untuk menyepi.
Bukan kerana kehilangan arah, tetapi kerana mencari makna.
Dalam kesibukan mengurus keluarga dan membina kehidupan, saya mula bertanya tentang makna ini,
Apa makna hidup yang sebenar?
Apa yang aku kena buat?
Apa lagi yang boleh aku sumbangkan?
Selama ini, saya ada sahaja.
Berada di balik tabir. Lebih kepada mengurus media sosial figura-figura penting di Malaysia.
Melihat dunia dari jauh, membantu mereka bersinar, tapi dalam diam, saya sedar, saya'kehilangan' diri saya.
Bakat saya jadi tumpul.
Saya takut nak kedepan.
Saya takut nak bercakap.
Saya takut nak berucap.
Saya takut nak menulis.
Saya takut nak bertindak.
Saya takut nak ambil tindakan.
Semuanya buat saya takut, takut dan takut.
Akhirnya ketakutan itu memakan saya semula.
Saya semakin hilang bakat dan upaya. Hingga kehidupan saya berdepan dengan ujian dan cabaran semakin berat.
Saya terperangkat dalam ‘rat race’ yang sama.
Saya jadi tak produktif.
Saya jadi orang yang menyalahkan keadaan.
Sampai satu titik, saya mula bertanya pada diri, "Adakah ini tempatku? Adakah aku mahu terus nak biarkan hidup aku begini? Adakah aku nak biarkan keluarga aku tengok aku macamni?”
Dan jawapannya, saya tidak mahu lagi menjadi penonton dalam hidup sendiri. Saya mahu bangkit. Saya mahu keluar dan kembali memberi manfaat seperti biasa.
2 tahun ini mencorakkan saya untuk jadi seorang usahawan digital. Yang melihat realiti para usahawan dalam getir pahit membangunkan bisnes. Bermula dari SME sehinggalah ke level korporat.
Saya melihat ramai usahawan yang masih tercari-cari jalan, berjuang dalam sunyi, ingin bangkit dan berkembang tetapi tidak tahu bagaimana.
Saya tahu perasaan itu kerana saya sendiri pernah berada di persimpangan.
Tapi saya percaya, perubahan bukan tentang menunggu detik sempurna, tapi tentang keberanian untuk mula melangkah.
Jadi, ini langkah pertama saya.
Saya nak keluar dari zon selesa dan kembali ke pentas utama.
Bukan sekadar untuk diri sendiri, tetapi untuk semua yang mahu bangkit bersama.
Saya hanya nak doa dari sahabat-sahabat saya yang membaca posting saya ini.
Doakan semoga saya kuat, tabah dan istiqamah untuk berada di jalan yang sepatutnya selama ini saya berada.
Ikhlas,
Hamk Sukor,
Sahabat terbaik anda.

“Nak rezeki lancar, kena buka 5 pintu ini”.
Bersungguh sahabat saya ni pesan ke saya.
“Bro, ada 5 pintu yang kau kena ketuk tiap hari. Makin kau rasa stuck, makin itu kau kena ketuk pintu tu sampai terbuka.
Ini pintu kau kena tahu:
1. Pintu ikhtiar.
Kau kena ligat cari jalan. Tak boleh duduk diam. Tak boleh memikir sampai tak bergerak. Kau kena ikhtiar. Kena usaha, bro.
2. Pintu silaturahim.
Kau kena keluar. Bina network. Kena bersembang. Bukan sembang kosong, tapi sembang tentang solusi, bro.
3. Pintu bersedekah.
Jangan kau fikir keluar duit je. Keluarkan tenaga kau. Keluarkan segala pengalaman kau. Apa sahaja yang ada ditangan, kalau boleh bagi nilai, kau beri.
4. Pintu berdoa.
Jangan putus berdoa bro. Maksud jangan putus tu. Kalau kau nak stop berdoa sekejap pun, kau ingatkan orang terdekat kau doakan kau, bro.
Itu maksud ‘jangan putus’.
5. Pintu bersyukur.
Mula lihat balik apa yang kau ada. Jangan tengok apa yang kau dah hilang. Makin kosong kau rasa nanti.
Tapi lihat apa yang kau ada. Kalau kau buntu. Tak tahu apa kau ada. Kau tengok depan cermin bro. Kau masih ada mata, masih ada tangan, masih ada tenaga, masih ada nafas untuk hidup.
Semua itu dah layak untuk kau bersyukur.”
Tersentak kejap saya dibuatnya.
Patutlah tengok dia tenang dan positif je sepanjang masa.
Dia cakap, “orang tenang ni bukan sebab dia takda masalah, tetapi dia sibuk cari solusi, bukan cari masalah.”
Hamk Sukor,
Sedang membuka pintu. 💪🏻